اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم

Archive for the ‘AMALAN’ Category

5 Hadith Kelebihan Bersedekah


وَعَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم
قَالَ: الْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنَ الْيَدِ السُّفْلَى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُوْلُ،
وَخَيْرُ الصَّدَقَةِ مَا كَانَ عَنْ ظَهْرِ غِنَى،
وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللهُ،
وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللهُ
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. beliau bersabda:
“Tangan di atas itu lebih baik dari pada tangan di bawah,
dahulukan (bersedekah kepada) orang yang menjadi tanggung jawabmu.
Sebaik-baik sedekah adalah sedekah yang diberikan oleh orang yang mampu.
Barangsiapa menjaga kehormatan dirinya maka Allah akan menjaga kehormatan dirinya,
dan barangsiapa merasa cukup dengan menyedekahkan sebagian kelebihan hartanya
maka Allah akan mencukupkan keperluannya”.
Hadis sahih riwayat Bukhari

عَنْ أَبِى هُرَيْرَة

قَلَ قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم

سَبْعَةٌ يُظِلُهُمُ اللهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لا ظِلَّ اِلا ظِلِّهِ

اَلامَامُ الْعَادِلُ, وَشَابٌّ نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللهِ ,

وَرَجُلٌ قَلـْهُ مُعَلَّقٌ فِى الْمَسَاجِدِ,

وَرَجُلانِ تَحَابَّا فِى اللهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ,

وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتَ مَنْصَبٍ وَجَمَالٍ

فَقَالَ اِنِّى اَخَافُ اللهَ,

وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخَفَاهَا حَتَّى لا تَعْلَمُ

يَمِيْنُهُ مَا تُنْفِقُ شِمَالُهُ ,

وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :

Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Tujuh golongan dilindungan Allah di hari yang tidak ada lindungan

selain lindunganNya :

Imam(pemerintah) yang Adil dan pemuda yang masa mudanya

dipergunakannya untuk beribadat kepada Allah,

dan seorang lelaki yang hatinya terikat ke masjid,

dan dua orang yang berkasih sayang kerana Allah

kedua-duanya berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah,

dan seorang lelaki yang dirayu oleh perempuan bangsawan dan jelita

tetapi lelaki itu menolak dengan mengucapkan :

“Sesungguhnya saya takut kepada Allah”

dan seseorang yang bersedekah dan disembunyikan

sehingga tangan kanannya tiada mengetahui apa yang nafkahkannya

oleh tangan kirinya

dan seseorang yang mengingati Allah di waktu sendirian

lalu berlinangan air matanya.”

Hadis sahih riwayat Muslim

عَنْ عَبْدِاللهِ بْن عَمْرٍ

وَأَنَّ رَجُلا سأَلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

أَيُّ الاسْلامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ

وَتَقْرَأُ السَّلامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ

Dari Abdullah bin ‘Amr, katanya :

Bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. katanya :

“Perbuatan apakah yang sebaik-baiknya dalam Islam?”

Jawab Rasulullah s.a.w. : “Mendermakan makanan dan memberi salam kepada

orang yang engkau kenal dan belum engkau kenal.”

Hadis sahih riwayat Muslim

عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَالَ

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

اِذَا مَاتَ الانْسَانُ اِنْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ

اِلا مِنْ ثَلاثَةٍ اِلا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ

أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُولَهُ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :

Bersabda Rasulullah s.a.w. :

“Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya

kecuali tiga, sedekah jariah,

atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya

Hadis sahih riwayat Muslim

عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ أَبِى أَوْفَى قَالَ

رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم

اِذَا اَتَاهُ قَوْمٌ بِصَدَقَتِهِمْ قَالَ

اَللهُمْ صَلِّ عَلَيْهِمْ فَأَتَاهُ أَبِى أَبُوْ أَوْ فَى بِصَدَقَتِهِ

فَقَالَ اَللهُمْ صَلِّ عَلَى الِ أَبِى أَوْ فَى

Dari Abdullah bin Aufa r.a katanya:

Apabila satu kaum datang membawa sedekah mereka

Beliau mendoakan : “Ya Allah, Berilah mereka rahmat”

Abu Aufa datang membawa sedekahnya lalu beliau mendoakan

“Ya Allah , berilah keluarga Abu Aufa rahmat.”

Hadis sahih riwayat Muslim
عَنِ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ

اِنَّ اللهَ قَالَ لِى اَنْفِقْ اُنْفِقُ عَلَيْكَ

رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم

يَمِيْنُ اللهِ مَلاى لا يَغِيضُهَا سَحَّاءُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَا

رَأَيْتُمْ مَا اَنْفَقَ مُذْ خَلَقَ السَّمَاءَ وَالأرْضَ

فَإِنَّهُ لَمْ يَغِضْ مَا فِى يَمِيْنِهِ قَالَ وَعَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ

وَبِيَدِهِ الاخْرَى الْقَبْضُ يَرْفَعُ وَيَخْفِضُ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :

Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Sesungguhnya Allah berfirman kepadaku :

“Nafkahkanlah hartamu nanti Aku akan memberi pula kepadamu!”

Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Tangan kanan (sumber pemberi ) Allah selalu penuh, selalu mengalir,

tiada berkurang baik siang atau malam.

Tidakkah kamu ketahui apa yang dinafkahkan Allah semenjak

Dia menjadikan langit dan bumi, sesungguhnya tidak kurang apa

yang ditangan Allah (sumber pemberian). Singgahsana Allah di atas air.

Di tanganNya yang sebelah menahan pemberian , meninggikan dan merendahkan.”

Hadis sahih riwayat Muslim

MENU SANTAPAN ROHANI SEPANJANG BULAN RAMADHAN YG MULIA


📚 *MENU SANTAPAN ROHANI SEPANJANG BULAN RAMADHAN YG MULIA*

1. *Tilawah Al Qurān* sejuzuk sehari paling kurang.
2. *Solat Tarawih* minima 8 rakaat setiap mlm.
3. *Solat Witir* minima 3 rakaat semalam.
4. *Beri makan orang berbuka puasa* walaupun dengan sebiji tamar setiap hari.
4. *Solat fardhu 5 waktu berjamaah* setiap hari.
5. *Tahajjud* setiap malam minima 2 rakaat.
6. Solat *Sunat Dhuha* setiap pagi.
7. *Sedekah* setiap hari minima seringgit.
8. Pastikan *bersahur* setiap hari.
9. *Iktikaf di Masjid* setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. *Tadarus Al Qurān* sambil usaha memahami maksudnya.
11. *Ziarah* orang yg kurang bernasib baik.
12. *Kurangkan ziarah ke bazar2 Ramadhan*.
13. Pilih *makanan Sunnah* sebagai menu harian.
14. *Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik*.
15. *Jauhkan aktiviti yg lagha.*
16. *Zikir harian*, banyakkan *berdoa*.
17. Lazimi bibir *berIstighfar* sekurang2nya 100x dlm sehari.
18. Ajari diri dengan *sifat rendah hati* kerana *ALLAH*
19. Mudah *memohon maaf* dan *memberi maaf.*
20. Menjaga dan menghubung *Silaturrahim*
21. Menjaga dan *menutup aurat* dengan sempurna
22. *Menjaga _lisan, pandangan, pendengaran & hati_* dari perkara2 yg dilarang.
23. *Tidak berlebih2an* mahupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan *amalan2 sunat* – solat sunat rawatib.
24. *Lazimi sunnah RasuluLLAH SAW* yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)
25. Lazimi utk *kawal dan tahan marah*, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah utk sentiasa *bersyukur* dan memperbanyakkan syukur kpd ALLAH SWT di kala senang maupun susah.
28. Menjaga *Ikhtilat* – hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar *Zakat Fitrah* dalam waktu yg telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana ALLAH SWT – *hadirkan ALLAH SWT* di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah2 inilah Ramadhan terakhir kita.

💟 Mudah2an kita semua mendapat segenap Bantuan untuk dapat melaksanakannya,
Amin Ya Rabb

Panduan Zikir Harian dan Qiamullail


Panduan Zikir Harian dan Qiamullail SINOPSIS: Buku penawar terbaik bagi jiwa yang inginkan ketenangan -amalan qiamullail dan zikir. Kedua-duanya menjadi penghubung kuat seorang hamba dengan …

Source: Panduan Zikir Harian dan Qiamullail

CD HABIB SYECH ASSEGGAF – Ya Hanana


YA HANANASOLATUN BISSALAMIL MUBINNURUL MUSTOFAYA HABIBBUSYRA LANAAHLAN WA SAHLAN BINNABIYA THAIBAHQAD TAMMALLAHKLIK DISINI !!!

Source: CD HABIB SYECH ASSEGGAF – Ya Hanana

Al-Ma’thurat (Buku + CD)


Al-Ma’thurat (Buku CD)HardcoverKLIK DISINI !!!

Source: Al-Ma’thurat (Buku + CD)

Ayat-Ayat Ruqyah (Buku + CD)


Ayat-Ayat Ruqyah (Buku CD)KLIK DISINI !!!

Source: Ayat-Ayat Ruqyah (Buku + CD)

CD ABEE’S KIDZ – Jom Zikir Adik-Adik


CD ABEE’S KIDZ – Jom Zikir Adik-Adik  Album ini menampilkan gandingan vokal anak-anak kecil yang mengalunkan zikir-zikir secara santai dengan latar muzik instrumental.Tracklist :Adik LaailahaillahLaailahaillahAdik Ya Zaljalaali Wal IkramYa Zaljalaali Wal IkramAdik Hasbi Rabbi JallallahHasbi Rabbi JallallahAdik Laisalahaa Mindunillahi KaasyifahLaisalahaa Mindunillahi KaasyifahAdik Almalikul HaqqulmubinAlmalikul HaqqulmubinAdik Ya AllahYa AllahAdik AstaghfirullahAstagfirullahAdik SubhanallahSubhanallahInstrumental Laailahaillah

Source: CD ABEE’S KIDZ – Jom Zikir Adik-Adik

Tag Cloud

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 37 other followers