اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم


 

Bermula makna hukum adat itu ialah keputusan kebiasaan (hukum adat). Ertinya keputusan yang memutus akan dia oleh seseorang dengan sebab berulang-ulang jadi  dan berlaku sekurangnya dua kali berlaku, seperti apabila makan banyak wajib kenyang dan pasti kenyang kerana kebiasaan sudah berulang-ulang begitu dan umpamanya.

 

Dan yang berlaku ‘adat atau berlaku kebiasaan yang berulang-ulang itu ialah empat perkara pertamanya biasa berlaku ada dengan ada seperti ada makan ada kenyangnya. Keduanya biasa berlaku ada dengan tiada seperti ada panas dengan tidak mandi. Ketiganya biasa berlaku tiada dengan tiada seperti tiada sejuk dengan tiada mandi. Keempatnya biasa berlaku tiada dengan ada seperti tiada lapar dengan ada makan dan seumpamanya daripada perkara yang biasa berlaku serta berulang-ulang. Itulah empat perkara yang dikatakan ‘adat atau kebiasaan yang berlaku dan kebiasaan jadi.

 

Dan hukum ‘adat itu terbahagi ia kepada tiga bahagian. pertamanya wajib ‘adat dan mustahil ‘adat dan harus ‘adat. Bermula wajib itu ialah barang yang pasti jadi dan pasti berlaku pada kebiasaan seperti makan banyak maka wajib yakni pasti atau tentu kenyang dan apabila bakar dengan api maka tentu dan pasti hangus dan seumpamanya.

 

Dan mustahil pada ‘adat itu ialah apabila barang yang tidak biasa berlaku dan tak biasa jadi. Seperti makan banyak tidak kenyang dan bakar dengan api tidak hangus dan umpamanya daripada perkara yang tidak biasa jadi dan tidak biasa berlaku.

 

Dan harus pada ‘adat itu ialah barang yang boleh berlaku dan boleh jadi dan tidak berlaku dan tidak boleh jadi seperti kenyang apabila makan dua pinggan dan boleh jadi kenyang dengan kurang sedikit dan boleh jadi kenyang dengan lebih sedikit daripada dua pinggan. Itulah harus pada ‘adat dan tiga perkara hukum ‘adat ini termasuk semuanya harus pada ‘aqal yang lagi akan datang disebutnya. Insya-Allah.

 

(Tanbihun) Bermula mengetahui hukum adat itu suatu perkara yang baik dan bagus kerana orang yang tiada mengetahui akan dia itu terkadangnya jadi fasiq seperti mengata seorang dengan wajib ‘adat itu dengan wajib ‘aqal. Misalnya seorang yang memotongkan suatu tali dengan pisau yang tajam tiba-tiba tidak putus tali itu lalu ia berkata tak terima aqal tali itu tidak putus dan seorang pula membakar  akan kayu yang kering tiba-tiba didapatinya kayu itu tidak hangus lalu berkata ia tak terima aqal kayu itu tidak hangus. Maka adalah orang yang berkata seperti itu jahil dengan hukum ‘adat dan terkadang menjadi kufur seperti mengingkarkan mukjizat Nabi-Nabi seperti tongkat Nabi Musa jadi ular dan Ibrahim tidak hangus dibakar oleh Namrud dan pisau yang tajam tidak memutus tengkuk Nabi Ismail dan air yang banyak keluar di jari Nabi Muhammad saw. Maka semuanya itu mustahil pada ‘adat harus pada ‘aqal bukanlahlah mustahil pada ‘aqal dan bukanlah pula wajib pada ‘aqal walyataamul. Wallahua’lam.


 

RUJUKAN:

Misbahul Munir karangan Baba Abdul Aziz Bin Ismail al-Fathoni, Fathoni:Matba,ah bin Halabi hal: 10 – 11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: