اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم


Pendahuluan

[1]فصل

        {Ini[2] suatu fasal[3] dan[4] wajib[5] atas tiap-tiap[6] muslim[7] ia[8] memeliharakan[9] Islamnya} yang melengkapi akan imannya[10]: {dan baikkan peliharanya[11] daripada barang[12] yang membinasakan  dan daripada[13] yang membatalkan dia[14] dan[15] yang memutuskan dia[16], iaitu murtad} dengan makna riddah kerana murtad itu orang yang bersifat dengan riddah dan

Makna riddah pada lughah: iaitu kembali[17] daripada sesuatu[18] kepada[19] lainnya dengan makna menghundur daripada suatu[20] kepada[21] lainnya. Dan[22] pada Syara’: iaitu memutus orang yang sah talaqnya[23] akan[24] berkekalan Islamnya. Dan iaitu orang yang baligh lagi berakal lagi dengan ikhtiarnya[25] maka[26] keluar[27] kanak-kanak dan yang[28] gila dan yang[29] digagahi  akan dia atas riddah.

Dan riddah itu ialah sekeji-keji bagai kufur dan mengugur ia[30] akan segala amalan[31] jikalau berhubung riddah itu hingga mati[32] dan jikalau tiada[33] maka menggugur ia[34] akan pahalanya[35] sahaja, dengan makna tiada wajib[36] atasnya mengembalikan[37] seumpama sembahyangnya dan puasanya dan lainnya daripada segala a’mal yang wajib[38] jikalau telah ia memperbuatkan dia dahulu daripada riddah itu. {Kami berlindung dengan Allah daripadanya}. Kerana bahawasanya terlebih keji daripada kufur[39].

{Dan sungguhnya telah banyak yang demikian itu}, yakni riddah itu {pada zaman ini} iaitu zaman musonnif[40], maka betapalah pada masa kita[41] ini masa yang terlebih meliputi[42] jahil padanya {sebab[43] memudahkan mereka itu[44] pada perkataannya} yakni perkataan riddah itu dan tiada mereka itu[45] meraikan[46] Hukum Syara’ padanya, hanya mengikutkan perkataan orang jahil seperti diserukan[47] orang yang mati supaya mendapatkan hajatnya {hingga bahawasanya keluar[48] setengah daripada mereka itu perkataan yang mengeluarkan daripada Islam} yakni hingga bahawasanya mengeluar[49] oleh setengah daripada mereka itu[50] akan perkataan yang mengeluarkan dia daripada Agama Islam.

{Dan tiada mereka itu menyangkakan yang demikian itu dosa istimewa[51] pula keadaannya kufur dan murtad} dengan makna riddah {sebab jahil[52] mereka itu} dan tiada melarangkan mereka[53] itu oleh ulama’nya dan tiada mengajarkan mereka itu[54] {akan hukumnya} riddah itu: dan {kerana tiada belajar} mereka[55] itu {dan[56] menuntut yang wajib atas mereka itu mengetahui daripada fardhu ‘ain} yang wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahuikan dia.

{Dan[57] yang[58] jadi murtad itu terbahagi atas tiga perkara} yakni bermula yang menjadikan seorang itu murtad dengan kerananya itu terbahagi atas tiga bahagi {adakalanya i’tiqad dan adakalanya perbuatan dan adakalanya perkataan dan tiap-tiap satu[59] itu} ada baginya {beberapa cabangnya yang amat banyak}.

[1] هذا فصل

من إطلاق المصدر وإرادة اسم المفعول  وإرادة اسم الفاعل

[2]  Ini ialah.

Mengisyaratkan pada barang yang lagi akan datang perbahasan.

[3]  Fasal pada menyatakan murtad

[4]  واو الاستئناف

[5] Wajib Syara’. ما يثاب على فعله ويعاقب على تركه maksudnya: perkara yang mendapat pahala keatas

melakukannya dan mendapat dosa keatas meninggalkannya.

[6]  Perkataan “tiap-tiap muslim” membawa maksud bahawa mempelajari bab riddah ini ilmu yang

fardhu

‘ain.

[7]  Muslim disini termasuk juga muslimah, yang mukallaf, sama ada lelaki atau perempuan, merdeka

atau hamba.

[8]  Tiap-tiap muslim

[9]  Cara memelihara mestilah dengan mengetahui terlebih dahulu mengenai perkara-perkara yang

merosakkan iman

[10] Yang dikehendaki Islam disini ialah  Islam yang melengkapi Iman. Islam hanyalah pada zahir

sedangkan Iman pada batin.

[11] Elokkan pelihara. Wajib pelihara islam yang melengkapi iman setiap saat lebih daripada memelihara

harta benda dunia.

[12] Perkara

[13] Daripada barang

[14] Islam

[15] Daripada barang

[16] Islam

[17]  Seseorang

[18]  Hal

[19]  Hal

[20]  Hal

[21]  Hal

[22]  Bermula makna riddah

[23]  Talaq akan isterinya

[24]  Memutus

[25]  Bukan tergagah

[26]  فاء تفريع

[27]  Tidak dihukum murtad

[28]  Orang yang

[29]  Orang yang

[30]  Riddah

[31]  Yang telah dikerjakan itu

[32]  Dalam keadaan riddah sampai mati

[33]  Berhubung riddah itu hingga mati dengan kembali semula kepada Islam

[34]  Riddah

[35]  Nya: segala amalan

[36]  Syara’

[37]  Qodho’ atau I’adah yakni mengulangi ibadat yang masih dalam waktu, contohnya seseorang itu

murtad setelah dia solat zohor kemudian didalam waktu zohor itu juga dia masuk Islam kembali,

maka dia tidak perlu I’adah solat zohor tersebut.

[38]  Fardhu

[39]  Segala

[40]  Syaikh Daud Bin Abdullah Al-Fathoni

[41]  Syaikh Muhammad Nur Bin Muhammad Bin Ismail Al-Fathoni

[42]  Meratai

[43]  ‘Illah pada perkataan “banyak yang demikian itu yakni riddah itu pada zaman ini iaitu zaman

musonnif”

[44]  Manusia di zaman Musonnif

[45]  Manusia di zaman Musonnif

[46]  Mengambil berat

[47]  Diminta apa-apa hajat bukan termasuk tawassul. ((تَوَسَّلُ بِجَاهِهِ فَإِنَّ جَاهِ عِندَ اللهِ الْعَظيْمِ   ))

[48]  فعل اللازم

[49]  فعل المتعدي

[50]  Manusia

[51]  Lebih-lebih lagi

[52]  Penyakit paling besar. Penyakit ada dua iaitu didalam dan di luar namun yang paling bahaya ialah

penyakit dalam.

[53]  Manusia

[54]  Oleh ulama’

[55]  Manusia.

[56]  Dan tiada.

[57]  Dan bermula

[58]  Perkara yang

[59]  Daripada tiga bahagian

Rujukan: Kitab Kifayatul Muhtadi karangan Syeikh Wan Muhammad Nur bin Muhammad bin Ismail  al-Fathoni, Cetakan Matba’ah Halabi Fathoni, hal 20-29.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: