اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم


 

 

Ummu Salamah menerangkan bahawa bacaan Rasulullah S.A.W adalah jelas teratur, sehuruf demi sehuruf  (dibaca dengan tartil) . Al-Nasa’ie mengemukakan hadith yang sama maksud dengan lafaz

((فإذا هي تنعت قراءة مفسرة حرفا حرفا)).

Tatkala ditanyakan Anas tentang bacaan Rasulullah, beliau mejawab:

“كان يمد صوته مدا”

Ertinya: Adalah Nabi S.A.W memanjangkan suaranya (melanjutkan huruf-huruf mad) lanjut-lanjut.

Berdasarkan hadith ini, nyatalah bahawa Rasulullah membaca huruf-huruf  dengan tempoh tertentu, cukup tartil dan tajwidnya bagi peluang merenung, berfikir dan mengambil keinsafan.

 

Anas bin Malik, ketika ditanyakan tentang bacaan Nabi S.A.W, beliau menjawab: “bacaan Rasulullah S.A.W itu lanjut-lanjut. Dikala beliau membaca بسم الله الرحمن الرحيم beliau melanjutkan pada بسم الله , melanjutkan pada الرحمن dan melanjutkan pada الرحيم.

 

Disamping itu Ummu Salamah menyebutkan :

“كان يقطع قرائة اية اية: الحمد لله رب العالمين ثم يقف. الرحمن الرحيم ثم يقف”

Ertinya: “Sewaktu Rasulullah membaca al-Fatihah adalah beliau membaca seayat demi seayat iaitu beliau membaca الحمد لله رب العالمين, kemudian beliau berhenti. Sesudah itu beliau membaca الرحمن الرحيم, kemudian beliau berhenti pula”

Berdasarkan hadith ini Imam al-Baihaqi menegaskan bahawa waqaf yang lebih utama ialah waqaf (berhenti) pada tiap-tiap ayat dan memulakan pada kepala ayat selepasnya, sekalipun maksud ayat terdahulu bergantung kepada ayat kemudiannya.

 

Abdullah bin Maghfal pernah berkata: “ Saya telah menyaksikan Rasulullah menunggang unta pada hari kemenangan Makkah, sedang beliau membaca surah al-Fath secara tartil (يرجع).” (ح. د. ابي داود). Bukhari mengemukakan hadith yang berbunyi:

“ قراة لينة يقراء وهو يرجع ”

Ertinya: “ Bacaan Rasulullah adalah lemah lembut, beliau membacakan secara tartil ”.

Mu’awiyah menerangkan bahawa tarji’ itu ialah mengucapkan آآآ  (dengan hamzah baris diatas yang sesudahnya ada alif mati pada ketiga-tiganya) iaitulah dengan memanjang bacaan. Sebahagian ulama’ mengertikan tarji’ itu ialah membaca dengan tartil; inilah yang masyhur.

 

Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

(( ان العبد اذا قراء فحرق أو اخطأ كتبه الملك كما أنزل ))

Ertinya: Sesungguhnya seseorang hamba itu apabila ia membaca lalu tersalah atau tersilap nescaya malaikat menuliskan sebagai bacaan bagaimana ia diturunkan (sebagai bacaan yang betul dan penuh pahalanya).”

 

Seseorang pembaca al-Quran itu hendaknya membaca ayat-ayat suci dengan tartil, cermat dan teliti (baik bacaannya), kerana bacaan demikian dapat menjaminkan daripada berlakunya kesilapan pada makhraj atau perkataan. Pembaca juga diingatkan supaya tidak melebih atau mengurangi sesuatu huruf yang akan mengubahkan maknanya, jika dilakukan dengan sengaja maka tentulah haram.

 

Disamping itu pembaca al-Quran dibolehkan mengulangi sesuatu ayat al-Quran untuk menarik perhatian atau bagi sesuatu keperluan. Ini adalah berdasarkan kepada suatu hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, berbunyi:

(( ان المصطفى صلى الله عليه وسلم قراء في يوم الفتح سورة الفتح فرجع فيها ))

Ertinya: Sesungguhnya pernah Rasulullah membaca surah al-Fath pada hari penaklukan Makkah, kemudian beliau mengulangi-mengulanginya.

 

Juga Aba Dzar pernah menyebutkan bahawa Rasulullah telah bangkit pada suatu malam, beliau mengulangi ayat: ان تعذبهم فإنهم عبادك واءن تغفر لهم فإنك انت العزيز الحكيم, hingga menjelang waktu subuh. ( ح. د. النسأي ).

 

Ya, kitab suci al-Quran itu hendaklah dibaca dengan lafaz yang terang dan difahami; perlulah ia dibaca sebagaimana ia diturunkan iaitu dalam Bahasa Arab yang terang. Kitab suci itu hendaklah dibaca dengan cara yang terhormat, cermat dan tartil. Amatlah keterlaluan jika ia dibacakan secara melampaui batas-batas tertentu, seperti terlampau memanjang madnya, terlampau mendetaq pada qolqolahnya, meraung-raungkan pada idghamnya, menambah-nambahkan alif  kecil pada baris diatas, menambahkan wau kecil pada baris hadapan, menambah-nambahkan ya kecil pada baris dibawah dan sebagainya, kerana mungkin difahamkan oleh pendengar bahawa itulah bacaan al-Quran sebagaimana ia diturunkan atau begitulah bacaan al-Quran yang betul, baik atau patut dicontohi.

 

Rujukan:

Qaqi dan Qariah oleh Abdullah al-Qari bin Haji Soleh, Pustaka Aman Sdn Bhd, hal. 193-195.

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Comments on: "Sifat-Sifat Bacaan Rasulullah" (1)

  1. Assalamualaikum ..sedikit teguran

    اللهم صلِّ bukan اللهم صلي sebab di sini feel amr yg menunjukkan doa dengan hazafkan huruf illah,terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: