اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم

Rahsia Rezeki


Rahsia RezekiTahukah Anda? Untuk Mengecapi Kekayaan, Kebahagian serta Ketenangan Di Dalam Hidup!.. Ianya Bermula Dari “Rezeki Yang Diberkati..”Pernahkah anda merasa, kadang-kala begitu sukar untuk anda memperolehi wang? Apabila memperolehi wang, seringkali ia tidak mencukupi.. lebih teruk lagi, setiap bulan, pasti akan ada sahaja hal-hal di luar jangkaan yang berlaku yang menyebabkan anda perlu mengeluarkan wang dari poket anda.Kereta eksiden, anak sakit, kawan nak pinjam duit, peti ais di rumah rosak, isteri merajuk ajak pergi bercuti, bil air dan elektrik tiba-tiba melambung tinggi, kedai depan rumah buat jualan murah, kena tipu dengan skim pelaburan cepat kaya dan bermacam-macam lagi. Setiap bulan, ada sahaja perkara yang meragut keluar duit anda dari poket.. .. agak sukar untuk membuat sebarang simpanan. Lebih malang… kadang-kala terpaksa berhutang pula dengan rakan-rakan.Nak kata gaji kecil? Tidak juga!…Nak kata suka enjoy? Tidak juga!…Nak kata tidak tahu urus duit? Tidak juga!…Jadi? Apakah Masalah Yang Sebenarnya?Kadang-kala, ramai yang terlepas pandang. Mereka menyangka, segala rezeki yang mereka perolehi adalah disebabkan usaha titik peluh mereka semata-mata. Sedangkan, segala-galanya adalah pemberian dari Allah. Segala-galanya adalah dibawah kekuasaanNYA. Ia mampu menambah, mengurangkan serta menarik segala rezeki yang diberikan pada bila-bila masa sahaja dengan pelbagai cara.Anda pasti pernah mendengar berita atau cerita..Si Bapa yang perlu membayar wang tebusan kerana si anak telah diculikBanglo mewah yang ranap akibat tanah runtuhKereta baru yang terjunam ke dalam lombongSi muda yang kaya tetapi jatuh miskin di hari tuanya..dan berbagai-bagai lagi kisah yang menginsafkan..Apakah Tanda Rezeki Anda Diberkati Atau Tidak?Ada orang yang hidup mewah dengan kereta dan rumah yang besar. Namun begtu, masalah anak yang rosak akhlaknya serta isteri cantik yang curang, mengkucar-kacirkan ketenangan hidupnya.Ada pula yang hidup sederhana, namun kehidupannya tenang dan bahagia dengan anak-anak serta isteri yang solehah.Namun begitu, tidak kurang juga golongan yang hidup dalam kemiskinan, terlibat pula dengan najis dadah, samseng, sumbang mahram, diburu along dan pelbagai lagi masalah kehidupan yang penuh dengan situasi haru-biru.Rahsia Memperolehi Rezeki Melimpah Ruah

Source: Rahsia Rezeki

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: