اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم

Archive for the ‘KENALI ULAMA’’ Category

گورو الشیخ العلامة المتكلم النظار حاج صالح بن موسى الشافعي الأشعري رحمه الله ( 1929-2016)


توان گورو الشیخ العلامة المتكلم النظار حاج صالح بن موسى الشافعي الأشعري رحمه الله ( 1929-2016)

بقلم : الأستاذ محمد نزرول عبد النصير الأزهري الشافعي ، شيخ رواق الجاوي بالقاهرة

ولد شيخنا المترجم له في مدينة سيك بولاية قدح دار الأمان سنة ١٩٢٩ في أسرة مشهورة بالعلم و التقوي، أبوه توان گورو الشيخ حاج موسى بن صالح رحمه الله من كبار علماء قدح في زمانه و أمه سيدة خديجة بنت مت سعد محمد عرفت بالتقوى و الصلاح.

كان محبا للعلم و التعلم و صحبة العلماء منذ صغره و بدأ دراسته في المدرسة الابتدائية في سيك ثم انتقل إلى مدرسة العلامة توان حسين القدحي و تعلم فيه مبادئ العلوم الشرعية ، ثم بعد مدة انتقل إلى مدرسة العلامة توان گورو حاج مت نووي في گورون قدح دار الأمان ولم يبق هنا إلا مدة يسيرة ، و هو أيضا قد تلقى العلوم الشرعية في مدرسة الشيخ وان إبراهيم المشهور ب( Pak Chu Him ) في گاجه ماتي بولاية قدح دار الأمان.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : [[ منهومان لا يشبعان ، منهوم في علم لا يشبع و منهوم في دنيا لا يشبع ]] رواه الحاكم و صححه. استغرق المترجم له استغراقا تاما في العلم إلى حد جعله لا يكتفى بعلوم أهل البلد و عملا بنصيحة إمامنا الشافعي رضى الله عنه ؛

تغرب عن الأوطان في طلب العلى #
وسافر ففي الأسفار خمس فوائد
تفرج هم و اكتساب معيشة #
و علم و آداب و صحبة ماجد

فسافر شيخنا المترجم له إلى مكة المكرمة و جاور هناك أكثر من عشر سنين و كانت حالته في مكة فقط في تحصيل العلوم و تلقيها و قد حصل شهادة العالية من مدرسة دار العلوم و التحق أيضا بالمدرسة المشهورة التى لقبت بأزهر الحجاز ألا و هي المدرسة الصولتية الهندية .

فتلقى العلوم بين يدي كبار علماء مكة المكرمة منهم العلامة المتكلم النظار الشيخ وان إسماعيل الفطانى المشهور ب ( Pak Da Eil) و هو عمدته في العلم و العلامة المتفنن مسند الدنيا ياسين الفاداني و العلامة الفقيه عبد القادر بن عبد المطلب المنديلي الإندونيسي و العلامة المحدث السيد علوي بن السيد عباس المالكي و العلامة المؤرخ محمد أمين الكتبي و غيرهم.

و بعدما قضى عرفى شبابه في مكة في تلقي العلوم ، عاد إلى بلده المحبوبة قدح دار الأمان -حرسها الله من السوء و الفتن – و بدأ بتدريس العلوم الإسلامية في مدرسة أبيه المسمى ب (( المدرسة الرحمانية )) في سيك. و قصده كثير من الطلاب من شتى بلاد الملايو و زاره كبار العلماء من شتى بلاد العرب و العجم و أخذوا منه الإجازة و الإفادة و منهم العلامة الشيخ يوسف الحسني اللبناني و العلامة المحدث محمد بن إبراهيم عبد الباعث الكتاني السكندري و العلامة الفقيه المتفنن أحمد ممدوح سعد Ahmed Mamdouh و الحبيب كاظم السقاف و الحبيب عبدالله و غيرهم .

[[صفته الخلقية بفتح الخاء و الخلقية بضم الخاء]]

ذو وجه النير و يظهر فيه أثر الصلاح و التقوي و قد أنعم الله عليه بقوة البنيان و صحة الجسد مع كبر سنه و مجاوزة عمره الثمانين سنة.

و كان شيخنا العلامة أحمد ممدوح قد توجه لحضرة الشيخ صالح موسى بالسؤال عن سر نشاطه و قوة بدنه مع كبر سنه في أثناء زيارتنا لبيت الشيخ في سنة ٢٠١٢ م. فأخبرنا بسر قوته حيث أنه كلما أراد أن يأكل أو يشرب يقرأ :

وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلَىٰ قُوَّتِكُمْ وَلَا تَتَوَلَّوْا مُجْرِمِينَ

و قد أجازنا شيخنا المذكور بالعمل بهذه الآية الكريمة ،

وكان شديدا على الظلمة و محبا للعلماء و العامة ، و كرامته ظاهرة بين محبيه و أهله حتى قال أحد الصالحين : (( إن للشيخ صالح موسى ولاية كبرى و عظيمة )) .

وقد انتقل شيخنا المترجم له في ليلة السبت ١٨ شوال ١٤٣٧ الموافق 22 يوليو ٢٠١٦ في ساعة ٨:١٥ مساء بتوقيت الماليزيا بعد قضى جميع عمره فى العلم و العمل و نفع بعلومه فى الدارين .

رحمه الله رحمة واسعة.

الفاتحة.

Ulama terkemuka Kedah, Tuan Guru Haji Salleh meninggal dunia


MUSA SALLEH

ALOR STAR 22 Julai – Tokoh Sekolah Pondok dan ulama tersohor Kedah, Tuan Guru Haji Salleh Musa atau turut dikenali sebagai Tuan Guru Haji Salleh Sik telah pulang ke rahmatullah di Hospital Sultanah Bahiyah di sini malam ini.
MUSA SALLEH

Allahyarham, 83, disahkan meninggalkan dunia kira-kira pukul 8 malam ini dan jenazah beliau dijangka dikebumikan di Sik, esok.
Merupakan anak ketiga daripada lapan adik beradik, allahyarham dilahirkan di Sik, Kedah pada 1929 dengan memulakan persekolahan awal di Sekolah Kebangsaan Sik sebelum menyambung pelajaran di Pondok Tuan Hussin, Kedah dan kemudiaannya Pondok Haji Mad Nawawi, Gurun, Pondok Pak Chu Him, Gajah Mati, Pendang dan seterusnya melanjutkan pengajian ke Darul Ulum, Mekah.
Allahyarham turut mendalami ilmu di Masjidilharam bersama dengan tokoh-tokoh ulama terkemuka seperti Syeikh Ismail Fatani, Syeikh Yassin Al Fadani, Syeikh Abd Qadir Mandili, Syeikh Syed Alawi Al Malikki, Syeikh Syed Amin Qutubi dan beberapa ulama muktabar lain.
Pada tahun 1964 allahyarham kembali ke tanah air dan berkhidmat dengan membantu mengajar di sekolah pondok yang dkendalikan bapanya di Pekan Sik, Kedah, sebelum menggantikan bapanya sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah.
Allahyarham menumpukan kepada kerja-kerja dakwah sepenuh masa di pondoknya selain daerah-daerah lain di seluruh negeri Kedah.
Kerana sumbangan besar dalam bidang dakwah, allahyarham telah dianugerahkan beberapa pingat kebesaran oleh Sultan Kedah termasuk diangkat sebagai Tokoh Pendakwah Negeri Kedah pada tahun 2009.
Allahyarham berkahwin dengan Hatiah Hanafi dan dikurniakan 11 orang anak. Setelah isterinya itu meninggal dunia, allahyarham berkahwin dengan Sofiah Awang.
Pada tahun 2010, allahyarham diberikan anugerah Tokoh Pondok Negeri Kedah oleh Menteri Besar ketika itu, Allahyarham Datuk Seri Azizan Abd Razak serta dinobatkan sebagai Tokoh Ilmuan Daerah Sik pada 2011.
Allahyarham Tuan Guru Haji Salleh merupakan ulama yang terkenal di Kedah dan merupakan merupakan tokoh ulama tauhid di nusantara pada masa ini.
Allahyarham merupakan rujukan pelajar-pelajar bukan sahaja dari Malaysia tertapi juga dari Thailand yang sentiasa berkumpul di pondoknya setiap bulan Ramadan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid. – UTUSAN ONLINE
– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ulama-terkemuka-kedah-tuan-guru-haji-salleh-meninggal-dunia-1.361102#sthash.vwoWVF2z.dpuf

“Tiga hari sebelum meninggal dunia, tuan guru pesan kepada masyarakat agar sentiasa jaga hubungan dengan ALLAH,”


 

“Tiga hari sebelum meninggal dunia, tuan guru pesan kepada masyarakat agar sentiasa jaga hubungan dengan ALLAH,” demikian kata salah seorang anak Allahyarham Tuan Guru Salleh Musa, lapor Skuad Baling Muhammad Ammar Mubasssyir Abd Hadi.

Tuan Guru Haji Salleh tokoh ulama Kedah meninggal dunia


ALOR SETAR: Ulama ternama Kedah, Salleh Musa, 87, atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Salleh, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, akibat sakit tua, malam tadi. Pembantu peribadinya, Khairul Nazwan Dzulqarnai, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.15 malam ketika sedang menerima rawatan di HSB. Terdahulu, katanya arwah yang mengadu tidak sihat dibawa ke HSB kira-kira jam 7.30 malam menggunakan ambulans dari rumahnya di Madrasah Ar-Rahmaniah di Sik, dekat sini. “Jenazah akan dibawa pulang ke Madrasah Ar-Rahmaniah malam ini dan akan dikebumikan esok,” katanya. Tuan Guru Haji Salleh yang pernah menerima anugerah Tokoh Guru Pondok Kedah pada 2010 dianggap antara tokoh ulama ternama negeri, khususnya dalam bidang Tauhid sehingga sering kali menjadi rujukan banyak pihak. Selain itu, arwah yang mendapat pendidikan awal di Pondok Pak Chu Him Gajah Mati di Pendang sebelum melanjutkan pelajaran di Darul Ulum di Makkah, turut menerima anugerah Tokoh Pendakwah Negeri Kedah pada 2009 dan Tokoh Ilmuan Daerah Sik pada 2011. Arwah juga mendalami ilmu di Masjidil Haram bersama ulama terkemuka seperti Syeikh Ismail Fatani, Syeikh Yassin Al Fadani, Syeikh Abd Qadir Mandili, Syeikh Syed Alawi Al Malikki dan Syeikh Syed Amin Qutubi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/176037

Legasi Cinta Murabbi


Legasi Cinta Murabbi JUDUL: LEGASI CINTA MURABBI PENULIS: USTAZ MUHADIR HAJI JOLL ISBN: 978-983-097-586-3 KOD: GB 0373 TEBAL: 304 ms HARGA: RM 20.00/ RM 22.00 SINOPSIS: Siri kedua daripada Kisah Or…

Source: Legasi Cinta Murabbi

Pengarang Matla’ Al-Badrain Syaikh Muhammad bin Ismail Daudi Al-Fathani


Kitab: Matla’ al-Badrain wa Majma’ al-Bahrain

Data ringkas kitab:Judul: Matla’ al-Badrain wa Majma’ al-Bahrain (Tempat terbit dua bulan purnama dan tempat berhimpun dua laut)

Kategori: Fiqih

Pengarang: al-‘Allamah Syaikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani @ Syaikh Nik Mat Kecik (wafat di Mekah tahun 1333H/1914M)

Tarikh selesai dikarang: 12 Sya’ban 1303H/16 Mei 1886M

Merupakan antara kitab fiqih yang paling terkenal di Tanah Melayu. Ditulis oleh al-‘Alim al-‘Allamah Syaikh Wan Muhammad bin Wan Ismail bin Wan Ahmad bin Wan Idris bin Wan Tih bin Syaikh Wan Senik al-Karisiqi al-Fathani. Atau dikenali juga dengan nama Syaikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani atau Muhammad Shaghir al-Fathani (di kalangan orang ‘arab) atau Syaikh Nik Mat Kecik al-Fathani dikalangan orang Melayu di Mekah. Beliau adalah cucu saudara kepada al-‘Alim al-‘Allamah Syaikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani.

Kitab ini pernah dijadikan teks pengajian ilmu fiqih sekolah-sekolah agama di negeri Johor. Oleh kerana kitab ini terlalu banyak dipergunakan, maka kerajaan Johor menganjurkan penyusunan sebuah kamus yang khusus mengenai kitab ini. Maka tersusunlah sebuah kamus dengan judul Suluh Mathla’ul Badrain oleh Haji Abdul Ghani Yahya, antara murid kepada Tok Kenali. Di tulis di Johor Baharu pada 1 Oktober 1941M. Kamus ini khusus terjemahan kosa kata Arab ke dalam bahasa Melayu, maka dapat membantu pelajar dalam memahami perkataan-perkataan atau istilah-istilah yang terdapat didalam kitab Matla’ al-Badrain. Hanya Mathla’ al-Badrain kitab Melayu/Jawi yang ditulis kamus.

Kitab Mathla’ al-Badrain wa Majma’ al-Bahrain, selesai ditulis pada 12 Syaaban 1303H/1885M. Cetakan pertama dan keduanya tidak ditashihkan, maka keduanya ternyata banyak kesalahan sususan kalimatnya yang dilakukan oleh pihak pencetak. Manakala cetakan ketiga dan keempat telah ditashih oleh al-‘Allamah Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.

Jika diteliti, model penulisan Mathla’ al-Badrain dari pelbagai aspek, dapat diklasifikasikan sebagai penulisan klasik ilmiah. Contohnya, pada banyak tempat digunakan nota kaki, istilah orang Melayu zaman dulu dinamakan ‘dhabit’. Akhir setiap sesuatu dhabit ada yang digunakan istilah ‘Muallif’ maksudnya ‘pengarang’. Pada konteks Mathla’ al-Badrain maksudnya ialah Syaikh Nik Mat Kecik. Pada tempat lain digunakan istilah ‘Mushahhihahu’, maksudnya ‘pentashihnya’. Pada konteks Mathla’ al-Badrain maksudnya ialah Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani. Pada setiap penghabisan dhabit, Syaikh Nik Mat Kecik menyebut nama kitab yang beliau rujuk. Kitab Melayu/Jawi yang disebut ialah Sabil al-Muhtadin, tetapi Sabil al-Muhtadin hanya disebut pada ibadat. Kitab Arab lain seperti Fath al-Wahhab, Bujairimi ‘ala Fath al-Wahhab.

Di antara kitab yang menjadi rujukan pengarang ketika mengarang kitab ini adalah:

  • Fath al-Wahhab bi Syarh Minhaj at-Thullab oleh Syaikhul Islam Abi Yahya Zakaria al-Anshari
  • I’anah at-Tholibin oleh Sayyid Abu Bakr ibn Muhammad Syata ad-Dimyati, yang masyhur dengan nama Sayyid al-Bakri Syata
  • Bujairimi ‘ala Khatib oleh Syaikh Sulaiman al-Bujairimi
  • Mughni al-Muhtaj oleh Syaikh Muhammad ibn Ahmad asy-Syarbini al-Khatib
  • As-Siraj al-Wahhaj Syarh ‘ala Matn Minhaj oleh Syaikh Muhammad az-Zahri al-Ghamrawi
  • Hasyiah al-Bajuri oleh Syaikh Ibrahim al-Bajuri
  • Kifayatul Akhyar oleh Imam Taqiyuddin Abu Bakr bin Muhammad

Kitab Matla’ al-Badrain telah dirumikan dan diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jabatan Perdana Menteri) pada tahun 1413H/1993. Ianya telah disusun semula dan menggunakan bahasa yang moden dan mudah supaya senang difahami. Tajuk-tajuknya pula diasingkan dengan perenggan-perenggan dan fasal-fasal yang bernombor serta tajuk-tajuk ringkas ditepinya (nota birai) untuk kemudahan rujukan.

Menurut Tuan Haji Hasan bin Haji Ahmad (kini Dato’ dan menjawat sebagai mufti Pulau Pinang) pada kata alaun pentashih terjemahan [transliterasi] kitab Matla’ al-Badrain terbitan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan:

Semasa saya mentashihkan draf akhir kitab ini, saya berpandukan pengalaman dan ilmu yang cetek yang ada pada saya serta merujuk kepada beberapa buah kitab yang mu’tabar, antaranya:

  • Syeikh Sulaiman al-Bujairimi, Hasyiah al-Bujairimi ‘ala al-Minhaj, 4 juzu’ (Misr: Maktabah Musthafa al-Babi al-Halabi wa Auladuhu, 1369H/1950M)
  • Syeikh Ibrahim al-Bajuri, Hasyiah al-Bajuri, 2 juzu’ (Surabaya/S’pura: Sulaiman Mara’i, t.t)
  • Al-Qalyubi dan Umairah. Hasyiyatain ‘ala Syarh Jalaliddin al-Mahallai ‘ala Minhaj at-Talibin. 4 juzu’. (Misr: Maktabah Musthafa al-Babi al-Halabi wa Auladuhu, 1375H/1956M)
  • Muhammad asy-Syarbini al-Khatib. Iqna’ fi Halli Alfaz Abi Syuja’ (S’pura: Maktabah Sulaiman Mara’i, t.t)

Daripada rujukan-rujukan yang dibuat, jelas bahawa Pengarang (Musannif) asal kitab ini memetik dan menterjemahkannya daripada beberapa buah kitab yang mu’tabar sepertimana yang diakui sendiri oleh beliau di bahagian muqaddimahnya,maka nilai kitab ini [kitab Matla’ al-Badrain wa Majma’ al-Bahrain] juga adalah mu’tabar.

Dato’ Syaikh Zakaria bin Haji Ahmad Wan Besar, seorang ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Kedah Darul Aman, telah menulis kitab bertajuk Matla’ al-Nurain Untuk Menghuraikan ‘Ibarat Kitab Matla’ al-Badrain. Dimana kitab ini memudahkan ‘ibarat yang kusut dan uslub yang payah didalam kitab Matla’ al-Badrain, yang tidak dapat difahami maksudnya oleh kebanyakkan generasi kini. Begitu juga Pejabat Mufti Negeri Selangor Darul Ehsan, menerbitkan kitab Tahqiq Matla’ al-Badrain.

Kitab ini juga bukan sekadar masyhur di Tanah Melayu tetapi juga di Negara Brunei Darussalam. Ini dapat dilihat pada ucapan di Majlis Muzakarah Pengkursus Ibadat Haji Kali Ke-13 Bagi Musim Haji 1427H/2006M (pada hari Selasa, 12/7/2006 Di Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan) oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama Negera Brunei Darus Salam:

Kitab yang sudah menjadi pegangan kita di Negara Brunei Darussalam di dalam menunaikan rukun Islam, yang juga menjadi amalan dan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah Kitab Mathla’ul Badrain yang mana sebahagian permasalahan dalam kitab tersebut telah dipermudahcarakan untuk membaca dan memahaminya melalui beberapa siri dalam Kitab Zainut Thalib iaitu hasil usaha dan gubahan Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain bin Haji Serudin, Menteri Hal Ehwal Ugama.

Walaupun usia kitab ini sudah menjangkau lebih dari 120 tahun, namun ianya masih tetap relevan dan terkehadapan untuk dijadikan panduan generasi kini di dalam bidang fiqih.

SUMBER

Singa Podium: Biografi Habib Umar Bin Hafiz


Singa Podium: Biografi Habib Umar Bin HafizPenulis: Abdul Qadir Umar Mauladdawilah

Source: Singa Podium: Biografi Habib Umar Bin Hafiz

Tag Cloud