اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم


 

Bermula makna hukum ‘aqal itu ialah keputusan yang memutus seorang dengan ‘aqal fikiran yang membetul bagi perkara-perkara yang difikir itu. Dan hukum ‘aqal itu tiga perkara. Iaitu wajib pada ‘aqal, mustahil pada ‘aqal, harus pada ‘aqal

 

Dan pengenalan atau ta’rif wajib pada ‘aqal itu iaitu barang yang difikirkan dengan ‘aqal tentu sungguh ia kerana barang itu sungguh dirinya, seperti ada Allah maka apabila kita fikir dengan aqal kita tentulah kita memutus dengan aqal kita akan sungguh kerana  ada Allah sungguh dan umpamanya daripada segala perkara yang wajib pada ‘aqal.

 

Dan pengenalan atau ta’rif mustahil pada aqal itu ialah barang yang difikirkan dengan ‘aqal tentu tidak kerana barang yang kita fikir itu tidak seperti tiada Allah. Maka apabila kita fikir dengan ‘aqal kita tentulah kita menghukum atau kita memutus dengan tidak kerana tidak ada tuhan itu tidak, dan umpamanya daripada segala yang mustahil pada ‘aqal.

Dan pengenalan atau ta’rif harus pada ‘aqal itu ialah barang yang difikirkan dengan ‘aqal terima sungguhmya dan tidaknya kerana barang itu terima sungguhnya dan tidaknya pada diri perkara itu seperti makhluk ini. Maka apabila kita fikir dengan ‘aqal kita keatas makhluk, maka dapat kita memutuskan dan menghukumkan dengan terima ada dan tiadanya atau terima sungguhnya dan terima pula tidaknya. Itulah dinamakan harus pada ‘aqal.

 

Maka nyatalah bahawa hukum ‘aqal yang tiga itu apabila kata wajib pada aqal maka terkenalah kepada barang yang tentu sungguh dan mustahil pada ‘aqal itu terkena kepada barang yang tentu tidak dan harus pada ‘aqal itu kena kepada barang  yang terima kedua-dua yakni terima sungguh dan terima tidak.

 

Dan nyata pula daripada huraian hukum ‘aqal itu bahawasanya mengetahui hukum ‘aqal satu tangga bagi mengenal ‘aqidah dan teguh ‘aqidahnya kerana ‘aqidah itu pengakuan di dalam hati seseorang. Maka tidak dapat pengakuan itu melainkan dengan mengerti hukum-hukum ‘aqal yang tiga itu dan orang yang tidak mengerti hukum-hukum ‘aqal tersebut terkadangnya tidak ada aqidah sedikit pun, yakni tidak ada pegangan didalam hatinya maka orang yang tidak ada ‘aqidah atau pegangan itu dinama akan dia orang yang jahil , dan jahil dengan Allah itu tidak sah imannya, kerana makna iman itu tasdiq di hati: mengaku hati dengan sekalian barang yang didatangkan dengan dia oleh Rasul daripada segala pekerjaan agama.

 

Dan terkadang jadi ia kafir sebab tidak mengetahui hukum-hukum ‘aqal yang tersebut seperti i’tiqad seorang akan bahawasa tuhan itu putih umpamanya kerana orang yang i’tiqad tuhan putih itu ialah orang yang menyerupai tuhan akan sesuatu daripada makhluk ini. Maka iaitu mustahil atas Allah yakni tentu tidak atas Allah dan orang yang i’tiqad menyerupai Allah dengan segala yang baru itu jadi Kafir. Kalau begitu tahulah kita bahawa belajar hukum aqal itu wajib Syara’ pula.

 

(Tanbihun) bermula perkataan wajib banyak maknanya, tetapi disebutkan disini empat jua iaitu wajib pada syara’, wajib pada ‘aradh, wajib pada ‘adat, dan wajib pada ‘aqal. Demikian juga perkataan mustahil iaitu tiga perkara; mustahil pada ‘aradh, mustahil pada ‘adat dan mustahil pada ‘aqal. Demikian lagi perkataan harus maka iaitu empat; harus pada syara’, harus pada ‘aradh, harus pada ‘adat dan harus pada ‘aqal. Maka tiap-tiap satu daripada yang tersebut berlainan maknanya. Hendaklah mengambil perhatian pada huraian yang telah lalu.

 

RUJUKAN:

Misbahul Munir karangan Baba Abdul Aziz Bin Ismail al-Fathoni, Fathoni:Matba,ah bin Halabi hal: 11-12


 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: