اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم


Dan kerana inilah kata Imam al-Ghazali Rahimullah Ta’ala didalam Bidayatul Hidayah pada bicara orang yang mengajar ilmu dan orang yang belajar akan dia dengan katanya

وصد المتعلم عن أن يشتغل بفرض الكفاية قبل الفراغ من فرض العين

Ertinya: Sayugiyanya bagi orang yang mengajar ilmu itu bahawa menegahkan ia akan orang yang belajar ilmu itu daripada masyghul (menyibukkan diri) dengan belajar ilmu yang fardhu kifayah dahulu daripada selesai ia daripada menuntut ilmu yang fardhu ‘ain yang tiga perkara itu iaitu Ilmu Tauhid dan Ilmu Syari’ah dan Ilmu Batin. انتهى

Kesimpulan:

1) Wajib bagi orang yang mengajar ilmu dikalangan ulama’-ulama’, ustaz-ustaz dan lain-lain mengajar ILMU FARDHU ‘AIN dahulu daripada ILMU FARDHU KIFAYAH lebih-lebih lagi ILMU YANG TIDAK BERMANFAAT.

2) Wajib bagi orang yang mengajar ilmu  menegah akan orang yang belajar ilmu, daripada menyibukkan diri belajar ILMU FARDHU KIFAYAH apatah lagi ILMU YANG TIDAK BERMANFAAT dahulu daripada selesai ia daripada menuntut ILMU FARDHU ‘AIN.

3) Wajib bagi para penuntut ilmu mendahulukan dan mengutamakan belajar ILMU FARDHU ‘AIN daripada ILMU FARDHU KIFAYAH lebih-lebih lagi ILMU YANG TIDAK BERMANFAAT.

RUJUKAN:

Kitab Sairu al-Salikin karangan Syaikh Abdul Samad al-Falembani, Percetakan al-Mu’arif Sdn Bhd, Juz 1, hal. 19

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: