اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم


MUSA SALLEH

ALOR STAR 22 Julai – Tokoh Sekolah Pondok dan ulama tersohor Kedah, Tuan Guru Haji Salleh Musa atau turut dikenali sebagai Tuan Guru Haji Salleh Sik telah pulang ke rahmatullah di Hospital Sultanah Bahiyah di sini malam ini.
MUSA SALLEH

Allahyarham, 83, disahkan meninggalkan dunia kira-kira pukul 8 malam ini dan jenazah beliau dijangka dikebumikan di Sik, esok.
Merupakan anak ketiga daripada lapan adik beradik, allahyarham dilahirkan di Sik, Kedah pada 1929 dengan memulakan persekolahan awal di Sekolah Kebangsaan Sik sebelum menyambung pelajaran di Pondok Tuan Hussin, Kedah dan kemudiaannya Pondok Haji Mad Nawawi, Gurun, Pondok Pak Chu Him, Gajah Mati, Pendang dan seterusnya melanjutkan pengajian ke Darul Ulum, Mekah.
Allahyarham turut mendalami ilmu di Masjidilharam bersama dengan tokoh-tokoh ulama terkemuka seperti Syeikh Ismail Fatani, Syeikh Yassin Al Fadani, Syeikh Abd Qadir Mandili, Syeikh Syed Alawi Al Malikki, Syeikh Syed Amin Qutubi dan beberapa ulama muktabar lain.
Pada tahun 1964 allahyarham kembali ke tanah air dan berkhidmat dengan membantu mengajar di sekolah pondok yang dkendalikan bapanya di Pekan Sik, Kedah, sebelum menggantikan bapanya sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah.
Allahyarham menumpukan kepada kerja-kerja dakwah sepenuh masa di pondoknya selain daerah-daerah lain di seluruh negeri Kedah.
Kerana sumbangan besar dalam bidang dakwah, allahyarham telah dianugerahkan beberapa pingat kebesaran oleh Sultan Kedah termasuk diangkat sebagai Tokoh Pendakwah Negeri Kedah pada tahun 2009.
Allahyarham berkahwin dengan Hatiah Hanafi dan dikurniakan 11 orang anak. Setelah isterinya itu meninggal dunia, allahyarham berkahwin dengan Sofiah Awang.
Pada tahun 2010, allahyarham diberikan anugerah Tokoh Pondok Negeri Kedah oleh Menteri Besar ketika itu, Allahyarham Datuk Seri Azizan Abd Razak serta dinobatkan sebagai Tokoh Ilmuan Daerah Sik pada 2011.
Allahyarham Tuan Guru Haji Salleh merupakan ulama yang terkenal di Kedah dan merupakan merupakan tokoh ulama tauhid di nusantara pada masa ini.
Allahyarham merupakan rujukan pelajar-pelajar bukan sahaja dari Malaysia tertapi juga dari Thailand yang sentiasa berkumpul di pondoknya setiap bulan Ramadan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid. – UTUSAN ONLINE
– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ulama-terkemuka-kedah-tuan-guru-haji-salleh-meninggal-dunia-1.361102#sthash.vwoWVF2z.dpuf

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: