اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم


DOWNLOAD


 

16011_719311574772860_7066467239681012480_n

BAHAGIAN PERTAMA

(1) BID’AH

[MAKNA BID’AH]

Soalan: Apakah makna Bid’ah dari segi Bahasa?

Jawapan: Di dalam kamus al Muhith dinyatakan:

اَلأَمْرُ الَّذِي يَكُونُ أَوَّلاً

“Sesuatu perkara yang menjadi pertama.”[72]

Di dalam Mukhtar al Shihah:

إِختِرَاعُهُ لاَ عَلَى مِثَالٍ

“Mengadakan sesuatu tidak menurut contoh.”[73]

Di dalam al Mu’tamad:

إِختِرَاعُهُ  وَ أَنشَائُهُ لاَ عَلَى مِثَالٍ

“Mengadakan dan menciptakan sesuatu tidak menurut contoh.”[74]

Di dalam al Munjid:

مَا اُحْدِثَ عَلَى غَيرِ مِثَالٍ سَابِقٍ

“Apa-apa yang diciptakan tanpa ada contoh terdahulu.”[75]

Semua takrif ini membawa kepada makna bid’ah dari segi Bahasa iaitu:

“Sesuatu perkara yang baru yang diciptakan/ diadakan dengan tidak ada contoh sebelumnya”[76]

Soalan: Apakah makna Bid’ah dari segi Syara’?[77]

Jawapan: Perkara ini perlulah dirujuk kepada pendapat para Ulama’ Alim Quraisy, al Imam al Jalil, Imam asy Syafi’e mengatakan:

البِدْعَةُ بِدْعَتَانِ : مَحْمُودَةٌ وَمَذْمُومَةٌ فَمَا وَافَقَ السُّنَّةَ فَهُوَ مَحْمُودٌ وَمَا خَالَفَهَا فَهُوَ مَذْمُومٌ

“Bid’ah itu dua jenis: Bid’ah yang dipuji dan bid’ah yang dikeji. Apa yang selari dengan Sunnah itu, maka ia dipuji dan apa yang bertentangan dengannya, maka ia dikeji.”[78]

Dalam riwayat lain, Imam asy Syafi’e mengatakan:

المُحْدَثَاتُ (من الأمور) ضَرْبَانِ مَا أُحدِثَ يُخُالِفُ كِتَاباً أَو سُنَّةً أَو أَثَاراً أَو اِجمَاعً فَهَذِهِ بِدْعَةٌ الضَّلاَلِ وَمَا أُحدثَ مِنَ الخَيرِ لاَ يُخَالِفُ شَيئًا مِن ذَلِكَ فَهِي مُحدَثَةٌ غَيرَ مَذْمُومَةٍ

“Perkara-perkara baharu yang diada-adakan itu dua jenis: (Pertama), perkara baharu yang bercanggah dengan al Quran atau Sunnah atau Athar Sahabat atau Ijma’, maka itulah Bid’ah Dhalalah (sesat). Dan (kedua), perkara baharu yang diadakan dari segala kebaikan yang tidak bertentangan dengan mana-mana daripada empat perkara itu, maka ia adalah bid’ah yang bukan keji.”[79]

Melalui riwayat ini, Imam asy Syafi’e membahagikan Bid’ah kepada:

  1. Bid’ah Mahmudah (dipuji)/ Ghair Mazmumah (tidak dikeji)/ Hasanah (baik)[80]
  2. Bid’ah Mazmumah (dikeji)/ Dhalalah (sesat)

[BID’AH DHALALAH DAN BID’AH HASANAH]

Soalan: Adakah ada bid’ah Dhalalah dan Bid’ah Hasanah?

Jawapan: Ada, berdasarkan pembahagiannya oleh Imam Syafi’e di atas dan disokong oleh para A’immah yang lain.

Ia juga berdasarkan hadith riwayat Imam at Tirmizi dan Ibn Majah:

مِن حَدِيثِ كَثِيرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ المُزَانِي- وَفِيهِ ضَعْفٌ- عَنْ أَبِيه عَن جَدِّهِ عَنِ النَّبِي ص قَالَ: مَنِ اْبْتَدَعَ ضَلاَلَةً لاَ يَرْضَاهَا اللهُ وَلاَ رَسُولُهُ كَانَ عَلَيهِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ عَمَلَ بِهَا لاَ يَنْقُصَ ذَلِكَ مِن أَوزَارهِمْ شَيْئاً

“Daripada hadith Kathir bin Abdullah al Muzani –di dalamnya ada dha’if- dari ayahnya dari datuknya dari Nabi ص, Baginda ص  bersabda: Sesiapa yang mengadakan sesuatu Bid’ah Dhalalah (sesat) yang tidak diredhai Allah dan RasulNya, maka ke atasnya dosa orang yang mengamalkannya dengan tidak dikurangi sedikitpun daripada dosa mereka itu.”[81]

Imam Nawawi berkata:

البِدعَةُ فِي الشَّرْعِ هِيَ إِحْدَاثُ مَا لَمْ يَكُنْ فِي عَهدِ رَسُولِ اللهِ وَهِيَ مُنْقَسِمَةٌ الَى حَسَنَةٍ وَقَبِيحَةٍ

“Bid’ah dari segi Syara’ ialah mengada-adakan sesuatu yang tidak ada pada zaman Rasulullah dan ia terbahagi kepada hasanah (baik) dan qabihah (buruk).”[82]

Imam Abd al Haqq ad Dahlawi berkata:

إِعلَم أَن كُلَّ مَا ظَهَرَ بَعدَ رَسُول الله بَدْعَةٌ وَكُلَّ مَا أَنْفَقَ أُصُولَ السًّنَّةِ وَقَوَاعِدَهاَ أَو قُبِسَ عَلَيهَا

“Ketahuilah bahawa setiap yang lahir selepas (zaman) Rasulullah adalah Bid’ah dan setiap yang bersamaan (sesuai) dengan usul sunnah dan kaedah-kaedahnya atau yang diqiyaskan atasnya, maka iaitu Bid’ah hasanah (baik), dan setiap yang bertentangan dengannya (dengan usul sunnah dan kaedah-kaedahnya) maka itu Bid’ah Sayyi’ah (keji) dan Dhalalah (sesat).”[83]

Al ‘Allamah al Faqih al Muhaqqiq, Habib Zain al ‘Abidin ibn Sumaith berkata di dalam kitabnya al Ajwibah al Ghaliyah fi Aqidah al Firqah an Najiah:

فَكُلُّ إِحسَانٍ لَم يُعهَدْ فِي العَهدِ النَّبَوِيِّ فَهُوَ بِدعَةٍ حَسَنَةٍ يُثَابُ عَلَيهَا عَامِلها بِدَلِيلِ قَوْلِهِ ص : ((مَن سَنَّ فِي الإِسلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَن عَمِل بِهَا وَلاَ يَنقُصُ مِن أُجُورِهِم شَيءٌ))

“Maka setiap perkara yang baik yang tidak ada pada zaman Nabi, maka ia adalah Bid’ah Hasanah, diberi ganjaran orang yang melakukan dengan dalil perkataan dari Nabi. “Sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah yang baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu, diberikan kepadanya pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya dengan baik dengan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang mengerjakan itu.”[84]

[HUJAH PEMBAHAGIAN BID’AH KEPADA DUA BAHAGIAN]

Soalan: Apakah hujah Imam Syafi’e dalam pembahagian Bid’ah tersebut?

Jawapan: Ia adalah berdasarkan pengamatan beliau terhadap banyak hadith yang berkaitan, antaranya:

مَن أُحْدِثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ

“Sesiapa yang mengadakan sesuatu perkara baru dalam urusan (agama) kami ini, sesuatu yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.”[85]

مَن سَنَّ فِي الإِسلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَن عَمِل بِهَا وَلاَ يَنقُصُ مِن أُجُورِهِم شَيءٌ ومَن سَنَّ فِي الإِسلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً  فَعَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ وِزْرِ مَن عَمِل بِهَا وَلاَ يَنقُصُ مِن أَزْوَرِهِم شَيءٌ

“Sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah yang baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu, diberikan kepadanya pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya dengan baik dengan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang mengerjakan itu, dan sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah yang buruk lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu, diberikan kepadanya dosa sebagaimana dosa orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun dari dosa orang yang mengerjakan itu”[86]

Hadith daripada Abd ar Rahman bin Abd al Qari tentang solat Tarawikh dimana beliau (Abdu ar Rahman) keluar bersama Sayyidina Umar bin al Khattab pada suatu malam di bulan Ramadhan ke masjid. Mereka berdua mendapati sekumpulan sahabat solat bersedirian dan yang lain berjemaah. Sayyidina Umar mengatakan jika beliau mengumpul mereka mengikut seorang qari (imam), maka ia lebih baik. Beliau kemudiannya menyuruh mereka mengikut Ubai bin Ka’ab. Pada malam lain yang ketika ramai yang solat di belakang seorang imam, Sayyidina Umar berkata:

نِعْمَتِ البِدعَةُ هَذِهِ

“Ini adalah Bid’ah yang baik.”[87]

[PERAKUAN AL QURAN TENTANG BID’AH HASANAH]

Soalan: apakah ada dalam al Quran yang memperakui Bid’ah yang baik?

Jawapan: Ya. Imam at Thabari meriwayatkan di dalam kitab at Ausath tentang satu athar dari Abu Umamah al Bahili katanya:

“Sesungguhnya Allah ـ memfardhukan kepada kamu puasa Ramadhan. Dia tidak memfarghukan kepada kamu beribadat di malam harinya (dengan solat Tarawikh berjemaah). Beribadat di malam hari itu adalah perkara baru yang kamu ada-adakan, oleh itu hendaklah bertekun dan berterusan mengerjakannya. Ini kerana ada manusia dari kalangan Bani Israel yang telah mencipta satu Bid’ah. Lantaran itu Allah ـ mencela mereka apabila mereka meninggalkannya. Firman Allah ـ

وَرَهْبَانِيَّةً ابْتَدَعُوْهَا مَا كَتَبْنَاهَا عَليهِم إلاَّ ابْتِغَاء رِضْوَانِ الله ِ فَمَا رَعَوْهَا حَقَّ رِعَايَتِهَا

“..dan (perbuatan mereka beribadat secara) “Rahbaniyyah” merekalah sahaja yang mengadakan dan merekanya, Kami tidak mewajibkan atas mereka. (mereka berbuat demikian) kerana mencari keredhaan Allah ـ , dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya..” [88]

Imam ad Darquthni mengatakan:

“Periwayatannya boleh diambil kira. Kefahaman yang dipetik oleh Abu Umamah berdasarkan ayat al Quran terbabit adalah sahih (betul). Ini kerana ayat terbabit bukan mencela golongan manusia itu (Bani Israel) kerana mereka mengada-adakan hidup kependetaan. Ini kerana mereka mengada-adakan cara hidup kependetaan itu dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah ـ. Tetapi al Quran mencela mereka disebabkan mereka tidak menunaikan dengan sebenar-benarnyaa cara kependetaan yang mereka ada-dakan. Ini menunjukkan Bid’ah yang baik disyariatkan (diperakui oleh Syara’) seperti yang jelas ketara melalui ayat ini.”[89]

 [ULAMA’ YANG MEMBAHAGIKAN BID’AH KEPADA BID’AH DHALALAH DAN BID’AH HASANAH SELAIN IMAM SYAFI’E]

Soalan: Siapakah Ulama’ lain yang membahagikan bid’ah kepada Bid’ah Dhalalah dan Bid’ah Hasanah selain Imam Syafi’e?

Jawapan: mereka adalah ramai di anataranya: (1) Imam Ibn Hajar al Haitami, (2) Qadhi Abu Bakar ibn al ‘Arabi, (3) Imam al Baihaqi, (4) Imam al Ghazali, (5) Ibn Hazm azh Zhahiri (456 H), (6) Ibn al Athir al Jazari, (7) Imam Abu Nu’aim[90], (8) Imam al Izz ibn Abd as Salam, (9) Imam Nawawi, (10) Ibn al Amir ash Shan’ani, (11) Ibn Hajar al Asqalani, (12) al Ubbi (pensyarah kitab Sahih Muslim), (13) Imam Shuyuti, (14) Ibn Rajab al Hanbali, (15) Ibn Taimiyyah, (16) Ibn al Jauzi, (17) asy Syaukani dan Ulama’ lain.

[KESEPKATAN ULAMA’]

Para Ulama’ telah bersepakat tentang pembahagian Bid’ah kepada yang terpuji dan tercela[91]. Sayyiduna Umar س adalah orang pertama yang mengatakan demikian.

Para Ulama’ juga bersepakat mengatakan hadith:

كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ

“Setiap bid’ah itu sesat.”

Perlu dikhususkan.

Hanya Imam asy Syatibi sahaja yang tidak bersama dalam kesepakatan ini. Beliau menolak pembahagian bid’ah sepertinini dan mendakwa bid’ah semuanya tercela.

Walau bagaimanapun Imam asy Syatibi mengakui ada di antara bid’ah tersebut yang dituntut sama ada dalam bentuk wajib atau sunat. Cuma, beliau tidak menamakannya ‘bid’ah’ tetapi memasukkannya dalam kategori ‘Maslahah al Mursalah’ (kepentingan umum).

Justeru perbezaan pendapat belia hanyalah dari segi menamakannya sahaja. Dengan kata lain, menurut beliau bid;ah yang dituntut tidak boleh dinamakan bid’ah, tetapi dinamakan ‘Maslahah’[92].

[PANDANGAN IMAM AL IZZ IBN ABD AS SALAM TERHADAP PEMBAHAGIAN BIAD’AH]

Soalan: Apakah pandangan Syeikh al Islam, Sultan al Ulama’, Imam al Izz ibn Abd as Salam terhadap pembahagian Bid’ah?

Jawapan: Beliau mengatakan:

البِدعَةُ فِعْلُ مَا لَم يُعْهَد فِي عَصْر رَسُولِ اللهِ وَهِيَ مُنْقَسِمَةٌ الَى بِدْعَةٍ وَاجِبَةٍوبِدْعَةٍ مُحَرَّمَةٍ وَ بِدْعَةٍ مَنْدُوبَةٍ وَ بِدْعَةٍ مَكْرُوهَةٍ وَ بِدْعَةٍ مُبَاحَةٍ

“Bid’ah itu adalah perbuatan yang tidak pernah ada pada zaman Rasulullah dan ia terbahagi kepada Bid’ah wajib, Bid’ah haram, Bid’ah mandub (sunat), Bid’ah makhruh dan Bid’ah harus.”[93]

Kemudian beliau menyambung:

فَإِن دَخَلَت فِي قَوَاعِد الإيجابِ فهِيَ واجِبَةً وإِن دَخَلَت فِي قَوَاعِد التَّحرِيمِ فهِيَ  مُحَرَّمَةٌ وإِن دَخَلَت فِي قَوَاعِد المَندُوبِ فهِيَ مَندُوبَةٍ وإِن دَخَلَت فِي قَوَاعِد المَكْروهِ فهِيَ مَكْرُوهَةٌ وإِن دَخَلَت فِي قَوَاعِد المُبَاحِ فهِيَ مُبَاحَاةٌ

“Maka jika ia termasuk dalam kaedah yang mewajibkan, maka ia adalah wajib. Dan sekiranya ia termasuk dalam kaedah yang menjadikannya haram, maka ia haram. Dan jika ia termasuk dalam kaedah sunat, maka sunat. Dan jika ia termasuk dalam kaedah makhruh, maka ia makhruh dan jika ia termasuk dalam kaedah harus, maka ia adalah harus.”[94]

Pembahagian ini merujuk kepada Bid’ah itu sendiri sebagai ‘perkara baru’, bukan sebagai hukum. Dalam erti kata lain, Bid’ah bukanlah hukum. Ini adalah kerana hukum Taklifi itu Cuma ada 5 sahaja (iaitu Wajib, Haram, Sunat, Makhruh dan Harus). Sebab itulah setiap perkara baru, hendaklah ditimbang diatas neraca hukum yang lima ini.[95]

Imam al Izz ad Din ibn Abd as Salam seterusnya memberikan contoh Bid’ah itu mengikut bahagiannya iaitu:

  1. Wajib : Mengkaji ilmu tatabahasa (Nahu) untuk memahami al Quran dan Hadith.
  2. Haram : Mengikut fahaman Qadariyyah dan Jabariyyah.
  3. Sunat : Mendirikan sekolah dan tempat pengajian.
  4. Makhruh : Menghias masjid dengan ukiran-ukiran.
  5. Harus : Bersalaman setelah solat Subuh dan Asar dan membuat kelapangan dalam urusan makan, minum, pakaian dan tempat tinggal.[96]

[ULAMA’ YANG MENYOKONG PEMBAHAGIAN IMAM AL IZZ IBN ABD AS SALAM]

Soalan: Siapakah dikalangan para Ulama’ yang bersetuju dengan pembahagian Imam al Izz ibn Abd as Salam terhadap Bid’ah ini?

Jawapan:

  1. Ulama’ mazhab Hanafi: al Kirmani, Ibn ‘Abidin, at Turkimani, al ‘Aini dan at Tahawani.
  2. Ulama mazhab Maliki: at Turtushi, Ibn al Hajj, al Qarafi dan az Zurqani.
  3. Sepakat (Ijma’) diaklangan semua Ulama’ mazhab Syafi’e[97] termasuk Imam Nawawi[98] dan al Hafiz ibn Hajar al Asqalani[99].

Al Hafiz Ibn Hajar al Asaqalani berkata:

وَقَسَ بَعْضُ العُلَماءِ البِدعَةِ الَى الأَحكَامِ الخَمْسَةِ وَهُوَ وَاضِيهٌ

“Dan sebahagian Ulama’ membahagikan bid’ah kepada hukum yang lima (Wajin, Sunat, Haram, Makhruh dan Harus) dan ia adalah jelas (begitu).”[100]

Imam Shuyuti berkata:

أَصْلُ البِدْعَةِ مَا أُحْدِثَ عَلَى غَيرِ مِثَالٍ سَابِقٍ وَنُطْلَقُ فِي الشَّرْعِ عَلى مَا يُقَابِلُ السُّنَّةَ أَي مَا لَم يَكُن فِي عَهْدِهِ ص ثُمَّ تَنْقَسِمُ الى الأَحكَام الخَمسَةِ

“Asal Bid’ah itu ialah apa yang diadakan dengan tidak ada contoh sebelumnya. Dan diitlaqkan dalam Syara’ iaitu apa-apa yang berlawanan dengan sunnah iaitu apa-apa yang tidak ada pada zaman Nabi. Kemudian ia (Bid’ah itu) terbahagi kepada hukum yang lima.”[101]

[HURAIAN HADITH: كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ (setiap yang Bid’ah itu adalah sesat.)]

Soalan: Golongan yang mengatakan bahawa tidak ada istilah Bid’ah Hasanah, yang ada Cuma Bid’ah Dhalalah kerana berdalilakan hadith: Setiap yang bid’ah itu adalah sesat. Bagaimanakaha pendapat Ulama’ tentang Hadith ini?

Jawapan: Hadith tersebut ialah:

كُلُّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٍ وكُلُّ بِدعَةٍ ضَلاَلةً وَكُلَّ ضَلاَلةٍ فِي النَّارِ

“Setiap yang baharu adalah Bid’ah, setiap Bid’ah itu adalah sesat dan setiap yang sesat itu akan ke neraka.”[102]

Hadith ini haruslah difahami sedalam-dalamnya agar tidak membawa kepada kesilapan dari  segi pemahamannya. Ia haruslah difahami melalui beberapa kaedah antaranya kaedah Usul Fiqh, Ilmu Mantiq dan Ilmu Balaghah.

A- kaedah usul

Para Ulama’ Usul memahami pengertian tekas Hadith ini melalui kaedah:

عَامٌ مَخْصوصٌ

“(Ia menunnjukkan kepada pengertian) umum yang dikhusukan .”

Atau kaedah:

العُمُومُ بِمَعنَى المَخْصُوُصِ

“Umum dengan membawa makna yang khusus.”

Untuk lebih jelas para Ulama’ membahaskan ‘‘Am Makhshush’ atau ‘al ‘Umum bi Makna al Khushuh’ ini d dalam 2 perkara : (1) Apakah makna ‘Muhdaht/Muhdhthah’ محدثة  (perkara baru) dalam hadith ini mutlak (tanpa pengecualian)? Dan (2) Apakah pengertian ‘Kullu’  كلًّ (semua) juga bersifat mutlak (tanpa ada pengecuaalian)?

  1. Apakah makna ‘Muhdaht/Muhdhthah’محدثة (perkara baru) dalam hadith ini mutlak (tanpa pengecualian)?

Jawapan: Ia bukanlah bersifat mutlak. Ia adalah hanya perkara baru dalam masalah agama yang sesat (mazmumah), yang tidak ada dasarnya dalam syara’. Itulah yang dilarang. Adapun perkara baru yang ada dasar dari syara’, maka ia dianggap suatu perkara yang terpuji dan baik (hasanah), bahkan ia dianggap sebagai suatu sunnah (ajaran) Khulafa’ ar Rasyidin dan para Imam yang selalu mendapat petunjuk.

  1. Apakah pengertian ‘Kullu’ كلًّ (semua) juga bersifat mutlak (tanpa ada pengecuaalian)?

Jawapan: Tidak. Perkataan ‘Kullu’, tidak semestinya hanya bermaksud ‘meliputi semua sekali, tanpa pengecualian’. Ia boleh juga bermaksud ‘hampir keseluruhan’ atau ‘kebanyakan’ atau ‘sebahagiannya’.

Banyak contoh di dalam al Quran dan hadith yang menunjukkan perkara ini, antaranya:

  1. Al Quran

$£Jn=sù (#qÝ¡nS $tB (#rãÅe2èŒ ¾ÏmÎ/ $oYóstFsù óOÎgøŠn=tæ z>ºuqö/r& Èe@à2 >äó_x« #Ó¨Lym #sŒÎ) (#qãm̍sù !$yJÎ/ (#þqè?ré& Nßg»tRõ‹s{r& ZptGøót/ #sŒÎ*sù Nèd tbqÝ¡Î=ö7•B

“Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).”[103]

Walaupun orang kafir dibukakan untuk mereka segala pintu-pintu kesenangan, tetapi pintu rahmat tidak dibukakan kepada mereka.

ãÏiBy‰è? ¨@ä. ¥äóÓx« ̍øBr’Î/ $pkÍh5u‘ (#qßst7ô¹r’sù Ÿw #“tãƒ žwÎ) öNåkß]Å3»|¡tB 4 y7Ï9ºx‹x. “Ì“øgwU tPöqs)ø9$# tûüÏB̍ôfßJø9$#

“Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya”. (setelah azab itu menimpa mereka) maka menjadilah mereka (punah ranah) – tidak ada yang kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. demikianlah Kami membalas kaum yang berdosa.[104]

Walaupun banjir besar yang berlaku pada zaman Nabi Nuh memusnahkan banyak benda, tetapi bukit bukau, langit dan bumi tidak dibinasakan.

’ÎoTÎ) ‘N‰y`ur Zor&tøB$# öNßgà6Î=ôJs? ôMuŠÏ?ré&ur `ÏB Èe@à2 &äóÓx« $olm;ur î¸ötã ÒOŠÏàtã

“Sesungguhnya Aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar.”[105]

Walaupun Ratu Balqis dianugerahkan dengan pelbagai kemewahan, tetapi dia tidak diberikan singgahsana Nabi Sulaiman.

¨bÎ) sptã$¡¡9$# îpuŠÏ?#uä ߊ%x.r& $pkŽÏÿ÷zé& 3“t“ôfçGÏ9 ‘@ä. ¤§øÿtR $yJÎ/ 4Ótëó¡n@

“Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang – yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya – supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan.”[106]

Penggunaan ‘setiap diri’ merujuk kepada diri yang tidak mendapat keampunan Allah. Diri yang mendapat keampunan Allah tidak termasuk dalam ‘setiap diri’ ini.

$oYù=yèy_ur z`ÏB Ïä!$yJø9$# ¨@ä. >äóÓx« @cÓyr ( Ÿxsùr& tbqãZÏB÷sãƒ

“Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”[107]

Ayat ini tidak boleh diterjemahkan “Semua benda yang ada dibumi dijadikan daripada api”, kerana ayat diterjemahkan “sebahagian benda..”, kerana  terdapat benda/ perkara di bumi yang diciptakan bukan dari air, tetapi dari api umpamanya jin (lihat Surah ar Rahman: 15)

tb%x.ur Nèduä!#u‘ur Ô7Î=¨B ä‹è{ù’tƒ ¨@ä. >puZŠÏÿy™ $Y7óÁxî

“Kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.”[108]

“Tiap-tiap perahu” dalam ayat ini bukanlah beerti raja tersebut merampas semua perahu tetapi hanya perahu yang cantik dan bagus sahaja…. Dan ayat-ayat lain.

  1. Hadith

كُلٌّ ابْنِ آدمَ يَاْكُلُهُ التُّرَابُ إِلاَّ عَجْبَ الذَّنَبِ

Setiap anak Adam akan dimakan bumi kecuali tulang sulibi (‘ajbal zanab)”[109]

Ibn Abd al Barr menyebutkan bahawa:

“Ungkapan hadith ini sevara umumnya seolah-olah memberi gambaran bahawa semua manusia tanpa terkecuali, namun di sana ada hadith lain yang menyebut bahawa jasad para Nabi dan para Syuhada’ tidak dimakan bumi.”[110]

الحَبَّةُ السَّودَاءُ شِفَاءٌ لِكُلِّ دَاءٍ الاَّ المَوتِ

“Habbatus Sauda’ (biji hitam) adalah ubat bagi segala (kullu) penyakit kecuali mati.”[111]

Sepakat para mufassir menegaskan bahawa kalimah ‘umum’ yang digunakan dalam hadith ini merujuk kepada sesuatu yang ‘khusus’. Maksud hadith ini sebenarnya ialah ‘banyak’ penyakit noleh disembuhkan dengan Habbatus Sauda’… dan hadith-hadith lain.

Sebab itulah, walaupun kalimah Kull dalam ayat-ayat dan hadith-hadith yang telah dinyatakan seolah-olah membawa pengertian ‘semua’ atau ‘keseluruhan sekali’, namun ia juga membawa maksud kebanyakan atau selalunya. Keumuman kalimah Kull ini, sebenarnya terdapat pengecualian.

Oleh itu Ibn Hajar al Asqalani mengatakan:

“Hadith Sahih yang umum hendaklah difahami dengan melihat hadith lain yang berkaitan agar apa yang umum dapat dikhususkan ( يُحْمَلُ مُطْلَقُهَا على مُقَيِّدهَا) agar amalan itu tepat dan selari dengan mafhum hadith secara keseluruhannya.”[112]

Oleh itu hadith:

كُلُّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٍ وكُلُّ بِدعَةٍ ضَلاَلةً وَكُلَّ ضَلاَلةٍ فِي النَّارِ

“Setiap yang baharu itu adalah Bid’ah, dan setiap yang Bid’ah itu adalah sesat, dan setiap yang sesat itu ke neraka.”[113]

  1. Hadith riwayat imam at Tirmizi dan Ibn Majah:

مِن حَدِيثِ كَثِيرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ المُزَانِي- وَفِيهِ ضَعْفٌ- عَنْ أَبِيه عَن جَدِّهِ عَنِ النَّبِي ص قَالَ: مَنِ اْبْتَدَعَ ضَلاَلَةً لاَ يَرْضَاهَا اللهُ وَلاَ رَسُولُهُ كَانَ عَلَيهِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ عَمَلَ بِهَا لاَ يَنْقُصَ ذَلِكَ مِن أَوزَارهِمْ شَيْئاً

“Daripada hadith Kathir bin Abdullah al Muzani –di dalamnya ada dha’if- dari ayahnya dari datuknya dari Nabi , Baginda bersabda: Sesiapa yang mengadakan sesuatu Bid’ah Dhalalah (sesat) yang tidak diredhai Allah dan RasulNya, maka ke atasnya dosa orang yang mengamalkannya dengan tidak dikurangi sedikitpun daripada dosa mereka itu.”[114]

Dalam hadith ini, perkataan ‘Bid’ah’ secara jelas ditaqyidkan (diikatkan) dengan sifatnya yang ‘Dhalalah’ (sesat), yang tidak diredhai Allah dan Rasul-Nya.

Hadith-hadith lain yang mengkhususkan hadith tadi (kullu muhdathatin bid’ah…) termasuklah:

مَن سَنَّ فِي اْلإِسلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعَمِلَ بِهَا بَعدَه كُتِبَ لَهُ مِثلُ أَجرِ مَن عَمِلَ بِهَا وَلَا يَنقُصُ مِن أثجُورِهِم شَيءٌ، وَمَن سَنَّ فِي الإِسلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعَمِلَ بِهَا بَعدَه كُتِبَ عَلَيهِ مِثلُ وِزرِ مَن عَمِلَ بِهَا وَلَا يَنقُصُ مِن أَوزَار’ِهِم شَيءً

“Sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah yang baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu, diberikan kepadanya pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang mengerjakan itu, dan sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah yang tidak baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu, diberikan kepadanya dosa sebagaimana dosa orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun dari dosa orang yang mengerjakan itu.”[115]

مَن أَحْدَثَ فِي أَمرِنَا هَذَا مَا لَيسَ مِنهُ فَهُوَ رَدَّ

“Sesiapa yang mengadakan sesuatu dalam urusan (agama) kami ini, sesuatu yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.”[116]

Dalam riwayat lain:

مَن عَمِلَ عَمَلًا لَيسَ عَلَيهِ أَمرِنَا فَهُوَ رَدَّ

“Sesiapa yang mengamalkan sesuatu amalan yang bukannya di atas perintah kami, maka iatertolak.”[117]

B- Ilmu Manthiq

Dalam perbahasan ilmu manthiq, ada yang disebut sebagai:

شَكلٌ أَوَّلٌ ضَربٌ ثَالِثٌ

Oleh kerana keadaan kullu ? (semua/seluruh) tadi, boleh menjadi makna badhu’ ? (sebahagian), maka dalam ilmu Manthiq dikatakan:

كُلُّ ( أَي بَعضُ ) بِدعَةٍ ضَلَالَةٌ

“Semua (maknanya sebahagian)bid’ah adalah sesat”

كُلُّ ضَلَالَةٍ فِي النَّار

“Semua yang sesat ke neraka.”

Maka ia akan menjadi:

بَعضُ البِدعَةِ فِي النَّار

“Sebahagian bid’ah ke neraka.”

Ia termasuk di dalam kaedah: عَامٌ مَخصُوصُ (Umum yang dikhususkan) juga. Ini bermakna, maksud hadith: كُلُّ بِدعَةٍ ضَلَالَةٌ (Semua bid’ah adalah sesat) ialah: بَعضُ بِدعَةٍ ضَلَالَةٌ (Sebahagian besar bid’ah itu sesat, bukan keseluruhannya sesat)[118].

C-Ilmu Balaghah

Tulisan Al-Mukarram KH. A.N. Nuril Huda, sangat menarik sekali dan mudah difahami dalam membincangkan hadith berkaitan bid’ah menurut ilmu Balaghah.

Menurut Ilmu Balaghah, ‘setiap benda mesti mempunyai sifat’. Sifat itu mungkin jadi dua sifat yang bertentangan seperti baik dan buruk, panjang dan pendek, gemuk dan kurus.

Adalah mustahil jika ada benda yang dalam satu masa dan satu tempat mempunyai dua sifat yang bertentangan, contohnya: Jika dikatakan benda itu baik, mustahil pada waktu dan tempat yang sama dikatakan buruk. Begitu juga juka dikatakan Zaid berdiri, mustahil pada waktu dan tempat yang sama dikatakan Zaid duduk.

Berkenaan hadith:

كُلُّ بِدعَةِ ضَلَالَةٌ، وَكُلُّ ضَلَالَةٍ فِي النَّار

“Setiap bid’ah itu sesat dan setiap kesesatan itu masuk neraka.”

Mengikut Ilmu Balaghah, dalam hadith ini, Bid’ah adalah benda. Setiap benda mesti mempunyai sifat, sama ada sifatnya baik atau sebaliknya (keji). Di dalam hadith di atas sifat bagi bid’ah tidak disebtkan. Di dalam Ilmu Balaghah, ini disebutkan sebagai حَذفُ الصِّفَّةِ عَلَى الْمَوصُوفِ  (membuang sifat dari benda yang bersifat).

Jika ingin ditulis sifat bid’ah, ia membawa kepada 2 kemungkinan:

  1. Jika sifat bid’ah itu baik, maka ia akan menjadi:

كُلُّ بِدعَةِ حَسَنَةٍ ضَلَالَةٌ، وَكُلُّ ضَلَالَةٍ فِي النَّار

“Setiap bid’ah yang baik itu sesat dan setiap kesesatan itu masuk neraka.”

Perkara ini adalah mustahil kerana sifat baik dan sesat tidak boleh berkumpul dalam satu benda dan tempat yang sama. Jadi kenyataan: “Setiap bid’ah yang baik itu sesat”, adalah tidak boleh diterima.

  1. Jika sifat bid’ah itu tidak baik (keji), maka ia akan menjadi:

كُلُّ بِدعَةِ سَيِّئَةٍ ضَلَالَةٌ، وَكُلُّ ضَلَالَةٍ فِي النَّار

“Setiap bid’ah yang keji itu sesat dan setiap kesesatan itu masuk neraka.”

 

 Perkara ini boleh diterima kerana sifat baik dan sesat tidak boleh berkumpul dalam satu benda dan dalam waktu dan tempat yang sama. Jadi kenyataan: “Setiap bid’ah yang keji itu sesat”, adalah boleh diterima. Inilah makna sebenar hadith di atas.[119]

[HADITH YANG UMUM DIKHUSUSKAN OLEH HADITH LAIN]

Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Hadith yang umum ditakhsiskan (dikhususkan/diperincikan) oleh hadith lain’?

Jawapan: Cara yang terbaik dalam memahami hadith yang umum ialah apabila ia ditafsirkan atau ditakhsiskan oleh hadith-hadth lain. Oleh itu, keumuman hadith:

كُلُّ مُحدَثَةٍ بِدعَةِ، وَكُلُّ بِدعَةِ ضَلَالَةٌ، وَكُلُّ ضَلَالَةٍ فِي النَّار

“Setiap yang baharu adalah adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat (dhalalah), dan setiap yang sesat itu ke neraka.”

ditakhsiskan / dikhususkan oleh hadith beberapa hadith antaranya:

مَن سَنَّ فِي اْلإِسلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعَمِلَ بِهَا بَعدَه كُتِبَ لَهُ مِثلُ أَجرِ مَن عَمِلَ بِهَا وَلَا يَنقُصُ مِن أثجُورِهِم شَيءٌ، وَمَن سَنَّ فِي الإِسلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعَمِلَ بِهَا بَعدَه كُتِبَ عَلَيهِ مِثلُ وِزرِ مَن عَمِلَ بِهَا وَلَا يَنقُصُ مِن أَوزَار’ِهِم شَيءً

 “Sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah yang baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu, diberikan kepadanya pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang mengerjakan itu, dan sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah yang tidak baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu, diberikan kepadanya dosa sebagaimana dosa orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun dari dosa orang yang mengerjakan itu.”[120]

Difahami dari hadith ini:

  • Galakan mewujudkan sunnah/ jalan-jalan yang baik malah ia adalah diperintah di dalam Islam.
  • Celaan mewujudkan sunnah / jalan-jalan yang tidak baik malah mendapat dosa. Inilah yang disebutkan Bid’ah Dhalalah / sesat.
  • Hadith ini adalah sebagai dalil yang jelas tentang pembahagian bid’ah kepada yang baik (hasanah) dan yang tidak baik / sesat (dhalalah).

2)

مَن أَحْدَثَ فِي أَمرِنَا هَذَا مَا لَيسَ مِنهُ فَهُوَ رَدَّ

 “Sesiapa yang mengadakan sesuatu dalam urusan (agama) kami ini, sesuatu yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.”[121]

Dalam riwayat lain:

مَن عَمِلَ عَمَلًا لَيسَ عَلَيهِ أَمرِنَا فَهُوَ رَدَّ

 “Sesiapa yang mengamalkan sesuatu amalan yang bukannya di atas perintah kami, maka ia tertolak.”[122]

Difahami dari dua hadith ini:

  • Manthuq al-Hadith مَنطُوقُ الْحَدِيثِ ( maksud tersurat ) hadith ini ialah pembaharuan yang ditolak oleh Islam ialah jika ia bercanggah dengan Al-Qur’an, Hadith, Athar dan ijma’.
  • Mafhum Mukhalafah مَفهُومُ مُخَالَفَةٍ (maksud tersirat atau makna yang sebaliknya dari nas yang disebut) pula ialah pembaharuan itu diterima jika tidak bercanggah dengan ajaran Islam kerana seolah-olah hadith mengatakan:

“Sesiapa yang mengadakan sesuatu dalam urusan (agama) kami ini, sesuatu yang ia daripadanya, maka ia tidak tertolak”,  atau

“Sesiapa yang mengamalkan sesuatu amalan yang diperintah kami maka ia tidak tertolak.”

3)

منْ حَدِيثٍ كَثِيرٍ بنِ عَبدِ اللَّه المُنزَنِي –وَفِيهِ ضَعفٌ –عَن أَبِيهِ عَن جدِّهِ عَنِ النِّبي ص قَالَ: مَنِ ابتَدَعَ ضَلَالَةَ لَا يَرضَاهَا اللَّه وَلَا رَسُولُهُ كَانَ عَلَيهِ مِثلُ آثَامِ مَن عَمَلَ بِهَا لَا يَنقُصَ ذَلِكَ من أضوزَارِهِم شَيءٌ.

Daripada hadith Kathir bin Abdullah al-Muzani – di dalamnya ada dha’if-dari ayahnya dari datuknya dari Nabi saw bersabda: Sesiapa yang mengadakan sesuatu Bid’ah Dhalalah (sesat) yang tidak diredhai Allah ta’ala dan RasulNya, maka ke atasnya dosa seperti dosa orang yang mengamalkannya dengan tidak dikurangi sedikitpun daripada dosa mereka itu.”[123]

 [PENDAPAT ULAMA’ TENTANG :كُلُّ مُحدَثَةٍ بِدعَةِ، وَكُلُّ بِدعَةِ ضَلَالَةٌ، وَكُلُّ ضَلَالَةٍ فِي النَّار “SETIAP YANG BAHARU ADALAH BID’AH, DAN BID’AH ITU SESAT (DHALALAH) , DAN SETIAP YANG SESAT ITU KE NERAKA.”]

Soalan: Apakah pendapat ulama’ tentang hadith:

كُلُّ مُحدَثَةٍ بِدعَةِ، وَكُلُّ بِدعَةِ ضَلَالَةٌ، وَكُلُّ ضَلَالَةٍ فِي النَّار

“Setiap yang baharu adalah bid’ah, dan bid’ah itu sesat (dhalalah) , dan setiap yang sesat itu ke neraka.

Jawapan: Imam Nawawi di dalam Syarh Shahih Muslim berkata tentang hadith “Setiap yang baharu itu bid’ah”:

الْمُرَادُ بِقَولِهِ ص وَكُلٌّ بِدعَةٍ ضَلَالَةٌ، هَذَا عَامٌ مَخصُوصٌ وَالمُرَادُ غَالِبُ البِدَعِ

“Yang dimaksudkan dengan sabda Rasulullah ص ‘Setiap bid’ah itu sesat (dhalalah)’, ini adalah kaedah umum yang membawa maksud khusus dan ia bermakna ‘kebiasaannya bid’ah adalah sesat’.”[124]

Imam Sayuthi berkata:

“Mengenai hadith ‘Bid’ah Dhalalah’ ini bermakna ‘Ammun makhsush’, (sesuatu yang umum yang ada pengecualiannya), seperti firman Allah ـ“…yang menghancurkan segala sesuatu”[125] dan kenyataannya tidak segalanya hancur…’ (atau ayat: “Sunggguh telah kupastikan ketentuanKu untuk memenuhi jahanam dengan jin dan manusia keseluruhannya”, Surah As-Sajadah:13), dan pada hakikatnya bukan semua manusia masuk neraka, tapi ayat itu bukan bermakna keseluruhan tapi bermakna seluruh musyrikin dan zalim…”[126]

Syaikh Abu Bakar ibn Al-‘Arabi di dalam Syarhnya berhubung dengan hadith dalam At-Tirmizi: وَمُحدَثَاتُ الأُمُورِ إِيَّاكُم  (Berhati-hati kamu dengan perkara baharu), beliau berkata:

“Ketahuilah, moga-moga Allah Ta’ala mengajarmu, bahawa apa yang dimaksudkan dengan ‘perkara baharu’ itu ada dua jenis: (1) pertama yang tidak mempunyai asas dan mengikut hawa nafsu, yang semestinya ini tidak, (2) atau perkara baharu yang selari dengan prinsip yang sudah ada, iaitu Sunnah para khulafa’ dan para Imam-imam besar. ‘Perkara baharu’ (muhdath) dan ‘bid’ah’ bukanlah istilah yang semestinya terkandung di dalamnya makna keji dan dibenci kerana Allah  ـ sendiri berfirman :

 

مَا يَأتِيهِم مَّن ذِكرٍ مَّن رَّبِّهِم مُحدَثٍ إِلَّا استَمَعُوهُ وَهُم يَلعَبُونَ

“Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya.”

Sayyidina Umar sendiri pernah menyebutkan:

نِعْمَتِ الْبِدْعَةُ هَذِهِ

“Alangkah cantiknya bid’ah ini!”

(Beliau seterusnya berkata): “Bid’ah yang dikeji hanyalah yang bertentangan dengan Sunnah, dan inilah sahaja ‘perkara baharu’ yang membawa kepada kesesatan.”

Imam Ibn Allan as-Shiddiqi berkata:

فَعُلِمَ أَنَّ قَوْلُهُ وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ عَامٌ أُرِيدَ بِهِ خَاصٌ إِذْ فيِ سُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّشِدِينَ مِنهَا مَعَ أَنَّ أُمِرْنَا بِاتباعِهَا لَُِجُوعِهَا إِلَى أَصْلٍ شَرْعِيَّ.

“Maka dapatlah diketahui bahawa sabda Baginda ع: setiap yang bid’ah itu sesat, adalah sesuatu yang umum, yang dimaksudkan dengan (perlunya kepada) pengkhususan kerana pada sunnah Khulafa’ Rasyidin pun termasuk bid’ah sedangkan kita disuruh untuk mengikutinya kerana rujukannya kepada asal syariat.”

Imam Ash-Shan’ani berkata:

فَقَولُهُ كُلٌ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ عَامٌ مَخْصُوصٌ.

“Maka sabda Nabi ع: Setiap bid’ah itu sesat, adalah umum yang dikhususkan.”

As Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki menulis di dalam Mafahimnya:

“Dan hadith-hadith Nabi ع menafsirkan sebahagiannya dengan sebahagian yang lain. Dan mestilah diamati hadith-hadith ini dengan pandangan yang cermat dan komprehensif. Dan hendaklah menafsirkannya dengan tafsiran roh syariat dan memahaminya dengan kefahaman yang selari dengannya mengikut pendapat para ulama’.

Oleh itu, kita dapati banyak hadith yang dalam memahaminya, perlu kepada akal yang cemerlang, pemikiran yang cerdas, kefahaman yang mendalam serta hati yang peka, yang didasari sensitif yang penaknaan dan pemahamannya didasarkan pada lautan syariat Islam sambil mengambil kira kepentingan dan keperluan umat serta menyelaraskannya sesuai dengan batasan-batasan kaedah-kaedah Islam (Al Qawa’id al-Islamiyyah) dan nas-nas al-Quran dan Sunnah yang tidak boleh terkeluar darinya.

Di antara contoh hadith (yang perlu difahami dengan benar dan komprehensif) adalah hadith ini iaitu:

كُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ

“Setiap bid’ah itu sesat (dhalalah).”

Untuk memahaminya, kita mestilah mengatakan: Sesungguhnya yang dimaksudkan dengan bid’ah dalam hadith tersebut adalah bid’ah sayyi’ah yang tidak didasarkan pada ajaran pokok agama Islam.

Dan pendekatan seperti inilah yang harus digunakan untuk memahami hadith lain seperti hadith:

لَا صَلَاةَ لِجَارِ الْمَسْجِدِ إِلَّا فِي الْمَسْجِدِ

“Tidak ada solat yang sempurna bagi orang yang tinggal berdekatan masjid kecuali ditunaikan di dalam masjid.”

لَا صَلَاةَ بِخُضْرَةِ الطَّعَامِ

“Tidak ada solat apabila (terhidangnya) makanan (ketika itu).”

Para ulama’ mengatakan: (Maksudnya), tidak ada solat yang sempurna (jika makanan telah terhidang).

Dan seperti hadith:

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لَنَفْسِهِ

“Tidak sempurna iman salah seorang di antara kamu sehinggalah dia menyayangi sesuatu untuk saudaranya seperti mana ia menyayangi untuk dirinya.”

Para ulama’ mengatakan: Maksudnya tidak ada kesempurnaan iman.

Dan hadith:

؟  وَاللهُ لَا يُؤمِنُ وَاللهُ لَا يُؤمِنُ وَاللهُ لَا يُؤمِنُ قِيلَ: مَن يَا رَسُولَ اللهِ

قَالَ: مَن لَّم يَأْمَنْ جَارُهُ بِوَاِئقِهِ

“Demi Allah ـ, tidak beriman, demi Allah ـ, tidak beriman, demi Allah ـ, tidak beriman(dengan iman yang sempurna). Ada yang bertanya: Siapakah (yang tidak sempurna keimanannya itu) wahai Rasulullah ع ? Baginda ع bersabda: Orang yang tidak selamat tetangganya dari gangguannya.”

 

لَا يْدَخُلُ الْجَنَّةَ قَتَّاتٌ

“Tidak akan masuk syurga orang yang memperlagakan orang lain (batu api).”

Dan juga hadith:

يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَاطِعُ رَحِيمٍ…وَعَاقِ لِوَالِدَيْهِ   وَلَا

“Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan tali persaudaraan….(tidak akan masuk syurga orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya(.”

Para ulama’ berkata: Sesungguhnya yang dimaksudkan dengan tidak masuk syurga itu adalah tidak masuk secara baik dan utama, atau tidak masuk syurga jika menganggap halal atau boleh melakukan perbuatan mungkar seperti itu.

Hasilnya, sesungguhnya mereka (para ulama’) itu tidak memahami hadith secara zahirnya, tetapi mereka memahaminya secara ta’wil melalui beberapa jenis ta’wil.

Beliau akhirnya menulis:

وَحَدِيثُ الْبِدْعَةِ هَذَا مِنْ هَذَا الْباَبِ، فَعُمُومَاتُ الْأَحَادِيثِ وَأَحْوَالُ الصَّحَابَةِ تُفِيدُ أَنَّ الْمَقْصُودَ بِهِ البِدْعَةُ السَّيِّئَةُ الَّتِي لَا تَندَرِجُ تَحْتَ أَصْلٍ كُلِّيٌ

“Dan hadith bid’ah ini juga termasuk dalam perkara ini (iaitu untuk memahaminya dengan betul, hendaklah seperti mana memahami hadith-hadith yang telah disebutkan cara memahaminya). Maka keumuman kandungan berbagai hadith serta dalam keadaan dan sikap para sahabat membawa kepada yang dimaksudkan dengan bid’ah dalam hadith tersebut (hadith ‘kullu bid’atin dhalalah’ tadi), hanyalah bid’ah sayyi’ah (keji/mazmuah) yang tidak berdasarkan asal pokok ajaran agama.

Tidak Bersetuju Dengan Bid’ah Hasanah

Soalan: Apakah pendapat ulama’ terhadap golongan yang secara keras dan bertegas tidak bersetuju dengan adanya bid’ah hasanah?

Jawapan: Al Allamah Sayyid bin Muhammad Yahya bin Alawi menyebutkan dalam muqaddimah kitabnya, As Sunnah wa al-Bid’ah:

“Ilmu mereka[127] hanya terhad kepada hadith Rasulullah ع كل بدعة ضلالة  (setiap yang baharu itu bid’ah) dengan membuang semua hadith Baginda ع yang lain, yang menjelaskan adanya kebaikan dan adanya hukum berhubung semua perkara baharu… Adapun apa yang dimaksudkan dengan hadith “Setiap perkara yang baharu itu bid’ah” adalah perkara baharu yang bertentangan dengan dalil-dalil syariat. Hanya itu dan itu sahaja perkara baharu yang menyesatkan.”

 

Perkara Baru Yang Dilakukan Para Sahabat Pada Zaman Rasulullah ع

Soalan: Apakah perkara baru yang dilakukan para sahabat pada masa Rasulullah ع , yang tidak pernah diajar atau dilakukan oleh Rasulullah ع sebelumnya?

Jawapan: Antaranya,

  • Bilal melakukan solat sunat Wudhu’ atau solat sunat Mutlaq selepas setiap kali mengambil wudhu’.

Rasulullah ع bertanya kepada Bilal, pada pagi selepas berlaku peristiwa Israk Mikraj pada malamnya:

يَا بِلَالُ، حَدَّثْنِي بِأَرْجَى عَمَلٍ عَمِلْتَهُ فِي اْلإِسْلاَمِ إِنِّي سَمِعْتُ بَيْنَ يَدَيَّ دُفَّ نَعْلَيْكَ فِي الْجَنَّةِ

“Wahai Bilal, ceritakan kepadaku amalan Islam engkau yang manakah yang paling engkau yang manakah yang paling engkau harapkan ganjarannya, kerana sesungguhnya aku telah mendengar bunyi tapak kasutmu di dalam syurga.”

 

Bilal menjawab:

مَا عَملْتُ عَمَلًا أَرْجَى عِندِي مِن أَني لَمْ أَتَطَهَّرْ طُهُوراً ِفي سَاعَةٍ مِنَ لَيْلٍ أَوْ نَهَارِ، إِلَّا وَصَلَيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كَتَبَ لِي أَن أُصَلِّي

“Aku tidak melakukan apa-apa yang lebih ku harapkan ganjarannya melainkan aku tidak pernah mengambil air sembahyang sama ada siang atau malam melainkan aku lakukan sembahyang dengan air sembahnyang itu, apa yang aku patut untuk sembahyang.”

 

 

 

Dalam hadith hasan riwayat At Tirmidzi dan hadith sahih riwayat Al-Hakim dan Az-Zahabi menyebutkan bahawa Rasulullah ع meredhai amalan Bilal yang tidak pernah meninggalkan solat dua rakaat setelah azan dan setiap kali wudhu’nya terbatal.

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitab Al-Fath mengatakan:

“Dari hadith tersebut, dapatlah difahami bahawa ijtihad menetapkan waktu ibadah diperbolehkan. Apa yang dikatakan oleh Bilal kepada Rasulullah ع adalah hasil instinbatnya (ijtihadnya) sendiri dan ia dibenarkan oleh Baginda ع.”

  • Khubaib Ibn ‘Adi al-Ansari mendirikan solat 2 rakaat sebelum dibunuh.

Ini berlaku ketika dia ditangkap kafir Quraisy. Riwayat menyebutkan:

أَنْ أَباَ هُرَيْرَةَ رَضِي الله عنه قَالَ: إِنَّ خُبَيْبَ بْنِ عَدِيِّ الصَّحَاِبيُّ رضي الله عنه، حِينَ أَخْرَجَهُ الْكُفَّارُ لِيَقْتُلُوهُ فِي زَمَنِ النَّبِي ع قَالَ: دَعُونِي أُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ، فَكَانَ أَوَّلَ مَن صَلَّى الرَّكْعَتَيْنِ عِندَ القَتْلِ

“Sesungguhnya Abu Hurairah mengatakan: “Sesungguhnya Khubaib bin ‘Adi, seorang sahabat Nabi, ketika dia dikeluarkan oleh orang kafir untuk membunuhnya pada zaman Nabi, dia berkata: Biarkan aku sembahyang dua rakaat dahulu (sebelum kamu membunuhku). Dia (Khubaib) adalah orang yang pertama yang mengerjakan dua rakaat solat ketika akan dibunuh.”

 

Dari dua hadith ini, perbuatan Sayyiduna Bilal dan Sayyiduna Khubaib dalam menetapkan waktu-waktu ibadah adalah dasar inisiatif mereka sendiri kerana Rasulullah ع tidak pernah memerintahkannya dan tidak pula melakukannya. Baginda ع hanya secara umum, menganjurkan supaya kaum Muslimin memperbanyak melakukan ibadah.

Walau bagaimanapun, Rasulullah ع tidak melarang, malah membenarkan ijtihad kedua sahabat Baginda itu.

  • Rifa’ah Ibn Rafi’ az-Zurqi, membaca doa selepas I’tidal.

Ini berlaku ketika Rasulullah ع mengimami solat Maghrib dan membaca: سَمِعَ

اللهُ ِلَمنْ حَمِيدَهُ

Ketika I’tidal, sahabat bernama Rifa’ah ibn Rafi’ az-Zurqi, membaca doa yang tidak pernah diajar Baginda ع iaitu:

رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبَا مُبَارَكَا فِيهِ

“Wahai Tuhan kami, segala puji bagiMu, dengan pujian yang melimpah ruah, agung, dan penuh keberkatan padanya.”

Rasulullah ع Kemudian bertanya siapakah yang telah membaca pujian tersebut dan Baginda ع bersabda:

إِنِّي رَأَيْتُ بِضْعَا وَثَلَاثِينَ مَلَكَا يَبْتَدِرُونَهَا أَيُّهُمْ يَكْتُبُ أَوَّلَ

 “Sesungguhnya aku telah melihat tiga puluh lebih malaikat datang berebut-rebut berlumba siapa di antara mereka yang paling awal mencatat pahala pujian tersebut.”

Ibn Hajar al-Asqalani berkata:

“Dari hadith ini boleh dirumuskan ‘kebenaran mencipta’ (jawaz ihdath) doa di dalam sembahyang selain daripada apa yang diterima dari Rasulullah ع selama mana ianya tidak bercanggah dengan apa yang diterima dari Rasulullah ع . Di samping itu juga, hadith tersebut mengisyaratkan tentang bolehnya mengeraskan suara bagi makmum selama mana ia tidak mengganggu ornag yang ada berhampiran dengannya…”

Beliau juga menyebutkan di dalam Fath al-Bari bahawa hadith tersebut menunjukkan juga dibolehkan untuk berdoa atau berzikir ketika solat selain dari yang suda biasa, asalkan maknanya tidak berlawanan dengan kebiasaan yang telah ditentukan (diwajibkan). Hadith itu juga memperbolehkan orang mengeraskan suara ketika solat dalam keadaan yang tidak mengganggu orang lain.

4 ) Seorang sahabat membaca doa iftitah .

Ia berlaku kepada seorang sahabat Nabi ص yang datang lambat ketika solat dan membaca doa ini selepasa Takbiratul Ihram :

اَلله أَكْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً

“Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya .  Maha Suci Engkau Ya Allah pagi dan petang”

Selepas solat Rasulullah ص bertanya siapakah yang berkata sedemikian . Sahabat tadi mengaku dan berkata :

“Wahai Rasulullah , aku tidak melakukannya , hanya berniat baik.” Rasulullah ص bersabda : “Aku melihat pintu-pintu langit terbuka dengan kerana kalimat itu.” Abdullah Ibn Umar (Ibn Umar) mengatakan : “Aku tidak pernah berhenti dari menyebutnya sejak itu selepas mendengar sabda Rasulullah ص itu.”[128]

5 ) Sahabat membaca Surah al-Ikhlas

Imam al-Bukhari dalam kitab at-Tauhid membawa sebuah hadith dari ‘Aisyah yang mengatakan :

“Pasa suatu ketika Rasulullah ص memberi tugasan kepada seseorang bersama beberapa sahabatnya ke suatu daerah untuk melawan serangan kaum musyrikin. Setiapa kali solat berjemaah kerana dia disuruh menjadi imam , dia selalu membaca Surah al-Ikhlas bersama surah lain selepas membaca Surah al-Fatihah . Setelah mereka pulang ke Madinah , seorang daripada mereka memberitahu perkara itu kepada Rasulullah ص . Baginda ص menjawab : “Tanyakanlah kepadanya apakah tujuan dia melakukan perkara tersebut.” Sahabat yang melakukannya itu menjawab : “Ia adalah kerana Surah al-Ikhlas itu menerangkan sifat Ar-Rahman , dan aku suka sekali membacanya” Ketika jawapan itu disampaikan kepada Rasulullah ص , Baginda ص berpesan : “Sampaikan bahawa Allah menyukainya.”

Apa yang dilakukan oleh sahabat tadi tidak pernah dilakukan dan tidak pernah diperintahkan oleh Rasulullah ص . Rasulullah ص tidak mengatakan ia Bid’ah Dhalalah , malah memuji dan meredhainya dengan ucapan : “Allah menyukainya.”

Imam al-Bukhari juga menyebutkan di dalam Kitab as-Solah sebuah hadith dari Anas bin Malik yang menceritakan bahawa :

Beberapa orang menunaikan solat di Masjid Quba’. Orang yang mengimami solat itu setelah membaca Surah al-Fatihah dan surah lain selalu menambah lagi dengan Surah al-Ikhlas. Ini dilakukannya pada setiap rakaat . Setelah solat para makmum menegurnya : Kenapa kamu setelah membaca Surah al-Fatihah dan surah lainnya , selalu menambah dengan Surah al-Ikhlas ? Bukankah kamu boleh memilih surah lain dan meninggalkan surah al-Ikhlas atau membaca Surah al-Ikhlas tanpa membaca surah lain . Imam tersebut menjawab : “Tidak , aku tidak mahu meninggalkan Surah al-Ikhlas . Jika kamu semua setuju aku akan mengimami kamu semua untuk seterusnya , tetapi jika kamu semua tidak suka , aku tidak mahu mengimami kamu semua.” Oleh kerana para makmum tidak melihat orang lain yang lebih baik dan utama dari imam tadi , mereka tidak mahu diimamkan oleh orang lain . Ketika sampai di Madinah , mereka menemui Rasulullah ص dan menceritakan hal tersebut kepada Baginda ص . Rasulullah ص bertanya kepada imam tersebut : “Wahai fulan ,apakah yang menyebabkan kamu tidak mahu mengikut permintaan sahabat-sahabatmu dan terus menerus membaca Surah al-Ikhlas pada setiap rakaat ?” Imam tersebut menjawab : “Ya Rasulullah ص aku sangat mencintai surah tersebut.” Baginda ص bersabda :

حُبُّكَ إِيَّاهَا يُدْخِلُكَ إِلَى الْجَنَّةَ

“Kecintaanmu kepada surah itu akan memasukkan dirimu ke dalam syurga”

Dalam menta’liq hadith ini , Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya Fath al-Bari mengatakan :

“Orang itu berbuat sesuatu melebihi kebiasaan yang telah ditentukan kerana terdorong oleh kecintaannya kepada surah tersebut . Namun Rasulullah ص menggembirakan orang itu dengan pernyataan bahawa dia akan masuk syurga . Hal ini menunjukkan bahawa Baginda ص meredhainya.”

6 ) Pujian Rasulullah ص kepada sahabat yang membaca Surah al-Ikhlas

Imam al-Bukhari juga menyebutkan hadith tentang fadhilat Surah al-Ikhlas . Hadith tersebut adalah dari Abu Sa’id al-Khudri yang mengatakan bahawa dia mendengar seorang yang mengulang-ulang bacaan Qul Huwallahu Ahad… Keesokan harinya dia (Abu Sa’id al-Khudri) memberitahu perkara itu kepada Rasulullah ص dalam keadaan orang yang dilaporkan itu masih mengulang-ulang bacaannya . Rasulullah

ص bersabda : “Demi Allah yang nyawaku berada di dalam kekuasan-Nya , (surah) itu sama dengan membaca sepertiga Quran.” [129]

7) Sahabat membuat sendiri bacaan dalam doa.

Ashab as-sunan, Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibn Hibban dalam Shahihnya meriwayatkan sebuah hadith dari ayah abu Buraidah yang menceritakan kesaksiannya sendirisebagai berikut:

“Pada suatu hari aku bersama Rasulullah ص masuk ke dalam masjid Nabi ص. (Masjid Nabawi di Madinah). Di dalamnya terdapat seorang sedang menunaikan solat sambil berdoa: “Ya Allah, aku mohon KepadaMu dengan bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Engkau. Engkaulah. Engkaulah Al-Ahad, Ash-Shamad, Lam yalid walam yulad wa lam yakullahu kufuwan ahad.” Mendengar doa tersebut, Rasulullah ص bersabda: “Demi Allah yang nyawaku berada di dalam kekuasaanNya, dia memohon kepada Allah ـ. dengan Asma’Nya Yang Maha Besar, yang bila diminta akan memberi dan bila orang berdoa kepadaNya Dia akan menjawab.”

Doa tersebut datang dari inisiatif sahabat itu sendiri tanpa pernah diajar oleh Baginda Rasulullah ص. Doa tersebut sangat menggemirakan hati Rasulullah ص. dan tidak sama sekali melanggar tuntutan syariat. Oleh kerana itulah, Rasulullah ص. menerimanya dengan baik, membenarkan dan meredhainya. Walaupun tidak pernah diajar oleh Baginda ص.

8)Sahabat menjadikan Surah Al-Fatihah sebagai ruqyah[130]

Hadith dari Abu Sa’id al-Khundri tentang ruqyah iaitu sekumpulan sahabat Nabi ص. yang singgah disebuah perkampungan suku Arab Badwi ketika mereka dalam perjalanan. Oleh kerana terlalu lapar, mereka meminta orang-orang suku tersebut agar memberi mereka makanan, tetapi permintaan ditolak. Pada ketika itu, ketua suku tersebut disengat binatang yang menyebabkan dia tidak dapat berjalan. Oleh kerana tidak ada seorang pun dari suku tersebut yang boleh mengubatinya, akhirnya mereka mendekati sahabat nabi saw. tersebut dan berkata: siapakah diantara kamu semua yang boleh mengubati ketua suku kami yang disengat binatang? Salah seorang sahabat sanggup menyembuhkannya tapi dengan syarat suku Badwi tersebut setuju memberikan makanan kepada mereka. Setelah mereka setuju, sahabat Nabi ص. itu segera pergi kepada ketua suku lalu membacakanya Surah Al-Fatihah. Seketika itu juga dia sembuh dan terus boleh berjalan. Maka segeralah diberikan kepada para sahabat beberapa ekor kambing sesuai dengan perjanjian. Para sahabat masih belum berani membahagi-bahagikan kambing itu sebelum berjumpa Rasulullah ص. ketika tiba dihadapan Rasulullah ص, mereka menceritakan apa yang telah mereka lakukan terhadap ketua suku tersebut. Rasulullah ص bertanya: “Bagaimana kamu tahu bahawa surah Al-Fatihah itu dapat menyembuhkan?” Rasulullah ص. membenarkan mereka dan turut makan sebahagian dari daging kambing tersebut.”73

9)Kedudukan imam dan makmum dalam solat berjemaah.

Ibn Abbas adalah orang pertama yang mempratikkan keadaan dimana solat berjemaah, imam hendaklah berada dihadapan makmum dan makmum berada di belakang imam. Pada asalnya, ketika Ibn Abbas ingin mengikuti Rasulullah ص. yang sedang sembahyang pada suatu malam, Rasulullah saw. memegang tangan Ibn Abbas dan menariknya lurus ke sebelah Baginda saw. Walau bagaimanapun, Ibn Abbas telah mengundur ke belakang sedikit yang akhirnya Rasulullah ص. sangat menyukai perbuatan demikian dan berdoa kepadanya agar Allah ta’ala menambah ilmu dan pengetahuan kepadanya dalam urusan agama[131].

10)Cara Makmum masbuq.

Pada masa Rasulullah saw., orang yang telah datang awal akan memberitahu orang yang masbuq tentang beberapa rakaat yang dia (orang masbuq) telah tertinggal agar orang yang masbuq tadi mengerjakan rakaat yang tertinggal tadi, kemudian masuk ke dalam solat berjemaah bersama mereka. Walau bagaimanapun, Sayyiduna Muazin Jabal yang masbuq ketika itu, tidak menungggu pemberitahuan dari mereka, tetapi terus masuk solat berjemaah dan mengerjakan rakaat yang tertinggal setelah imam memberi salam. Sayyiduna Muaz adalah orang yang pertama melakukan perkara ini. Rasulullah saw. mengatakan:

سَنَّ لَكُمْ مُعَاذٌ

“Muaz telah membuat cara yang baik untuk sembahyang kamu.”[132]

11) Bani Zuhl bin Syalban bertawassul  kepada nabi saw.

Dalam peperangan melawan tentera Farsi, pimpinan Bani Zuhl bin Syaiban telah bertawassul kepada nabi saw. dan mereka telah mendapat kemenangan, Rasulullah saw mengatakan:

بِي نَصَرُوا

“Dengan perantaraan namaku, mereka telah diberi kemenangan oleh Allah Ta’ala.”[133]

12) Tayammum bagi orang yang berjunub ketika cuaca terlalu sejuk.

Sayyiduna Amru bin Al-Ash adalah orang pertama berijtihad sedemikian apabila beliau bermimpi pada malamnya dan ingin mandi hadas besar pada paginya tetapi cuaca sangat sejuk. Beliau lalu berijtihad hanya bertayammum dan beliau menjadi imam solat subuh. Setelah itu, para sahabat melaporkan perkara itu kepada Rasulullah ص. Rasulullah ص bertanya Amru bin Al-Ash dan beliau menjawab dengan membaca firman Allah ـ  :

Ÿwur (#þqè=çFø)s? öNä3|¡àÿRr& 4 ¨bÎ) ©!$# tb%x. öNä3Î/ $VJŠÏmu‘

“Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah Ta’ala adalah Maha Penyayang kepada kamu.”[134]

Dan dia bertayammum dan terus solat. Rasulullah ص tersenyum dan Baginda ص  tidak berkata apa-apa.[135]


Kesimpulan:

Daripada hadith-hadith yang telah dibentangkan di sini menunjukkan bahawa Rasulullah ص  tidak melarang doa atau surah yang dibaca di dalam waktu solat, atau melakukan amalan yang walaupun ia tidak pernah diajar dan dilakukan oleh Baginda ص sendiri. Rasulullah ص menerimanya dengan baik, membenarkan dan meredhainya malah memberikan khabar gembira kepada orang yang mengamalkannya.

Tanbih  (Peringatan):

Golongan yang mengharam dan membid’ah kan orang yang membaca tahlil, Yasin pada malam tertentu atau majlis tertentu misalnya, haruslah menginsafi perbuatan mereka. Sepatutnya mereka menanggapi amalan-amalan begini mengikut contoh dan teladan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Mulia, Rasulullah ص seperti dalam hadith-hadith yang telah disebutkan.

[Taqrir (pengakuan) Rasulullah ص ?]

Soalan: orang yang tidak menerima dalil melalui contoh atau peristiwa di atas memberi alasan bahawa Rasulullah ص masih hidup ketika sahabat melakukan amalan-amalan tersebut (taqrir). Bagaimanakah menanggapinya?

Jawapan: Walaupun pada ketika itu, Rasulullah ص masih hidup, kecenderungan untuk mengadakan atau melakukan perkara baru yang tidak diajar oleh Baginda ص telah ada di kalangan sahabat. Mereka tidak merasakan perkara itu sebagai suatu kesalahan. Rasulullah ص sendiri tidak melarang para sahabat melakukannya walaupun Baginda ص tidak pernah mangajarkannya atau melakukannya kerana ia adalah baik. Ia tidak bercanggah dengan ajaran islam dan ia masih berasaskan prinsip umum Syariat. Jika ia bertentangan, maka Baginda ص pasti tidak akan membiarkan para sahabat melakukan perkara tersebut.

Inisiatif berbentuk amal perbuatan, zikir, doa dan lain-lain yang dilakukan oleh para sahabat, walaupun tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah ص, adalah berpandukan kepada ayat:

(#qè=yèøù$#ur uŽöy‚ø9$# öNà6¯=yès9 šcqßsÎ=øÿè? ) ÇÐÐÈ

“Dan  hendaklah kamu berbuat kebajikan, agar kamu beroleh kemenangan.”


Mereka juga berpandukan hadith terdahulu:

مَن سَنَّ فِي الْإسلَامِ حَسَنَةٌ فَعَمِلَ بِهَا بَعدَه كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجرِ مَن عَمِلَ بِهَا وَلَا يَنقُصُ مِن أُجُورِهِم شَيءٌ، وَمَن سَنَّ فِي الإِسلَامِ سُنَّةٌ سَيِّئَةٌ فَعَمِلَ بِهَا بَعْدَه كُتِبَ عَلَيهِ مِثلُ وِزرِ مَن عَمِلَ بِهَا وَلَا يَنقُصُ مِن أَوزَارِهِم شَيءٌ

“Sesiapa yang mengadakan di dalam islam sunnah yang baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu, diberikan kepadanya pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikit pun dari pahala orang yang mengerjakan itu, dan sesiapa yang mengadakan di dalam islam sunnahyang tidak baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu, diberikan kepadanya dosa sebagaimana dosa orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun dari dosa orang yang mengerjakan itu.”

Walaupun hadth tersebut berkaitan dengan soal sedekah, tetapi kaedah yang telah disepakati oleh para ulama’:

اَلعِبْرَةُ بِعُمُومِ اللَّفظِ لَا بِخُصُوصِ السَّبَبِ

[PERKARA BARU YANG DILAKUKAN PARA SAHABAT SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH ص]

Soalan: Apakah perkara baru yang dilakukan para sahabat selepas kewafatan Rasulullah ص yang tidak pernah diajar atau dilakukan oleh Rasulullah ص sebelumnya?

Jawapan: Antaranya:

  • Pengumpulan Al-Qur’an oleh Sayyiduna Abu Bakar.
  • Perintah solat Tarawih berjemaah oleh Sayyiduna Umar.
  • Penulisan Al-Qur’an dan perintah azan kedua pada hari jumaat oleh Sayyiduna Uthman bin Affan.
  • Sayyiduna Umar mengubah makam Ibrahim dari tempat asalnya.
  • Sayyiduna Umar dan Sayyiduna Uthman membuat pengubahsuaian Masjid Nabi.
  • Sayyiduna Ali mencipta selawat ke atas Nabi saw.
  • Sayyiduna Abdullah bin Mas’ud membuat perubahan lafaz
  • Sayyiduna A bdullah bin Umar menambah lafaz
  • Penambahan lafaz talbiah oleh Sayyiduna Umar, anaknya Abdullah ibn Umar dan Al-Hasan bin Ali.
  • Perintah Sayyiduna Ali supaya ditulis ilmu Nahu.
  • Tambahan : seorang tabi’in yang termasuk di kalangan Ahl al-Ilm wa al-Fadhl wa at-taqwa, Yahya bin Ya’mat adalah orang yang mula-mula sekali meletakkan titik pada huruf di dalam mashaf Al-Qur’an.

[“KALAULAH IA BAIK, SUDAH TENTU IA DILAKUKAN OLEH RASULULLAH ص DAN PARA SAHABAT YANG LEBIH DARI KITA.” ]

 

Soalan: Apakah hujah terhadap pendapat yang mengatakan : “Kalaulah ia baik, sudah tentu ia dilakukan oleh Rasulullah ص dan para sahabat yang lebih baik dari kita.”?

Jawapan: Pendapat sebegini adalah tidak adil kepada islam itu sendiri. Ia seolah-olah menganggap Syariat Islam adalah sesuatu yang jumud kerana menyempitkan kesyumulannya (comprehensiveness) hanya kepada kurun pertama sahaja sedangkan Islam bukanlah begitu. Bukanlah Islam tidak mampu menetapkan hokum setiap amalan atau perkara baru dalam semua lapangan kehidupan, tetapi Islam telah menetapkan kaedah-kaedah (Qawa’id Fiqhiyyah) atauprinsip-prinsip untuk menjadi panduan apabila berlaku sesuatu perkara baru yang tidak ada pada zaman awal Islam.

Rasulullah ص tahu bahawa apabila masa berlalu dan situasi serta keadaan berbeza, sudah tentu banyak perkara yang diperlukan. Oleh sebab itulah, Baginda  ص membolehkan hal atau perkara baru yang baik, malah menganjurkan umat melakukannya perkara-perkara yang baru diperlukan untuk menjaga kemashlatan orang islam asalkan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

[HUKUM MENGATAKAN BID’AH TERHADAP PERKARA-PERKARA KHILAFIYYAH DAN PERKARA YANG THABIT DENGAN HADITH DHAIF ]

Soalan: Apakah hukumnya mengatakan bid’ah terhadap perkara-perkara khilafiyyah dan perkara yang thabit dengan hadith dhaif  ?

 

Jawapan: Syaikh Dr.Abdul Malik bin Abdur Rahman as-Sa’adi, seorang tokoh ulama’ terkenal di Iraq dan penulis kitab-kitab dalam pengajian Islam, apabila ditanya tentangnya, menjawab:

“Termasuk di dalam kesalahan yang nyata, apabila menetapkan hukum sebagai bid’ah ke atas perkara yang para ulama’ tidak seia dan sekata mengenainya dari sudut thabitnya (wujud) dan ketiadaanya atau dari sudut kuat dan lemah dalilnya, begitu juga pada perkara yang ditetapkan oleh hadith yang dianggap dha’if oleh para ulama’ hadith, kerana dengan label tersebut menyebabkan kita menghukum para sahabat dan generasi salafus soleh selepas mereka sebagai ’pembawa bid’ah’, kerana seorang mujtahid itu akan menganggap ijtihadnya lebih kuat hujahnya daripada ijtihad orang lain. Sebagai contoh, Sayyiduna Aisyah pernah berselisih pendapat dengan Ibn Abbas pada satu hokum yang ditetapkan oleh Ibn Abbas, sedangkan Aisyah menolaknya. Maka, sudah tentu setiap mereka akan bid’ah membid’ah sesame mereka dan seterusnya akan menyebabkan para fuqaha’ akan sesat menyesatkan sesame kita, tetapi ini tidak pernah berlaku.

 

Tidak pernah berlaku dalam sejarah bahawa seorang dikalangan fuqaha’ melemparkan tuduhan bid’ah kepada yang lain, tetapi yang berlaku ialah sebaliknya. Sebab itulah, setiap mazhab tidak mewajibkan umat Islam berpegang dengan ijtihadnya dalam satu-satu masalah, tetapi mereka hanya dapat menggalakkan untuk pengamalannya sahaja. Terdapat kata-kata fuqaha’: seelok-eloknya, ia diamalkan untuk mengelakkan daripada khilaf mereka yang mewajibkannya.”

 

Isyarat di atas membuktikan bahawa para fuqaha’ sentiasa hormat-menghormati ijtihad yang dikeluarkan sesama mereka. Sebagai contoh, Di sisi Abu Hanifah, menyentuh wanita yang bukan mahram adalah tidak membatalkan wudhu’, tetapi beliau sendiri mengatakan bahawa disunatkan berwudhu’ selepas tersentuh untuk mengelakkan daripada khilaf bagi mereka yang mewajibkannya.

 

Demikian juga keadaanya pada perkara yang ditetapkan berpandukan hadith yang dha’if. Tidak boleh juga menghukumkan sebagai bid’ah kerana hukum memang thabit secara umum, tetapi lemah yang berlaku ialah pada sanad hadith yang mungkin disebabkan kecacatan para perawi hadith atau kecacatan yang berlaku pada matannya. Itulah yang menjadikan hadith tersebut dha’if. Adakalanya hadith itu benar pada realitinya. Sekiranya kita mendapati sesetengah ulama’ mengeluarkan hukum sebagai bid’ah pada perkara tersebut, dia bukanlah bermaksud bid’ah pada sudut Syariat, tetapi bid’ah dari sudut bahasa. Wallahu’alam.”

 

[KESIMPULAN MENGENAI BID’AH DAN PEMBAHAGIANNYA]

Soalan: Apakah kesimpulan terhadap perbincangan mengenai bid’ah dan pembahagiannya yang boleh dipelajari ?

Jawapan:

  1. Setiap perkara baru yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw dan generasi awal Islam, bukanlah semuanya Bid’ah Dhalalah (sesat) semata-mata. Jika ia tidak bertentangan dengan Al-Qur’an, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas serta termasuk di dalam Qawa’id Fiqhiyyah (kaedah-kaedah Fiqh), maka ia dinamakan Bid’ah Hasanah.

Al-Alim al-Allamah al-Faqih al-Ushuli, Syaikh Ali Jum’ah erkata di dalam Al-kalim ath-Thoyyib:

Untuk mengetahui bid’ah atau tidaknya sesuatu perbuatan atau perkataan seseorang, kita perlulah mempunyai asas pengetahuan yang memadai tentang dalil-dalil Al-Qur’an, sunnah, Ijma’, Qiyas dan kitab-kitab feqah yang diakui. Kita harus terlebih dahulu melihat kepada masalah yang ada. Kemudian meneliti, adakah terdapat ayat, hadith, atau qiyas yang menunjukkan bahawa ia adalah bid’ah atau tidak. Jika ternyata tidak ada satupun dalil yang bertentangan dengannya, maka tidak diragukan lagi bahawa hal tersebut adalah boleh.”

  1. Pembahagian bid’ah kepada Bid’ah Dhalalah dan Bid’ah hasanah mempunyai sandaran yang kuat.
  2. Mengatakan hanya ada Bid’ah Dhalalah sahaja tanpa ada Bid’ah hasanah serta mengkategorikan apa-apa yang baru yang tidak dibuat oleh Rasulullah saw dan sahabat adalah Bid’ah Dhalalah sebenarnya seolah-olah menyempitkan Islam itu sendiri.
  3. Orang yang melakukan Bid’ah hasanah akan mendapat pahala daripada Allah Ta’ala mengikut ittifaq ulama’ terutamanaya dari kalangan mazhab Syafi’e.
  4. Dengan adanya sejumlah ramai (majoriti) para imam mujtahid yang bersetuju dengan pembahagian bid’ah ini, maka, hendaklah kita mengikut jalan mereka yang ramai ini sesuai dengan pesanan Rasulullah saw. Gelaran seperti imam mazhab, mujtahid mutlaq, hujjah al-Islam, Syaikh al-Islam dan Sulthon al-Ulama’, sebenarnya sudah cukup menggambarkan kehebatan keilmuan dan kewibawaan mereka.

 [2] AT-TARKالتَّركُ   

[MAKNA AT-TARK  DAN PERBAHASANNYA]

Soalan: Ada yang mengatakan apa-apa yang tidak dilakukan Nabi ص atau yang ditinggalkan Baginda ص, maka kita pun tidak boleh melakukannya kerana ia Bid’ah Dhalalah. Apakah pandangan ulama’ tentang perkara ini?

Jawapan: Para ulama’ ushul menyebutkan apa-apa yang tidak dilakukan Nabi ص atau yang ditinggalkan Baginda ص sebagai اَالتَّركُ . Kerana itu, ia termasuk dalam kaedah:

اَلتَّركُ لَا يَنتَجُّ حُكمًا  (At-Tark tidak menatijahkan hukum), atau

اَلتَّركُ لا يَقتَضِي تَحرِيمُهُ (At-Tark tidaklah semestinya membawa kepada pengharamannya).

Al-Allamah As-Sayyid Adullah in Shiddiq al-Ghummari telah menulis sebuah risalah bertajuk Husn at-Tafahhum wa ad-Darak li Mas’alah at-Tark (kefahaman dan pengetahuan yang baik tentang masalah at-Tark). Beliau menulis di awal risalahnya dengan bait nazham:

التَّركُ لَيسَ بِحُجَّةٍ فِي شَرعِنَـا                   لَا يَقتَضِي مَنعًا وَلَا إِيجَابًـــــا

فَمَنِ ابتَغَى حَظَرًا بِتَركِ نَبِيِّنَـا                                 وَرَاهُ حُكمًا صَادِقًا وَصَــوَابـًا

قَد صَلَّ عَن نَهجِ الأدِلَّةِ كُلَّهَا                   بَل أخطَأَ الحُكُم الصَّحِيحَ وَخَابَـا

لَا حَظرَ يُمكِنُ إِلَّا إن نُهِىَ أَنَي                  مُنَرَعِّـــدًا لِمَخَالِفِيـــهِ عَــذَابًـــا

أَو ذَمُّ فِعـلِ مُؤْذَنِ بِعُقُوبَــــةٍ                             أَو لَفظٌ تَحرِيــــمٍ يُوَاكِبُ عَابًـــا

“At-Tark bukanlah hujah dalam Syariat kita. Tidak bermakna larangan dan tidak juga kewajipan. Maka sesiapa yang melarang sesuatu perbuatan  dengan alasan Nabi ص tidak melakukannya. Kemudian berpendapat itulah hukum yang benar dan tepat. Sesungguhnya dia telah terpesong dari seluruh dalil-dalil. Malah dia keliru dan memutuskan hukum yang benar, dan dia telah gagal tidak ada pelanggaran hukum kecuali pelanggaran yang diiringi ancaman siksa kepada sesiapa yang melanggarnya. Atau kecaman terhadap sesuatu perbuatan dan disertai hukuman yang pasti. Atau lafaz yang mengharamkan untuk perkara yang dicela.”

Apa yang oleh difahami dari nazham ini ialah: jika sesuatu amalan yang tidak dilakukan oleh nabi saw bukanlah bermaksud perkara atau amalan itu haram / ia tidak oleh dilakukan. Ia hanya haram / tidak boleh dilakukan jika :

1-ada ancaman berupa seksaan jika melakukan amalan itu

2-amalan itu dikecam oleh Syara’

3-hukuman disediakan jika amalan itu dilakukan, dan

4-ada lafaz yang mengharamkan perkara atau amalan itu.

Sebab itulah, sesuatu perkara yang tidak terdapat nas yang menunjukkan haram atau halalnya (boleh atau tidak bolehnya) adalah harus dan tidak bid’ah. Firman Allah ـ:

!4 !$tBur ãNä39s?#uä ãAqߙ§9$# çnrä‹ã‚sù $tBur öNä39pktX çm÷Ytã (#qßgtFR$$sù 4

“Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka Terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya.”

Ayat ini tidak menyebutkan umpamanya:

وَمَا تَرَكَهُ فَانتَهُوا عَنهُ

“Dan apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah , maka hendaklah kamu tinggalkannya”.

Atau:

وَمَا لَم يَفعَلهُ فَانتَهُوا عَنهُ

“Dan apa yang tidak dibuat oleh Rasulullah , maka hendaklah kamu tinggalkannya”.

 

Sebaliknya, Rasulullah ص menjelaskan melalui riwayat daripada Abu Darda’:

مَا أَحَلَّ اللّه فِي كِتَابِهِ فَهُوَ حَلَالٌ، وَمَا سَكَتَ عَنهُ فَهُوَ عَفوٌ، فَاقبَلُوا مِنَ اللَّهِ عَافِيَتَهُ، قَإِنَّ اللَّه لَم يَكُن لِيَنسَى شَيئًا ثُمَّ تَلَا  (( وَمَا رَبُّكَ نَسِبًّا ))

“Apa yang dihalalkan oleh Allah ـ di dalam kitabNya, maka ia adalah halal. Apa yang diharamkan oleh Allah ـ, maka ia adalah haram. Apa yang disenyapkan darinya (yang tidak disebut hukumnya), maka ia adalah haram. Apa yang disenyapkan dariNya (yang tidak disebutkan hukumnya), maka ia adalah dimaafkan (diharuskan). Terimalah daripada Allah ـ akan kemaafanNya (keharusanNya) kerana sesungguhnya Allah ـ tidak pernah melupai sesuatu. Kemudian Baginda membaca (firman Allah ـ) : ((Dan tidaklah tuhan kamu itu lupa)).”

 

Pembahagian At-Tark

Sesuatu yang ditinggalkan Rasulullah ص boleh diihtimal (dianggap) kepada beberapa wajah atau bentuk (yang bukan menunjukkakn pengharaman):

1.Meninggalkannya kerana adat:

Contoh hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim:

“Daripada Khalid Al-Walid, bahawasanya beliau masuk bersama Nabi saw ke rumah Maimunah dan dihidangkan dengan dhab yang dipanggang. Lalu Rasulullah ص menghulurkan tangannya untuk mengambilnya, kemudian ada orang berkata: ini daging dhab.” ,lalu terus Baginda ص mengangkat tangannya. Lalu Khalid bertanya : “Adakah ia haram?.” Baginda ص menjawab “Tidak, tetapi binatang ini tidak ada di negeri kaumku. Lalu aku rasa tidak berselera.” Khalid lalu mengambil dan memakannya sambil dipandang oleh Nabi  ص.”

2-Meninggalkannya kerana lupa.

Contohnya hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim yang menyebutkan bahawa Nabi ص terlupa ketika solat lalu meninggalkan sesuatu (rakaat) dalam solatnya, lalu ditanya: “Adakah berlaku sesuatu terhadap cara solat?” Baginda ص bersada: sesungguhnya aku manusia, lupa sebagaimana kamu lupa.”

3-Meninggalkannya kerana khuatir akan difardhukan ke atas umatnya.

Contohnya Nabi ص tidak keluar untuk solat Tarawih setelah melakukan pada malam-malam sebelumnya supaya solat Tarawih tidak menjadi suatu kefardhuan ke atas umat Baginda ص.

4-Meninggalkannya kerana tidak terfikir untuk melakukanya.

Disebutkan di dalam hadith tentang kisah para sahabat membina mimbar untuk Rasulullah ص berkhutbah kerana umat islam sudah semakin ramai. Sebelum itu, Baginda ص hanya berkhutah atas batang kurma. Rasulullah ص memperkenankan pembinaan mimbar tersebut yang menyaksikan peristiwa batang kurma tersebut menangis kerana tidak mahu berpisah dengan Baginda ص. Begitu juga Rasulullah ص meninggalkan mengucap :………..? semasa I’tidal.”

5-Meninggalkannya kerana ia sudah terkandung  di dalam maksud umum nas.

Contohnya seperti Baginda sw. meninggalkan Solat Dhuha dan banyak lagi perkara sunat disebabkan ia sudah termasuk di dalam keumuman nas seperti firman Allah ـ:

$yg•ƒr’¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qãèŸ2ö‘$# (#r߉àfó™$#ur (#r߉ç6ôã$#ur öNä3­/u‘ (#qè=yèøù$#ur uŽöy‚ø9$# öNà6¯=yès9 šcqßsÎ=øÿè? ) ÇÐÐÈ

“.Wahai orang-orang Yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan Beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).”

Rasulullah ص tidak melakukan semua perkara mubah (harus) dan sunat

Haruslah difahami bahwa Rasulullah ص tidak melakukan semua perkara mubah (harus) dan sunat dalam kehidupan Baginda ص.

Syaikh Abdullah In Ash-Shiddiq al-Ghummari di dalam bukunya Itqan as-Sunnah fi Tahqiq Ma’na al-Bid’ah  menyebutkan:

“Menjadi suatu yang mudah difahami bahawa Nabi Muhammad ص tidak melakukan semua perbuatan mubah dan malah perbuatan sunnah, kerana kesibukkan Baginda ص  dalam mengurus tugas-tugas besar yang telah mengambil waktu yang banyak.

Antara tugas berat Baginda ص ialah menyampaikan dakwah, menjawab dan berdebat dengan orang musyrikin dan ahli kita, berjihad mempertahankan Islam, mengadakan pelbagai perdamaian, menjaga keselamatan negara, menegakkan hukum Allah ـ, membebaskan para tawanan perang orang Islam, mengutuskan delegasi untuk memungut zakat dan mengajarkan ajaran Islam ke pelbagai tempat dan lain-lain dalam rangka untuk mendirikan sebuah negara Islam.

Justeru, Rasulullah ص hanya menerangkan hal-hal asas (pokok) sahaja dan sengaja meninggalkan sebahagian perkara sunnah kerana khuatir akan memberatkan dan menyukarkan umatnya (kerana takut mereka ingin mengikuti semua yang pernah dilakukan oleh Rasulullah ص) jika Baginda sw melakukannya.

Rasulullah ص merasakan cukup dengan menyampaikan nas-nas Al-Qur’an yang bersifat umum dan mencakupi semua jenis perbuatan yang ada di dalamnya sejak Islam lahir hingga hari kiamat umpamanya ayat-ayat berikut:

وَمَا تَفعَلُوا مِن خَيرٍ يَعلَمُهُ اللّهُ

“Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, nescaya Allah Ta’ala mengetahuinya.”

مَن جآءَ بِالحَسَنَةٍ فَلَهُ عَشرُ أَمثَلِهَا

“Siapa yang melakukan amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat dari amal itu.”

وَافعَلُوا الخَيرَ لَعَلَّكُمُ تُفلِحُونَ

“Dan berbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.”

وَمَن يَقتَرِفُ حَسَنَةٌ نَّزِد لَهُ فِيهَا حُسنٌا

“Dan sesiapa yang mengerjakan kebaikan, maka akan kami tambah baginya kebaikan atas kebaikan itu.”

فَمَن يَعمَل مِثقَالَ ذَرَّةٍ خَيرُا يَرَهُ

“Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan walau seberat biji sawi, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.”

Syaikh Ali Jum’ah menyimpulkan perbahasan ini dengan katanya:

“Dari keterangan-keterangan di atas, kita mengetahui bahawa perbuatan meninggalkan amalan oleh Nabi ص, para sahabat, hingga generasi tiga abad yang terbaik, tidak membawa apa-apa kesan hukum, tidak menunjukkan haram dan tidak juga selain keduanya.

Inilah yang difahami oleh para sahabat Nabi semasa Baginda ص masih hidup. Baginda ص tidak mengingkari pemahaman mereka. Itulah yang boleh disimpulkan dan difahami oleh para ulama’ selepas mereka. Kita memohon kepada Allah ـ agar mengurniakan pemahaman tentang agama kepada kita, dan akhir doa  kita adalah segala puji agi Allah ـ , tuhan semesta alam. Dan Allah ـ Maha Tinggi, lagi Maha Mengetahui.”

Kesimpulan:

Apa yang ditinggalkan atau yang tidak dibuat oleh Rasulullah ص, bukanlah semestinya haram, tetapi ia hanyalah menunjukkan perkara itu bukan wajib, atau boleh ditinggalkan. Sebab itulah dikatakan:

إِنَّ التَّركَ لَا يَقتَضِي تَحرِيمَا وَإِنَّمَا يَقتَضِي حَوَازَ المَترُوكِ

Sesungguhnya At-Tark bukanlah bermaksud ia haram, akan tetapi ia bermaksud harus ditinggalkan”

[3] MAFHUMNYA  DAN  BERBENTUK IBADAH

  • Mafhum Ibadah

[MAKNA IBADAH]

Soalan: Apakah makna ibadah?

Jawapan: Al-Hafiz As-Subki mengatakan ibadah adalah:

أَقصَى غَايَةِ الخُشُوعِ وَالخُضُوعِ

“Puncak ketundukkan dan merendah diri.”

Abu al-Qasim al-Ashfahani menyebutkan di dalam Al-Mufradat:

“Ibadah itu setinggi-tinggi penghinaan diri.”

Makna Pertama / Makna Hakiki:

Makna ibadah yang pertama ialah: Puncak ketundukan dan setinggi-tinggi penghinaan diri hanya kepada Allah Ta’ala sahaja. Ibadah ini dikenali dengan ‘ibadah hakiki’ iaitu ibadah tidak boleh ditujukan kecuali hanya kepada Allah ـ.

Ibadah Hakiki ini mempunyai 3 ciri:

  • Tunduk, patuh, menghina diri kepada yang mempercayai mempunyai sifat ‘ketuhanan’.
  • Tunduk, patuh, menghina diri kepada yang dipercayai mempunyai kuasa ‘pemilik ‘ ke atas pelaku. Pemilik dalam erti kata: Pencipta, Pemberi rezeki, yang menghidupkan, yang mematikan, Pemberi syafaat dan keampunan.

Malah hadith tadi juga mempunyai ‘syahid’ iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah dengan lafaz :

فَأَكْمِلُوا عِدَّةَ شَعْبَانَ ثَلَاثِينَ

Genapkanlah bulan Sya’ban menjadi 30 hari”

Kadang-kadang sanad sesuatu hadith kuat . tetapi matannya lemah iaitu seperti : sanad bersambung dan para perawinya thiqah (dipercayai) , tetapi ada percanggahan dalam matannya .

Contohnya : Hadith Muslim daripada Thowus daripada bapanya daripada Ibn Abbas katanya :

كَانَ الطَّلَاقُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَأَبِي بَكْرٍ ، وَسَنَتَيْنِ مِنْ خِلَافَةِ عُمَرَ ، طَلَاقُ الثَّلَاثِ : وَاحِدَةً ، فقَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ :  إِنَّ النَّاسَ قَدِ اسْتَعْجَلُوا فِي أَمْرٍ قَدْ كَانَتْ لَهُمْ فِيهِ أَنَاةٌ ، فَلَوْ أَمْضَيْنَاهُ عَلَيْهِمْ ، فَأَمْضَاهُ عَلَيْهِمْ

“Adalah talak pada zaman Rasulullah ص , Abu Bakar dan dua tahun pada zaman Umar talak tiga (dengan satu lafaz) , dikira talak satu . Selepas itu Umar berkata ; Terdapat orang yang terburu-buru dalam perkara ini , mereka akan berhati-hati kalau kita melaksanakan hukum ini kepada mereka , lalu beliau pun melakssanakan hukum itu ke atas mereka (iaitu talak tiga dengan satu lafaz dikira talak tiga).”

Terdapat juga riwayat lain yang diambil daripada Ibn Juraij bahawa Abu Syahba’ bertanya kepada Ibn Abbas : “Adakah kamu tahu bahawa talak tiga (dengan satu lafaz) dikira sebgai talak satu pada zaman Rasulullah ص , Abu bakar dan tiga tahun pertama zaman pemerintahan Umar ?” Ibn Abbas menjawab : “Ya.”

Manakala Abu Daud pula meriwayatkan melalui jalan Hammas bin Zaid daripada Ayub daripada Ibrahim bin Maisarah daripada Thowus bahawa beliau pernah bertanya kepada Ibn Umar : “Bukankah talak tiga (dengan satu lafaz) pada zaman Rasulullah ص dikira talak satu ?”

Di dalam lafaz lain : “Tahukah kamu bahawa seorang lelaki apabila metallaqkan isterinya dengan talak tiga sebelum dia menyetubuhinya , dikira seagai talak satu ?”

Athar-athar tadi disebut di dalam Shahih Muslim dan Sunan Abu Daud dengan sanad yang shahih tetapi ia dikira lemah kerana berlaku percanggahan pada matannya yang dapat dilihat pada lafaznya yang berbeza . Sekali disebut perempuan yang ditalak secara umum , dan pada yang lain dikaitkan dengan perempuan yang tidak disetubuhi lagi .

Kadang-kadang sanad dan matan hadith adalah dha’if .

Contohnya hadith yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi daripada Abu Hamzah daripada ‘Amir asy-Sya’bi daripada Fatimah binti Qais daripada Nabi ص :

إِنَّ فِي الْمَالِ حَقّاً سِوَى الزَّكَاةَ

“Sesungguhnya di dalam harta itu terdapat kewajipan selain zakat”

Manakala Ibn Majah pula meriwayatkan daripada Abu Hamzah juga dengan lafaz :

لَيْسَ فِي الْمَالِ حَقَّ سِوَى الزَّكَاةُ

“Tidak terdapat di dalam harta kewajipan melainkan zakat”

Sanad hadith ini dha’if kerana Abu Hamzah adalah dha’if . At-Tirmizi menyebutkan bahawa Abu Hamzah adalah Maimun al-A’war , seorang yang dha’if .

Pada matannya pula terdapat percanggahan di mana hadith pertama menyebutkan ada hal (kewajipan) selain zakat pada harta , manakala hadith kedua pula menafikannya .

Contoh-contoh yang telah diberikan menunjukkan bahawa suatu hadith dianggap dha’if adakalanya disebabkan :

  1. Dha’if pada matan dan sanad atau
  2. Dha’if pada matan sahaja atau
  3. Dha’if pada sanad sahaja .

Apabila terdapat banyak sanad pada suatu hadith dan ada diantara sanadnya yang dha’if , maka tidak boleh semestinya hadith itu juga menjadi dha’if kerana sanad yang lain boleh menaikkannya menjadi Hadith Hasan li Ghairih .

Sebagai kesimpulan , jika golongan yang sering menunjukkan sikap keras dan tanpa ada toleransi dengan Hadith dha’if ini mengkaji pendapat-pendapat Muhaddithin dan A’immah Mujtahid dalam perkara Hadith dha’if dan insaf dalam membincangkannya , nescaya mereka akan tidak tergesa-gesa menolak bulat-bulat apa sahaja hadith yang dikatakan dha’if dan mengatakannya bid’ah terhadap amal-amal ibadat yang berdasarakan kepada Hadith dha’if , lebih-lebih lagi jika dikatakan Bid’ah Dhalalah .

Haruslah terlebih dahulu berhati-hati dalam memahami Hadith dha’if ini , terutama sekali kepada orang awam dan golongan yang bukan ahli dalam perkara agama . Tidak semua Hadith dha’if itu tidak boleh dijadikan hujah . Hendaklah dilihat dulu syarat-syarat yang telah dijelaskan .

Terdapat juga dikalangan manusia yang merasa sudah hebat dirinya kerana mempelajari beberapa hadith dan beberapa perkara dalam Ulum al-Hadith , lalu menganggap sudah mengusai ilmu yang dalam ini . Benarlah apa yang disebutkan oleh Syaikh Abdul Ghafar , ahli hadith yang bermazhab hanafi , ketika menukilkan pendapat Ibn asy-Syihhah :

“Kita melihat pada masa kita , ramai orang yang mengaku berilmu padahal dirinya tertipu . Dia merasakan dirinya di atas awan , sedangkan dia berada di lembah yang dalam . Mungkin dia telah mengkaji salah satu kitab dari enam kitab hadith (Kutub as-Sittah) , dan dia berjumpa satu hadith yang bertentangan dengan mazhab Abu Hanifah , buanglah mazhab Abu Hanifah ke dinding dan ambillah hadith Rasulullah ص , sedangkan hadith ini telah dimansuhkan atau bertentangan dengan hadith yang sanadnya lebih kuat atau sebab lainnya sehingga hilanglah kewajipan mengamalkannya . Dan dia tidak mengetahui . Bila pengamalan hadith seperti ini diserahkan secara mutlak kepadanya , maka dia akan tersesat dalam banyak masalah dan tentunya akan menyesatkan banyak orang.”[65]

Penyusun teringat kata-kata oleh Syaikhuna , al-Marhum Habib Ahmad bin Semait , rahimallahu rahmatan wasi’ah, sewaktu pengajian kitab an-Nasoih ad-Diniyyah dan ad-Da’wah at-Tammah di Masjid Baitul Aman , Ampang , Kuala Lumpur :

“Orang zaman sekarang sibuk bertanya “Apa martabat hadith ini , shahih atau dha’if?”. Jika didapatinya tidak shahih , amalan tersebut lalu ditinggalkannya . Orang macam ini adalah rugi.”

(5) IKHTILAF

[ MAKNA IKHTILAF , KENAPA BERLAKU DAN PENDIRIAN KITA ]

Soalan : Apakah makna ikhtilaf  dan kenapa ia berlaku di kalangan ulama’ ? Apakah pendirian kita dalam hal ikhtilaf  ini ?

Jawapan : Jawapan ini adalah berdasarkan kertas kerja bertajuk ‘Khilaf Ulama’ Dalam Hukum Fiqh : Sebab dan Adab-Adabnya’ [66] tulisan al-‘Alim al-Faqih , Syaikh Dato’ Mohd. Saleh bin Haji Ahmad .

Makna :

“Ikhtilaf  dalam bahasa arab membawa maksud tidak sependapat atas sesuatu perkara dalam erti kata setiap orang mengambil jalan yang berbeza sama ada dalam perkataan mahupun pendapat . Ikhtilaf  juga member erti tidak sama , oleh itu setiap yang tidak sama dikatakan ikhtilaf . Sementara khilaf  ialah pertentangan atau berlawanan (mudhadah) , jadi ia membawa erti yang sama dengan ikhtilaf , walaupun maknanya lebih umum .[67]

Ikhtilaf  menurut istilah fuqaha’ bererti berbeza tentang pendapat , agama , jalan-jalan dalam agama , dan kepercayaan terhadap sesuatu yang dapat membawa kebahagiaan atau kecelakaan kepada manusia di dunia dan akhirat .[68]

Kalimah ‘khilaf’ dan ‘ikhtilaf’  mempunyai makna yang sama iaitu : “Sesuatu yang tidak disepakati para fuqaha’ dalam masalah-masalah ijtihad tanpa memandang betul atau salah atau ganjil pendapat yang diperkatakan itu .[69]

Masalah khilafiyyah ialah masalah furu’ atau cabang dalam agama di mana para mujtahid berbeza pendapat dalam perkara-perkara yang memerlukan ijtihad kerana dilalahnya bersifat zhan , bukan qath’i . Masalah-Masalah yang tidak ada kesepakatan para mujtahid ini juga disebut ‘Ijithadiyyah’ , ‘Khilafiyyah’ , ‘Furu’iyyah’ . Masalah-masalah yang ada kesepakatan para mujtahid pula disebut ‘Ittifaqiyyah’ atau ‘Ijma’’[70]

[ PEMBAHAGIAN KHILAF  DAN SYARATNYA ]

          Khilaf  terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :

  1. اَلْخِلاَفُ اَلْمَقْبُولُ ( Khilaf  yang diterima )[71]
  2. اَلْخِلاَفُ اَلْمَذْمُومُ ( Khilaf  yang dicela )[72]
  3. اَلْخِلاَفُ اَلْمَعْقُولُ اَلسَّائِغُ (Khilaf yang harus dan dapat diterima akal )

Khilaf yang harus dan dapat diterima akal’ ialah perbezaan yang berlaku di kalangan ulama’ mujtahidin dalam masalah ijtihadiyyah iaitu masalah yang tidak terdapat nas qath’i (putus) . Namun demikian khilaf ini dapat diterima dengan syarat-syarat berikut :

  1. Hendaklah khilaf itu berlaku dalam kalangan ulama’ fiqh dan orang yang berkelayakan dalam agama
  2. Hendaklah ijtihad dan khilaf mereka itu dalam masalah far’iyyah (cabang) yang tiada dalil-dalil qath’i berhubung hukumnya .
  3. Hendaklah tujujuan masing-masing untuk mencapai kebenaran dan yang betul .
  4. Setiap orang faqih itu telah mencurahkan seluruh tenaganya bagi mencapai kebenaran .

Khilaf seperti ini juga berlaku di kalangan para sahabat dan tabi’in , namun demikian tidak ada seorang pun di kalangan mereka dicela kerana perbezaan yang berlaku itu , ini disebabkan masing-masing bekerja untuk mencari kebenaran , kalau tersalah ketika menuntut dan mencari kebenaran itu mereka tidak dipersalahkan malah dimaafkan .

[ FAKTOR BERLAKU KHILAFIYYAH ]

Terdapat beberapa factor membawa kepada perkara khilafiyyah antaranya :

Pertama : اَلتَّفَاوُتُ فِي اَلْعَقْلِ وَالْفَهْمِ وَالْقُدْرَةِ عَلَى تَحْصِيلِ اَلْعِلْمِ ( Kemampuan Mengusai Ilmu Tidak Sama Dari Segi Akal Fikiran dan Kefahaman  )

Ia mempunyai pengaruh yang besar terhadap khilaf fuqaha’ . Sebahagian fuqaha’ mempunyai kemampuan yang tinggi dari segi hafazan dan kefahaman , Ada juga yang hafazannya lebih baik daripada kefahamannya . Sementara yang lain pula kefahamannya lebih baik dari hafazannya . [73]

Kedua : اَلتَّفَاوُتُ فِي الْحَصِيلَةِ اَلْعِلْمِيَّةِ ( Perbezaan Dalam Pencapaian Ilmu )

Di antara faktor besar yang menyumbangkan khilaf fuqaha’ ialah perbezaan mereka dalam pencapaian ilmu , khususnya tentang al-Quran dan as-Sunnah . Apabila seorang faqih lebih pengetahuannya tentang al-Quran dan as-Sunnah , maka hukumnya lebih hamper kepada tepat .

Tetapi untuk menguasai  semua sunnah amat sulit malah mustahil , kerana himpuna hadith begitu banyak . Lebih-lebih lagi arah pandangan ulama’ berbeza dalam menghukum sebahagian hadith , kerana sebahagian ulama’ berpendapat beberapa hadith itu shahih sedangkan yang lain berpendapat hadith itu dha’if . Ini adalah salah satu yang luas perbincangannya sehingga memabawa kepada berlakunya khilaf di kalangan ulama’ .

Ketiga : اَلتَّفَاوُتُ فِي الْإِحَاطَةِ بِعُلُومِ اللُّغَةِ الْعَرَبِيَّةِ ( Perbezaan Dalam Penguasaan Ilmu-ilmu Bahasa Arab )

Perbezaan yang nyata di kalangan ulama’ dalam memahami hukum syara’ disebabkan perbezaan mereka dalam memahami Lisan al-Arab , penguasaan terhadap rahsia-rahsia Bahasa Arab . Dari sinilah juga akan menyumbangkan khilaf di antara ulama’ . [74]

Keempat : اَلْإِخْتِلاَفِ فِي مَدَى حُجِّيَّةِ بَعْضِ الْمَصَادِرِ الْفِقْهِيِّةِ ( Perbezaan Tentang Kehujahan Beberapa Sumber Hukum )

Khilaf ulama’ dalam hukum-hukum furu’ , antara faktornya ialah berlaku khilaf tentang kehujahan sebahagian sumber-sumber yang menjaddi sandaran kepada hukum-hukum furu’ . Contohnya fuqaha’ telah khilaf tentang kehujahan al-Hadith al-Mursal , al-Istihsan , dan Syar’u Man Qablana .[75]

Setiap mereka berpendapat satu-satu sumber itu hujah akan mengamalkannya dalam menthabitkan sebahagian hukum syara’ . Sementara bagi mereka yang tidak menganggapnya sebgai hujah akan menolak dam membatalkannya serta hukum-hukum yang dibina ke atasnya selagi mana tidak ada dalil yang lain .[76]

Kelima : اَلْإِخْتِلاَفِ فِي الشُّرُوطِ الَّتِي تُوَافُرُهَا فِي الْحَدِيثِ الصَّحِيحِ الَّذِي يَجُوزُ الْإِحْتِجَاجُ بِهِ ( Perbezaan Tentang Syarat-syarat  yang Wajib Dipenuhi pada Hadith  Shahih yang Boleh Dijadikan Hujah )

Al-Hanafiyyah telah meletakkan syarat bagi beramal dengan Hadith Ahad ; hendaklah perawi itu tidak beramal menyalahi apa yang diriwatkannya , tajuk hadith itu bukan daripada perkara yang ‘Umum Balwa dan hendaklah hadith itu tidak menyalah konsep al-Qiyas dan dasar-dasar umum dalam Islam khususnya apabila perawi itu bukan seorang yang faqih .

Sementara al-Malikiyyah mensyaratkan Khabar Ahad itu hendaklah selari dengan amal  Ahl al-Madinah , kerana ianya sama seperti periwayatan dari Rasulullah ص , sedangkan riawayat orang ramai lebih berhak diamalakannya daripada riwayat seorang sahaja . Lagipun penduduk Madinah lebih mengetahui yang terakhir warid (datang) daripada Rasulullah ص .[77]

Jumhur fuqaha yang tediri daripada asy-Syafi’iyyah , al-Hanabilah , az-Zhahiriyyah , al-Ja’fariyyah dan sebahagian fuqaha mazhab lain berpendapat yang pentingnya wajib beramal dengan hadith Ahad itu ialah apabila riwayatnya itu shahih dan berhubung sanadnya dengan Rasulullah ص , maka hendaklah diistinbatkan hukum daripadanya serta dijadikan sumber perundangan Islam .

Sekiranya sanad hadit itu tidak berhubung dalam erti kata Hadith Mursal , Mazhab Syafi’e menerima pakai dengan syarat ianya daripada Mursal Kibar at-Tabi’in seperti perawinya Sa’id bin al-Musayyib dan mempunyai sanad daripada riwayat lain atau hadit itu selaras dengan kata-kata sahabat atau difatwakannya oleh kebanyakan sahabat . Namun begitu bagi Mazhab Ahmad bin Hanbal lain pula Hadith Mursal tetap diambil dan diterima pakai apabila tidak ada pada bab yang berkenaan hadith yang berhubung sanadnya .[78]

Keenam : اَلْإِخْتِلاَفِ فِي اَلْقَوَاعِدِ الْأُصُولِيَّةِ (Perbezaan Tentang Beberapa Qawa’id Ushuliyyah )

Qawa’id Ushuliyyah ialah prinsip-prinsip , metod , manhaj , cara dan kaedah yang digubal oleh para mujtahidin sebagai panduan untuk melakukan istinbat hukum-hukum syara’ . Para ulama’ fiqh akan iltizam dengannya bagi mengambil hukum-hukum  syara’ daripada dalil-dalilnya yang tafshili . Khilaf dlam Qawa’id Ushuliyyah adalah di antara faktor-faktor yang menyumbangkan khilaf dalam hukum furu’ , Qawa’id Ushuliyyah ini sebahagian merujuk kepada Bahasa Arab dan sebahagian merujuk kepada akal .

Ulama’ Fiqh akan iltizam denfannya bagi mengambil hukum-hukum Syara’ daripada dalil-dalilnya yang Tafshil. Khilaf dalam Qawa’id Ushuliyyah adalah di antara factor-faktor yang menyumbangkan khilaf dalam hukum-hukum furu’. Qawa’id Ushuliyyah ini sebahagian merujuk kepada Bahasa Arab dan sebahagian yang lain merujuk kepada akal.

Ketujuh: الإِتِلاَفُ فِي القِرَاءَاتِ فِي القُرآنِ الكَرِيم  (Khilaf tentang Qira’at dalm al Quran al Karim)

Kelapan: الإِختِلاَف بِسَبَبِ تَعَارُضِ الأدِلَةِ (Khilaf disebabkan percanggahan dalil-dalil)[79]

[KAEDAH MENANGANI MASALAH KHILAFIYYAH]

Suatu perkara yang perlu diketahui bahawa hukum-hukum Fiqh ada yang disepakati para Imam Mujtahidin, ada yang hanya disepakati dikalangan Ulama’-Ulama’ mazhab berkenaan sahaja, ada yang berlaku khilaf di antara Imam-Imam Mujtahidin dan ada juga berlaku khilaf di kalangan Ulama’-Ulama’ dalam mazhab yang sama.

Oleh yang demikian, umat Islam harus menerima kenyataan di atas kerana khilaf dalam perkara ijtihad dan hukum yang berasaskan kepada dalil-dalil Zhanni adalah suatu perkara yang Tabi’I (biasa) malah pasti berlaku sebagaimana yang dinyatakan dalam sebab-sebab khilaf sebelum ini.

Seruan untuk menyatukan mazhab-mazhab Fiqh adalah suatu yang luci, justeru memaksa orang lain meleburkan atau mengorbankan pandangan ijtihadnya untuk berada dala satu mazhab sahaja, ini tidak mungkin malah ianya bercanggah dalam konsep dan tuntutan ijtihad kerana seorang yang mampu berijtihad dan beramal dengan hukum yang dihasilkan oleh ijtihadnya  malah tidak harus ia bertaqlid atau berpaling dari mazhabnya kepada pendapat orang lain.

Sementara orang awam pula wajib bertaqlid kepada mana-mana mazhab dan pendapat Ulama’ Mujtahidin yang menjadi pilihannya.[80]

[ADAB IKHTILAF]

Seterusnya, Syeikh Mohd. Saleh menggariskan adab-adab yang perlu diambil perhatian apabila berhadapan dengan permasalahan Khilafiyyah khususnya bagi kita yang bukan Ulama’ Mujtahidin perlu sekali diberi penekanan agar tidak menimbulkan porak-peranda dan kecelaruan dalam masyarakat, antaranya:

Setiap orang mesti membersihkan dirinya dari sebarang sentiment Ta’asub mazhab secara buta tuli kerana mazhab bukanlah sebagai factor memecah-belahkan Islam dan bukan sebagai agama-agama yang menasakhkan Syari’at Islam, malah ia merupakan metod dan kaedah dan kaedah penyelidikan dan kajian ilmiah dalam mengistinbat hukum. Kesemuanya bertujuan untuk mengetahui hukum-hukum yang diturunkan oleh Allah ـ. Kita tidak harus merasa sempit dada dengan sebab wujud perbezaan mazhab kerana perbezaan dalam pemahaman dan istinbat adalah suatu perkara lumrah dan tabi’I bagi akal manusia, maka sudah pasti akan berbeza dalam istinbat dan fahaman. Malah kita boleh berbangga dengan perbezaan ilmu Fiqh yang ditinggalkan kepada kita sebagai suatu perbendaharaan Fiqg yang amat berharga. Ia juga merupakan sebgai bukti betapa berkembang subur dan hidupnya Fiqh, betapa luasnya pemikiran para Fuqaha’ kita yang agung dalam melaksanakan kewajipan mereka memberi khidmat kepada Syariat Islam yang mulia.

Kita wajib menghargai segala usaha yang dicurahkan oleh Ulama’-Ulama’ Mujtahidin dalam berbagai mazhab ini. Kita menghormati dan beradab dengan mereka dan kita percaya bahawa mereka akan diberikan pahala sama ada betul ataupun salah, seterusnya kita berdoa untuk kebaikan mereka.[81]

Kita tidak harus memaksa orang lain menerima pandangan kita dalam masalah Khilafiyyah.

Kita tidak harus menentang amalan-amalan Khilafiyyah yang tidak sesuai dengan pandangan mazhab yang kita anuti. Sebaliknya hendaklah kita menentang amalan-amalan yang bercanggah dengan hukum-hukum yang disepakati para Ulama’. Ini berdasarkan kaedah Fiqhiyyah:

لاَ يُنْكَرُ الْمُخْتَلَفُ فِيهِ وَإِنَّمَا يُنْكَرُ المُجْمَعُ عَلَيهِ

“Tidaklah diingkari sesuatu hukum yang berlaku khilaf dikalangan Fuqaha’. Dan sesungguhnya yang perlu diingkari ialah yang disepakati Ulama’ atas pengharamannya”[82]

Maksudnya: tidak boleh berbantah dalam perkara Khilafiyyah yang tidak sepakat para Ulama’ tentangnya. Adapaun yang perlu dibantah ialah apabila orang mengingkari perkara yang sudah menjadi ijma’ Ulama’ atasnya.

Kita mesti beradab dengan Ulama’ yang berbeza pandangan dengan kita, jangan celupar mulut melemparkan tuduhan kalimah Bid’ah Dhalalah ke atas amalan-amalan Khilafiyyah.

Jangan menuduh orang yang mengamalkan amalan yang kita tidak sependapat dengannya sebagai sesat, pembuat Bid’ah, khurafat dan sebagainya kerana masing-masing ada alasan dan hujjah yang perlu kita hormati.

Kita jangan terpengaruh dengan pendekatan sebahagian anak muda yang berlagak ‘Alim besar menghentam Ulama’-Ulama’ silam yang tidak sealiran dengan mereka, sambil menyeru masyarakat menentang amalan-amalan yang sudah mantap dalam masyarakat sedangkan amalan khilaf itu lama’ padanya. Lebih dahsyat dari itu terdapat sebahagian mereka yang biadab menyeru supaya membakar kitab-kitab tua atau jawi lama kerana menurut pandangan mereka kitab-kitab tersebut menyesatkan. Subhanallah.

Kita sebagai pendakwah, guru atau Imam harus bijak dalam menangani masalah Khilafiyyah. Amat bodoh kalau seseorang pendakwah membangkitkan perkara yang remeh-temeh dan Khilafiyyah dalam cerama-ceramahnya kerana ini boleh menimbulkan perpecahan dalam masyarakat dan tuduh-menuduh antara satu sama lain.

Sebagai seorang pendakwah, kita perlu memfokuskan syarahan dan pengajaran kepada persoalan pokok yang perlu kita berganding bahu dalam membangun atau meruntuhnya.

Mengelak dari melakukan masalah yang dipertikaikan memang digalakkan berdasarkan Qa’idah Fiqhiyyah:

الخُرُوجُ مِنِ الخِلاَفِ مُسْتَحَبٌّ

“Keluar dari khilaf itu digalakkan.”

Selepas itu Syeikh Mohd Saleh menyebutkan beberapa contoh[83] masalah Khilafiyyah yang ditimbulkan dalam masyarakat,

Kemudian beliau menulis tentang sikap Ulama’ terhadap masalah Khilafiyyah dengan menyebutkan:

“Ulama’-Ulama’ kita di kalangan rumpun bangsa Melayu di Malaysia, Patani, Kemboja, Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, dan Selatan Filipina umumnya pengikut mazhab Syafi’e semenjak Islam mula mengembangkan sayapnya di daerah ini dan mereka amat arif tentang masalah Khilafiyyah bersikap cukup terbukan dan sederhana sekali…”[84]

Beliau kemudian menyenaraikan Ulama’[85] dari Pulau Pinang, Perak, Kedah yang beliau yakin mereka ini kesemua amat memahami masalah Khilafiyyah dan tidak sedikit pun menimbulkan ketegangan dalam masyarakat pada zaman mereka, malah saling memahami dan sering melakukan muzakarah dalam suasana mahabbah dan kasih-sayang kerana Allah ـ.

Beliau mengatakan:

“Oleh kerana mereka amat faham adab dan akhlak dalam masalah Khilafiyyah inilah, maka mereka amat dihormati, disanjungi dan dipelajari ilmu Islam dari mereka. Walaupun kemungkinan ada masalah yang mereka tidak setuju kerana berbeza pandangan dan pendapat tetapi mereka tetapi saling hormat-menghormati antara satu sama lain.[86] Sebagai penutup Ulama’ kita ini menyatakan: “Perbahasan masalah Khilafiyyah ini tidak wajar diperbesarkan dan saling menyalahkan antara satu sama lain, lebih-lebih lagi dalam menghukum Bid’ah, Khurafat dan Kafir. Ini kerana khilaf dalam masalah Furu’ suatu yang tidak dapat dielakkan. Apa yang penting bagi umat Islam ialah berganding bahu menegakkan Syari’at Islam dalam diri, rumahtangga, masyarakat dan Negara. Seterusnya memerangi kemaksiatan dan kemungkaran yang disepakati dan berkerja keras menegakkan yang ma’ruf yang diijma’ Ulama’ di samping berlapang dada dan bertolak ansur ketika menghadapi  perkara-perkara Khilafiyyah dalam semangat persaudaraan Islam dan kesatuan ummah.””[87]

( Tambahan peny: ) Bagi sesiapa yang mengetahui rahsia Syari’at, mereka memandang bahawa ikhtilaf para A’immah sebenarnya menjadi rahmat kepada umat seperti kata Syeikh Ibn Ruslan di dalam Zubadnya:

وَالشَّافِعِيُّ وَمــَالِكٌ وَنُعْمَانٌ                   وَأَحْمَدَ بْنِ حَنْبَــلَ وَسُفْيَــانُ

وَغَيْرَهُمْ مِنْ سَــائِرِ الأَئِمَّـةِ                   عَلَى هُدًى وَالإِخْتِلاَفُ رَحْمَـةُ

Maksudnya: “Dan Imam Syafi’e, Imam Malik, dan Nu’man (Imam Hanafi), dan Imam Ahmad ibn Hanbal dan Sufyan (Imam ath Thauri) dan selain mereka daripada kalangan A’immah dibawah petunjuk Allah ـ  dan ikhtilaf mereka mejadi rahmat.”

Disebutkan di dalam ad Durr al Munthathirah fi ahadith Musytahirah karangan Imam as Shuyuti pada Hamisy al Fatawa al Hadhithiyyah:

عَنْ عُمَرَ بْنِ العَزِيزِ قَالَ: مَا سَرَّنِي لَوْ أَنَّ أَصْحَابَ مُحَمَّدٍ لَمْ يَخْتَلِفُوا لِأَنَّهُمْ لَوْ لَمْ يَخْتَلِفُوا لَمْ تَكُنْ رُخْصَةٌ

Maksudnya: “Diriwayatkan daripada Sayyidina Umar bin Abdul Aziz, berkata: Tidak akan menyenangkan aku jika para Sahabat tidak berikhtilaf kerana sekiranya mereka tidak berikhtilaf, maka tidak adalah Rukhsah (keringanan).”[88]

Mufti besar negara Mesir, Syeikh Ali Juma’ah membincangkan perkara Khilafiyyah ini dengan baik sekali di dalam kumpulan fatwanya di bawah tajuk: “Permasalahan Khilafiyyah Dalam Feqah.”[89]

Al ‘Allamah al Mufassir, Syeikh Yusuf ad Dijwi, Ahli Lembaga Majlis Ulama’ Besar al Azhar ketika menjawab pertanyaan tentang  pendapat yang mengatakan Bid’ah solat sunat Qabliyyah Jumaat, beliau mengatakan di awal jawapannya:

يَجِبُ أَنْ تَعْرِفَ أَنَّ هُنَاكَ شَيئًا يَنْبَغِي التَّنْبِيهِ لَهُ وَهُوَ أَنَّ المَسَائِلَ الإِجْتِهَادِيَّةَ الفَرْعِيَّةَ يَكْفِي فِيهَا الظَّنُّ وَلاَ يَنْبَغِي فِيهَا التَّناَزَعُ.  وًكُلُّ مَن طَلَب فِيهَا الدَّلِيلَ القَطْعِيَّ فَهُوَ إِمَّا جَاهِلٌ لاَ يَنْبَغِي أَنْ يَكُونَ فِي عَدَادِ العُلَمَاءِ وَإمَّا سَيِّءُ القَصْدُ لَا يُرِيدُ إِلِّا الظُّهُورُ بِأَيَّةِ وَسِيلَةٍ….

Maksudnya: “Wajib untuk kamu ketahu bahawa sesungguhnya terdapat disana sesuatu yang sewajarnya diambil perhatian kepadanya iaiti: ‘Sesungguhnya permasalahan Ijtihadiyyah yang bersifat furu’ (cabang/ ranting), sudah mencukupi dengan dalil zhanni paadanya, dan tida sepatutnya bertelagah dalamnya’. Dan sesiapa yang menuntut padanya dalil qat’ie, maka sama ada dia adalah jahil (tidak mengerti), tidak harus dia dianggap dalam golongan Ulama’ atau juga dia mempunyai niat yang tidak bagus yang yang tidaklah dia menuntut (dalil qat’ie) itu melainkan untuk kemahsyuran dengan apa cara sekalipun…”[90]

Perkara ikhtilaf ini telah dibincangkan dengan kupasan yang sangat baik boleh dirujuk di dalam kitab al Inshaf fi Bayan Sabab al Ikhtilaf[91] karangan Waliyullah bin Abd al Karim. Di dalamnya, pengarang membahaskan tentang sebab-sebab ikhtilaf para Sahabat dan Tabi’in dalam perkara furu’ (cabang), sebab-sebab ikhtilaf mazhab-mazhab Feqah, sebab-sebab ikhtilaf di antara Ahli Hadith dan Ashab ar Ra’y dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan ikhtilaf.

Sahabat al Faqir, al Fadhil Ustaz Syed Salim bin Syed Shamsuddin, sekarang bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Syari’ah dan Undang-Undang USIM, jazakallahu khairan , telah menulis dengan sangat baik sekali membincangkan perkara ini dalam tesisnya: al Ikhtilaf al Fiqhi wa Mada ‘Ilaqatihi bi at Tabdi’ fi al Fiqh al Islami: Dirasah Tahliliyyah Thothbiqiyyah, tesis sarjaba dalam Bahasa Arab di Universiti Islam Antarabangsa, tahun 2002 dibawah seliaan Prof. Dr. Sano Koutoub Moustapha. Beliau membincangkan tentang takrif ikhtilaf secara umum, kemudian mafhum, jenis, hukum, sebab, kesan ikhtilaf dalam bidang Feqah kepada pemikiran, kemasyarakatan dan pendidikan. Dalam perkara Bid’ah, beliau telah menjelaskan mafhum Bid’ah dan tabdi’ dan hukum keduanya, jenis Bid’ah, nas yang menyentuh tentang Bid’ah, sebab tabdi’ dan kesannya kepada keilmuan dan pemikiran, kemasyarakatan serta pendidikan,

Selepas itu, belia membawa contoh perkara yang sering dikata Bid’ah, sedangkan ia adalah perkara Khilafiyyah dan ijtihad dan beliau menghuraikannya, termasuklah: (1) Menggenggam tangan dan melepaskannya selepas takbiraratul ihram, (2) Qunut pada solat Subuh, (3) Doa secara berjemaah, majliz zikir dan zikir dengan nyaring (jahr), (4) Mayat mendapat manfaat dari pembacaan al Quran oleh orang yang masih hidup dan (5) Menyambut Maulidurrasul. Di akhir penulisannya, al Fadhil telah menerangkan 2 pendekatan untuk menghindari sikap menyalahkan, bahkan membid’ahkan orang lain dalam permasalahan Feqah yang bersifat Khilafiyyah dan Ijtihadiyyah iaitu:

  1. تَعْمِيقُ الفَهْمِ بِالمَسَائِلِ الإِجْتِهَادِيَّةِ زَغَيرَ الإِجْتِهَادِيَّةِ  : (Mendalamkan pemahaman tentang masalah-masalah Ijtihadiyyah dan bukan Ijtihadiyyah.)
  2. الإِلتِزَامُ بِمَبَادِئٍ عِلْمِيَّةٍ وَأَخْلاَقِيَّةٍ فِي تَعَامُلِ مَعَ الإِخْتِلاَفِ الفِقْهِيِّ : ( Beriltizam (berpegang) dengan asas keilmuan dan akhlak ketika menghadapi perkara khilaf dalam Feqah.)

Beliau kemudiannya menghuraikan setiap satunya secara panjang lebar.

Antara kitab-kitab rujukan yang boleh dirujuk dalam masalah ikhtilaf ini – seperti yang dirujuk oleh al Fadhil Ustaz termasuklah Jazil al Mawahin fi Ikhtilaf al Mazahib[92] Raf al Malam an al A’immah al A’lam[93], Athar al Ikhtilaf fi al Qawa’id al Ushuliyyah fi Ikhtilaf al Fuqaha’[94], Adab al Ikhtilaf di al Islam[95], Ma’rifah Ilm al Khilaf al Fiqhi: Qinthorah ila Tahqiq al Qifaq al Islami[96], Ma la Yajuz fihi al Khilaf baina Muslimin[97], AL Ingkar fi Masa’il  al Khilaf[98], ash Shahwah al Islamiyyah baina al Ikhtilaf al Masyru’ wa at Tafarruq al Mazmum[99] dan al Mazahib al Fiqhiyyah wa at Ta’ashshub al Mazahibi[100] dan lain-lain.

Kitab lain yang menjawab perkara-perkara yang berbentuk ikhtilaf termasuklah kitab Ma’akhiz as Shibyan ila Tariqah al Jinan, karangan Tuan Guru Haji Hashim Muhamad Su’adi, disemak dan diiktiraf oleh Syeikh Abdullah Fahim, kitab Majmu’ah Musamma bi at Tuhfah al Wathan wa al Ikhwan, karangan Tuan Guru Syeikh Ahmad Said al Linggi dan lain-lain.

Alangkah indanya peribadi Salafussoleh antaranya Imam Dar al Hijrah, Imam Malik, di mana beliau sendiri menolak permintaan Khalifah Ja’far Manshur ketika beliau (Khalifah) bercita-cita mewajibkan muslimin seluruh wilayah di bawahnya untuk hanya berpegang kepada kitab al Muwattha’, karangan Imam Malik.

Ibn Asakir meriwayatkan dengan sanad kepada Imam Malik, beliau (Imam Malik) berkata:

لَمَّا حَجَّ أَبُو جَعْفَرٍ الْمَنْصُورُ دَعَانِي ، فَدَخَلْتُ عَلَيْهِ ، فَحَادَثَنِي وَسَأَلَنِي فَأَجَبْتُهُ ، فَقَالَ : إِنِّي قَدْ عَزَمْتُ أَنْ آمُرَ بِكُتُبِكَ هَذِهِ الَّتِي وَضَعْتَهَا يَعْنِي الْمُوَطَّأَ ، فَتُنْسَخَ نُسَخًا ، ثُمَّ أَبْعَثُ إِلَى كُلِّ مِصْرٍ مِنْ أَمْصَارِ الْمُسْلِمِينَ مِنْهَا بِنُسْخَةٍ ، وَآمُرُهُمْ أَنْ يَعْمَلُوا بُمَا فِيهَا لَا يَتَعَدَّوْنَهُ إِلَى غَيْرِهِ ، وَيَدَعُوا مَا سِوَى ذَلِكَ مِنْ هَذَا الْعِلْمِ الْمُحْدَثِ ، فَإِنِّي رَأَيْتُ أَصْلَ الْعِلْمِ رِوَايَةَ أَهْلِ الْمَدِينَةِ وَعِلْمَهُمْ ، قَالَ : فَقُلْتُ : يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ ، لَا تَفْعَلْ هَذَا ، فَإِنَّ النَّاسَ قَدْ سَبَقَتْ إِلَيْهِمْ أَقَاوِيلَ ، وَسَمِعُوا أَحَادِيثَ ، وَرَوَوْا رِوَايَاتٍ ، وَأَخَذَ كُلُّ قَوْمٍ مِنْهُمْ بِمَا سَبَقَ إِلَيْهِمْ ، وَعَمِلُوا بِهِ ، وَدَانَوْا بِهِ مِنَ اخْتِلَافِ النَّاسِ وَغَيْرِهِمْ ، وَإِنَّ رَدَّهُمْ عَمَّا اعْتَقَدُوهُ تَشْدِيدٌ ، فَدَعِ النَّاسَ وَمَا هُمْ عَلَيْهِ ، وَمَا اخْتَارَ أَهْلُ كُلِّ بَلَدٍ لِأَنْفُسِهِمْ ، فَقَالَ : لَعَمْرِي لَوْ طَاوَعْتَنِي عَلَى ذَلِكَ لَأَمَرْتُ بِهِ

“Ketika Khalifah Abu Ja’far al Manshur menunaikan haji, dia memanggilku, lalu aku masukk menemuinya. Lalu dia berbicara denganku, dan bertanya kepadaku, lalu aku menjawabnya. Dia berkata: Sesungguhnya aku bertekad untuk mengarahkan agar kitab-kitabmu ini yang telah engaku tulis – iaitu kitab Hadith al Muawattha’ – lalu dibuat satu salinan, kemudian dihantar satu naskhah ke setiap negeri dari negeri-negeri Muslimin. Dan aku perintahkan agar mereka mengetahui apa yang ditulis di dalamnya, , dan jangan berpegang kepada selain darinya, dan agar mereka meninggalkan selain dari yang ditulis ( di dalam al Muwattha’), dan ilmu yang baharu ini. Maka sesungguhnya aku melihat sumber ilmu adalah riwayat adalah riwayat penduduk Madinah dan ilmu mereka. Dia (Imam Malik) berkata: Aku berkata: Wahai Amirul Mukminin, jangan kamu berbuat perkara ini. Sesungguhnya orang ramai telah dahulu datang kepada mereka pendapat-pendapat, mereka mendengar hadith-hadith, meriwayatkan riwayat-riwayat, dan setiap kaum telah mengambil (berpegang) dengan apa yang telah dahulu datang kepada mereka dan mereka telah beramal dengannya. Dam sesungguhnya mengubah dari apa yang telah mereka yakini (amalkan) adalah sesuatu yang keras (menyusahkan mereka), maka biarkanlah orang ramai beramal denga apa yang telah merekaa amal di atasnya, dan apa yang telahh setiap megeri pilih untuk diri mereka sendiri. Khalifah berkata: Kalau ikut tekadku, kalaulah dia (Imam Malik) tidak menegahku atas perkara tersebut, pasti akan aku perintahkan.”

Apa yang boleh difahami  dari perkataan Imam Mallik ialah banyak hadith yang telah diriwayatkan berkenaan masalah-masalah cabang dalam Feqah, yang kadang-kadang Nampak ‘pertembungan’ antara sebahagian dengan sebahagian yang lain. Imam Malik tidak mengingkarinya akan tetapi beliau membiarkan orang ramai beramal dengan riwayat yang benar telah sampai kepada mereka. Kalaulah Imam Malik seorang yang sukakan dunia dan menuntut kemahsyuran pastilah beliau akan suka dengan saranan ini, lebih-lebih lagi ia datang sendiri dari seorang Khalifah. Malah Imam Malik sendiri dalam perkara dimanakah meletakkan tangan setelah takbiratulihram, meletakkan hadith-hadith tentang meletakkan tangan di dalam kitab al Muwattha’nya walauapun beliau (Imam Malik) dan pengikut-pengikutnya sendiri berpendapat meluruskan tangan ke rusuk selepas takbiratulihram.

Akhlak mulia dan terpuji seperti Imam Malik dan para Salafussoleh dari kalangan para Sahabat dan yang mengikuti mereka selepasnya, yang kita harapkan diteladani oleh para Ulama’, pemikir-pemikir, golongan intelektual Islam pada zaman sekarang seterusnya menghindari sikap Ta’assub dengan pendapat mereka masing-masing tanpa melihat kepada pendapat Ulama’ lain yang mungkin berbeza pendapat dalam sesuatu perkara.

[72] Al Muhith, al Syairazi, 3/3

[73] Mukhtar al Shihah, ar Razi, m/s : 379

[74] Al Mu’tamad, m/s: 28

[75] Al Munjid. m/s: 27

[76] Lihat juga takrif Bid’ah dari segi Bahasa dalam Mu’jam al Muqayis fi al Lughah, Abu al Hussain Ahmad bin Faris, Beirut: Dar al Fikr, cetakan pertama, 1415 H / 1994 M, m/s: 119 dan al ‘Ain, Abu Abd ar Rahman al Khalil bin Ahmad al Farahibi, Iran: Mu’assasah Dar al Hijrah, cetakan kedua, 1409 H, 2/54.

[77] Penyusun banyak merujuk tulisan Syeikh Gibril Fouad Haddad dalm perbincangan tajuk ini dengan sedikit suntingan dan tambahan. Tulisan beliau telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan boleh dilihat sepenuhnya di http:/majlismudzakarohmultiply.com/recipes/item/1. Perbincangan tentang Bid’ah juga boleh dirujuk dalam buku Makna Sebenar Bid’ah: Satu Penjelasan Rapi, al Hafiz al Muhaddithm Syeikh Muhammad Abdullah as Sidiq al Ghumari, Kuala Lumpur: Middle East Global (M) Sdn Bhd, 2007 M, m/s: 3-57. Al Bid’ah fi al Mafhum al Islami al Daqiq (Salah Faham Terhadap Bid’ah), Dr Abdul Malik bin Abd ar Rahman as Sa’adi, terjemahan Muhammad Fadhil bin Ismail, Kuala Lumpur: Darul Nu’man, cetakan pertama 2002M, m/s: 1-28. Al Bayan Lima Yasyghal al Azhan, Syeikh Ali Juma’ah al Qahirah al Maqtum, cetakan pertama 1425H/2005M, m/s: 204-209. Intabih Dinuka fi Khatharin (Agamamu Dalam Bahaya), Abu Abdullah Alawi al Yamani, terjemahan Syeikh Muhammad Fuad ibn Kamaluddin al Maliki, Selangor: Sofa Production, cetakan kedua 1426H/ 2005M, m/s76-91. 40 Masalah Agama, K.H. Sirajuddin Abbas, Jakarta: Pustaka Tarbiyyah Jakarta, 1425H/2005M, 3/151-204. Perbahasan Tuntas Perihal Khilafiyyah, H.M.H al Hamid al Husaini, Semarang: C.V. Toha Putera, cetakan pertama 1986M, m/s: 175-200. Ternyata NU Tidak Bid’ah: Bid’ah Hasanah dalam Islam, Satu Kasus Matan Hadith Kullu Bid’atin Dhalalah, Drs. Muhamad Ma’shum Zainy al Hasyimiy, Jombang-Jatim: Darul Hikmah, 2009 dan senjata Syari’at: Pakaian Ahl as Sunnah wa Jama’ah, Abu Zahidah dan Abu Qani’ah, Pulau Pinang: The United Press, m/s: 35-36 dan Tazkiyah al Anzhar wa Tasyfiyah al Afkar: Menolak Beberapa Fahaman Syubhah Yang Bersalahan Dengan Pendapat Ulama’ Mu’tabar, Tengku Mahmud Zuhdi bin Abd ar Rahman al Fathani, Kuala Lumpur: Khazanah al Fathaniyyah, cetakan ketiga, 1424H/ 2003M, m/s: 6-8.

[78]Ia juga diriwayatkan oleh Abu Nu’aim (Lihat Fath al Bari, 17/10)

[79] Riwayat al Baihaqi dengan sanad yang sahih dalam kitabnya Manaqib Syafi’e (Lihat Fath al Bari, 17/10

[80] Antara buku yang bagus dirujuk untuk memahami Bid’ah Hasanah ini termasuklah Ternyata…! NU Tidak Bid’ah. Lihat juga risalah berjudul al Bid’ah al Hasanah: Ashl min Ushul at Tasyri’, tulisan Dr. Isa ibn Abdullah bin Muhammad bin Mani’ al Humairi dan Makna Sebenar Bid’ah: Satu Penjelasan Rapi, m/s: 16-18.

[81] Lihat dalam Ternyata…! NU Tidak Bid’ah, m/s: 26

[82] Tazhib al Asma’ wa al Lughat, Abu Zakaria Yahya bin Syarf an Nawawi, Taheran: Manthurat Maktabah al Islami, t.t, 1/23.

[83] Al Asas fi as Sunnah wa Fuqaha, Sa’id Hawa, Arab Saudi, Dar al Islam, cetakan kedua, 1412H/ 1992M, m/s: 360.

[84] Riwayat Muslim. Lihat al Ajwibah al Ghaliyyah fi Aqidah al Firqah an Najiah, Tarim: Dar al ‘Ilm wa ad Da’wah, 1328H/ 2007M, m/s: 54-55. Lihat juga pembahagian Bid’ah kepada Bid’ah Dhalalah dan Bid’ah Hasanah dalam al Masa’il al Muntakhabah, al Qadhi Habib al Haqq bin al Qadhi Abd al Haqq al Farmalawi al Bakistani, Hakikat Kitabevi (Ihlas Vakfi, Yayinidir), 1986, m/s: 62-65. Di dalam kitab ini juga, al Qadhi Habib al Haqq menjawab persoalan tentang Tauhid, risalah dan kerasulan Nabi Adan, tawassul,ziarah kubur, ziarah kubur para wali, keharusan membina kubah di atas kubur Ulama’ dan wali, Isti’anah dan Istighathah, orang mati boleh mendengar, seruan selain Allah, doa selepas sembahyang, membaca al Quran, Khatam al Quran, sampai pahala, jamuan makan selepas kahtam al Quran, membaca surah al Mulk pada malam Jumaat,berubat dengan al Quran, Maulidur Rasul, selawat keatas Nabi, bersalam tangan, fidyah, memberi fidyah kepada orang kaya, sedeqah yang memberi manfaat kepada mayata, nazar kepada Allah, pahala nazar kepada mayat, para wali dan orang-orang yang bertaqwa, keramat para wali, contoh keramat ini di dunia, keramat selepas kematian, contoh-contoh keramat  selepas kematian, bertabarruk dengan barang-barang peninggalan, mencium tangan untuk tujuan tabarruk dan berubat, syafaat kubra dan sughra, syafaat silaturrahim, syafaat hajarul aswad, mahabbah dan bai’ah, kasih saying syeikh, dia’ah dan pembahagiannya (beliau mengatakan ia dibahagikan kepada bid’ah hasanah dan bid’ah sayyi’ah (Dhalalah), dasar hukum yang empat iaitu al Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas mengikut Ahlu Sunnah wa Jamaah, melazimi mazhab (beliau mengatakan kepentingan mengikut mazhab yang empat yang mu’tabar dan hal ehwal kubur. Al Faqir mengharapkan ada para Ahli Ilmu yang akan menterjemahkan kitab ini kerana manfaatnya yang sangat besar.

[85] Riwayat al Bukhari dan Muslim

[86] Riwayat Muslim

[87] Riwayat al Bukhari

[88] Surah al Hadid: 27. Dalam sanad athar ini terdapat Zakaria bin Abu Maryam. Ibn Hibban menyenaraikannya termasuk dalam perawi yang Thiqah, an Nasai’e mengatakan: “Periwayatannya tidak kuat”. (lihat Iqamah al Hujjah ala Anna al Ikthar fi at Ta’abbud Laisa Bid’ah, m/s: 14 dan al Masa’il al Muntakhabah, m/s:64

[89] Lihat perbahasan ini dalam buku Makna Sebenar Bid’ah: Satu Penjelasan Rapi, m/s: 44-45

[90] Nama Ulama’ bermula dari nombor 7 hingga 17 ini boleh dilihat di dalam buku Intabih Dinuka fi Khatharin (Agamamu dalam Bahaya), m/s: 88. Abu Nu’aim ialah seorang Ulama’ Hadith, Feqah dan Sejarah Islam. Dilahirkan pada tahun 130H di Iraq dan wafat pada 29 Sya’ban 219H. Dianggap sebagai salah satu periwayat hadith yang sangat terkemuka, beliau amat dihormati dan dipercayaii oleh para Ulama’ Islam. Antara penulisannya ialah as Solah dan lain-lain.

[91] Lihat Makna Sebenar Bid’ah,m/s: 21

[92] Lihat al I’tisham, Imam asy Syatibi, 1/35-40. 2/311-320 dan Makna Sebenar Bid’ah, m/s: 21

[93] Lihat Qawa’id al Ahkam fi Mashalih al Anam, Ibn Abd as Salam. Beirutt: Dar al Ilmiyyah, cetakan pertama, 1420H/ 1999M, 2/133-134. Lihat juga al Fatawa al Maushiliyyah, Ibn Abd as Salam, m/s: 129.

[94] Lihat al Qawa’id al Kubra, Ibn Abd as Salam, 2/337-339. Al Atkar, an Nawawi, m/s: 237. Al I’tisham, asy Syatibi,1/199. Fath al Bari, Ibn Hajar al Asqalani, 13/253-254. Mukaddimah as Shuyuti dalam Husn al Maqsid dalam al Hawi li al Fatawa, Fatawa al Hadithiyyah, al Haitami, m/s: 150. Radd al Mukhtar, Ibn ‘Abidin,1/376 dan lain-lain.

[95] Pengajian Syeikhuna, al Faqih Syeikh Muhammad Nuruddin, Lihat juga Taudhih al Adillah (Seratus Masalah Agama) K.H.M. Syafi’e Hadzami Kuala Lumpur, Victor Agency, cetakan kedua, 2000, m/s: 81

[96] Lihat Qawa’id al Ahkam fi Mashalih al Anam, 2/134

[97] Al Ba’ith ‘ala Inkar al Bida’ wa al Hawadith, Abu Syama, m/s: 93

[98] Tahzib al Asma’ wa al Lughat, an Nawawi, 3/20-22

[99] Fath al Bari, Ibn Hajar al Asqalani,4/318

[100] Fath al Bari fi Syarh Sahih al Bukhari, Ibn Hajar al Asqalani. Beirut, Dar al Fikr, 1414H/ 1993M, 15/179. Lihat juga Irsyad al Sari li Syarh Sahih al Bukhari, Syihab al Din al Qisytillani, Mishr: Bulaq, cetakan keempat, 1305H/ 10/303.

[101] Tanwir al Hawalik Syarh al Muwatha’ , Imam Malik, Mishr: Musthafa al Babi al Halabi wa Auladuh, 1370H/ 1951M, 1/105. Lihat juga Subul al Salam, al Amir ash Shan’ani, Beirut: Dar al Fikr, t.t. 2/48.

[102] Sanadnya sahih riwayat Abu Daud, at Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad dan al Hakim, Hadith ini sahih mengikut Muslim berdasarkan riwayat dari Jabir dengan ungkapan: “Setiap yang baharu itu Bid’ah dan setiap yang Bid’ah itu sesat” tanpa menyebutkan “ke neraka”. Lihat juga pelbagai riwayat seperti mana yang dinaqalkan oleh Syeikh Abd al Fattah Abu Ghuddah dalam kitabb Tuhfah al Abrar oleh al Laknawi, m/s:139-144

[103] Surah al An’am : 44

[104] Surah al Ahqaf : 25

[105] Surah an Naml : 23

[106] Surah Thaha : 15

[107] Surah al Anbiyaa’ : 30

[108] Surah al Kahfi : 79

[109] Diriwayatkan dari Abu Hurairah oleh al Bukhari, Muslim, Abu Daud, an Nasa’I, Ibn Majah, Ahmad dan Imam Malik di dalam al Muwattha’.

[110] At Tahmid, Ibn Abd al Barr, 18/173

[111] Di riwayatkan daripada ‘Aisyah dan Abu Hurairah oleh al Bukhari, Muslim, at Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad melalui 19 periwayatan. Al Zuhri menyebutkan : “Bijian hitam itu iadalah ‘jintan hitam’ (asy Syuniz).” Ia juga dinamakan ‘jintan India’ dan pelbagai nama lain.

[112] Fath al Bari, 11/271

[113] Sanadnya Sahih riwayat Abi Daud, at Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad dan al Hakim. Hadith ini sahih mengikut Muslim berdasarkan riwayat dari Jabir dengan ungkapan: “Setiap yang baharu itu adalah bid’ah, dan setiap yang bid’ah itu adalah sesat” tanpa menyebutkan “ke neraka”. Lihat juga pelbagai riwayat seperti mana yang dinaqalkan oleh Syeikh Abd al Fatah Abu Ghuddah dalam kitab Tuhfah al Abrar oleh al Laknawi, m/s: 139-144.

[114] Lihat dalam Ternyata NU tidak Bid’ah, m/s: 26

[115] Riwayat Muslim. Lihat Syarh Muslim, 17/226.

[116] 45 Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

[117] 46 Riwayat Muslim

[118] Lihat perbahasan ini dalam Ternyata…!NU tidak bid’ah, ms 34-35.

[119] Lihat penerangan tentang kaedah ini di: http://www.nu.or.id/page.php

[120] Riwayat Muslim. Lihat Syarh Muslim, 17/226.

[121]  Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

[122] Riwayat Muslim

[123] Lihat dalam Ternyata Nu tidak Bid’ah

[124] Syarh Shahih Muslim, An-Nawawi, 6/154.

[125]  Surah al Ahqaf: 25.

[126] Syarh as-Sayuthi, 3/189.

[127] Merujuk kepada mereka yang berpegang kepada zahir hadith

[128] Diriwayatkan daripada Ibn Umar oleh Muslim , at-Tarmizi (Hasan Shahih Gharib) , an-Nasa’i melalui dua periwayatan , dan Ahmad dengan beberapa sanad dalam musnadnya . Salah satu dari riwayat an-Nasa’i ialah “Aku melihat dua belas malaikat berebut untuk itu,”  manakala dua daripada riwayat Ahmad pula ialah : “Aku melihat ucapanmu itu naik ke langit sehinnga pintu dibuka dan masuk mereka ke dalamnya.”

[129] Imam al-Hafiz mengatakan di dalam al-Fath bahawa orang yang disebut itu adalah Qatadah bin Nu’man . Hadith tersebut diriwayatkan oleh Ahmad bin Thorif dari Abu Sa’id , yang mengatakan , bahawa sepanjang malam Qatadah bin Nu’man terus menerus membaca Qul Huwallahu  Ahad . Mungkin yang mendengar adalah saudaranya seibu (berlainan ayah) , iaitu Abu Sai’d yang tempat tinggalnya berhampiran dengan Qatadah bin Nu’man . Hadith yang sama diriwayatkan juga oleh Malik bin Anas , bahawa Abu Sa’id mengatakan : “Tetanggaku selalu bersembahyang di malam hari dan terus –menerus membaca Qul Huwallahu Ahad.” Anas, bahwa Abu Sa’id mengatakan: “Tetanggaku selalu bersembahyang di malam hari dan terus-menerus membaca qul huwallahu Ahad.”

 

[130] Iaitu sistem perubatan denagn jalan berdoa kepada Allah atau dengan jalan bertabarruk pada ayat-ayat Al-Qur’an dan hadith.

[131] Lihat hadith riwayat Ahmad dan Hakim dari Ibn Abbas. Rujuk juga buku Ternyata…! NU Tidak Bid’ah Hasanah, ms. 42-43.

[132] Riwayat Abd Rahman bin Abi Laila. Lihat juga di dalam Al-Mu’jam al-Kabir, Ath-Thobari, 20/271 dan Bid’ah Hasanah ini termasuklah Ternyata…! NU Tidak Bid’ah, ms. 43-44.

[133] Riwayat Ash bin Wa’il dan Imam Ath-Thobari. Lihat Al-Mu’jam al-Kabir,20/271 dan Majma’ Az-Zawa’id, 4/311. Lihat juga  Bid’ah Hasanah Ini Termasuklah Ternyata….! NU  Tidak Bid’ah, ms. 46-47

[134] An-Nisa’ : 29.

[135] Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ad-Dar al-Quthni. Lihat juga Bid’ah Hasanah Ini Termasuklah Ternyata….! NU Tidak Bid’ah, ms. 48-49

[65] Lihat di dalam kitab Hasyiah Ibn Abidin dan di dalam bukunya Daf’ al-Auham an-Mas’alah al-Qira’at Khalf al-Imam , ms 15 .

[66] Lihat ‘Khilaf Ulama’ Dalam Hukum Fiqh : Sebab dan Adab-Adabnya’ , Prof Madya Mohd Soleh bin Haji Ahmad , Pulau Pinang : Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang , Cetakan Pertama , 2007 . Ia telah dibentangkan di Seminar Pengembangan Ilmu anjuran Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Institut ar-Razi , Seberang Prai Selatan bertempat di Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) Wilayah Utara , Kepala Batas , Seberang Prai Utara pada 31.7.2004 . Penyusun telah mengedit sedikit kandungannya tanpa mengubah maksud asal .

[67] Ini kerana khilaf itu sebahagian daripada (ad-Din) dan tidak semestinya dua benda yang berbeza itu berlawanan , walaupun dua benda yang berlawanan itu berbeza . Lihat Lisan al-Arab , Ibn Manzur , Qahirah : Matba’ah ad-Dar al-‘Arabiyyah li at-Ta’lif wa at-Tarjamah , t.t , 1/430

[68] Lihat al-Muwafaqat , asy-Syatibi , Qahirah , Matba’ah Ali Subaih Wa Auladihi , t.t , 4/110 .

[69] Majmu’ah Buhuth al-Fiqhiyyah , Dr Abd al-Karim Zaidan , 1982 , ms. 275 .

[70] Taudhih al-Adillah (Seratus Masalah Agama) , 1/37.

[71] Perbezaan yang berlaku dalam perkara-perkara yang disyari’atkan itu berbagai-bagai , cuma ulama’ berbeza pendapat tentang yang mana lebih afdal dan patut diutamakan sahaja seperti persoalan Haji Qiran , Tamatu’ dan Ifrad . Setiap jenis haji ini sah dilakukan walaupun mereka berselisih pendapat tentang yang mana lebih afdal . Demikian juga menyaringkan Basmalah dan memperlahankannya , kedua-duanya harus yakin tidak membatalkan solat walaupun sebahagian ulama’ mengatakan sunat membaca nyaring dan sebahagian ulama’ lain menganggapnya makruh .

[72] Ia berpunca daripada empat sebab iaitu : (i) Kejahilan , (ii) Kezaliman , (iii) Mengikut hawa nafsu dan , (iv) Menyalahi manhaj Nabawi dalam penerimaan hukum Syara’ dan cara mengamalkannya .

[73] Lihat Masa’il fi al-Fiqh al-Muqarin , Umar Sulaiman al-Asyqar dan Muhammad Othman Syabir , al-Urdun : Dar an-Nafa’is : 1996 , ms. 227 .

[74] Masa’il fi al-Fiqh al-Muqarin ,ms. 30 .

[75] Contohnya mereka berbeza dari segi sumber pengambilan hukum . Mengikut Mazhab Hanafi , sumbernya ialah : (1) Al-Quran , (2) Sunnah dan athar shahih yang masyhur di kalangan ulama’  , (3) Fatwa sahabat , (4) Qiyas , (5) Istihsan , (6) Adat dan ‘Uruf masyarakat. Bagi Mazhab Maliki pula : (1) Al-Quran , (2) Sunnah , (3) Amalan ulama’ Madinah (Ijma’ Ahli Madinah) , (4) Qiyas , (5) Mashlahah mursalah / Istishhab . Bagi Mazhab Syafie : (1) Al-Quran , (2) Sunnah , (3) Fatwa sahabat , (4) Qiyas, (5) Istidlal . Manakala bagi Mazhab Hanbali pula : : (1) Al-Quran , (2) Sunnah , (3) Fatwa sahabat , (4) Fatwa sahabat yang terdekat dengan al-Quran dan as-Sunnah , (5) Hadith Mursal dan Dha’if , (5) Qiyas .

[76] Masa’il fi al-Fiqh al-Muqarin , ms. 31

[77] Ibid , ms. 31-32

[78] Ibid , ms. 31-32

[79] Ibid, m/s: 33-40

[80] Al Bid’ah fi al Mafhum al Islami ad Daqiq (Salah Faham Terhadap Bid’ah), m/s: 41. Tazkiyah an Anzhar wa Tashsiyah al Afkar: Menolak Beberapa Faham Syubhah Yang Bersalahan Dengan Pendapat Ulama’ Mu’tabar, Tengku Mahmud Zuhdi bin Abd ar Rahman al Fathani, Kuala Lumpur: Khazanah al Fathaniyyah, 1424H/ 2003M, m/s : 3

[81] Majmu’ah Buhuth Fiqhiyyah, m/s: 413

[82] Al Asybah wa an Nazha’ir, as Shuyuti, Beirut: Dar al Kitab al Arabi, 1998, m/s: 292

[83] Antara yang disebutkan termasuklah membaca doa Qunut, sembahyang sunat Qabliyyah Maghrib, sembahyang sunat Qabliyyah Jummat, talqin mayat setelah dikebumikan, bacaan al Quran dan tahlil dihadiahkan pahalanya kepada si mati, fidyah sembahyang, berwirid secara berjemaah selepas sembahyang fardu, batal wudhu’ sebab sentuhan lelaki dan perempuan yang harus dikahwini, membaca Ushalli atau melafazkan niat sebelum takbir, bilangan rakaat sunat Tarawikh 20 atau 8, membaca surah Yasiin pada malam Jumaat, Maulidurrasul, mebaca Sayyidina dalam selawat, Imam berdoa selepas solat Jemaah dan makmun mengaminkannya, aqiqah dengan kambing sahaja, menyapu muka selepas memberi salam dan membaca doanya. Alhamdulillah semua perkara ini telah dijawab di dalam buku ini. (Lihat kertas kerja bertajuk: “Khilaf Ulama’ dalam hukum Fiqh: Sebab dan adab-adabnya”, m/s: 23.

[84] ‘Ibid, m/s: 24

[85] ‘Ibid, m/s: 24-25

[86] ‘Ibid, m/s: 25

[87] ‘Ibid, m/s: 26

[88]Ibid, m/s: 38

[89] Rujuk al Kali math Thoyyib: Fatawa ‘Ashriyyah (Fatwa-fatwa Kotemporari), 1/295

[90] Sunnah al Juma’ah al Qabliyyah, Syeikh Yusuf ad Dijwi (Rujuk di dalam Kitab Rasa’il Hammah wa Mabahith Qayyimah, m/s: 164)

[91] Turki: Hakikat Kitabevi (Ihlas Vakfi, Yavinidir), 1986

[92] Karangan Imam Shuyuti, tahqiq Abd al Qayyum bin Muhammad Syafi’ al Bustawi, al Qahirah: Dar al I’tisham, t.t.

[93] Karangan Syeikh Ibn Taimiyyah, ar Riyadh: ar Ri’asah al Ammah li Idarat al Buhuth al Ilmiyyah wa al Ifla’ wa ad Da’wah wa al Irsyad, tanpa penerbit, 1403H/ 1983M.

[94] Karangan Musthofa Sa’id al Khan, Beirut: Mu’assasah ar Risalah, cetakan ketujuh, 1418H/ 1998M.

[95] Karangan Taha Jabir Fayyadh al Ulwani, Virginia: al Ma’had al Alami li al Firk al Islami, cetakan keenam, 1416H/ 1995M.

[96] Karangan Zakariya Abd ar Razak al Mishri, Beirut: Mu’assasah ar Risalah, cetakan pertama, 1420H/ 1990M.

[97] Karangan Abd al Jalil Isa, al Qahirah: Maktabah asy Sya’b, cetakan keempat, 1973M.

[98] Karangan Abdullah bin Abd al Muhsin ath Thoroqi, ar Riyadh: Maktabah al Malik Fahd al Wathoniyyah, cetakan pertama 1418H/ 1997 M.

[99] Karangan Syeikh Yusus al Qardhawi, al Qahirah: Dar ash Shahwah, cetakan kelima, 1415H/ 1994M.

[100] Karangan Muhammad Taja, Beirut: Dar Qutaibah, cetakan pertama, 1429H/ 1999M.


Perselisihan terbahagi kepada dua iaitu: Perselisihan yang tercela dan perselisihan yang terpuji.

 

Perselisihan Yang Tercela:

 

Perselisihan yang tercela ialah perselisihan yang bertentangan dan merujuk kepada pelbagai sebab perlakuan akhlak, daripada sebab-sebab itu ialah:

 

1- Tertipu dengan diri dan ta’jub dengan pendapat sendiri.

 

2- Bersangka buruk dan terlalu cepat menuduh orang lain tanpa bukti.

 

3- Tamakkan kekuasaan, publisiti dan jawatan.

 

4- Menurut hawa nafsu dan cintakan dunia.

 

5-Ta’sub dengan pendapat seseorang, mazhab dan beberapa golongan.

 

6- Asobiah terhadap sesuatu negara, kawasan, parti, jama’ah atau ketua.

 

7- Sedikit ilmu daripada keluar perkataan yang banyak.

 

8- Tidak kukuh dalam menaqalkan dan mendengar khabar.

 

Sebab-sebab ini dan lain-lain lagi adalah daripada keburukan akhlak serta kebinasaan yang mencetuskan perselisihan yang tidak terpuji dan perpecahan yang tercela. Setiap satu dari sebab-sebab ini panjang perbahasannya dan kami akan menyebut tentang banyak lagi sebab-sebab ini pada perbahasan kaedah-kaedah ilmiah dan akhlak dalam adab sesuatu perselisihan.

Perselisihan Yang Terpuji

 

Perselisihan yang melibatkan kepelbagaian bentuk pendapat iaitu ibarat bagi beberapa pendapat yang berbilang-bilang yang keluar dari sumber yang satu. Di antaranya ialah yang dikenali sebagai perselisihan dari segi gambaran,  lafaz dan i’tibar. Perselisihan-perselisihan ini kembali kepada sebab cara pemikiran, perselisihan arah pandangan pada sesetengah permasalahan ilmiah seperti khilaf pada perkara furu’ (cabang), syariah dan beberapa permasalahan aqidah yang tidak menyentuh perkara usul yang qot’ie.

 

Demikian juga perselisihan pada sesetengah perkara amali, seperti perselisihan pada beberapa pendirian politik, manhaj islah dan perubahan. Termasuk juga dalam perselisihan cara berfikir ialah perselisihan pendapat dalam menetapkan beberapa bentuk pengetahuan dan ilmu seperti ilmu kalam, mantiq, falsafah dan tasawwuf. Perselisihan dalam menentukan peristiwa-peristiwa bersejarah, sesetengah tokoh sejarah dan ilmu.

 

Perselisihan ini tiada padanya celaan akan tetapi celaan itu hanya pada sesiapa yang tidak meraikan adab-adab perselisihan dari sudut amali dan akhlak yang akan disebut pada penghujung perbahasan ini.

 

RUJUKAN:

Kertas Kerja yang Bertajuk “Adab-adab Berdialog Dan Kaedah-kaedah Perselisihan Pendapat” oleh Dr. Umar Abdullah Kamil

 

 

 

 

 

 


 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

 

اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سَائِرَ العُمَّالِ وَالوُزَرَاءِ وَالسَّلاَطِينَ وَالمُلُوكِ وَالأُمَرَاءِ لِرِعَايَةِ أُمُورِ الدِّينِ وَالمُحَافَظَةِ عَلَى حُقُوقِ المُسْلِمِينَ وَإِقَامَةِ العَدْلِ فِى الأَحْكَامِ وَالتَّمَسُّـكِ بِفَضَائِلِ الإِسْلاَمِ،

اَللَّهُمَّ وَأَصْلِحْ بِهِمْ شُئُونَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ حَتَّى تَتَرَقَّى وَتَتَقَدَّمَ إِلَى أَعْلَى مَا يَتَحَقَّقُ بِهِ بُلُوغُ الأُمْنِيَّةِ. اَللَّهُمَّ وَانْصُرْنَا مَعَاشِرَةَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ وَاهْدِنَا وَسَدِّدْنَا خَيْرَ البَرِيَّةِ وَاهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْـتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِينَ،

اَللَّهُمَّ اكْشِفْ عَنَّا الكُرُبَاتِ وَسَـلِّمْنَا نَحْنُ مِمَّا فِيهِ مِنَ الآفَاتِ وَاحْفَظْنَا مِنْ كُلِّ سُوءٍ وَمَلاَمٍ وَبَـلِّغْنَا كُلَّ مَقْصُودٍ وَمُرَامٍ وَأَصْلِحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ غَيْرِنَا حَتَّى تَكُونَ فِى أَمَانٍ وَسَلاَمٍ. وَفَرِّجْ عَنَّا كُرُبَاتِنَا فَرْجًا عَاجِلاً بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ،

اَللَّهُمَّ كُنْ لَنَا وَلَهُمْ وَلِهَذَهِ البِلاَدِ حَافِظًا مِنْ جَمِيعِ البَلاَيَا وَدَافِعًا عَنَّا وَعَنْهُمْ جَمِيعَ الرَّزَايَا، وَانْصُرْنَا عَلَى الأَعْدَاءِ وَالحُسَّادِ وَاحْلُلْ غَضَبَكَ وَنِقْمَتَكَ عَلَى البَغْيِ وَالفَسَادِ اَللَّهُمَّ وَاحْرُسْ بِعَيْنِكَ الَّتِي لاَ تَنَامُ وَاكْـنُفْ بِكَنَفِكَ وَرُكْنِكَ الَّذِي لاَ يُرَام. اَللَّهُمَّ اِرْمِ رَايَةَ الإِسْلاَمِ مَنْشُورَةً وَمَوَاطِنَ الدِّينِ وَالحَـقِّ مَعْمُورَةً.

Yang bermaksud, Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekelian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.

Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang diidam-idamkan. Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.

Ya Allah! Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.

Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan. Ya Allah! Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah diterima.

Oleh,

Al-Marhum Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said, doa ini dibaca ketika pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31hb Ogos 1957.

 

SUMBER:

http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tarekat-tassawuf/163-himpunan-doa-dan-zikir/562-doa-syeikh-ahmad-bin-mohd-said-mufti-pertama-pada-hari-kemerdekaan-1957

BAHTSUL MASAIL


Hukum Suntikan Orang Yang Berpuasa


 Mas’alah – jika dicucuk peha dengan jarum atau lengan dimasukkan ubat atau ditambah air atau ditambah darah, maka tiada batal puasanya kerana nas fuqaha’ yang batal puasa itu dimasukkan suatu ‘ain kedalam rongga. Maka lengan dan peha bukan rongga dan jikalau sera ubat itu pada sekelian badannya sekalipun. Dan tiada batal puasa dimasukkan sesuatu ‘ain kedalam rongga bukan daripada lubang yang terbuka seperti meresap masuk kedalam perut minyak atau air masuk ikut lubang bulu roma.

Mas’alah – jika dicucuk perut dengan jarum umpamanya atau dibelah perut sampai kepada batin, nescaya batal puasanya kerana batal puasa memasukkan suatu ‘ain kedalam rongga daripada lubang yang terbuka sama ada lubang yang terbuka itu asal atau baru.

Rujukan:

Sullam Al-Shibyan, Al-‘Allamah Al-Haj Chik Bin Ahmad Al-Qadahi, hal. 398-399.


 

10600506_839044552774776_2876119359026424382_n

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1932447_839044429441455_3730923929047885273_n

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

10384193_839044332774798_4925771562487795186_n

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

10247214_839044246108140_796965795465979682_n

 

 

 

 

Tag Cloud

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 33 other followers