اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم


 

Pengenalan

Imam Malik adalah satu-satunya Imam Mujtahid Mutlak yang terkemuka dari generasi Tabi’ Tabi’in yang menetap di Madinah. Mazhab beliau adalah mazhab yang kedua lahir dari kalangan mazhab yang empat yang berdiri teguh di dalam masyarakatnya iaitu di Madinah dan amat berpengaruh sehingga para pelajarnya bukan sahaja terdiri daripada orang Madinah, malahan kebanyakkannya adalah pelajar-pelajar luar terutamanya yang datang dari negara Mesir.

Bahkan para pendokong mazhab Imam Malik yang terkuat adalah kebanyakkan mereka yang terdiri daripada penuntut yang datang dari negara Mesir, Afrika Utara dan Sepanyol (Andalusia). Sehingga mazhab ini berdiri teguh begitu lama di ketiga-tiga negara tersebut.

Mazhab Imam Malik adalah salah sebuah daripada bahtera-bahtera Nuh yang selamat dilayari bagi kaum Muslimin untuk menyelamatkan diri mereka dari badai dan gelombang banjir kejahilan dan dari percikan bunga-bunga api keangkuhan ulama-ulama jahil yang mahu berijtihad. Kapal mazhab ini akan selamat untuk dilayari hinggalah ke Hari Kiamat.

Di dalam memperkatakan daerah dan liku-liku kawasan pengajian yang dilalui oleh Imam Malik adalah tidak seperti daerah dan liku-liku pengajian yang dilalui oleh Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi). Ini adalah kerana Imam Malik hanya menumpukan pengajian kepada ulama-ulama Madinah atau dengan kata lain ulama-ulama yang menetap di Madinah sahaja. Beliau tidak pernah keluar dari Kota Nabi ini untuk memperdalamkan ilmunya. Hanya kota Madinah sahaja satu-satunya medan pergelutann awal dan akhir beliau di dalam menimba ilmu.

Memang sejak dari mula dilahirkan, membesar, mencari ilmu pengetahuan, mendirikan rumahtangga, belajar, mengajar, menghadapi dugaan hidup dan seterusnya meninggal dunia pun Imam Malik tetap di Madinah kecuali beliau ke Makkah kerana untuk mengerjakan ibadah Haji.

Imam Malik tidak sempat berjumpa dan bergaul serta mengambil hadith daripada beberapa sahabat Rasulullah ص seperti yang telah dialami oleh Imam Abu Hanifah adalah kerana selama hidupnya sudah tidak ada seorang pun sahabat Nabi ص yang hidup di Madinah.

Pada ketika beliau sedang remaja, hanya seorang sahaja sahabat Nabi yang masih hidup ialah Amir bin Wasilah al Lathi al Kina’i, iaitu di Kufah. Beliau lebih terkenal dengan gelaran Abu Tufail.

Kalau sekiranya Imam Malik dikehendaki, beliau juga berkesempatan untuk berjumpa dan berjaul dengan Sayyiduna Abu Tufail ini. Ini adalah kerana Sayyiduna Abu Tufail meninggal dunia pada tahun 110 Hijrah. ketika itu Imam Malik sudahpun berusia 17 tahun. Sudah cukup remaja dan tidak memerlukan kepada orang tua untuk membawanya ke Kufah.

Namun disebabkan Imam Malik tidak mahu meninggalkan Kota Madinah walaupun sekejap (kecuali ke Makkah), telah menyebabkan belian kerugian besar untuk mendapat melihat sahabat Rasulullah ص san kalau tidak beliau termasuk dalam senarai golongan Tabi’in seperti Imam Abu Hanifah, bukan Tabi’ Tabi’in.

Namun kalau teliti secara halus, tindakan Imam Malik yang tidak mahu berudaha untuk ke Kufah itu tidaklah boleh dipersalahkan tanpa memikirkan faktor-faktor lain pada masa itu seperti faktor politik. Boleh jadi kalau Imam Malik keluar dari Madinah, mungkin akan terjadi apa-apa keatas diri beliau yang menyebabkan kerugian yang amat besar kepada penduduk Madinah.

Maklumlah suasana politik pada masa itu sungguh kritikal. Kerajaan Bani Umayyah yang sudah hamper ke penghujunnya zaman keemasan mudah dicurigai seseorang ulama besar yang berpengaruh yang suka berjalan ke sana kemari, meskipun dengan tujuan dan maksud yang baik dan untuk kepentingan masyarakat seluruhnya. Namun fikiran dan penilaian kaum pemerintah bukan begitu. Mereka hanya melihat pergerakan seseorang ulama besar yang berpengaruh atau tokoh-tokoh yang berpengaruh adalah bertujuan untuk mengumpul kekuatan dan menumbangkan kerajaan mereka.

Di atas sebab-sebab umat islam boleh memaafkan Imam Malik dari aspek kenapa beliau tidak bersungguh-sungguh untuk berjumpa dengan seorang sahabat Rasulullah ص yang sebenarnya sempat ditemuinya sekiranya beliau mahu.

 

 

Keturunan Imam Mallik

Kelahiran, Asal Usul dan Kebangsaannya.

Imam Malik adalah pendiri Mazhab Maliki. Mazhab yang kedua dari senaraii empat mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mahsyur itu. Beliau dilahirkan di Madinah, di Desa Zulmarwah, suatu tempat yang terletak di utara Kota Hijrah itu pada tahun 93 hijrah.

Pada ketika tampuk pemerintahan negara sedang berada di dalam kekuasaan kaum Bani Umayyah yang mana khalifahnya yang sedang berkuasa pada masa itu ialah al Walid bin Abdul Malik, khalifah ke 6 dari Dinasti Kerajaan Bani Umayyah.

Sebelum benar-benar menetap di Kota Madinah, Ibu bapa Imam Malik tinggal di suatu kampung yang disebut al Aqiq buat sementara waktu. Tidaklah diketahui kenapa orang tua Imam Malik memilih tempat itu untuk tinggal buat sementara waktu. Mungkin disebabkan mereka masih belum mempunyai tanah untuk membina tempat kediaman di Madinahh atau mungkin juga kerana kesusahan-kesusahan lain yang mereka sahaja mengetahuinya. Maklumlah orang tua beliau berasal dari keturunan perantau.

Mengenai tarikh kelahiran Imam Malik terdapat dua riwayat yang saling berbeza. Riwayat pertama mengatakan Imam Malik dilahirkan pada tahun 93 hijrah seperti yang telah dinyatakan di atas. Sementara riwayat yang kedua pula mengatakan pada tahun 95 hijrah.

Seaindainya Imam Malik dilahirkan pada tahun 93 hijrah, bererti beliau 13 tahun lebih muda daripada Imam Abu Hanifah. Dan jikalau beliau dilahirkann pada tahun 95 hijrahh, bererti beliau 15 tahun lebih muda daripada pengasas Mazhab Hanafi itu. Ini adalah kerana Imam Abu Hanifah dilahirkan pada tahun 80 hijrah. Tetapi riwayat yang lebih sahih mengatakan Imam Malik dilahirkan pada 93 hijrah.

Apa yang jelas ialah Imam Malik hidup sezaman dengan Imam Abu Hanifah. Cuma Imam Malik tinggal di Madinah, manakala Imam Abu Hanifah menetap di negeri Iraq iaitu di Kota Kufah kemudian beliau berpindah ke Kota Baghdad setelah kota tersebut dibangun oleh Khalifah Abu Ja’far al Mansur.

Walaupun Imam Malik dilahirkan di Madinah, tetapi datuk neneknya bukan orang Madinah asal atau orang Ansar. Bahkan mengikut ahli-ahli sejarah bahawa datuk nenek Imam Malik datang dari Yaman, dari kampung al Asbahi, daerah Kota Himyar. Kemudian mereka berhijrah ke Madinah pada masa Nabi Muhammad ص sudah pun berhijrah ke Madinah.

Dengan kata lain Imam Malik bukanlah orang Madinah asli, tetapi beliau adalah dari anak cucu orang Yaman yang datang berdagang ke Madinah serta bermaustatin di sana kerana mahu mencari kehidupan yang lebih selesa.

Ahli-ahli sejarah tidak berbeza pendapat bahawa datuk nenek Imam Malik yang mula-mula berhijrah ke Madinah ialah Moyangnya yang bernama Abu Amir bin Amru. Namun yang ahli-ahli sejarah perselisihkan ialah tujuan Abu Amir berhijrah ke Madinah itu, apakah kerana dia mahu menjadi pengikut Nabi Muhammad ص atau disebabkan di mahu mencari kehidupan baru yang lebih menjamin masa depannya.

Boleh jadi tujuan moyang Imam Malik itu berhijrah ke Madinah pada mulanya mahii mencari kehidupan baru yang diharap akan memberi keselesaan pada dirinya dan keluarganya, tetapi setelah dia sampai di Madinah, bertemu, melihat wajah Baginda ص  yang mulia serta mendengar pengajarah-pengajaran dari Baginda ص menjadikan hati Abu Amir tertarik untuk menganut agama islam dan menjadi salah seorang pengikut Nabi Muhammad ص.

Mengikut riwayat, bahawa Abu Amir termasuk salah seorang sahabat Nabi yang setia dan telah menyertai banyak peperangan bersama Rasulullah ص kecuali peperangan Badar al Kubra. Tetapi mengikut al Hafiz Ibnu Hajar al Asqalani di dalam kitabnya Abu Amir ini bukan termasuk dalam golongan sahabat. Ini adalah kerana ketika Abu Amir sampai di Madinah, Rasulullah ص sudahpun wafat. Oleh itu, Abu Amir termasuk dalam golongan Tabi’in yang dinamakan ‘Tabi’in Makhadhram’.

Apakah yang dikatakan ‘Tabi’in Makhadhram’ itu ?

Tabi’in Makhadharam bermaksud seorang yang sempat hidup semasa dengan Rasulullah ص serta beriman kepada baginda, tetapi dianya tidak sempat bersua muka dengan Baginda disebabkan salah seorang di antara keduanya meninggal dunial terlebih dahulu.

Contoh Tabi’in Makhadhram yang lain ialah Abu Uthman an Nadhi dan Abu Muslim al Khulaini.

Mengikut riwayat, Abu Amir adalah seorang daripada empat orang sahabat Rasulullah ص yang telah bersusah payah melarikan jenazah Khalifah Uthman bin Affan yang telah dibunuh pada tengah malam yang gelap gelita, kemudian memandi, mengafan, mensolatkan, dan memakamnya di Tanah Perkuburan Baqi’ yang mahsyur itu. Bagi’ terletak di luar Kota Madinah.

Pada masa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, Abu Amir dikatakan telah turut berperang si Afrika Utara di bawah pimpinan Panglima Abdullah bin Abi Sarah untuk mengembangkan wilayah dan daerah islam di benua besar itu.

Diriwayat Abu Amir juga termasuk ke dalamm senarai orang yang menjadi jurutulis al Quran yang dibentuk oleh Khalifah Uthmann untuk menulis semula musyhaf setelah berlaku perselisihan di dalam cara membaca al Quran. Tetapi riwayat yang sahih mengatakan hanya empat orang sahaja panitia (jawatankuasa) yang di bentuk oleh Khalifah Uthman bin Affan untuk melakukan kerja besar itu iaitu Zaid bin Thabit, selaku ketuanya, Abdul Rahman bin AL Haris bin Hisyam, Said bin Ass dan Abdullah Ibnu Zubair.

Sekarang marilah kita mensalasilahkan keturunan Imam Malik secara lengkapnya.

Imam Malik ialah Malik bin Anas bin Malik bin Abu Amir (Anas) bin Amru bin Ghaiman bin Huthail bin Amru bin al Harith bin Saad bin Auf bin Adi bin Malik bin Yazid.

Beliau digelar Abu Abdullah, tapi yang anehnya kitab-kitab sejarah Imam Mazhab tidak ada menyebut bahawa Imam Malik mempunyai putera bernama Abdullah. Boleh jadi putera sulung beliau itu meninggal dunia ketika masih kecil.

Ibu Imam Malik pula bernama Aisyah binti Syarik al Azdiyyah, juga berasal dari Yaman. Tetapi ada riwayat lain mengatakan namanya ialah Siti Aliyyah binti Syuraik bin Abdul Rahman bin Syuraik al Azadiyyah, seorang perempuan solehah.

Imam Malik dikatakan telah dikandungkan oleh ibunya selama tiga tahun. Riwayat lain mengatakan dua tahun. Bagi orang-orang tua kita, ini merupakan satu petanda yang baik terutama kepada mereka-mereka yang suka kepada pengamalan ilmu terutamanya ilmu isim. Kerana bayi yang lama dalam kandungan ibu (sekurang-kurangnya setahun) sukar untuk menjadi sasar atau kurang siuman sekiranya tersilap di dalam mengamal ilmu jenis ini.

Imam Malik dilahirkan dalam keluarga dan masyarakat ilmu. Rumahnya penuh dengan ulama. Datuk dan bapa-bapa saudaranya semuanya ulama, kecuali ayahnya seorang sahaja yang agak menyepi dari medan ilmu. Dia tidak begitu berminat untuk mendalami ilmu. Tumpuannya lebih diberikan kepada persoalan mencari nafkah hidup.

Dikatakan kerja ayahnya Imam Malik ialah membuat panah.

Kota Madinah pula tempat menetapnya Abu Bakar, Umar dan Uthman. Sarang hadith dan medan Fatwa.

Datuk Imam Malik iaitu Malik bin Abu Amir adalah seorang ulama besar dari generasi Tabi’in. Beliau termasuk kedalam senarai para ulama Tabi’in yang terkemuka yang banyak meriwayatkan hadith dari Sayyidina Umar, Sayyidini Uthman, Talhah bin Ubaidullah dan lain-lain sahabat. Manakala hadith-hadithh riwayat beliau telah diriwayatkan oleh para muridnya yang terkemuka dan juga Nafi’ maula Ibnu Umar, Abu Sahl, cucunya sendiri Imam Malik dan lain-lain.

Sekali lagi dinyatakan bahawa Imam Malik adalah dari generasi Tabi’ Tabi’in, iaitu satu generasi umat islam yang tidak sempat berjumpa dengan para sahabat Rasulullah ص, hanya sempat berjumpa dengan generasi Tabi’in sahaja.

 

 

Sifat-Sifat Imam Malik

Berwajah Kacak, Hebat Dan Bertubuh Segak.

Imam Malik adalah seorang manusia yang elok rupa parasnya, kacak rupawan, bermata biru, tetapi sangat hebat menakutkan, jelingan matanya tajam. Diriwayatkan bahawa kehebatan Imam Malik bukan sahaja menggerunkan kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa yang mempunyai kedudukan yang tinggi dakam masyarakat termasuk para khalifah dan pembesar-pembesar negeri.

Muridnya pula amat takut kepadanya sehingga mereka menghormati Imam Malik sampai ke peringkat yang amat menakjubkan.

Sebenarnya wajah yang hebat adalah anugerah Allah I kepada para hambaNya yang soleh terutamanya para Rasul, Nabi dan WaliNya.

Diriwayatkan bahawa para Nabi dan Rasul adalah orang-orang yang berwajah elok dan tampan. Sabda Rasulullah ص bermaksud “Allah tidak mengutus seorang Nabi pun, melainkan ia berwajah tampan dan indah suaranya. Demikianlah juga dengan Nabimu ini, berwajah tampan dan indah pula suaranya.”

Riwayat-riwayat tentang kekacakan dan kesegakan Rasulullah ص banyak diceritakan oleh para sahabat.

Tentang kehebatan para Nabi pula. Diriwayatkan bahawa Nabi Musa ﻹ digambarkan seorang Nabi yang amat hebat, sedangkan dia juga adalah seorang yang kacak dan menawan.

Begitu juga dengan Nabi Muhammad ص. Baginda seorang Rasul yang mempunyai wajah yang amat hebat. Abu Himsah bercerita tatkala ia mula-mula pergi ke Madinah untuk melihat Nabi. Katanya, “……. Maka yakinlah aku sebenarnyalah Baginda (Rasulullah ص) seorang Nabi…. Kenapa? Sebab pada wajah Baginda terpancar sesuatu kehebatan, bersinar dan bercahaya.”

Sayyidina Ali pula berkata. “Rasulullah ص amat digeruni oleh sesiapa sahaja yang baru memandangnya, tetapi apabila sudah lama melihat dan bergaul dengan Baginda akan timbul pula rasa cinta yang mendalam terhadapnya.”

Pernah seorang yang baru melihat wajah Rasulullah ص terketar-ketar tatkala memandang wajah Baginda. Lalu Rasulullah ص menenangkannya dengan mengatakan Baginda seperti orang-orang lain yang hidup dengan memakan daging kering.

Kembali memperkatakan tentang kehebatan Imam Malik, mengikut riwayat pada ketika Khalifah Abu Ja’far al Mansur datang ke rumah Imam Malik pada satu malam bersama-sama dengan para pengawalnya, Baginda juga membawa beberapa orang putera Baginda di antaranya al Mahdi dan Ja’far. Sebaik sahaja putera-putera Khalifah al Mansur melihat wajah Imam Malik, kedua-duanya lari bertempiaran kerana takut.

Imam Malik bertanya kepada Khalifah al Mansur, “kenapa anak-anak Tuankuu ketakutan?” Khalifah menjawab, “kerana mereka tidak melihat dalam majlis ini selain tuan seorang sahaja.”

Imam Sufyan al Thauri, seorang ulama besar di Kufan dan seorang Imam Mujtahid Mutlak yang membina mazhab sendiri melihat bagaimana orang ramai amat menghormati Imam Malik dan bagaimana pula mereka amat gerun kepada beliau.

Imam as Syafi’e pernah bercerita, “Aku tidak perbah merasa takut sebagaimana rasa takutku kepada Malik bin Anas. Penah dikemukakan kepada sahabat-sahabat (atau murid-murid ternama Imam) Malik supaya disampaikan (beberapa soalan) kepada
(Imam) untuk menyampaikan (soala-soalan itu) kepada guru mereka itu disebabkan bersangatan hebatnya.”

Said bin al Hindun al Andalusia berkata. “Tiada seorang pun yang dapat menandingi kehebatan Abdul Rahman bin Mu’awiyyah. Tetapi apabila aku menemui (Imam) Malik, maka kehebatannya (Imam Malik) lebih kuat yang menyebabkan (aku merasa) kehebatan Ibnu Mu’awiyyah menjadi kecil.”

Imam Malik mempunyai kepala yang besar. Setelah beliau meningkat tua kepalanya mula botak kerana kuatnya beliau berfikir di dalam usaha mencari jawapan bagi menyelesaikan masalah-masalah sulit yang selalu dihadapi oleh ulama-ulama mujtahid seperti beliau. setelah rambut di kepalanya beruban, Imam Malik hanya membiarkann terus beruban tanpa mahu menyapunya dengan inai merah seperti yang di lakukan oleh Imam Hanbali.

Tubuh beliau besar dan tinggi. Pendek kata Imam Malik adalah seorang insan yang dicipta oleh Allah I mempunyai wajah yang kacak dan hebat serta mempunyai bentuk badan yang segak dan menarik.

 

Perangai Dan Budi Pekerti Imam Malik

Selain seorang yang berwajah tampann dan hebat, berbadan besar, tinggi, segak dan gagah, Imam Malik juga terkenal sebagai seorang insan yang mempunyai perangai yang baik dan mulia. Beliau amat suka menolong orang yang sedang berada di dalam kesusahan. Wang pemberian khalifah beliau belanjakan untuk keperluan orang lain terutama membantu meringankan beban para muridnya yang miskin.

Beliau amat suka mengunjungi para kawannya yang beliau ketahui sedang ditimpa kesusahan, lalu beliau menolong sekadar yang terdaya olehnya. Beliau juga suka mengambil tahu hal-hal masyarakat sekeliling san berusaha menjaga hak-hak bersama dalam masyarakat agar dirinya tidak menyusahkan atau mengambil hak orang. Oleh sebab itu, Imam Malik turut bergaul dengan semua peringkat golongan masyarakatt sampailah ke peringkat para pembesar negeri dan juga khalifah-khalifah. Sungguhpun begitu tidaklah beliau sampai melanggar batasan-batasan agama di dalam pergaulannya terutama dengan para khalifah dan pembesar negara, kerana menginginkan sesuatu yang boleh memberi kemewahan kepada kehidupannya. Dalam hal ini beliau menyerupai Imam Ibnu Syihab al Zuhri yang rapat bergaul dengan para khalifah terutama dengan Khalifah Hisyam bin Abdul Malik yang melantik beliau menjadi pendidik kepada putera-putera baginda.

Beliau juga suka berziarah sesiapa sahaja yang sakit, tanpa mengira kenalan beliau atau tidak. Beliau juga suka menghantar jenazah ke perkuburan dan bersifat belas kepada sesame insan.

Di dalam melayani kerenah orang yang datang kepada beliau kerana bertanyakan hukum, Imam Malik melayan pertanyaan itu dengan lemah lembut dan menjawab dengan tenang dan jelas. Beliau juga melayan dan bersikap lemah lembut sekalipun terhadap orang yang bukan islam.

Walaupun Imam Malik suka bergaul dengan para sahabatnya, tetapi beliau sebenarnya bukanlah seorang manusia yang suka bercakap banyak. Percakapan beliau hanyalah di atas perkara yang baik-baik, berupa pengajaran dan nasihat. Beliau lebih suka berdiam daripada bercakap. Hanya apabila beliau ditanya tentang hukum hakam atau persoalan hadith, dimasa itulah orang boleh melihat beliau bercakap dengan panjang lebar kerana mengupas persoalan yang diajukan kepada beliau. Beliau mahu agar si penanya akan berpuas hati mendengar penjelasannya.

Diriwayatkan setelah Imam Malik berusia lanjut, semua sifat baik yang ada pada dirinya habis berterbangan hilang lenyap dari dalam diri beliau kerana kesukaran untuk beliau melaksanannya disebabkan usianya yang terlalu tua.

 

Pendidikan

Mulanya Imam Malik Meminati Bidang Nyanyian

Sungguhpun Imam Malik dilahirkan dalam keluarga ahli ilmu, tetapi minatnya yang tumbuh dalam dirinya ketika beliau mula dewasa ialah mahu menjadi seorang penyanyi. Ini sesuailah dengan wajahnya yang tampan dan menarik.

Imam Malik pernah bercerita tentang kegemarannya terhadap bidang nyanyian ketika beliau sedang meningkat remaja. Kita ikuti caritanya sari mulut beliau sendiri tentang hobinya ini :

“Pada zaman saya kanak-kanak dahulu, saya sangat gemar kepada bidang nyanyian dari alunan dari suara penyanyi. Setelah ibu saya menyedari perkara itu, beliau berkara kepada saya, “Wahai anakku, sesungguhnya seorang penyanyi itu kalau buruk mukanya tidaklah ia dihiraukan orang terhadap apa yang dinyanyikannya itu. Oleh itu, tinggalkanlah bidang nyanyian. Belajarlah ilmu Fiqh. Maka dari sebab itu saya pun meninggalkan penyanyi dan saya berpaling serta mengadapkan diri kepada ulama-ulama Fiqh sehingga Tuhan menyampaikan saya kepada darjat yang tuan-tuan saksikan sekarang ini.”

Sebenarnya tujuan ibu Imam Malik berkata bahawa Imam Malik tidak mempunyai wajah yang tampan adalah semata-mata kerana beliau tidak mahu anaknya it uterus meminati bidang nyanyian. Beliau mahu hati anaknya menjadi kendur terhadap bidang yang tidak baik itu. Padahal sebenarnya Imam Malik bukanlah seorang yang berwajah buruk, malah Imam Malik adalah seorang yang dikurniakan Tuhan wajah yang tampan. Ini telah diakui oleh penulis-penulis riwayat hidup beliau.

 

Kesungguhan Imam Malik Dalam Menuntu Ilmu

Setelah menghadapkan dirinya kepada lapangan ilmu, Imam Malik mula mengikat bekung pinggangnya dan menumpukan sepenuh-penuh perhatian terhadap ilmu pengetahuan terutama di dalam bidang ilmu tafsir al Quran, hadith dan fiqh.

Beliau telah menghadiri majlis ulama-ulama besar yang terkenal pada masa itu di Kota Madinah sehinggalah dada beliau penuh dengan ilmu pengetahuan.

Kesungguhan Imam Malik terhadap belajar semakin terserlah apabila beliau masih meneruskan pengajiannya kepada ulama-ulama yang beliau rasa mereka itu masih mempunyai kelebihan ilmu tertentu yang beliau perlu ambil daripada mereka, padahal ketika itu beliau sudahpun diakui alim, luas dan amat dalam pengetahuannya terutama di dalam bidang ilmu agama dan telahpun diiktiraf sebagai Mufti Kota Madinah.

Disamping itu kalau ada kesempatan, Imam Malik selalu duduk berhadapan dengan para ulama Madinah dan juga para sahabatnya untuk bertukar-tukar buah fikiran di dalam persoalan hukum hakam.

Meskipun pada mulanya Imam Malik mengatakan jiwanya lebih kearah bidang nyanyian, tetapi disebabkan beliau dilahirkan dalam keluarga ilmu, serta membesar pula dalam suasana ilmu, kerana itu ilmu amat mempengaruhi jiwanya sehingga kerananya beliau amat meminati ilmu terutamanya ilmu hadith. Jiwa Imam Malik amat kuat meminati ilmu ini dan beliau amat bersungguh-sungguh di dalam menuntut dan mempelajarinya.

Walau bagaimanapun besar kecenderungan seseorang itu dalam mempelajari ilmu hadith, namun bidang yang perlu diberi tumpuan atau diberi keutamaan terlebih dahulu ialah menghafaz al Quran. Begitulah juga yang telah dilakuka oleh Imam Malik. Beliau telah menghafz seluruh al Quran ketika usianya masih muda.

Setelah selesai menghafaz al Quran, barulah Imam Malik memberi sepenuh perhatiannya kepada ilmu-ilmu yang lain seperti ilmu hadith, mengumpul fatwa-fatwa sahabat-sahabat Rasulullah ص, menghimpun pendapat-pendapat para gurunya yang berbeza, menghafal pendapat-pendapatt para gurunya itu, membahas athar-athar (pendapat-pendapat) mereka (para gurunya), mempelajari dengan saksama tentang pendirian-pendirian atau aliran-aliran mereka dan mengambil kaedah-kaedah mereka (para gurunya), sehingga beliau muncul menjadi pemuka ulama di Kota Madinah terutama dalam bidang sunnah dan hukum hakam.

Imam Malik ama teliti dan berhati-hati di dalam menerima hadith-hadith daripada gurunya. Dalam hal ini beliau pernah berkata, “Sesungguhnya ilmu itu adalah agama. Kerana itu lihatlah dari siapa tuan-tuan mengambilnya. Saya mendapati 70 syeikh yang mengatakan. “Rasulullah ص bersabda…” di majlis-majlis pengajaran, tetapi tidak ada sesuatu pun yang saya ambill daripada mereka itu. Kalau pun salah seorang daripada mereka boleh dipercayai dalam urusan Baitul Mal (soal wang) dan ia melaksanakannya dengan baik, tetapi sebenarnya dia bukanlah ahli dalam bidang (Hadith) ini.”

Semasa mendengar hadith-hadith yang dibaca oleh gurunya, Imam Malik menyimpul tali bagi memudahkan menghitung bilangan hadith yang sedang didengarinya.

Apa yang agak berlainan pada sikap Imam Malik berbanding dengan imam-imam yang lain ialah beliau tidak pernah keluar atau meninggalkan Kota Madinah untuk pergi belajar ke tempat-tempat lain. Sebab itulah semua hadith yang beliau himpun atau hafal adalah beliau terima dari kalangan ulama hadith yang tinggal di dalam dan di sekitar Kota Madinah sahaja.

Di dalam usahanya mencari ilmu pengetehuan, Imam Malik bukan sahaja belajar dengan guru, tetapi setelah menjadi seorang alim basar yang sudah amat luas ilmu pengetahuannya, Imam Malik berusaha pula untuk mencari ilmu dengan cara beliau mengutus surat kepada para sahabatnya yang terdiri dari ulama-ulama terkemuka yang tinggal jauh dari Madinah. Dan sahabatnya itu membalas suratnya itu. Perkara semacam ini sering sangat terjadi di antara beliau dengan sahabatnya yang tinggal jaih dari Madinah seperti dengan sahabatnya yang tinggal di Mesir bernama Imam Laith bin Saad, seorang ulama Mesir yang paling agung dan pendiri mazhab juga.

Selain bertukar-tukar surat yang masing masing mengemukakan hujah-hujah di dalam mencari kebenaran berdasarkan pendapat peribadi, Imam malik juga mempunyai cara yang khusus di dalam usahanya untuk mendalamai ilmu pengetahuan agamanya. Antara cara-caranya ialah beliau membaca semua kitab-kitab yang dikarang oleh ulama-ulama yang terdahulu daripada beliau. beliau teliti hujah-hujah yang terkandung di dalamnya, beliau mengkaji hujah-hujah yang dipakai mereka itu.

Selain itu beliau juga mengadakan majlis khusus yang membicarakan ilmu yang ada di dalam dada para murid beliau, bukan ilmu yang ada di dalam dada beliau.

Imam Malik juga seorang yang tabah dalam belajar. Beliau tidak pernah jemu atau malas dalam mencari ilmu pengetahuan. Beliau sangguh berpanas terik berpayung sinaran matahari kerana belajar. Sebagai contoh beliau sanggup berjalan kaki dalam panas terik kerana berulang alik dari rumahnya ke masjid dan dari rumahnyya ke rumah gurunya Imam Nafi’ maula Ibnu Umar yang terletak di luar Kota Madinah.

Imam Malik adalah seorang yang tahan duduk di muka pintu rumah gurunya pada musim sejuk. Ini adalah amalan yang telah dirintis oleh Ibnu Abbas dalam usahanya belajar kepada para sahabat yang tua-tua. Beliau juga tahan dimarahi oleh gurunya.

 

Guru-Gurunya

Setelah keinginannya untuk menjadi penyanyi dihalang oleh ibunya, dan ibunya menyuruhnya belajar ilmu fiqh kepada imam Rabiah al Ra’yi, maka bermulalah sejarah baru dalam hidup Imam Malik iaitu sejarah penceburannya dalam bidang ilmu agama.

Mengikut kitab “Tahzibul Asma Wa Lughah”, bilangan guru-guru Imam Malik adalah ramai sekali iaitu sekitar 900 orang. Yang mana dari jumlah itu kira-kira seramai 300 orang adalah generasi Tabi’in, manakala yang selebihnya iaitu 600 orang lagi adalah dari generasi Tabi’ Tabi’in peringkat awal.

Sungguhpun jumlah guru-guru Imam Malik begitu ramai, tetapi tidaklah semuanya merupakan guru-guru beliau yang terkemuka. Mengikut penyelidikan ahli sejarah, bahawa guru Imam Malik yang paling terkemuka dan paling menonjol hanya enam orang sahaja.

1.         Imam Rabiah bin Abi Abdul Rahman al Ra’yi

Rabiah adalah guru Imam Malik yang pertama. Kenapa Rabiah dipilih oleh Imam Malik menjadi gurunya yang pertama sedangkan Rabiah terkenal sebagai ulama ahli ra’yi (ahli akal), iaitu satu aliran ulama fiqh yang amat tidak disukai oleh sebahagian besar penduduk Madinah kerana banyak mengunakan Qiyas di dalam memutuskan hukum fiqh, sedangkan kebanyakkan ulama fiqh Madinah adalah beraliran ahli hadith ?

Apakah Imam Malik cenderung kepada dasar ulama ahli ra’yi ?

Sebenarnya sebab-sebab yang mendorong Imam Malik memilih Rabiah ahli akal menjadi gurunya yang pertama adalah sebagaimana kisah yang telah diceritakan sendiri oleh Imam Malik di atas, iaitu kehendak ibunya sendiri. Itulah sebabnya Imam Malik telah menjadikan Imam Rabiah al Ra’yi gurunya yang pertama bukan kepada ulama-ulama hadith. Imam Malik tidak mahu menderhakai ibunya.

Rabiah al Ra’yi bukanlah orang arab, sebaliknya beliau berbangsa Farsi.

Ketika Imam Malik sedang berada di zaman muda remaja berusia kira-kira 15 tahun, nama Rabiah al Ra’yi cukup harum di Madinah. Beliau amat mahsyur kerana kealiman dan kepandaiannya di dalam bidang fiqh, bahkan dianggap secerdik-cerdik ulama yang menetap di Kota Madinah.

Rabiah dianggarkan lahir pada tahun 70 hijrah. Sebab itu beliau sempat belajar lama kepada Anas bin Malik, iaitu ketika usianya sedang remaja dianggarkan dalam lingkungan 20 tahun. Selain Anas, Rabiah juga belajar kapada Qasim bin Muhammad, iaitu anak kepada Muhammad bin Abu Bakar as Siddiq salah seorang fuqaha tujuh yang amat mahsyur di Madinah, kepada Said bin al Musaiyyab, salah seorang fuqaha tujuh yang juga amat alim dan ketua para Tabi’in di Madinah bahkan semulia-mulia Tabi’in, Salamah bin Dinar dan ramai lagi.

Rabiah al Ra’yi terkenal mempunyai lidah yang amat fasih dan mempunyai fikiran yang amat cerdik dan pintar. Kerana kelebihan akalnya, Rabiah amat dikagumi oleh para ulama yang hidup sezaman dengannya termasuk oleh ketua ulama Mesir yang terkemuka iaitu Imam Laith bin Saad.

Imam Laith sangat memuji Rabiah sebagai seorang manusia yang apabila diminta sesuatu penjelasan, ia mampu memberi dua tiga jawapan dari satu soalan yang diajukan kepadanya kerana kedalaman fahaman, keluasan ilmu dan kepintaran akalnya.

Kepada Rabiah, Imam Malik belajar fiqh ra’yi iaitu satu ilmu tentang bagaimana untuk mengeluarkankan hukum berpandukan akal atau perbandingan. Aliran ini amat ditentang oleh kebanyakkan ulama Madinah sehingga kerana tidak sukanya mereka terhadap Rabiah, mereka menggelar Rabiah bin Abi Abdul Rahman dengan gelaran ‘Rabiah al Ra’yi’ yang bererti ‘Rabiah yang menggunakan akal’. Maksudnya yang lebih jelas ialah ‘Rabiah yang menggunakan akal fikiran di dalam mengeluarkan hukum’. Kerana kecenderungannya kepada aliran ra’yi, telah menyebabkan Rabiah menjadi kambing hitam di kalangan ulama-ulama hadith di Madinah.

Sepatutnya ulama yang cenderung kepada aliran akal seperti Rabiah bin Abi Abdul Rahman al Ra’yi tidak sesuai menetap di Madinah., sebaliknya tempat yang sesuai baginya ialah Negara Iraq iaitu di Kota Kufah kerana di sanalah tempat berhimpunnya para ulama ahli ra’yi seperti Ibrahim al Nakha’I, Imam Abu Hanifah dan lain-lain lagi.

Namun oleh kerana ilmunya yang amat mendalam dan kepintaran serta kecerdikan akalnya yang amat luar biasa, Rabiah tidak terpinggir, sebaliknya dia terus menerus dikunjungi oleh pelajar pelajar yang mahu mencari ilmu dari dada-dada para ulama terbilang seperti beliau termasuk juga yang datang belajar dengannya itu Malik bin Anas dan Ibnu Syihab al Zuhri.

Imam Malik menceritakan, “Ketika Ibnu Syihab mengunjungi ke Madinahh, ia disambut oleh Rabiah. Kemudiannya kedua-dua ulama itu telah masuk ke sebuah rumah. Setelah menjelang waktu Asar, kedua-duanya itu keluar dari rumah tersebut. Ibnu Syihab kemudiannya berkata. “saya tidak menyangka di Kota Madinah ini ada manusia seperti Rabiah.”

Rabiah pulak ketika sudah berjauhan dari Ibnu Syihab al Zuhri telah berkata, “saya tidak menduga ada seseorang yang mencapai ilmi seperti yang telah dicapai oleh Ibnu Syihab.”

Kisah-kisah tentang kealiman Rabiah amatlah mahsyur di serata pelusuk bumi Arab dan Farsi.

2.         Imam Abdul Rahman bin Harmaz al A’raj

Sebagaimana Rabiah al Ra’yi, Imam Abdul Rahman bin Harmaz al A’raj juga tinggal di Kota Madinah. Beliau adalah ulama dari generasi Tabi’in dan bekas hamba yang telah dimerdekakan oleh tuannya Abu Hurairah, sahabat Nabi yang terkemuka dan ahli hadith yang paling unggul dari generasi sahabat.

Mengikut al Marhum Syeikh Muhammad al Khudhri Bek dalam kitabnya ‘Tarikh Tasyrik’ islam bahawa Imam Abdul Rahman bin Harmaz ini adalah guru Imam Malik yang pertama, bukan Rabiah al Ra’yi. Namun semua ahli sejarah sepakat mengatakan bahawa al A’raj adalah guru Imam Malik yang paling lama dan yang paling rapat. Imam Malik belajar kepadanya dalam berbagai-bagai ilmu pengetahuan seperti ilmu perbezaan pendapat di antara ulama fiqh, fatwa, dalil-dalil yang digunakan untuk mematahkan fahaman golongan hawa nafsu.

Imam Malik mendampingi gurunya selama 7 tahun dan tinggal bersama-sama dengannya pula serta sangat sayang kepadanya. Selama belajar  kepada Imam al A’raj, Imam Malik tidak mendatangi majlis ulama-ulama lain. Serupalah dengan Imam Abu Hanifah ketika beliau belajar kepada Imam Hammad bin Abi Sulaiman.

Kerana terlalu besar hasratnya untuk belajar secara bersungguh-sungguh kepada Imam al A’raj, setiap kali datang ke rumah Imam Abdul Rahman bin Harmaz al A’raj, Imam Malik selalu memberi beberapa banyak buah tamar kepada anak-anak Imam Abdul Rahman bin Hamraz al A’raj dan mengajar kepada mereka agar kalau ada orang datang yang mahu berjumpa dengan beliau atau dengan gurunya ayah mereka itu, beritahu Malik dan ayah mereka sedang sibuk. Dengan cara ini beliau dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran yang sedang disampaikan oleh Imam Abdul Rahman bin Harmaz al A’raj kepadanya itu. Kadang-kadang Imam Malik menekuni di hadapan gurunya ini sampai sehari suntuk.

Abdul Rahman bin Harmaz al A’raj bukan orang Arab. Beliau berbangsa Farsi. Al A’raj yang bermakna ‘Si Tempang’. Ini adalah kerana Abdul Rahman bin Harmaz adalah seorang yang tempang. Serupalah juga dengan gelaran ‘al A’masi’ yang bererti ‘Si Buta’ yang ditujukan kepada seorang ulama besar yang juga ahli bahasa yang terkenal pada zaman kerajaan Abbasiyyah disebabkan beliau adalah seorang yang buta.

Imam al A’raj meninggal dunia di Kota Iskandariah pada tahun 117 Hijrah.

3.         Imam Qasim Bin Muhammad

Qasim bin Muhammad adalah anak Muhammad bin Abu Bakar as Siddiq. Ibunya ialah puteri Kisra Yazdajir 111 yang telah ditawan oleh tentera islam dalam satu pertempuran dengan tentera Farsi. Jadi beliau keturunan Arab di pihak ayah dan keturunan DiRaja Farsi dari pihak ibunya.

Beliau adalah anak saudara Ummul Mukminin Siti Aisyah dan cucu tiri Sayyidina Ali. Ini adalah kerana ibu ayahnya iaitu Asma’ binti Umais telah berkahwin dengan Sayyidina Ali setelah meniggalnya suaminya Abu Bakar aa Siddiq. Untuk makluman, bahawa Asma’ pada asalnya adalah isteri Ja’far bin Abu Talib. Setelah Ja’far syahid di Mu’tah, Abu Bakar telah mengahwininya.

Ayahnya Muhammad adalah termasuk orang yang tidak puas hati terhadap pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan. Di dalam peperangan Siffin, ayahnya berpihak kepada ayah tirinya Khalifah Ali. Beliau mati di Mesir kerana dibunuh oleh Mu’awiyyah bin Hadaij, orang kuat Mu’awiyyah bin Abu Sufyan di Mesir.

Qasim termasuk salah seorang fuqaha tujuh yang amat soleh di Madinah itu. Beliau belajar kepada ibu saudaranya Ummul Mukminin Siti Aisyah.

Qasim amat alim. Beliau adalah lautan ilmu. Banyak puji-pujian yang diberi oleh ulama kepadanya.

 

Ilmunya

Keunggulannya Di Dalam Berbagai Ilmu

Keunggulan Imam Malik di dalam bidang ilmu pengetahuan tidak diragui lagi. Semua ulama besar sepakat mengatakan Imam Malik adalah ‘Imam Negara Hijrah’ ertinya Imam Malik adalah orang yang sangat alim dan ilmunya memenuhi seluruh pelusuk Kota Madinah.

Suatu hari Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) sendiri pernah ditanya orang sejauh manakah tahap kealiman Imam Malik atau setakat manakah ilmu yang dimiliki oleh Imam Malik? Beliau menjawab. “Saya belum pernah menemui seorang pun yang lebih alaim dan lebih pandai daripada Imam Malik.”

Imam Yahya bin Syu’bah berkata. “Pada masa itu, (zaman Imam Malik) tidak ada seorang pun yang dapat menduduki kerusi mufti di Masjid Nabawi ص selain dari Imam Malik.”

Imam Ahmad bin Hanbal (Imam Hanbali) pula berkata. “Imam Malik adalah seorang penghulu dari para penghulu ahli ilmu, dan dia adalah seorang imam dalam bidang hadith dan fiqh. (Kalau begitu) siapakah gerangan yang dapat menyamai (ataupun mengatasi) Imam Malik.?”

 

Keunggulannya Dalam Ilmu Hadith

Keahlian dan kepintaran Imam Malik di dalam bidang hadith adalah sudah diakui umum. Beliau dianggap kemuncak atau bintang ulama di dalam ilmu ini dan menjadi tempat rujukan ulama-ulama lain yang sememangnya sudah ahli dan sudah mampu mengarang kitab tentang hadith-hadith Nabi ص. Namun Imam Malik masih lagi menjadi sumber rujukan orang-orang yang pandai kerana keahlian beliau di dalam bidang hadith tidak ada tolak bandingnya pada zaman hidup beliau.

Pengakuan ulama-ulama besar di dalam bidang hadith dan fiqh di bawah ini menunjukkan betapa Imam Malik adalah seorang pemuka ilmu di dalam bidang hadith yang amat genius.

Imam Sufyan bin Uyainah berkata, “Imam Malik banyak mengkritik pembawa-pembawa hadith.”

Perkataan Imam Ibnu Uyainah ini bererti hadith-hadith yang dipakai atau diterima oleh Imam Malik daripada para perawi hadith dipakai atau diterima oleh Imam Malik daripada para perawi hadith adalah merupakan hadith-hadith yang sahih, tiada cacat celanya kerana kehalusan Imam Malik di dalam menerima hadith yang diriwayat oleh seseorang yang dikatakan ahli hadith.

Imam Ali Ibnu al Madini, seorang ulama Jarhu Wa Ta’liddan ulama hadith yang terkemuka di Madinah berkata, “Imam Malik tidak menolak hadith kalau tidak ada kekurangannya.”

Maksud perkataan Imam Ibnu al Madini ini ialah Imam Malik tidak memudah-mudahkan untuk menolak sebarang hadith yang disampaikan oleh seseorang kepada beliau. apabila satu-satu hadith itu sudah jelas tidak ada kecacatan dalam perawi dan isinya, terus diterima, bukan beliau cerewet sangat dengan bangsa orang yang membawa hadith kepadanya.

Imam al Syafi’e salah seorangmurid beliau berkata, “Imam Malik tidak menerima hadith-hadith yang disyaki kebenaranya.”

Imam Yahya bin Said al Qattan berkata, “ Imam Malik adalah rujukan bagi orang-orang Mukmin di dalam Ilmu hadith.”

Imam Yahya bin Muin, seorang ulama hadith yang amat unggul di Kota Madinah berkata, “Imam Malik adalah seorang raja bagi orang orang beriman dalam ilmu hadith.”

Imam al Syafi’e berkata lagi, “apabila disebut ulama ahli hadith, maka Imam Malik adalah bintangnya, dan tidak ada seorang pun yang lebih aku pecayai tentang hadith selain dari Imam Malik.”

Imam Sufyan bin Uyainah iaitu seorang ulama Hadith di Kota Makkah dan guru kepada Imam al Syafi’e semasa beliau masih di Makkah berkata, ‘tidak ada seorang pun yang amat teliti menyelidik orang-orang yang meriwayatkan hadith-hadith Nabi yang lebih mengetahui kelakuan mereka (periwayat-periwayat hadith) selain dari Imam Malik.”

Semua keutamaan yang dimiliki oleh Imam Malik dalam bidang ilmu hadith ini adalah kerana usaha dan kerajinan beliau di dalam mengumpul dan menulis hadith yang benar-benar sahih ke dalam kitab Muwatta’nya. Beliau berkata tentang kesungguhannya itu, “Aku menulis 100,000 hadith dengan tanganku sendiri.”

 

Cara Imam Malik Memberi Fatwa

Berlainan dengan Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) yang suka memutuskan hukum-hukum berdasarkann kepada andaian atau kemungkinan-kemungkinan yang akan terjadi, Imam Malik tidak suka kepada soalan yang demikian. Apabila ada orang bertanya kepada beliau dalam masalah yang bersifat hanya berkemungkinan sahaja akan terjadi, beliau menjawab, “Tanyalah (kepada aku) perkara-perkara yang sedang (atau sudah) berlaku. Janganlah kamu tanya perkara-perkara yang belum berlaku.”

Beliau tidak mahu menjawab soalan-soalan yang bersifat khayalan atau tanggapan (al Fardhiyyah).

Sehingga Imam Malik ditanya orang, “Kenapa tuan guru tidak mahu menjawab soalan-soalan yang bersifat andaian?.” Imam Malik menjawab. “Sekirannya kamu bertanya aku soalan-soalan yang berfaedah aku akan menjawabnya.”

Demikianlah Imam Malik, beliau tidak suka kepada ilmu-ilmu yang tidak memberi manfaat. Ini membuktikan Imam Malik adalah seorang ulama yang jauh dari berkehendak kepada hidup yang bermegah-megah. Buat apa berlagak alim kalau menfaatnya hanya membawa kebinasaan di Hari Akhirat?

Begitulah Imam Malik, walaupun beliau adalah sebenarnya seorang alim lautan ilmu, namun beliau adalah seorang yang suci jiwanya daripada kekotoran hawa nafsu serakah dan itu lah salah satu ciri-ciri seorang yang benar-benar alim dan lautan ilmu.

 

Sahabat Dan Murid Imam Malik

 

Sahabat-Sahabatnya

Sahabat-sahabat Imam Malik terdiri daripada ulama-ulama besar yang hidup sezaman dengan beliau. Antara mereka ialah Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi), Imam Sufyan ath Tauhari, Imam Sufyan bin Uyainah, Imam Laith bin Saad, Imam al Auza’I, Imam Abdul Malik bin Abdul Aziz bin Juraij, Imam Abu Yusuf, Imam Hammad bin Salamah, Imam Syarik bin Abdulullah al Nakha’i, Imam Abdullah bin Luhai’ah dan ramai lagi.

Para sahabat beliau ini sering datang menziarahi beliau di Madinah dan samping mereka bertukar0tukar fikiran di dalam masalah hukum-hakam agama.

 

Murid-Muridnya

Imam Malik mempunyai murid yang sangat ramai. Ini adalah kerana para murid beliau itu bukan sahaja terdiri daripada anak Kota Madinah, malah yang datang dari berbagai pelusuk kota dan negara seperti dari Makkah, Iraq, Farsi, Yaman, Mesir, Afrika dan juga Sepanyol.

Di bawah ini senarai nama-nama murid Imam Malik yang paling terkemuka dan paling rapat hubungannya dengan beliau. kebanyakkan mereka adalah datangnya dari sebelah barat iaitu Mesir, Afrika dan juga Sepanyol. Kecuali Imam al Syafi’e yang datang dari Makkah.

1.         Imam Ibnu Wahbin

Nama beliau yang sepenuhnya ialah Abudullah bin Wahbin bin Muslim al Quraisyi. Gelarannya Abu Muhammad. Beliau berbangsa Mesir dan merupakan murid Imam Malik yang peling terkemuka dan paling disayangi oleh gurunya itu. Apa yang kelihatan agak aneh di sini ialah di hujung nama datuknya ada di catit al Quraisyi, seolah-oleh beliau adalah dari bangsa Quraisy yang menetap di Makkah. Namun usalah dihairankan perkara seperti ini. Kerana para sahabat Rasulullah ص ramai yang datang menetap di Mesir setelah Panglima Amru Ibnu al Ass berjaya menakluk Mesir pada tahun ke 21 Hijrah dari tangan pemerintahan Rom Timur. Dengan itu tidaklah menghairankan sekirannya beliau adalah dari bangsa Quraisy.

Beliau belajar kepada Imam Malik mula pada tahun 148 Hijrah ketika usianya baru 23 tahun. Terus Menerus beliau belajar kepada Imam Malik sehinggalah guru besar itu meninggal dunia pada tahun 179 Hijrah. ini bermakna beliau sempat belajar kepada Imam Malik selama 31 tahun. Sebab itulah Wahbin begitu alim dalam Mazhab Maliki dan menjadi rujukan mazhab ini di Mesir.

Setelah menjadi seorang ulama besar dan ternama, beliau hanya disebut orang dengan panggilan Imam Ibnu Wahbin sahaja.

Sebagaimana yang telah disebut di atas, bahawa Imam Malik amat sayang kepadanya dan menyifatkan dengan nama gelaran Faqih dan Mufti Negera Mesir. Biasanya apabila Imam Malik menulis surat kepadanya, ditulisnya pada surat, kepada : Abdullah bin Wahbin, faqih negara Mesir. Dan menulis alamat di luar surat dengan tulisan, kepada : Abu Muhammad al Mufti. Hal sebegini tidak pernah dilakukan oleh Imam Malik kepada sesiapa pun dari murid beliau atau kepada sesiapa sahaja.

Tentang kealimannya, Imam Malik sendiri pernah berkata, “Ibnu Wahbin adalah seorang yang alim.”

Imam Muhammad bin Abdul Hakkam, salah seorang murid terkemuka Imam Malik berkata, “Dia (Ibnu Wahbin)adalah setetap-tetap orang di dalam mazhab Malik, dan lebih faqih daripada Ibnu Qasim. Hanya dari kerana kewarakannya yang menegah dia dari banyak berfatwa.”

Kata Imam Asbagh, juga salah seorang murid ternama Imam Malik, “Ibnu Wahbin adalah sealim-alim sahabat Malik dalam bidang sunnah dan athar-athar, hanya (kelemahannya ialah) dia ada meriwayatkan dari orang-orang yang dhaif.”

Imam Ibnu Wahbin dinamakan Dewan Ilmu kerana kealimannya. Semua murid Imam Malik pernah kena herdik oleh Imam Malik kecuali beliau. Ini semua kerana Imam Malik sendiri amat hormat dan sayang kepadanya.

Beliau sendiri pernah bercerita tentang dirinya. Katanya, “Kalaulah tidak kerana Allah I menyelamatkan aku dengan Malik dan Laith, nescaya aku binasa.” Ada seorang bertanya beliau, “bagaimana boleh jadi begitu?” jawabnya, “saya sudah terlampau banyak memperkatakan hadith sehingga saya menjadi bingung. Lalu saya bawakan hadith-hadith itu menghadap Imam Malik dan Imam Laith bin Saad. Maka keduanya berkata kepada saya, “pakai hadith yang ni…… buang yang itu….. ambil yang sana…..”

Imam Ibnu Wahbin dilahirkan pada tahun 125 Hijrah dan meninggal di Mesir pada tahun 197 Hijrah ketika usia 72 tahun.

2.         Imam Ibnu Qasim

Nama beliau selengkapnya ialah Abdul Rahman bin Qasim al Itqi. Gelarannya ialah Abu Abdullah. Beliau juga berasal dari Mesir dan datang ke Madinah agak agak terkemudian berbanding dengan Imam Ibnu Wahbin. Selain belajar kepada Imam Malik, Imam Ibnu Qasim juga belajar kepada Imam Muslim bin Khalid al Zinji, Mufti Makkah, Imam Ibnu Majisun, Imam Laith bin Saad dan lain lain ulama.

Beliau lama bersahabat dengan Imam Malik dan tidak pernah mencampur adukkan ilmu atau fatwa-fatwa Imam Malik dengan pandangan-pandangan ulama lain. Ini menunjukkan betapa teguh dan setianya beliau di dalam berpegang kepada Mazhab Maliki.

Memperkatakan tentang kealimannya, pernah Imam Malik membuat perbandingan antara beliau dengan Imam Ibnu Wahbin, kata Imam Malik, “Ibnu Wahbin seorang yang alim, manakala Ibnu Qasim pulah adalah seorang yang faqih.”

Penyataan Imam Malik ini memberi isyarat bahawa Imam Ibnu Qasim lebih cerdik dan faham di dalam masalh hukum berbanding dengan Imam Ibnu Wahbin. Kerana orang alim itu itu adalah orang yang banyak ilmu. Sedangkan orang yang faqih adalah orang yang dapat melihat rahsia-rahsia hukum di sebalik ilmunya itu.

Imam Ibnu Wahbin pernah berkata kepada kawannya yang bernama Thabit, “Jika engkau berkehendakkan kepada pekerjaan ini (fiqh Imam Malik), pergilah kepada Ibnu Qasim kerana dia adalah bersendirian (bersungguh-sungguh di dalam mengambil berat) dalam bidang ini, sedangkan kami bimbang dengan perkara-perkara lain.”

Imam Yahya bin Yahya bin Kathir, Mufti Negara Andalusia (Sepanyol) dan murid kepada Imam Malik pernah berkata, “Adalah Ibnu Qasim sealaim-alim orang dengan ilmu Malik, dan orang yang amat dipercayai di antara mereka di atas mazhab itu.”

Beliau meninggal dunia pada tahun 191 Hijrah.

3.         Imam Asyhab bin Abdul Aziz al Qaisy al Asmiri al Ja’di

Beliau berasak dari Mesir. Datang ke Madinah belajar ilmu fiqh kepada Imam Malik dan ulama-ulama Madinah yang lain. Beliau lebih muda daripada Imam Ibnu Wahbin 15 tahun. Di Mesir beliau belajar hadith kepada Imam Laith bin Saad. Imam al Syafi’e memuji kepandaian Imam Asyhab sebagaimana katanya, “saya belum pernah melihat seorang yang lebih pandai dalam hal-hal hukum agama melebihi Asyhab.”

Dia mengetahui urusan agama Islam di Mesir selepas kewafatan Imam Ibnu Qasim.

Imam Syahnun pernah ditanya orang mengenai keturunan dan kelebihan di antara dua orang tokoh ulama Mazhab Malik yang paling terkemuka iaitu Imam Ibnu Qasim dan Imam Asyhab bin Abdul Azizi ini. Lantas beliau menjawabnya, “Kedua-duanya adalah seperti dua kuda yang dipacu.” Maksud Imam Syahnun ialah kadang-kadang kelebihan itu terserlah pada diri Ibnu Qasim dan kadang-kadang Nampak pulak pada diri Asyhab.

Beliau di lahirkan pada tahun 140 Hijrah dan meninggal pada tahun 204 Hijrah dalam usia 64 tahun.

 

Sakit Dan Kewafatannya

Meninggal Dunia Dalam Usia Lanjut

Setelah mengharung kehidupan yang begitu lama, dengan menempuh berbagai-bagai suka duka pahir manis asam garam kehidupan ini, menjelang Hari Ahad mulalah Imam Malik jatuh sakit san sakitnya itu belarutan 22 hari lamanya.

Setelah lebih tiga minggu terlantar di katil, menjelang Hari Ahad tanggal 10 atau 14 Rabiul Awal tahun 179 Hijrah, meninggallah Imam Malik dengan tenang pada ketika usia beliau 86 tahun. Iaitu pada tahap usia yang sudah begitu uzur. Ketika pemerintahan sedang berada di dalam Khalifah Harun al Rasyid selama 9 tahun.

Ketika sedang sakit tenat yang membawa kepada peninggalannya itu, Imam Malik sedang terbaring telah didatangi oleh seorang sahabat beliau bernama Qa’nabi. Qa’nabi memberi salam kepada beliau dan dia mendapati Imam Malik sedang menagis. Beliau bertanya kepada Imam Malik, “Wahai Abu Abdullah, kenapa tuan menagis?” Imam Malik menjawab, “Wahai Qa’nabi, bagaimana aku tidak menagis dan siapa lagi yang lebih berhak menagis (buat sekarang ini) selain daripada aku? Demi tuhan, (ketika ini benar-benar terasa dalam hatiku betapa) sukanya aku kalau aku disebat disebabkan suatu masalah yang telah aku fatwa dari fikiran aku sendiri, (dan aku ingin sekali mengubah fatwa itu) sekirannya masih ada lagi jalan bagiku untuk menyelesaikan semua hukum hakam yang telah aku fatwakan itu.”

Sebelum Imam Malik meninggal dunia, beliau telah berwasiat agar jenazah beliau dikafankan dengan pakaian putih yang selalu beliau pakai dalam menjalani kehidupan sehariannya. Dan beliau minta jenazahnya di kembumikan di Tanah Perkuburan Baqi’ iaitu satu tanah perkuburan di luar Kota Madinah yang mahsyur sebagai tempat persemadian jasad-jasad para keluarga Rasulullah ص dan para shabat terkemuka, di antaranya Sayyidina Uthman bin Affan, Ummul Mukminin Siti Aisyah, Ibrahim putera Rasulullah ص, isteri-isteri Nabi ص dan ramai lagi.

Dengan itu lenyaplah sebuah bintang yang telah sekian lama memancarkan cahayanya di Kota Madinah untuk menerangi jalan-jalan yang gelap bukan sahaja di Kota Madinah, tetapi juga di seluruh pelusuk dan ceruk rantau alam agar orang-orang yang melaluinya tidak terperosok ke dalam lubang yang akan membawa kecelakaan.

 

 

Isteri, Anak-Anak dan Harta Peninggalannya

Ketika Imam Malik meninggal dunia, isteri dan anak-anaknya masih lagi hidup, tiada seorang pun dari anaknya yang meinggal terlebih dahulu daripada beliau. mengikut riwayat, isteri Imam Malik bukanlah seorang yang merdeka, sebaliknya dari kalangan sahaya. Entah kenapa Imam Malik memilih wanita dari kalangan hamba sahaya untuk dijadikan isterinya. Mungkn sekali kerana wanita sahaya itu seorang wanita yang cukup solehah dan mempunyai akhlak yang mulia serta mempunyai rupa paras yang menarik pada pandangan beliau.

Sebenarnya soal orang yang merdeka memperisterikan hamba bukanlah suatu yang aneh di dalam masyarakat bangsa arab. Ini kera ramai ulama sahabat Nabi ص memperisterikan hamba seperti Abdullah bin Umar, Muhammad bin Abu Bakar al Siddiq dan Husin bin Ali, cucunda Rasulullah ص  adalah beristerikan hamba.

Begitu juga dengan sesetengah khalifah seperti Abu Abbas al Saffah, Harun al Rasyid dan lain-lain berkahwin dengan hamba. Tetapi kebanyakan mereka sebelum bernikah dengan hamba, mereka sudah pun berkahwin dengan perempuan merdeka. Hal ini juga terjadi kepada Imam Ahmad bin Hanbal yang beristeri dua, salah seorangnya ialah hamba.

Berkenaan dengan nama isteri Imam Malik pula, penulis masih belum menjumpainya kerana kecetekan pembacaan dan penyelidikan yang dibuat oleh penulis. Namun Imam Malik ada meninggalkan beberapa orang anak dan sedikit harta.

Diriwayatkan anak-anak Imam Malik ada seramai empat orang, tiga lelaki dan satu perempuan. Anak-anak beliau yang lelaki ialah Muhammad, Hammad dan Yahya, manakala anak perempuannya pulak bernama Fatimah, digelar Ummu Abiha.

Ummu Abiha ini amat pintar orangnya, beliau menghafal seluruh isi kita Muwwata’. Ketika Imam Malik mengadakan kelas di rumahnya, anak perempuannya itu duduk di belakang pintu untuk mendengar bacaan kitab Muwwata’ oleh pelayan Imam Malik yang bernama Habib.

Apabila Habib tersilap, Ummu Abiha akan menegurnya dengan mengetuk pintu beberapa kali dan Imam Malik akan menyuruh pelayannya itu mengulangi bacaannya dan beliau membetulkannya.

Ternyata anak-anak Imam Malik hanya yang perempuan seorang itu sahaja dikurniakan Allah I ilmu yang tinggi, sedangkan tiga orang anak lelakinya tidak. Ini menyebabkan Imam Malik seakan-akan mengeluh dan merasa hairan, beliau berkata, “Bahawa sesungguhnya ilmu pengetahuan itu dari Allah. Ini anak perempuanku dan inipun (sambil menunjukkan kepada anak-anak lelakinya) anak-anakku juga.”

Imam Malik mempunyai dua orang saudara lelaki, seorang bernama Nafi’ dan seorang lagi benama Abu Sahel. Kedua-duanya adalah merupakan ulama besar yang terkemuka di Kota Madinah.

Manakala harta pusaka yang di tinggalkan oleh Imam Malik kepada isteri dan anak-anaknya berupa wang tunai sebanyak kira 3,300 dinar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: