اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم


Bahagian Kedua; Perbuatan

{Dan bahagi yang kedua[1] perbuatan[2] yang jadi[3] murtad iaitu seperti ia sujud bagi berhala atau syams atau bagi makhluk[4]} tersebut pada Raudhoh[5], bahawa barang yang diperbuatkan dia oleh kebanyakkan orang yang jahil yang sesat[6] daripada sujud ia bagi guru-guru tarekat itu, haram qot’an[7] dengan barang mana kelakuan sekalipun, sama ada[8] berhadap kepada qiblat atau kepada lainnya[9], dan sama ada ia qasadkan sujud itu bagi Allah Ta’ala atau tiada[10].

Dan setengah shurahnya[11] mengkufurkan yang memperbuatnya. Kata Ibnu Hajar pada I’lam[12] kemudian daripada ia[13] menaqalkan barang yang pada Raudhoh “Bermula ini perkataan memberi faham bahawasanya terkadang ada sujud diantara dua tangan guru-guru itu[14] mengkufurkan dan iaitu apabila ia qasad dengan yang demikian itu[15] ‘adat akan makhluk atau taqarrub kepadanya[16], dan terkadang haram dan iaitu apabila diqasadkan dengan yang demikian itu memuliakan guru dengan makna menghinakan diri baginya atau ia itlaq[17] dan seperti[18] itu[19] dikatakan pada dua ibu bapa  dan ulama’ ” اھ كردي.

Dan keluar dengan katanya sujud itu ruku’, maka[20] tiada mengkufurkan kerana rupa ruku’ itu banyak jatuh[21] bagi manusia pada ‘adat bersalahan sujud tetapi jika tiada diqasadkan suatu[22] daripada ruku’ itu. Adapun jika diqasad memuliakan makhluk dengan ruku’ itu seperti ia memulia akan Allah dengan dia, maka tiada syak pada kufurnya.

{Atau dijatuhkan[23] mishaf[24] pada tempat yang hina} seperti dijatuhkan dia pada suatu[25] kotor sama ada najis atau tiada seperti hingus dan air liur[26] dan mani kerana[27] pada yang demikian itu[28] meringankan dengan Ugama. Dan hukum menyentuhkan mishaf dengan barang yang tersebut itu seperti hukum[29] menjatuhkan dia[30] pada yang tersebut itu, tetapi tak dapat tiada daripada ada qarinah[31] yang menunjuk[32] atas senda-senda dan meringan-ringan[33].

Maka barang yang telah berlaku adat dengan dia meludahkan[34] atas lauh[35] yang tertulis atasnya[36] Qur’an kerana menghilangkan barang yang tertulis atasnya[37], tiada kufur jika tiada diqasadkan dengan perbuatan itu menghinakan Qur’an. Dan yang sayugianya[38] tiada diharamkan[39] dan seumpamanya barang yang berlaku ‘adat dengan dia[40] seperti memamahkan kertas atau lainnya[41] yang tersebut padanya Qur’an  atau seumpamanya[42] kerana mengambil berkat dengan dia atau kerana menyimpankan dia daripada jatuh pada najis.

{Dan seperti[43] mushaf kutub al-hadith) zohirnya dan jikalau kitab-kitab hadith yang dho’if sekalipun kerana pada menjatuhkan dia[44] itu meringankan dengan nabi kerana kitab-kitab itu dibangsakan kepadanya[45]. Dan keluar[46] dengan yang dho’if  hadith yang maudhu’. {Dan kutub al-‘ulum al-syar’iyyah[47] kerana menghinakan dia[48]} dengan yang demikian itu. {Atau dijatuhkan yang hina seperti najis diatas Qur’an dengan qasad menghinakan dia jadi kafir} orang yang memperbuatkan {segala perkara} yang tersebut {itu} apabila sempurna segala syaratnya[49].

Dan setengah daripada perbuatan yang mengkufurkan seorang itu pergi seorang kepada rumah gereja serta pakai ia akan pakaian mereka[50] itu seperti ia ikatkan pinggangnya dengan zinar dan iaitu: tali yang kasar yang berwarna-warna diikatkan dia[51] pada pinggang diatas baju mereka itu, dan tiada dipakaikan dia pada masa ini melainkan paderi-paderi sahaja. Atau memakaikan barnithoh iaitu: cepiu[52].Maka jikalau[53] tiada berserta pergi kepada gereja[54].

Dan memakai akan pakaian mereka itu, seumpama ia pergi kepada gereja tetapi dengan pakaian muslimin, atau pakaikan pakaian mereka itu tetapi tiada pergi kepada gereja, nescaya tiada kufur ia pada keduanya selama tiada ia memperbuatkan yang demikian itu kerana redho dengan Ugama mereka itu atau cenderung kepadanya atau bermudah-mudah dengan Ugama Islam. Maka jika kerana yang tersebut itu[55] jadi kafir murtad ia pada ketika itu jua.

[1] Daripada 3 bahagian murtad.

[2] Yang keluar daripada seseorang.

[3] Yang akan menjadikan.

[4] Umum. Termasuklah batu, kayu, dan lain-lain.

[5] Roudhoh Al-Tolibin oleh Imam Nawawi

[6] Daripada jalan agama.

[7] Haram dengan ketiadaan khilaf.

[8] Sama ada kelakuan sujud.

[9] Nya: daripada qiblat.

[10] Tiada qasad.

[11] Rupa atau masalah.

[12] Kitab I’lam.

[13] Ibnu Hajar.

[14] Maksudnya sujud dihadapan guru.

[15] Sujud itu.

[16] Nya: makhluk.

[17] Tidak qasad mana-mana sama ada memuliakan guru atau menghinakan diri.

[18] Seperti sujud.

[19] Itu juga.

[20] Tafri’ “dan keluar….”

[21] Berlaku

[22] Apa-apa.

[23] Dibuang atau dicampakkan.

[24] Mushaf Al-Quran.

[25] Suatu benda yang.

[26] Sama hukum membelek Al-Quran dengan air liur yang banyak yang berlaku pada hari ini. Begitu

juga lapik Al-Quran dengan bantal yang kena air liur basi walaupun dah kering.

[27] Kerana sabit perbuatan.

[28] Itu mengandungi.

[29] Pada sama-sama kufur.

[30] Mishaf.

[31] Dalil.

[32] Memberi faham.

[33] Akan Al-Qur’an.

[34] Meludahkan air liur.

[35] Seumpama papan hitam.

[36] Nya: Lauh.

[37] Nya: Lauh.

[38] Selayaknya tau sewajarnya.

[39] Diharamkan meludah atas lauh.

[40] Barang.

[41] Daripada kertas.

[42] Nya: Al-Quran.

[43] Sama dihukum kufur.

[44]Mushaf Kutubul Hadith.

[45] Nya: nabi.

[46] Tidak termasuk.

[47] Kitab-kitab ilmu yang dibangsakan dengan syara’. Merangkumi kitab-kitab aqidah, feqah  dan tasawwuf dan lain-lain. Adapun kitab nahu dan sorof  itu wasail, selayaknya tidak dijatuhkan dia.

[48] Kutub al-‘ulum al-syar’iyyah.

[49] Baru jadi.

[50] Ahli gereja.

[51] Zinar.

[52] Topi sudu.

[53] Jikalau adalah dia memakai barnithoh.

[54] Sekalipun.

[55] Redho dengan ugama mereka itu atau cenderung kepadanya atau bermudah-mudah dengan

Ugama Islam.

Rujukan: Kitab Kifayatul Muhtadi karangan Syeikh Wan Muhammad Nur bin Muhammad bin Ismail  al-Fathoni, Cetakan Matba’ah Halabi Fathoni, hal 20-29.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: