اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم


4 Golongan Yang Tidak Termasuk Dikalangan Orang Yang Mengenal Allah

Bermula makna pengetahuan itu, iaitu mendapat (memahami) akan sesuatu yang berbetulan (selari)  dengan hakikatnya (sesuatu). Bermula qaul yang sebenar, bahawasa ilmu dan ma’rifat itu bersamaan (pada makna) keduanya, melainkan bahawasanya diitlaqkan (digunakan/disebut) atas Allah Ta’ala itu a’lim tiada harus (haram) diitlaqkan atasNya ‘arif  kerana bahawa ma’rifat itu menyeru (membawa) ia akan mendahulukan jahil bersalahan (dengan) ilmu .  Dan keluar (tidak termasuk) dengan kata pengetahuan (ilmu yakin/ma’rifah) itu empat perkara:-

1)    Jahlun, iaitu terbahagi ia atas dua bahagi:

Pertama, Jahlun basith (jahil selapis) namanya, iaitu tiada mengetahui segala-gala (daripada kalimah ‘arab aslan). Seperti dikata orang baginya (si jahil basith) “apa kata engkau, ‘alam ini qadimkah atau baharu? Maka jawab ia (si jahil basith) “tiada aku ketahui sekali-kali”.

Kedua, jahlun murakkab (jahil dua lapis) namanya, iaitu mendapat oleh seseorang akan sesuatu itu atas bersalahan sifatnya pada waqi’, dan dinamakan dia (keadaan jahil murakkab) dengan demikian itu kerana bersusunnya daripada dua jahil, pertama jahil empunyanya dengan barang (kelakuan/sifat) yang pada waqi’, kedua jahilnya dengan bahawasanya dirinya jahil kerana sangkanya bahawasanya ia yang mengetahui, seperti i’tiqod falasafah bahawasa ‘alam ini qodim.

 

2)    Syak, iaitu mendapatkan tiap-tiap daripada dua tepi (pihak) itu atas bersamaan.

 

3)    Zhon, iaitu berat pada hatinya itu mengetahui atau tiada mengetahui.

 

4)    Waham, iaitu ringan pada hatinya itu pada mengetahui atau tiada mengetahui.

 

 

Maka orang yang bersifat dengan salah suatu daripada empat perkara ini, tiada bagi mereka itu iman, ertinya kafir.

          Adapun orang taqlid (muqollid), yakni i’tiqod kepada Allah dan Rasul  itu semata-mata ikut perkataan orang jua, maka ikut itu tiada dalil padanya, pada hal jazam ia akan taqlidnya itu. Maka bersalahan ulama’ pada sah imannya. Maka kata setengah (ulama’) kafir ia (orang taqlid)  iaitu (qaul) dhaif, dan kata setengah (ulama’) mukmin iaitu (qaul) yang mu’tamad.

 

Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syaikh Zainol Abidin bin Muhammad al-Fathoni, Percetakan Al-Mu’arif Sdn Bhd, hal. 5-6.

 

Audio: 4 golongan yang tidak termasuk dikalangan orang yang mengenal Allah – Baba Idris Ali al-Fathoni

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: