اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم

Archive for the ‘ILMU DAN AMAL’ Category

Kesungguhan Ulama Menuntut Ilmu


Kesungguhan Ulama Menuntut Ilmu

[1] Syeikh Abu Ishaq asy-Syirazi (393H-476H) menyatakan bahawa beliau mengulangkaji setiap matapelajaran yang dipelajari sebanyak seratus kali. Kadangkala sebanyak seribu kali! Ketika beliau meringkaskan kitab at-Tanbih daripada ta’liq guru beliau Syeikh Abu Hamid al-Isfaroyini (344H-406H) yang berjumlah sebanyak 18 jilid, maka beliau akan bersembahyang dua rakaat sebelum menulis setiap fasal daripada kitab berkenaan dengan niat supaya Allah Ta’ala memberikan manfaat kepada orang-orang yang membaca kitab tersebut.

[2] Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami (909H-974H) ketika menuntut di al-Azhar asy-Syarif tidak pernah menjamah daging selama empat tahun. Beliau juga sering ditimpa kelaparan dan kesusahan yang jarang-jarang mampu ditanggung oleh orang-orang yang biasa. Namun cuba lihat hasil ilmu beliau. Subhanallah, menakjubkan!

[3] Sayyid Ahmad Zaini Dahlan (1232H-1304H) mengulangkaji setiap matapelajaran yang beliau pelajari sebanyak enam belas kali serta menghafalnya sebanyak empat kali.

[4] Syeikh Abdullah bin Abdur Rahman Bal Haj (850H-918H) mengulangkaji pelajaran sebanyak 20 kali kemudian menghafalnya sebanyak lima kali.

[5] Syeikh Ahmad bin Musa bin ‘Ujail al-Yamani (wafat tahun 690H) membaca kitab ar-Risalah karangan Imam asy-Syafi’i sebanyak 500 kali. Kita berapa kali baca buku kuliah? Membaca pun malas..

[6] Syeikh Fadhol bin Abdullah Ba Fadhol membaca Sohih al-Bukhori sebanyak 1000 kali. Kita yang hanya membaca Sohih al-Bukhori sekali, boleh ke nak berlagak? Itupun baca semata tapi tak faham tiba-tiba mendakwa kononnya sebagai pakar hadith?? Sanad pun tiada. Huh.. Sengal je..

[7] Sayyid al-Mujtahid al-Imam Muhammad bin ‘Alawi bin Ahmad bin al-Faqih al-Muqaddam (wafat tahun 767H) membaca kitab-kitab pengajian beliau sepanjang malam. Apabila beliau merasa mengantuk, maka beliau akan keluar ke tepi pantai untuk mengulang-ulang hafalannya.

Dipetik daripada kitab al-Manhaj as-Sawiyy Syarh Usul Toriqoh as-Sadah Ali Ba ‘Alawi karangan al-‘Allamah al-Habib Sayyid Zain bin Ibrahim bin Sumait al-Husaini

Kewajipan Para Penuntut Ilmu dan Orang yang Mengajar Ilmu Mendahului Belajar dan Mengajar Ilmu Fardhu ‘Ain daripada Ilmu Fardhu Kifayah


Dan kerana inilah kata Imam al-Ghazali Rahimullah Ta’ala didalam Bidayatul Hidayah pada bicara orang yang mengajar ilmu dan orang yang belajar akan dia dengan katanya

وصد المتعلم عن أن يشتغل بفرض الكفاية قبل الفراغ من فرض العين

Ertinya: Sayugiyanya bagi orang yang mengajar ilmu itu bahawa menegahkan ia akan orang yang belajar ilmu itu daripada masyghul (menyibukkan diri) dengan belajar ilmu yang fardhu kifayah dahulu daripada selesai ia daripada menuntut ilmu yang fardhu ‘ain yang tiga perkara itu iaitu Ilmu Tauhid dan Ilmu Syari’ah dan Ilmu Batin. انتهى

Kesimpulan:

1) Wajib bagi orang yang mengajar ilmu dikalangan ulama’-ulama’, ustaz-ustaz dan lain-lain mengajar ILMU FARDHU ‘AIN dahulu daripada ILMU FARDHU KIFAYAH lebih-lebih lagi ILMU YANG TIDAK BERMANFAAT.

2) Wajib bagi orang yang mengajar ilmu  menegah akan orang yang belajar ilmu, daripada menyibukkan diri belajar ILMU FARDHU KIFAYAH apatah lagi ILMU YANG TIDAK BERMANFAAT dahulu daripada selesai ia daripada menuntut ILMU FARDHU ‘AIN.

3) Wajib bagi para penuntut ilmu mendahulukan dan mengutamakan belajar ILMU FARDHU ‘AIN daripada ILMU FARDHU KIFAYAH lebih-lebih lagi ILMU YANG TIDAK BERMANFAAT.

RUJUKAN:

Kitab Sairu al-Salikin karangan Syaikh Abdul Samad al-Falembani, Percetakan al-Mu’arif Sdn Bhd, Juz 1, hal. 19

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU


Mengembalikan Kegemilangan Institusi Pondok


Oleh Juhaidi Yean Abdullah
Penulis ialah Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia

Masyarakat Arab jahiliyah adalah buta huruf kerana tiada sistem pendidikan. Semasa kedatangan Islam, hanya 17 orang Quraisy yang tahu menulis (Prof. Dr. Ahmad Shalaby dalam ‘Sejarah Pendidikan Islam’, Bulan Bintang, Jakarta, 1973:33). Menurut Ibn Khaldun, orang Mekah pertama yang tahu menulis ialah Subyan ibn Harb ibn Umayyah ibn ‘Abd Shams, yang belajar di Hirah, satu tempat perdagangan yang lebih maju daripada Mekah.

Kumpulan orang terawal yang belajar menulis Arab telah mengembangkan kepandaian ini ke merata tempat, termasuk Anbar, Iraq, Hirah dan Mekah. Ketika Rasulullah belajar di Madinah, beberapa anak Arab diajar menulis oleh orang Yahudi. Mereka termasuk Mundhir ibn ‘Amr, Ubay ibn Wahab dan ‘Amr ibn Said. Rasulullah SAW juga pernah menyuruh Zaid ibn Thabit belajar bahasa Hebrew daripada Yahudi yang pandai.

Nabi Muhammad SAW menggalakkan umat Islam belajar menulis untuk membasmi buta huruf. Kepandaian ini seterusnya membolehkan umat Islam berpengetahuan dan membina tamadun. Pentingnya kebolehan ini boleh dilihat daripada keputusan Rasulullah SAW yang pernah menggantikan hukuman bunuh ke atas tawanan perang yang pandai menulis dengan hukuman mengajar anak-anak Muslim menulis. Kebolehan ini jugalah yang membolehkan para sahabat untuk mencatat wahyu Ilahi.

Rasulullah SAW juga mengajar akidah dan membaca al-Quran kepada para sahabat di rumahnya dan juga di rumah Arqam ibn Abi Arqam. Apabila terlalu ramai yang datang ke rumah baginda sehingga timbul keadaan tidak selesa, maka dakwah Islamiyah pada peringkat ini juga dibuat secara halaqah (bulatan) di dalam masjid.

Di Masjid Nabawi misalnya, para sahabat duduk mengelilingi Rasulullah SAW yang bertindak sebagai guru. Jadi, masjid adalah ‘sekolah’ pertama dalam tamadun Islam. Anas ibn Malik r.a meriwayatkan bahawa selepas Asar, para sahabat duduk dalam beberapa halaqah membaca al-Quran dan belajar perkara fardu dan sunat, termasuk kanak-kanak antaranya Ali bin Abi Talib dan Abdullah ibn Abbas (Dr. Shalaby, 1973: 27)

Masjid menjadi pusat pengajian Islam seperti al-Quran, menulis dan membaca. Guru-guru yang mengajar di masjid dipanggil qurra atau qaari (untuk bacaan al-Quran), al-rawi (untuk sampaikan riwayat daripada hadis) dan al-qaas (untuk sampaikan cerita bermoral daripada Quran dan kisah sahabat). Antara guru awal ialah Sa’d ibn al-Rabi’al-Khazraji, Bashir ibn Sa’d ibn Tha’labah dan Aban ibn Sa’id ibn Al-‘As. Halaqah ilmu berkembang dengan tersebarnya Islam.

Sambutan kepada pendidikan Islam cukup menggalakkan. Menurut Muslim ibn Mashkam, Abu Darda’ telah berkata kepadanya: “Pelajar-pelajar al-Quran dalam majlis ilmuku lebih dari 1,000 orang.” Untuk kanak-kanak, ada kuttab (sekolah) khas untuk mereka. Pada akhir abad pertama Hijrah, sekolah seperti ini terdapat di mana-mana namun bilangan murid terus bertambah. Seorang guru, al-Dahhaq ibn Muzahim misalnya, ada 3,000 pelajar kanak-kanak.

Sistem pengajian yang diasaskan Rasulullah turut diamalkan oleh pondok di Malaysia dan beberapa negara lain di Nusantara. Dalam Sejarah Melayu, disebut mengenai pendidikan khas (tutor) bergelar syeikh, maulana atau makhdum di istana raja. Dalam Hikayat Abdullah, disebut mengenai seorang guru Quran bernama Lebai Abdul Razak yang mencadangkan supaya anak-anak belajar Quran dan selepas itu, belajar bahasa. Ringkasnya, sumbangan ulama secara individu atau kumpulan kepada perkembangan pendidikan Islam di Tanah Melayu sudah pun bermula sejak abad ke-13.

Pada awal abad ke-15, sekolah mula didirikan untuk menampung pertambahan pelajar. Guru-guru mengajar menulis dan mengaji al-Quran secara informal. Majoriti adalah daripada keturunan Arab yang datang ke Nusantara untuk berniaga dan berdakwah. Ada juga yang berasal dari Tanah Jawa. Antara mubaligh dan ulama generasi awal, ada yang berkahwin dengan wanita tempatan dan menetap di negara ini. Anak-anak mereka meneruskan bidang dakwah dan pendidikan Islam kepada generasi mereka.

Pada peringkat permulaan, pondok wujud kerana pertambahan bilangan murid dan atas permintaan untuk tempat belajar dengan tok guru yang bermastautin di sesuatu kampung. Rumah tok guru atau mudir tidak mampu menampung bilangan murid yang ramai, lantaran dibina pondok-pondok kecil untuk kediaman mereka. Balai besar atau madrasah (di Kelantan, dipanggil balaisah) ialah tempat belajar menadah atau mendabit kitab dan bersolat jemaah.

Pada awal abad ke-19, kebanyakan ulama yang mengasas pondok adalah mereka yang pulang setelah belajar di Mekah, Madinah, Aceh atau Patani. Antara yang terkenal termasuk Sheikh Abdul Malik bin Abdullah, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatoni, Sayid Abdul Rahman dan Sayid Mustaffa di Terengganu.

Beberapa tokoh pondok Kelantan yang terkenal ialah Tok Kemuning (Machang), Hj Abdul Samad bin Muhammad Salleh al-Kelantani (Tun Tabal), Guru Haji Ahmad (Tok Jelapang) dan Haji Muhammad Yusof Ahmad atau Tok Kenali, yang menjadi guru kepada ramai ulama, hampir kesemuanya mengasaskan pondong masing-masing di seluruh negara. Dengan cara ini, sistem pengajian pondok berkembang.

Ada kecenderungan dalam kalangan pondok untuk mengguna kitab dan mata pelajaran yang sama, justeru ada semacam keseragaman dari segi isi pengajian, kaedah pengajaran dan tasawur. Namun, terdapat kefleksibelan dari segi umur pelajar dan tempoh belajar. Pelajar dewasa dan warga emas tinggal di pondok, begitu juga kanak-kanak asalkan mereka pandai mengurus keperluan diri. Mereka boleh tinggal di pondok bertahun-tahun kerana tiada tekanan untuk menamatkan pengajian. Dalam sistem pondok, tiada ujian khusus atau persijilan. Pelajar yang bagus dan cekap dari segi bacaan, hafalan dan amali boleh sambung pelajaran ke Asia Barat.

Tetapi mulai abad ke-20, sistem pondok mendapat kritikan ulama yang balik dari Mesir, kebanyakan mereka mendapat pendidikan atau dipengaruhi pemikiran reformis seperti Sheikh Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh. Golongan kaum muda ini membuka sekolah Arab atau sekolah agama, yang berbeza dari segi kurikulum (ada subjek Sejarah, Geografi, Matematik), mengguna kerusi meja bersuasana kelas, mempunyai pembahagian peringkat yang jelas (ibtidai dan thanawi), ada jadual waktu dan tiada asrama. Pada tahun 1970-an, kebanyakan sekolah Arab dan agama ini diambil alih oleh Majlis Agama Islam Negeri atau di bawah Kementerian Pelajaran.

Justeru, penubuhan Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia (YPP1M) pada 1 Ogos membuka lembaran baru dalam sejarah pengajian pondok di negara kita. Bermatlamat memelihara, mengembang dan memperkasakan institusi pondok, YPP1M mempunyai perancangan dan bakal melaksana pelbagai kegiatan untuk mendaulatkan pengajian pondok dan mengiktiraf jasa bakti ulama, tok guru dan mudir. Ia akan mengubah persepsi masyarakat bahawa pengajian pondok adalah terpinggir dan pelajarnya sebagai kelas kedua. Dalam konteks transformasi pendidikan dan kemanusiaan, sistem pondok akan diarusperdanakan.

Pembabitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melancar YPP1M pada Khamis 8 November di Masjid Taman Bukit Indah Ampang, Selangor dan bertindak sebagai penaungnya pasti memberi keyakinan kepada warga pondok terhadap masa depan yang lebih cerah.

Dengan gabungan pengalaman tokoh pondok, golongan intelek, ahli akademik dan pentadbir serta aktivis sosial yang menjadi tulang belakang YPP1M, masyarakat berharap kegemilangan institusi pondok seperti pada awal abad ke-19 dapat dikembalikan.

 

SUMBER:

http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121108/re_05/Mengembalikan-kegemilangan-institusi-pondok

Peringatan Bagi Penuntut Ilmu


 

Hendaklah berniat dengan menuntut ‘ilmu itu akan keredhaan Allah dan akan negeri akhirat dan menghilangkan jahil daripada dirinya dan terjauh daripada orang yang jahil dan menghidupkan agama kerana bahawasanya kekal agama Islam itu dengan ‘ilmu . Dan tiada sah zuhud dan taqwa melainkan dengan ‘ilmu dan berniat syukur atas nikmat iman dan aqal dan sihat badan .

 

 

Dan jangan berniat dengan berniat menuntut ‘ilmu itu akan berhadap manusia kepadanya dan mendatangkan dunia dan kemuliaan pada raja-raja dan lainnya daripada dunia . Dan hendaklah bagi orang yang menuntut itu memelihara akan adabnya kerana tiada mencapai akan ‘ilmu dan tiada manfaat dengan dia dan tiada berkat padanya melainkan dengan beradab .

 

 

Setengah daripadanya membesarkan ‘ilmu dan ahlinya dan membesarkan gurunya dan jangan berjalan di hadapannya dan jangan duduk pada tempatnya dan jangan memulai perkataan dan jangan membanyakkan perkataan dan tertawa-tawa di hadapannya melainkan dengan izinnya atau redhanya .

 

 

Dan jangan bertanya akan dia masalah pada ketika ia jemu dan jangan diserukan dia dengan namanya seperti jangan diserukan dua ibu bapanya dengan nama keduanya .

 

 

Dan jangan memegang kitab melainkan dengan wudhu΄ kerana bahawasanya ‘ilmu itu nur dan wudhu΄ itu nur, maka bertambah nur ‘ilmu itu dengan nur wudhu΄ dan jangan menghanjurkan kakinya kepada kitab dan jangan meletakkankan atasnya sesuatu, maka iaitu haram melainkan kerana hajat .

 

 

Dan lagi, menghormati taulannya yang bersekutu pada menuntut ‘ilmu dan memeliharakan daripada perangai yang keji-keji serta memelihara ia daripada kenyang dan banyak tidur dan daripada membanyak perkataan yang sia-sia dan memelihara ia daripada makan akan makanan pekan kerana makanan pekan itu terlebih hampir bagi najis dan khianat dan terlebih jauh daripada dzikrullah dan terlebih hampir kepada lalai dan lagi kerana bahawasanya mata segala faqir jatuh atasnya dan tiada kuasa mereka itu membeli akan dia dan jadi menyakiti mereka itu dengan demikian itu, maka hilang berkatnya .

 

Kitab : Pelita Bagi Penuntut

 

SUMBER:

http://kitabjawilama.blogspot.com/2012/04/peringatan-bagi-penuntut.html

 

بيان العلم الذي هو فرض عين


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (طلب العلم فريضة على كل مسلم) وقال أيضا صلى الله عليه وسلم: (اطلبوا العلم ولو بالصين)، واختلف الناس في العلم الذي هو فرض على كل مسلم فتفرقوا فيه أكثر من عشرين فرقة ولا نطيل بنقل التفصيل ولكن حاصله أن كل فريق نزل الوجوب على العلم الذي هو بصدده. فقال المتكلمون: هو علم الكلام، إذ به يدرك التوحيد ويعلم به ذات الله سبحانه وصفاته. وقال الفقهاء: هو علم الفقه، إذ به تعرف العبادات والحلال والحرام وما يحرم من المعاملات وما يحل، وعنوا به ما يحتاج إليه الآحاد دون الوقائع النادرة. وقال المفسرون والمحدّثون: هو علم الكتاب والسنة، إذ بهما يتوصل إلى العلوم كلها.

وقال المتصوفة: المراد به هذا العلم، فقال بعضهم: هو علم العبد بحاله ومقامه من الله عز وجل، وقال بعضهم: هو العلم بالإخلاص وآفات النفوس وتمييز لمة الملك من لمة الشيطان، وقالبعضهم: هو علم الباطن وذلك يجب على أقوام مخصوصين هم أهل ذلك وصرفوا اللفظ عن عمومه.

وقال أبو طالب المكي: هو العلم بما يتضمنه الحديث الذي فيه مباني الإسلام وهو قوله صلى الله عليه وسلم: (بني الإسلام على خمس شهادة أن لا إله إلا الله إلى آخر الحديث)[60]. لأن الواجب هذه الخمس فيجب العلم بكيفية العمل فيها وبكيفية الوجوب والذي ينبغي أن يقطع به المحصل ولا يستريب فيه ما سنذكره وهو أن العلم كما قدمناه في خطبة الكتاب ينقسم إلى علم معاملة وعلم مكاشفة وليس المراد بهذا العلم إلا علم المعاملة والمعاملة التي كلف العبد العاقل البالغ العمل بها ثلاثة اعتقاد وفعل وترك فإذا بلغ الرجل العاقل بالاحتلام أو السن ضحوة نهار مثلا فأول واجب عليه تعلم كلمتي الشهادة وفهم معناهما وهو قول (لا إله إلا الله محمد رسول الله) وليس يجب عليه أن يحصل كشف ذلك لنفسه بالنظر والبحث وتحرير الأدلة بل يكفيه أن يصدق به ويعتقده جزما من غير اختلاج ريب واضطراب نفس وذلك قد يحصل بمجرد التقليد والسماع من غير بحث ولا برهان إذ اكتفى رسول الله صلى الله عليه وسلم من أجلاف العرب بالتصديق والإقرار من غير تعلم دليل.[61]

فإذا فعل ذلك فقد أدى واجب الوقت وكان العلم الذي هو فرض عين عليه في الوقت تعلم الكلمتين وفهمهما وليس يلزمه أمر وراء هذا في الوقت بدليل أنه لو مات عقيب ذلك مات مطيعا لله عز وجل غير عاص له وإنما يجب غير ذلك بعوارض تعرض وليس ذلك ضروريا في حق كل شخص بل يتصور الانفكاك وتلك العوارض إما أن تكون في الفعل وإما في الترك وإما في الاعتقاد. أما الفعل: فبأن يعيش من ضحوة نهاره إلى وقت الظهر فيتجدد عليه بدخول وقت الظهر تعلم الطهارة والصلاة فإن كان صحيحا وكان بحيث لو صبر إلى وقت زوال الشمس لم يتمكن من تمام التعلم والعمل في الوقت بل يخرج الوقت لو اشتغل بالتعلم فلا يبعد أن يقال: الظاهر بقاؤه فيجب عليه تقديم التعلم على الوقت ويحتمل أن يقال: وجوب العلم الذي هو شرط العمل بعد وجوب العمل فلا يجب قبل الزوال وهكذا في بقية الصلوات فإن عاش إلى رمضان تجدد بسببه وجوب تعلم الصوم: وهو أن وقته من الصبح إلى غروب الشمس وأن الواجب فيه النية والإمساك عن الأكل والشرب والوقاع وأن ذلك يتمادى إلى رؤية الهلال أو شاهدين فإن تجدد له مال أو كان له مال عند بلوغه لزمه تعلم ما يجب عليه من الزكاة ولكن لا يلزمه في الحال إنما يلزمه عند تمام الحول من وقت الإسلام فإن لم يملك إلا الإبل لم يلزمه إلا تعلم زكاة الإبل وكذلك في سائر الأصناف فإذا دخل في أشهر الحج فلا يلزمه المبادرة إلى علم الحج مع أن فعله على التراخي فلا يكون تعلمه على الفور ولكن ينبغي لعلماء الإسلام أن ينبهوه على أن الحج فرض على التراخي على كل من ملك الزاد والراحلة إذا كان هو مالكا حتى ربما يرى الحزم لنفسه في المبادرة فعند ذلك إذا عزم عليه لزمه تعلم كيفية الحج ولم يلزمه إلا تعلم أركانه وواجباته دون نوافله فإن فعل ذلك نفل فعلمه أيضا نفل فلا يكون تعلمه فرض عين وفي تحريم السكوت عن التنبيه على وجوب أصل الحج في الحال نظر يليق بالفقه، وهكذا التدريج في علم سائر الأفعال التي هي فرض عين.

وأما التروك فيجب تعلم علم ذلك بحسب ما يتجدد من الحال وذلك يختلف بحال الشخص إذ لا يجب على الأبكم تعلم ما يحرم من الكلام ولا على الأعمى تعلم ما يحرم من النظر ولا على البدوي تعلم ما يحرم الجلوس فيه من المساكن فذلك أيضا واجب بحسب ما يقتضيه الحال فما يعلم أنه ينفك عنه لا يجب تعلمه وما هو ملابس له يجب تنبيهه عليه كما لو كان عند الإسلام لابسا للحرير أو جالسا في الغصب أو ناظرا إلى غير ذي محرم فيجب تعريفه بذلك وما ليس ملابسا له ولكنه بصدد التعرض له على القرب كالأكل والشرب فيجب تعليمه حتى إذا كان في بلد يتعاطى فيه شرب الخمر وأكل لحم الخنزير فيجب تعليمه ذلك وتنبيهه عليه وما وجب تعليمه وجب عليه تعلمه.

وأما الاعتقادات وأعمال القلوب فيجب علمها بحسب الخواطر فإن خطر له شك في المعاني التي تدل عليها كلمتا الشهادة فيجب عليه تعلم ما يتوصل به إلى إزالة الشك فإن لم يخطر له ذلك ومات قبل أن يعتقد أن كلام الله سبحانه قديم وأنه مرئي وأنه ليس محلا للحوادث إلى غير ذلك مما يذكر في المعتقدات فقد مات على الإسلام إجماعا ولكن هذه الخواطر الموجبة للاعتقادات بعضها يخطر بالطبع وبعضها يخطر بالسماع من أهل البلد فإن كان في بلد شاع فيه الكلام وتناطق الناس بالبدع فينبغي أن يصان في أول بلوغه عنها بتلقين الحق فإنه لو ألقى إليه الباطل لوجبت إزالته عن قلبه وربما عسر ذلك كما أنه لو كان هذا المسلم تاجرا وقد شاع في البلد معاملة الربا وجب عليه تعلم الحذر من الربا وهذا هو الحق في العلم الذي هو فرض عين ومعناه العلم بكيفية العمل الواجب فمن علم العلم الواجب ووقت وجوبه فقد علم العلم الذي هو فرض عين وما ذكره الصوفية من فهم خواطر العدو ولمة الملك حق أيضا ولكن في حق من يتصدى له فإذا كان الغالب أن الإنسان لا ينفك عن دواعي الشر والرياء والحسد فيلزمه أن يتعلم من علم ربع المهلكات ما يرى نفسه محتاجا إليه وكيف لا يجب عليه وقد قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (ثلاث مهلكات شح مطاع وهوى متبع وإعجاب المرء بنفسه)[62].

ولا ينفك عنها بشر وبقية ما سنذكره من مذمومات أحوال القلب كالكبر والعجب وأخواتها تتبع هذه الثلاث المهلكات وإزالتها فرض عين ولا يمكن إزالتها إلا بمعرفة حدودها ومعرفة أسبابها ومعرفة علاماتها ومعرفة علاجها فإن من لا يعرف الشر يقع فيه والعلاج هو مقابلة السبب بضده وكيف يمكن دون معرفة السبب والمسبب وأكثر ما ذكرناه في ربع المهلكات من فروض الأعيان وقد تركها الناس كافة اشتغالا بما لا يعنى ومما لا ينبغي أن يبادر في إلقائه إليه إذا لم يكن قد انتقل عن ملة إلى ملة أخرى الإيمان بالجنة والنار والحشر والنشر حتى يؤمن به ويصدق وهو من تتمة كلمتي الشهادة فإنه بعد التصديق بكونه عليه السلام رسولا ينبغي أن يفهم الرسالة التي هو مبلغها وهو أن من أطاع الله ورسوله فله الجنة ومن عصاهما فله النار فإذا انتبهت لهذا التدريج علمت أن المذهب الحق هو هذا وتحققت أن كل عبد هو في مجاري أحواله في يومه وليلته لا يخلو من وقائع في عبادته ومعاملاته عن تجدد لوازم عليه فيلزمه السؤال عن كل ما يقع له من النوادر ويلزمه المبادرة إلى تعلم ما يتوقع وقوعه على القرب غالبا فإذا تبين أنه عليه الصلاة والسلام إنما أراد بالعلم المعرف بالألف واللام في قوله صلى الله عليه وسلم: (طلب العلم فريضة على كل مسلم)؛ علم العمل الذي هو مشهور الوجوب على المسلمين لا غير؛ فقد اتضح وجه التدريج ووقت وجوبه، والله أعلم.

SUMBER:

http://ihyaulumuddin.wordpress.com/

فضيلة التعلم


أما الآيات فقوله تعالى: ﴿فلولا نفر من كل فرقة منهم طائفة ليتفقهوا في الدين﴾ (سورة التوبة: الآية 122) وقوله عز وجل ﴿فاسألوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون﴾ (سورة النحل: الآية 43، وسورة الأنبياء: الآية 7)

وأما الأخبار فقوله صلى الله عليه وسلم: (من سلك طريقا يطلب فيه علما سلك الله به طريقا إلى الجنة) [33]. وقال صلى الله عليه وسلم: (إن الملائكة لتضع أجنحتها لطالب العلم رضاء بما يصنع) [34]. وقال صلى الله عليه وسلم: (لأن تغدو فتتعلم بابا من العلم خير من أن تصلي مائة ركعة)[35]. وقال صلى الله عليه وسلم: (باب من العلم يتعلمه الرجل خير له من الدنيا وما فيها)[36]. وقال صلى الله عليه وسلم: (اطلبوا العلم ولو بالصين)[37]. وقال صلى الله عليه وسلم: (طلب العلم فريضة على كل مسلم) وقال صلى الله عليه وسلم: (العلم خزائن مفاتيحها السؤال ألا فاسألوا فإنه يؤجر فيه أربعة السائل والعالم والمستمع والمحب لهم)[38]. وقال صلى الله عليه وسلم: (لا ينبغي للجاهل أن يسكت على جهله ولا للعالم أن يسكت على علمه)[39]. وفي حديث أبي ذر رضي الله عنه: (حضور مجلس عالم أفضل من صلاة ألف ركعة وعيادة ألف مريض وشهود ألف جنازة) فقيل: يا رسول الله، ومن قراءة القرآن؟ فقال صلى الله عليه وسلم: (وهل ينفع القرآن إلا بالعلم)[40]. وقال عليه الصلاة والسلام: (من جاءه الموت وهو يطلب العلم ليحيي به الإسلام فبينه وبين الأنبياء في الجنة درجة واحدة)[41].

وأما الآثار؛ فقال ابن عباس رضي الله عنهما: ذللت طالبا فعززت مطلوبا. وكذلك قال ابن أبي مليكة رحمه الله: ما رأيت مثل ابن عباس، إذا رأيته رأيت أحسن الناس وجها، وإذا تكلم فأعرب الناس لساناً، وإذا أفتى فأكثر الناس علماً. وقال ابن المبارك رحمه الله: عجبت لمن لم يطلب العلم كيف تدعوه نفسه إلى مكرمة؟ وقال بعض الحكماء: إني لا أرحم رجالا كرحمتي لأحد رجلين: رجل يطلب العلم ولا يفهم، ورجل يفهم العلم ولا يطلبه.

وقال أبو الدرداء رضي الله عنه: لأن أتعلم مسألة أحب إلي من قيام ليلة. وقال أيضاً: كن عالما أو متعلما أو مستمعا ولا تكن الرابع فتهلك. وقال عطاء: مجلس علم يكفر سبعين مجلسا من مجالس اللهو. وقال عمر رضي الله عنه: موت ألف عابد قائم الليل صائم النهار أهون من موت عالم بصير بحلال الله وحرامه. وقال الشافعي رضي الله عنه: طلب العلم أفضل من النافلة. وقال ابن عبد الحكم رحمه الله: كنت عند مالك أقرأ عليه العلم فدخل الظهر فجمعت الكتب لأصلي، فقال: يا هذا ما الذي قمت إليه بأفضل مما كنت فيه إذا صحت النية. وقال أبو الدرداء رضي الله عنه: من رأى أن الغدو إلى طلب العلم ليس بجهاد فقد نقص في رأيه وعقله.

SUMBER:

 http://ihyaulumuddin.wordpress.com/

Tag Cloud

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 37 other followers