اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم


Wabak Pluralisme ( Bahaya Pluralisme Agama Dan Pendirian Islam)Penulis: ARIFFIN SUHAIMIPuak berfahaman liberal amat membimbangkan umat Islam masa kini kerana apabila berdepan dengan tekanan pluralisme agama, mereka ini ibarat musuh dalam selimut yang menjadi tali barut kepada pihak terbabit. Mereka menjadi batu api dan penghasut dalam barisan ummah. Lantaran itu umat Islam perlu berwaspada dan mengawasi setiap penjuru dalam usaha mempertahankan kesucian tauhid supaya tidak timbul orang seperti Mustafa Kamal Attaturk yang menjadi pemimpin umat Islam di Malaysia akan datang.Pandangan puak liberal ini juga amat merbahaya kepada ummah kerana ia menggugat integriti dan maruah bangsa Melayu yang identitinya sebati dengan Islam. Ia menghancurkan perpaduan ummah dan mencabar martabat Islam sebagai agama yang diredhai oleh Allah.Jika umat Islam menerima pluralisme agama, maka ia bermakna pengiktirafan secara langsung atau tidak langsung ke atas semua doktrin keagamaan yang bersifat syirik. Ertinya menyamakan syirik dengan tauhid dan selanjutnya menyamakan Allah dengan Brahman, Lord Krishna, Lord Buddha dan Lord Jesus, seperti ajaran Guru Nanak dalam agama Sikh, dan ia membolehkan Allah ditafsir mengikut akidah triniti seperti yang terdapat dalam Bible. Maka akan kelirulah umat Islam sehingga murtad dan hilanglah keistimewaan agama Islam sebagai agama Persekutuan kerana semua sudah disamaratakan, dan hilanglah keistimewaan Melayu dalam perlembagaan sebagai benteng untuk mempertahankan kesucian tauhid. Demikianlah bahayanya konsep pluralisme agama kepada agama Islam, bangsa dan negara. Oleh itu umat Islam tidak ada pilihan melainkan menolak pluralisme agama secara total tanpa kompromi sedikit pun.KLIK DISINI !!!

Source: Wabak Pluralisme ( Bahaya Pluralisme Agama Dan Pendirian Islam)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: