اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم


Nama Sebenar

Nama sebenar Imam al Syafi’i ialah Muhammad ibn Idris ibn Abbas ibn Uthman ibn Syafi’ ibn Saib ibn Abi Yazid Ubai ibn Hasyim ibn al Muttalib ibn Abdul Manaf (datuk Rasulullah ص) ibn Qusai ibn Kilab.

 

Pendidikannya

Menerima pendidikan awalnya di Makkah

Hiduplah Imam al Syafi’i bersama-sama ibunya dalam suasana yang amat payah kerana kemiskinan akibat kematian ayahnya itu. Kehidupan mereka bagaikan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun, Imam al syafi’i terus membesar di bawah penjagaan ibunya yang merupakan seorang perempuan yang amat salihah dan anak kepada cucu al Hasan cucunda Rasulullah ص.

 

Hafal al Quran ketika usia 7 tahun

Imam al Syafi’i tidak melekakan dirinya dengan perkara yang tidak berfaedah, sebaliknya sejak dari usia kana-kanak lagi ibunya menhantarnya belajar al Quran kepada seorang ulama besar ahli qira’at di Kota Makkah bernama Abu Ali Ismail ibn Qastatin. Dalam usia 7 tahun, Imam Syafi’i telah menghafal seluruh al Quran.

 

 

 

Mahu belajar kepada Imam Malik

Imam Syafi’i mahu merantau ke Kota Madinah atas sebab-sebab berikut, iaitu pertamanya di sana merupakan tempat bersemadinya jasad Rasulullah ص lebih baik ziarah makam Baginda Rasulullah ص terlebih dahulu sebelum merantau ke tempat lain. Keduanya, alim ulama yang hampir dengan Makkah ialah Madinah. Selain itu, beliau ingin beribadat di dalam Masjid Nabawi yang merupakan masjid kedua paling berkat di antara tiga masjid yang dianjur oleh Rasulullah ص agar umat bermusafir kepadanya.

            Oleh itu, Imam Syafi’i telah mengambil keputusan untuk berlayar ke bumi Madinah untuk berguru kepada seorang ulama besar ahli hadith yang terkemuka iaitu Imam Malik ibn Anas yang merupakan kitab hadith yang ternama di seluruh dunia Islam pada masa itu iaitu kitab al Muwatta’.

            Isi kitab Muwatta’ Imam Malik yang mengandungi sebanyak 1700 buah hadith itu sudahpun Imam Syafi’i menghafalnya ketika beliau berusia dalam lingkungan 10 tahun. Namun kerana pengarangnya masih belum ditemui, maka tidak lengkap jika telah menghafal tanpa bertemu.

            Setelah menemui Imam Malik, beliau telah menerima Imam Syafi’i, Imam Syafi’i  berulang alik datang ke rumah Imam Malik untuk mempelajari kitab Muwatta’. Imam Syafi’i membaca kitab itu sambil didengar dengan teliti oleh Imam Malik. Oleh kerana kepintaran dan kemantapan Imam Syafi’i di dalam menghafal isi kitab Muwatta’ itu, maka beliau dapat membaca kitab Muwatta’ itu dengan lancar dan betul dan menghabiskannya dalam masa yang singkat.

            Apabila Imam Malik membaca hadith-hadith Nabi ص, Imam Syafi’i mencatit semua hadith-hadith itu. Kemudian menghafalnya ketika itu juga , kebolehan dan kepintaran Imam Syafi’i membuat Imam Malik semakin tertarik hati, semakin merasa kagum dan mulai tumbuh rasa sayang kepadanya.

            Ketika Imam Malik hendak membaca kitab Muwatta’ kepada para pelajarnya, beliau menyuruh Imam Syafi’i membacanya. Lalu seluruh muridnya menulis apa yang dibaca oleh beliau. Dengan cara ini, isi-isi kitab tersebut semakin melekat di dalam dada beliau juga ia turut menyebabkan beliau semakin dikenali.

 

Merantau ke Iraq

Setelah hampir 2 tahun belajar bersama Imam Malik, dari usianya 20 tahun hingga 22 tahun kini Imam Syafi’i berhijrah ke Iraq membawa hajat untuk bertemu dua orang ulama Iraq yang mana kedua-dua mereka merupakan sahabat dan anak murid Imam Abu Hanifah yang paling terkemuka iaitu Imam Abu Yusuf, ketua Qadi Iraq dan Imam Muhammad ibn Hasan Al Syaibani. Selama hampir 24 hari 24 malam perjalanan dari Madinah, Imam Syafi’i selamat tiba dan menunaikan solat di Masjid Kufah, Iraq.

 

Mencari ilmu ke Yaman

Setelah Imam Malik meninggal dunia, Imam Syafi’i merasa kekosongan kerana sangat sedih hatinya di atas pemergian guru yang amat dikasihinya yang menyediakan bilik khusus di rumahnya untuk keselesaan Imam Syafi’i, yang mahukan Imam Syafi’i menjadi pembaca Muwatta’ semasa pengajiannya, memberi bantuan kewangan kepada Imam Syafi’i dikala kesempitan selama 7 tahun di sisi guru yang dikasihinya itu.

            Ketika Imam Malik meninggal dunia beliau berusia 86 tahun dan Imam Malik berusia 29 tahun dan 57 tahun lebih muda daripada Imam Malik.

            Di negeri Yaman, Imam Syafi’i dilantik oleh gabenor negeri itu bekerja sebagai setiausaha peribadi kepadanya. Setelah beberapa hari menjalankan tugasnya, terserlah kecekapan dan keahlian Imam Syafi’i dalam bidang pentadbiran negeri bukan hanya pakar dalam bidang hukum hakam bahkan polotik atau pentadbiran yang cekap.

            Imam Syafi’i amat dikasihi oleh gabenor lalu dicarikan seorang isteri untuknya kerana melihatkan usia Imam Syafi’i sudah menjangkau usia 29 tahun dan layak untuk bernikah. Imam Syafi’i dijodohkan dengan gadis bernama Hamidah binti Nafi’, gadis keturunan anak cucu Sayyiduna Uthman ibn Affan, sahabat dan menantu Rasulullah ص serta Khalifah Al Rasyidin yang ketiga dan syahid dibunuh musuh.

            Di samping bekerja mencari nafkah hidup untuk keluarganya, matlamat utamanya berhijrah ke Yaman adalah untuk menuntut ilmu dan orang menjadi tumpuannya adalah Imam Yahya ibn Hasan, seorang ulama merangkap Mufti Negeri Yaman. Pelbagai ilmu yang diperolehi selama menuntut dengan Imam Yahya dari ilmu-ilmu agama hinggalah ilmu firasat yakni sejenis ilmu yang digunakan untuk menilik sifat dan tabiat  seseorang melalui air muka, perawakan badan, suara, pandangan mata, gaya bercakap dan tanda-tanda lain di badan. Istilah sekarang lebih dikenali dengan ilmu phsycology.

 

Kewafatan Imam Syafi’i di Mesir

Imam Syafi’i berhijrah ke Mesir pada bulan Syawal 198 Hijrah ketika usianya 48 tahun. Beliau menetap di sana selama hampir enam tahun dan telah banyak mengajar dan menyusun kitab-kitab  yang berisi pendapat-pendapat hasil ijtihad beliau di Mesir.

 

Ditimpa penyakit buasir

Keadaan menjadi amat gawat dengan persoalan fitnah al Quran itu makhluk yang diutarakan oleh Kaum Mu’tazilah dan telah diperetujui oleh pemerintah Baghdad pada masa itu, Imam Syafi’i pula telah dilanda penyakit yang berat iaitu penyakit buasir, sejenis penyakit yang menyebabkan darah terus menerus keluar melalui dubur dan disertai rasa sakit yang amat, menyebabkan beliau yang masih muda menjadi lemah.

            Al Rabi’ ibn Sulaiman al Ji’zi menceritakan; “Imam Syafi’i meninggal dunia pada malam Jumaat selepas Maghrib, 29 Rejab. Di saat kami sedang menggerumuninya, tiba-tiba datang seorang Badwi hitam lalu bertanya, “mana bulan dan matahari halakah kita?” kami menjawab, “dia sudah meninggal”. Lantas si Badwi itu menangis sambil berkata, “hujah orang ini selalu mengalahkan hujah-hujah orang lain, ia ramah dan bersahabat dengan orang yang memusuhinya, dialah penerang hati umat yang berada di dalam kegelapan, dan pemikiran-pemikirannya selalu menjadi rujukan”.

 

Para guru Imam al Syafi’i

  1. 1.      Imam Sufyan ibn Uyainah al Kufi

Imam Sufyan ibn Uyainah merupakan ulama besar di Kota Makkah. Nama beliau Sufyan ibn Uyainah ibn Abi Imran Maimun al Hilali al Kufi. Gelaran beliau ialah Abu Muhammad.

            Seorang yang alim ilmu hadith, mahir dalam ilmu tafsir dan fiqh sehingga beliau mampu membina mazhab sendiri yang dikenali dengan Mazhab Sufyan ibn Uyainah. Berasal dari Kufah, kemudian berpindah  dan menetap di Makkah. Para ulama lain menziarahinya pada musim haji dan bertukar-tukar fikiran dan mengambil hadith darinya. Imam Syafi’i belajar kepadanya dalam berbagai-bagai ilmu terutama ilmu tafsir al Quran, hadith dan fiqh.

  1. 2.      Imam Muslim ibn Khalid al Zinji

Imam Muslim ibn Khalid al Zinji adalah mufti  Kota Makkah di zaman Khalifah al Mahdi. Beliau mengajar ilmu fiqh, dan telah memberi keizinan kepada Imam Syafi’i untuk berfatwa ketika Imam Syafi’i masih berusia 15 tahun dan menyediakan surat kepada Imam Syafi’i ketika mahu belajar kepada Imam Malik di Madinah untuk disampaikan kepada Imam Malik untuk pengenalan Imam Syafi’i seorang yang hebat.

  1. 3.      Imam Abu Ali Ismail ibn Qastatin al Makki

Seorang yang alim ilmu al Quran, tajwid dan makna-makna ayat. Ketika berusia tujuh tahun Imam Syafi’i telah selesai menghafal al Quran ke semua 30 juzu’.

  1. 4.      Guru-guru Imam Syafi’i di Madinah

Selain Imam Malik, Imam Syafi’i belajar dengan beberapa orang ulama lain di Madinah antaranya ialah Imam Ibrahim ibn Saad al Ansari, Imam Abdul Aziz ibn Muhammad al Darudi, Imam Ibrahim ibn Abi Yahya al Asami, Imam Muhammad ibn Said, Imam Abdullah ibn Nafi’ dan beberapa orang lagi.

  1. 5.      Guru-guru Imam Syafi’i di Iraq

Guru Imam Syafi’i yang masyhur di Iraq ialah Imam Waki’ ibn Jarrah, Imam Muhammad ibn Haan dan Imam Abu Yusuf. Imam Waki’ seorang yang kuat ingatannya, ada riwayat menyatakan ketika beliau menghafal lembaran sebelah hendaklah ditutup kerana jika terlihat patah-patah perkataan beliau akan terus menghafalnya.

  1. 6.      Guru-guru Imam Syafi’i di Yaman

Imam Syafi’i sempat berguru dengan beberapa orang ulama antaranya Imam Yahya ibn Hasan, mufti Negeri Yaman, Imam Hisyam ibn Abu Yusuf, Imam Umar ibn Abi Salamah dan Imam Muttarif ibn Mazin, qadi Kota San’a. namun, guru yang paling mayhur di Yaman ialah Imam Yahya ibn Hasan.

  1. 7.      Guru-guru Imam Syafi’i di Mesir

Antara guru Imam Syafi’i di Mesir ialah, Sayyidah Nafisah binti Hasan ibn Zaid ibn al Hasan ibn Ali. Merupakan sealim-alim ulama wanita di mesir mengalahkan kaum lelaki, juga merupakan keturunan cucu Rasulullah ص.

  1. 8.      Berguru dengan ulama Tasawuf

Menurut Imam al Ghazali di dalam kitabnya Ihya ‘Ulumiddin bahawa Imam Syafi’i menuntut ilmu hati dengan seorang ulama tasawuf, wali Allah yang lebih dikenali dengan Syaiban Pengembala.

 

Murid Imam Syafi’i

  1. Imam Abdullah ibn Zubair al Humaidi

Abdullah ibn Zubair seorang penduduk Makkah yang menuntut ilmu dengan Imam Sufyan ibn Uyainah dan Imam Syafi’i. Beliau sama-sama belajar dengan Imam Syafi’i kepada Imam Sufyan ibn Uyainah dalam ilmu hadith sehingga menjadikan beliau seorang ulama hadith terkemuka di Makkah.

            Abdullah ibn Zubair al Humaidi belajar kepada Imam Syafi’i dengan bersungguh-sungguh sehingga Imam Syafi’i ingin berhijrah ke Iraq beliau turut berhijrah ke sana dan kemudiannya mengikut Imam Syafi’i berhijrah ke Mesir. Beliau menetap bersama Imam Syafi’i sehingga kewafatan Imam Syafi’i dan pulang ke Makkah untuk mengajar dan menyebarkan mazhab Imam Syafi’i sehingga beliau meninggal dunia.

  1. Murid terkemuka di Iraq

Imam Abu Thaur

Imam Abu Thaur ini seorang yang hebat dan terhormat. Beliau seorang yang pintar dan riwayat boleh dipegang dan dipercayai. Sebelum bertemu dengan Imam Syafi’i beliau menuntut dengan sahabat dan murid Imam Abu Hanifah.    Beliau telah membangun mazhabnya sendiri. Imam Ibnu Hibban berkata, “Abu Thaur adalah seorang imam di dunia dalam ilmu fiqh dan terkenal memiliki akhlak yang mulia”.

            Gurunya Imam Syafi’i berkata, “Abu Thaur adalah seorang yang boleh dipercayai”.

 

  1. Imam al Hasan ibn Muhammad al Sabah al Za’farani

Beliau berasal dari dusun Za’faran di Iraq, kemudian berpindah ke Kota Baghdad. Kemudian beliau merantau ke Makkah lalu belajar dengan Imam Sufyan ibn Uyainah.

            Al Hasan seorang bukan dari keturunan Arab yang asli, tetapi lidah beliau fasih berbahasa Arab sehingga Imam Syafi’i mengkagumi beliau.

            Setelah Imam Syafi’i berhijrah ke Mesir, beliau mengambil alih tempat Imam Syafi’i di Iraq dan mempertahankan pendapat-pendapat qadim Imam Syafi’i sehingga beliau menisbahkan semua pendapat-pendapat qadim Imam Syafi’i di Iraq kepada dirinya sendiri.

 

  1.  Imam Ahmad ibn Hanbal al Syaibani

Merupakan satu-satu murid Imam Syafi’i yang disayangi beliau. Namun kemudian beliau berlepas diri dari mazhab Imam Syafi’i dan mendirikan mazhab beliau sendiri yang lebih dikenali dengan mazhab Hanbali.

 

  1. Imam Abu Ali Husain ibn Ali al Karabisi

Menuntut dengan Imam Syafi’i dalam ilmu hadith dan fiqh yang kemudiannya terkenal sebagai ahli fiqh.

 

  1. Murid terkemuka di Mesir

Imam Yusuf ibn Yahya al Buwaiti

Anak jati Mesir yang menuntut dengan murid Imam Malik yang terkemuka seperti Abdullah ibn Wahbin, Imam Abdul Rahman ibn Qasim. Kemudiannya beliau menuntut ilmu hadith dan fiqh dengan Imam Syafi’i, dan telah diizin untuk duduk dikerusi fatwa.

            Setelah kewafatan Imam Syafi’i, beliau dilantik menggantikan tempat Imam Syafi’i untuk memberi pengajaran dan fatwa berdasarkan wasiat Imam Syafa’i dan kalam-kalam Imam Syafi’i yang dicatat dan disusun rapi.

            Beliau meninggal dunia pada 231 hijrah di penjara Baghdad kerana menentang pegangan al Quran itu makhluk.

 

Imam Abu Ibrahim Ismail ibn Yahya al Muzani

Beliau amat dikasihi oleh Imam Syafi’i dan memuji beliau dengan berkata, “al Muzani adalah pembela mazhabku”. Beliau telah menyusun dan membuku kitab-kitab mazhab Imam Syafi’i

            Tentang keutamaan al Muzani, Imam Abu Ishak al Sirazi berkata, “al Muzani adalah seorang besar yang zuhud, tidak suka pada kemewahan hidup dunia, jauh dari pengaruh kebendaan, ahli ijtihad, pandai bertukar fikiran dan luas ilmu pengetahuannya, sangat mahir memecahkan  maalah-masalah yang sulit dan sangat pandai mengupas soal-soal hukum keagamaan”. Beliau meninggal dunia pada 264 hijrah.

 

Imam al Rabi’ ibn Sulaiman ibn Abdul Jabbar al Muradi

Beliau telah berguru dengan Imam Syafi’i setelah beberapa tahun menuntut dengan ulama-ulama terkemuka Mesir pada masa itu, Imam Abdullah ibn Abdul Hakkam, Imam Ibnu Wahbin dan lain-lain.

            Beliau terus menerus menuntut dengan Imam Syafi’i sehingga muncul menjadi ulama besar yang terkemuka dengan ilmu hadith dan fiqh. Imam Syafi’i amat sayang kepadanya kerana kepintarannya dan kecerdasannya dan dialah salah seorang murid Imam Syafi’i yang mengajar kitab-kitab fiqh Imam Syafi’i kepada penuntut yang datang dari Farsi, Khurasan, Merw, Iraq dan lain-lain.

            Oleh kerana beliau pandai dalam ilmu hadith, maka rmailah yang mengambil hadith daripadanya beliau. Imam Khalili berkata, “Al Rabi’ adalah seorang yang dipercayai riwayatnya”.

 

Imam al Rabi’ ibn Sulaiman ibn Daud al Ji’zi

Merupakan seorang murid yang rapat dengan gurunya. Ketika Imam Syafi’i sedang sakit berat yang membawa kepada meninggalnya, Imam al Rabi’ yang menjaga gurunya.

 

Imam Harmalah ibn Yahya ibn Abdullah al Tujaibi

Sebelum bertemu dengan Imam Syafi’i beliau menuntut dengan anak murid Imam Malik, Imam Ibnu Wahbin dalam ilmu hadith dan fiqh dan berpindah kepada Imam Syafi’i yang akhirnya menjadi seorang alim besar dalam bidangnya.

 

Imam Yunus ibn Abdul A’la al Sadafi

Imam Syafi’i memuji muridnya ini dengan pujian yang tinggi. Katanya, “aku belum pernah melihat di Mesir seorang yang lebih cerdas akal fikirannya selain dari Yunus ibn Abdul A’la.

 

Imam Muhammad ibn Abdullah ibn Abdul Hakkam

Merupakan murid kepada Imam Malik, ayahnya Imam Abdullah ibn Abdul Hakkam ialah murid Imam Malik.

 

Imam Ahmad ibn Sibti ibn Yahya al Wazir al Misri

Lahir pada 171 hijrah di Mesir, belajar dengan Imam Syafi’i ilmu hadith dan fiqh. Mengenai keutamaan beliau, Imam Nasai berkata, “Imam Ahmad ibn Sibti adalah seorang yang boleh dipercayai riwayatnya”. Beliau wafat pada 251 hijrah.

 

 

Hasil karya Imam Syafi’i

  1. Kitab Al Risalah

Al Risalah bererti surat kiriman. Ini adalah kerana kitab ini dikirim oleh Imam Syafi’i yang berada di Iraq, kepada orang yang meminta beliau mengarangnya di Makkah iaitu Imam Abdur Rahman ibn Mahdi.

  1. Kitab al Za’faran

Ini adalah kitab mula-mula Imam Syafi’i karang ketika beliau di Iraq. Kitab ini disiapkan oleh muridnya di Iraq yang bernama Hasan ibn Muhammad al Za’faran. Justeru kitab ini dinamakan sempena nama pengarang yang menyiapkannya.

  1. Kitab al Umm

Ini merupakan sebesar-besar kitab Fiqh bagi Mazhab Syafi’i. Kitab al Umm ini merupakan ibu kitab sebagai sumber rujukan kepada para pengikut mazhab Syafi’i, kitab yang dikarang sendiri oleh Imam Syafi’i ketika beliau sudah berada di Mesir. Ini merupakan hujah kepada pengikut Imam Syafi’i dalam mempertahankan mazhab Imam Syafi’i. di dalam kitab ini Imam Syafi’i membahagikan perbicaraannya kepada beberapa bab;

  1. a.      Bab Jamiul Ilmi

Berisi pembelaan Imam Syafi’i terhadap sunnah-sunnah Rasulullah ص.

  1. b.      Bab Ibtalul Istihsan

Berisi tangkisan terhadap penggunaan istihsan sebagai salah satu dasar hukum oleh ulama Iraq dalam mengistinbat hukum Fiqh.

  1. c.       Bab Al Raddu ala Muhammad ibn Hasan

Bab ini merupakan usaha Imam Syafi’’i mempertahankan ulama Madinah daripada serangan Imam Muhammad ibn Hasan al Syaibani, sahabat Imam Abu Hanifah dan Imam Abu Yusuf.

  1. d.      Bab Sijarul Auza’i

Bab ini berisi pembelaan Imam Syafi’i terhadap Imam Auza’i seorang ulama yang hidup di negeri Syam yang amat membela sunnah Rasulullah ص tergolong sebagai ulama ahli hadith yang telah membangunkan mazhabnya sendiri, lahir pada 88 hijrah dan wafat pada 150 hijrah.

  1. Kitab Ikhtilaful Hadith

Sebuah kitab yang membicarakan mengenai hadith-hadith yang bercanggahan antara satu dengan lain.di dalam kitab ini beliau membuat keterangan dan penjelasan tentang perselisihan hadith-hadith Rasulullah ص.

  1. Kitab al Musnad

Ini adalah kitab yang dikarang beliau berisi sanad hadith yang beliau masukkan dalam kitab al Umm. Untuk mengetahui sanad-sanad hadith kitab al Umm boleh dilihat dalam kitab ini. Berikut merupakan kitab-kitab yang dinukil oleh murid-muridnya yang diambil dari kalam Imam Syafi’i sendiri, antaranya ialah:

  1. Kitab Fiqh

Kitab ini adalah kitab Fiqh yang disusun oleh muridnya yang bernama Harmalah ibn Yahya

  1. Kitab al Mukhtasarul Kabir

Kitab ini disusun oleh Yusuf ibn Yahya al Buwaiti.

  1. Kitab al Mukhtasarul Saghir

Kitab ini disusun oleh Yusuf ibn Yahya al Buwaiti.

  1. Kitab al Faraidh

Kitab ini membicarakan tentang hukum pusaka. Ianya juga disusun oleh Yusuf ibn yahya al Buwaiti.

  1. Kitab al Mukhtarul Kabir, al Mukhtarul Saghir, Jamiul kabir dan Jamiul Saghir

Keempat-empat buah kitab ini semuanya disusun oleh Ismail ibn Yahya al Muzani.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: