اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم


Faslun

(Ini[1] suatu fasal) yakni suatu jumlah[2] daripada perkataan yang bercerai[3] ia, ia daripada barang[4] yang terdahulunya[5](maka[6] wajib oleh segera pada ketika itulah[7] wajib atas tiap-tiap mereka samaada lelaki atau perempuan yang jatuh[8] daripadanya[9] murtad itu)dengan makna riddah[10] kerana murtad itu orang yang bersifat dengan riddah (ia kembali dengan bersegera[11] kepada islam) maka jika tiada ia[12] kembali dengan bersegera dengan sendirinya wajib[13] atas imam atau naibnya disuruh akan dia[14] bersegera kembali kepada ugama Islam sekira-kira dikatakan[15] baginya[16] segera bertaubat engkau dan kembali engkau kepada agama Islam dan jikalau engkau tiada kembali[17]aku bunuh akan dikau, dikatakan barang seumpama itu[18] sampai tiga hari,dan[19] ia pada habas[20] dan diberikan tiap-tiap hari sedikit daripada makanan, kemudian jika tiada taubat ia, wajib dibunuhkandia[21] oleh imamnya atau naibnya tiada[22] yang lain[23] dengan tiada diperhentikan[24] lagi dengan dipotongkan lehernya dengan pedang jangan dengan lainya[25] seumpama dibakarkan atau dilemaskan didalam air atau lainnya kerana hadis nabi: صلى الله عليه سلم( إذا قتلتم فأحسنوا القتلة  ertinya (apabila kamu membunuh[26] maka mengelok kamu akan rupa bunuhan). Dan[27] tiada hasil[28] tubuh daripada riddah itu dan[29] kembali kepada agama islam melainkan(dengan ia mengucap dua kalimah syahadah iaitu أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان مهمدا رسول الله) dengan[30] segala syaratnya[31] yang tersebut dahulu[32] itu dan jika ada kufurnya[33] itu dengan sebab ia ingkarkan barang yang tiada menafikan[34] mengucap dua kalimah syahadah atau satu daripadanya atau ia menidak akan satu fardhu[35] atau ia menghalalkan yang haram wajib[36] beserta dengan[37] dua kalimah syahadah[38]  bahawa ia mengaku[39] akan barang yang ia ingkar akan dia[40] dan pada ketika itu[41] ia haramkan[42] yang ia halalkan itu. {Dan serta ia[43] meninggalkan daripada barang yang ada jatuhnya [44] dengan dia[45]} yakni serta ia mencabutkan[46] dirinya daripada barang yang ada jatuh riddah itu dengan kerananya[47].{Dan wajib atasnya[48] menyesal atas barang[49] yang keluar ia[50] jatuh daripadanya[51]} dan i’barat  asalnya[52] itu {والندم على كل ما صدر منه} ertinya dan menyesal atas tiap-tiap barang yang keluar[53] daripadanya maka dikehendakkan dengan katanya yang keluar itu yang jatuh, maka barangkali ada jatuh daripada perkataan musonnif  itu kalimah {dan} adalah sebenar perkataannya itu.

{Dan wajib atasnya menyesal atas barang yang keluar ia dan jatuh daripadanya} pada masa yang lalu[54] {dan serta ia azamkan yakni putuskan[55] hatinya} atas {bahawa tiada ia[56] kembali kepadanya[57] sekali-kali bagi seumpamanya57} yakni bahawa tiada ia kembali kepada seumpama barang yang keluar[58] daripadanya[59] {dan[60] qodho’kan[61] barang[62] yang luput daripadanya[63] segala yang wajib syara’ padanya[64] demekian masa itu[65]} daripada sembahyang[66] dan puasa[67] dan lainnya[68], maka jika ia[69] memperbuatkan yang demikian itu sekeliannya[70] dihukumkan[71] atasnya[72] dengan kembali kepada Ugama Islam.

{Maka jika tiada ia taubat} dengan sendirinya[73] {dan[74]disuruh[75] ia taubat} [76]yang zohirnya lafaz “dan[77]” itu lebih, kerana katanya[78] “disuruh ia taubat” itu jawab bagi katanya “jika tiada ia taubat”, maka jadi sebenar[79] dua jumlah ini[80] iaitu “maka jika tiada ia taubat” dengan sendirinya “disuruh ia taubat”, dan jika enggan[81] ia daripada bertaubat[82] dibunuhkan dia[83], dan kata qil [84] dita’khirkan bunuhnya[85] hingga tiga hari seperti yang telah lalu sebutnya.

{Dan tiada diterimakan daripadanya[86] melainkan Islam[87] atau dibunuh} akan dia oleh hakim atau naibnya[88] dengan dipotongkan[89] batang lehernya dengan pedang dan tiada boleh orang yang lain[90] membunuh akan dia, maka jika dibunuh akan dia oleh yang lain daripada imam atau naibnya dita’zirkan[91] orang itu sahaja.

{Dan batal[92] segala puasanya[93]  dan sembahyangnya[94] dan segala ‘ibadatnya[95] seperti tayammum} maka iaitu[96] apabila berhubung[97] riddahnya dengan mati[98], maka jika ia Islam[99] dahulu daripada matinya tiada wajib ia[100] mengembalikan[101] segala ‘ibadatnya yang dahulu daripada riddah itu[102], maka jika menyalahi[103] ia dan mengembalikan ‘ibadatnya tiada[104] ter’aqad[105], adapun pahala segala ‘amal yang wajibnya dan lainnya[106] gugur sekeliannya dengan semata-mata murtad ia[107].

{Dan nikahnya[108] jika belum ia dukhul[109]} batal nikahnya daripada permulaan riddahnya {Dan demikian lagi[110] yang sudah dukhul  jika tiada kembali ia kepada Ugama Islam didalam ‘iddahnya[111]} wa al-hashil[112]  jika jatuh salah seorang daripada zaujain[113] sama ada isteri atau suami pada riddah dahulu daripada dukhul batal nikah daripada waktu riddah itu, dan jika jatuh[114] kemudian daripada dukhul maka jika Islam ia dahulu daripada selesai masa ‘iddah nyatalah kekal nikahnya, dan jika berkekalan pada riddah hingga selesai masa ‘iddah nyatalah batal nikahnya daripada hari riddahnya. {dan tiada sah ‘aqad nikahnya} pada[115] ketika riddahnya[116].

{Dan haram makan sembelihnya dan tiada pusaka ia} daripada mawarithnya {dan tiada dipusakakan dia} oleh warisnya[117] {dan tiada disembahyangkan atasnya[118] } kerana haram disembahyangkan atas kafir dengan segala bagainya[119] {dan tiada dimandikan} tetapi harus jua[120] {dan tiada dikafankan} {dan tiada ditanamkan} pada perkuburan muslimin dan harus ditanamkan pada perkuburan kuffar atau tiada ditanamkan dia[121] hanya ditinggalkan[122] dan harus diserukan anjing atas bangkainya.

{Dan segala hartanya jadi fi’[123] } kemudian daripada matinya[124], adapun dahulu daripada matinya maka segala hartanya itu mauquf[125] , maka jika matinya hal keadaannya murtad nyatalah hilang miliknya daripada ketika riddahnya dan jadi segala hartanya itu fi’ kepada baitulmal, dan jika Islam ia nyatalah kekal miliknya[126]. Dan makna fi’ itu harta orang kafir yang dipulangkan[127] kepada muslimin yang didapatkan dia tiada dengan perang hanya dapat dengan bersuluh[128] atau ia tinggalkan[129] atau seumpamanya.

[1] Ini suatu fasal yang menerangkan hukum-hukum murtad.

[2] Perhimpunan

[3] Yang lain atau yang asing

[4] bicaraan

[5] Daripada perkataan yang telah lepas

[6] Tafsil

[7] Ketika seorang itu di dalam riddah

[8] Yangberlaku atau yang terjadi

[9] mereka

[10] Kalimah isim masdar(kemurtadan)

[11] Tiada bertangguh-tangguh lagi

[12] Seorang yang murtad

[13] Jawab “jika”…wajib syarak

[14] Orang yang murtad itu

[15] Dikatakan Imam(pemerintah) atau naib Imam(pemerintah)

[16] Orang yang murtad

[17] Kepada Islam, nescaya

[18] Kata “jika tiada engkau kembali kepada Islam, nescaya aku bunuh akan dikau”

[19] padahal

[20] Habas(bahasa arab-maknanya :tahanan)

[21] Orang yang murtad

[22] dibunuh

[23] Oleh Imam atau naibnya

[24] Dilambatkan atau ditangguh

[25] Lain daripada pedang seperti dengan senapang atau lain-lain

[26] Akan satu bunuhan

[27] Dan stihnak(dan bermula)

[28] dapat

[29] Tidak hasil

[30] mencukupi

[31] Mengucapa dua kalimah syahadat

[32] Ada 6 syarat pada muka surat 8 (kifayatul muhtadi), kitab Syargawi kata ada 7 syarat ucapan 2 kalimah syahadah.

[33] seseorang

[34] Menjadi melawani  atau mani’(perkara yang meghalang)

[35] Yang dijmakkan oleh para ulamak akan kefardhuan

[36] Jawab ‘jika’(nescaya wajib)..wajib atas seseorang yang riddah

[37] mengucap

[38] Oleh bahawa

[39] Tasdiq(membenar)

[40] Barang..terlebih dahulu

[41] Mengaku akan barang yang ia ingkar

[42] Seseorang itu tadi perlu I’tikodkan kembali perkara halal tadi menjadi haram (perkara yang haram diijmakkan oleh ulamak)atau sebaliknya

[43] Seorang yang mengucap dua kalimah syahadah

[44] Barang yang berlaku murtad

[45] barang

[46] meninggalkan

[47] barang

[48] Seseorang yang murtad

[49] Perkara yang murtad daripada perkara I’tikod, perbuatan dan percakapan

[50] Seseorang dan

[51] barang

[52] Yang diambil dari Kitab Sulamu Taufiq

[53] Ia(barang)-yang jatuh atau yang berlaku

[54] Pada masa yang lepas

[55] Cita-cita yang kuat di dalam

[56] Seorang murtad itu

[57] Barang yang jatuh kepada murtad

[58] ia

[59]Barang( Samada dari segi I’tikod atau sama ada dari segi perkataan atau dari segi perbuatan)

[60] Wajib di atas seoarng yang murtad yang kembali kepada islam

[61] akan

[62] ibadah

[63] seseorang

[64] Barang(ibadah)

[65] Masa dia murtad

[66] Fardhu(nak tolak sembahyang sunat)

[67] fardhu

[68] Sembahyang dan puasa daripada perkara yang wajib pada syarak

[69] Seorang yang murtad

[70]  Enam syarat di atas tadi(1.mengucap dua kalimah syahadah 2.mengaku dan membenar 3. berhenti dan meninggalkan daripada melakukan perkara murtad tersebut 4. menyesal atas perkara yang berlaku 5. berazam bhw tiada ia kembali kepada murtad itu 6. qodo’ akan semua ibadah di dalam ia murtad )

[71] Hukum syarak

[72] Orang yang murtad itu

[73] Seseorang itu sedar bahawa ia murtad, tapi tidak bertaubat dengan sendirinya

[74] Nescaya wajib

[75] Pemerintah atau orang yang berkuasa dengan jalan paksa(faham di sini pemimpin tidak boleh membiarkan sehaja seseorang itu murtad, kalau tidak menegur, maka berdosalah pemimpin itu)

[76] ibarat

[77] Perkatan “dan” yang berada sebelum perkataan “disuruh ia bertaubat”

[78] musonnif

[79] Benarlah atau betullah

[80] Jumlah yang memberi faedah iaitu jumlah yang ada syarat dan ada jawab contoh: “jika datang zaid”(ayat ini dipanggil ayat syarat-oleh itu wajib ada jawapan seperti:jika datang zaid, nescaya duduklah ia atas kerusi)

[81] Tidak mahu

[82] nescaya

[83] Dibunuh oleh pemerintah

[84] Berkata sebahagian ulamak

[85] Orang yang enggan bertaubat itu

[86] Seorang yang murtad

[87] Kembali kepada Islam

[88] Bagi hakim

[89] dipancungkan

[90] Selain hakim atau naib hakim

[91] Didenda atau disebat (sebab orang selain daripada imam/hakim atau naibnya sehaja yang dipertanggungjawabkan untuk membunuh orang yang murtad itu)

[92] Batal haqiqi(sejak seseorang itu masuk Islam semua amal ibadatnya batal)

[93] Diri ibadat puasa itu sendiri batal bukan batal pahala puasa.

[94] Diri ibadat sembahyang itu sendiri batal bukan batal pahala sembahyang.

[95] Atas am pada khas(perkara umum- ibadat itu umum, sebelum ini pangarang bawa datang contoh khas seperti puasa dan sembahyang)

[96] Kesemua amal ibadat

[97] bersambung

[98] Makna di sini, jika seseorang itu murtad sampai dia mati, maka segala amalan yang dilakukan sebelum murtad tidak dikira.

[99] Kembali kepada Islam selepas murtad

[100] Yang kembali kepada islam selepas murtad

[101] Qodo’ akan segala ibadat

[102] Makna di sini sewaktu dia murtad dia wajib qodo’ akan segala ibadat sewaktu  dia dalam keadaan murtad, jika seseorang itu di dalam haid, tidak perlu qodo’(hukum ini seperti seseorang dalam Islam), tetapi seseorang itu bila kembali Islam, wajib qodo’ akan semua ibadat yang ditinggalkan sewatu dia dalam keadaan murtad.

[103] Makna menyalahi di sini ialah seseorang itu menyalahi hukum , yang mana hukum mengatakan tidak perlu qodo’ akan ibadat seseorang itu sewatu ia islam sebelum jadi murtad, tetapi ia berdegil, tetap mahu meqodo’ akan ibadah

[104] Jawab “jika” pada perkataan jika sebelum perkataan menyalahi

[105] Makna di sini tidak sah ibadah seseorang walaupun ia mengqodo’ akan ibadah

[106] Lain daripada ibadat wajib seperti ibadat sunat

[107] Makna di sini jika seseorang itu mati dalam keadaan murtad gugurlah segala ibadatnya tetapi jika ia kembali kepada Islam gugur segala pahala ibadah tetapi tidak gugur segala ibadah(tidak perlu qodo’ kerana tidak gugur segala pahala, hanya gugur pahala ibadat).

[108] Seseorang yang murtad itu terpasakh(cerai dengan sendiri)i dengan sendiri

[109] Bersetubuh

[110] Seseorang yang murtad itu terpasakh(cerai dengan sendiri)i dengan sendiri

[111] Iddah bagi perempuan dlam kes murtad ini ialah tiga kali suci

[112] Pendek kata atau kesimpulan

[113] Suami isteri

[114] riddah

[115] Di dalam

[116] Maksudnya di sini, orang yang riddah ini tidak boleh jadi saksi,wali,juru nikah(imam),pengantin lelaki, pengantin perempuan(maksudnya lagi di sini lagi ialah sesipa yang nak kahwin kena sah iman dengan belajar ilmu agama – kalau nikah juga, maka tidak sah nikah, bila tidak sah nikah, maka berlaku perzinaan antara pengantin lelaki dengan pengantin perempuan(fardhu ain)).

[117] Maksud di sini, waris kepada orang riddah ini tidak boleh juga harta kepada orang yang murtad

[118] Orang yang murtad apabila meninggal dunia

[119] Kafir, samaada kafir asli atau kafir murtad

[120] Mandikan jenazah ini diharuskan

[121] Tidak ditanam langsung

[122] Begitu sehaja

[123] Harta yang dapat daripada orang kafir dengan tiada berperang

[124] Maksud di sini, sewaktu seseorang itu riddah dan masih hidup, hartanya ditahan oleh pemerintah

[125] Harta itu ditahan oleh pemerintah(jangan bagi seseorang murtad itu memerintah hartanya)

[126] Maksudnya jika seseorang murtad itu kembali lepada iIslam, maka hartanya dikembalikan.

[127] dibagi

[128] berdamai

[129] Orang yang murtad itu meninggalkan harta tersebut

Rujukan: Kitab Kifayatul Muhtadi karangan Syeikh Wan Muhammad Nur bin Muhammad bin Ismail  al-Fathoni, Cetakan Matba’ah Halabi Fathoni, hal 20-29.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: