اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم


Perselisihan terbahagi kepada dua iaitu: Perselisihan yang tercela dan perselisihan yang terpuji.

 

Perselisihan Yang Tercela:

 

Perselisihan yang tercela ialah perselisihan yang bertentangan dan merujuk kepada pelbagai sebab perlakuan akhlak, daripada sebab-sebab itu ialah:

 

1- Tertipu dengan diri dan ta’jub dengan pendapat sendiri.

 

2- Bersangka buruk dan terlalu cepat menuduh orang lain tanpa bukti.

 

3- Tamakkan kekuasaan, publisiti dan jawatan.

 

4- Menurut hawa nafsu dan cintakan dunia.

 

5-Ta’sub dengan pendapat seseorang, mazhab dan beberapa golongan.

 

6- Asobiah terhadap sesuatu negara, kawasan, parti, jama’ah atau ketua.

 

7- Sedikit ilmu daripada keluar perkataan yang banyak.

 

8- Tidak kukuh dalam menaqalkan dan mendengar khabar.

 

Sebab-sebab ini dan lain-lain lagi adalah daripada keburukan akhlak serta kebinasaan yang mencetuskan perselisihan yang tidak terpuji dan perpecahan yang tercela. Setiap satu dari sebab-sebab ini panjang perbahasannya dan kami akan menyebut tentang banyak lagi sebab-sebab ini pada perbahasan kaedah-kaedah ilmiah dan akhlak dalam adab sesuatu perselisihan.

Perselisihan Yang Terpuji

 

Perselisihan yang melibatkan kepelbagaian bentuk pendapat iaitu ibarat bagi beberapa pendapat yang berbilang-bilang yang keluar dari sumber yang satu. Di antaranya ialah yang dikenali sebagai perselisihan dari segi gambaran,  lafaz dan i’tibar. Perselisihan-perselisihan ini kembali kepada sebab cara pemikiran, perselisihan arah pandangan pada sesetengah permasalahan ilmiah seperti khilaf pada perkara furu’ (cabang), syariah dan beberapa permasalahan aqidah yang tidak menyentuh perkara usul yang qot’ie.

 

Demikian juga perselisihan pada sesetengah perkara amali, seperti perselisihan pada beberapa pendirian politik, manhaj islah dan perubahan. Termasuk juga dalam perselisihan cara berfikir ialah perselisihan pendapat dalam menetapkan beberapa bentuk pengetahuan dan ilmu seperti ilmu kalam, mantiq, falsafah dan tasawwuf. Perselisihan dalam menentukan peristiwa-peristiwa bersejarah, sesetengah tokoh sejarah dan ilmu.

 

Perselisihan ini tiada padanya celaan akan tetapi celaan itu hanya pada sesiapa yang tidak meraikan adab-adab perselisihan dari sudut amali dan akhlak yang akan disebut pada penghujung perbahasan ini.

 

RUJUKAN:

Kertas Kerja yang Bertajuk “Adab-adab Berdialog Dan Kaedah-kaedah Perselisihan Pendapat” oleh Dr. Umar Abdullah Kamil

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: