اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم


IMG-20150111-WA0011IMG-20150111-WA0010

SIK – Dewan Ulama Pas Kedah menegaskan bahawa kitab Bakuratul Amani hasil penulisan Pak Dael adalah benar dan mengikut mazhab Ahlil Sunnah Wal Jamaah.

Setiausahanya, Ahmad Yahaya berkata, dakwaan bahawa kitab itu menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar adalah tidak benar.

“Sebarang kesamaran atau kekeliruan dalam memahami tulisan mereka haruslah di rungkai dengan kefahaman yang mendalam melalui murid-murid yang bertalaqqi secara langsung.

“Ia haruslah dibuat dengan penuh beradab dan baik sangka tanpa membuat tuduhan jahat seperti menyeleweng, sesat, terkeluar daripada Ahlil Sunnah Wal Jamaah dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas Wacana Ilmiah Kitab Bakuratul Amani di Pondok Ar-Rahmaniah, di sini, semalam.

Program anjuran Majlis Guru Pondok Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa) itu dibuat bagi mempertahankan penulisan kitab tersebut.

“Himpunan ulama menegaskan bahawa tulisan kitab itu adalah benar dan menepati mazhab Ahlil Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

Sebelum ini, sebuah buku berkonsepkan keagamaan mendakwa penulisan kitab itu adalah menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Perkara itu kemudiannya mendapat perhatian seluruh ulama di Kedah dan Fathani yang menyifatkan dakwaan itu adalah berniat jahat.

SUMBER

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: