اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم

GERHANA BULAN



PENGERTIAN GERHANA

 

Gerhana, dalam bahasa Arab disebut dengan ‘kusuf’ atau ‘khusuf’.  ‘kusuf’ lebih dikenal untuk penyebut gerhana matahari (kusufususy syamsi) dan kata ‘khusuf’  lebih dikenal untuk penyebut gerhana bulan (khusuful qamar). Gerhana dalam bahasa Inggeris gerhana dikenal dengan istilah ‘Eclipse’. Gerhana dari segi istilah:’kusuf’’ ialah menutupi, sedangkan ‘khusuf’ bererti memasuki. ‘Kusufsy Syamsi’ menggambarkan bulan menutupi matahari, baik sebahagian maupun seluruhnya ‘khusuful qamar’ menggambarkan bulan memasuki bayangan bumi.

GERHANA ADALAH SATU BUKTI KEKUASAAN ALLAH

 

Pada pertengahan abad ke-17 (Masihi) tepat pada tahun 1686 Masihi Isaac Newton menemukan bahwa antara isi alam raya ini terjadi gaya tarik-menarik tetapi, antara benda-benda tersebut terjadi bertaburan berkat adanya gaya gerak saling menjauhi sehingga timbullah keseimbangan alam. Contoh Planet-planet mengelilingi  matahari menurut orbit masing-masing.

Keseimbangan dan keharmonian alam semesta ini sesungguhnya telah diberitahukan Allah kepada manusia  sajak 14 abad yang lampau, jauh  sebelum Isaac Newton dilahirkan.

Dalam Al-Quran, Allah berfirman sebagai berikut:

وَالسَّمَاءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ المِيْزَانَ

Ertinya: “Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan)”  (Ar-Rahman: 7)

الشَّمْسُ وَالقَمَرُ بِحُسْبَانٍ

Ertinya: “Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan” (Ar-Rahman: 5)

 

GERHANA BULAN

 

Bumi beredar mengelilingi matahari dari Barat ke Timur dalam waktu setahun atau 365 hari, 05 jam, 48 minit dan 45.3 saat. Bulan beredar mengelilingi bumi dari Barat ke Timur dalam waktu 27 hari,07 jam, 43 minit dan 11.6 saat. Disamping bulan beredar mengelilingi bumi, bulan juga beredar bersama-sama bumi mengelilingi matahari.

Gerhana bulan berlaku apabila bumi berada sesatah dengan garisan bulan dengan matahari ketika fasa purnama.

 

 

 

 

bumi berada sesatah dengan garisan bulan dengan matahari

 

Cahaya matahari yang biasanya sampai sepenuhnya ke bulan, menjadi terhalang kerana terlindung oleh bumi.

Tompokan gelap di permukaan bulan adalah bayang-bayang bumi yang jatuh di permukaan bulan. Pergerakan  bumi  mengelilingi matahari akan mewujudkan dua kawasan zon bayangan, iaitu umbra dan penumbra.

 

JENIS-JENIS GERHANA

 

Jenis-jenis gerhana bulan ialah:

1) Gerhana warna

2) Gerhana penuh

3) Gerhana separa

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gerhana Warna

 

Berlaku apabila bulan memasuki hanya kawasan penumbra sahaja. Ia juga dinamakan gerhana penumbra.

Gerhana warna kelihatan bertukar dari bersinar ke warna putih suram.

    

    

 

 

 

 

 

Gerhana Warna

 

Gerhana Penuh:

 

Gerhana penuh berlaku apabila keseluruhan jasad bulan memasuki ke dalam kawasan umbra dan kelihatan terapung-apung di angkasa tanpa cahaya. Di bumi kelihatan berwarna merah tembaga, sebagai kesan pembalikan cahaya dari luar kawasan umbra. Peringkat gerhana bulan penuh bermula apabila bulan memasuki kawasan penumbra, selepas itu sedikit demi sedikit bulan memasuki kawasan umbra. Jangka masa bulan berada di kawasan umbra adalah di antara 50 hingga 102 minit.

Gerhana Penuh

 

Gerhana Separa

 

Berlaku apabila bulan memasuki hanya pada sebahagian sahaja kawasan umbra.

  

 

 

 

 

 

 

Gerhana Separa

 

 

SEMBAHYANG KUSUF (GERHANA MATAHARI DAN BULAN)

 

Sembahyang Kusuf adalah sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau musafir, merdeka atau hamba lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian. Waktu Sembahyang Gerhana Matahari bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dengan gerhana tersebut. Bagi Sembahyang Gerhana Bulan waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana bulan dan berakhir dengan hilang gerhana dan dengan naik matahari. Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya.

Lafaz niat Gerhana Matahari ialah:

أصلي سنة كسوف الشمس ركعتين لله تعالى

Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat Gerhana Matahari dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

Lafaz niat Gerhana Bulan:

أصلي سنة خسوف القمر ركعتين لله تعالى

Ertinya: Sahaja aku Sembahyang Sunat Gerhana Bulan dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

 

 

 

 

 

Kaifiat Sembahyang Gerhana adalah dilakukan dengan dua rakaat. Cara sekurang-kurangnya ialah dilakukannya dua rakaat seperti sunat Zohor. Yang akmalnya dilakukan sembahyang ini dengan dua kali ruku’ dan dua kali qiyam pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat. Yang terlebih akmal dilakukan Sembahyang Kusuf dua rakaat dengan dua ruku’ dan dua qiyam, bagi tiap-tiap satu rakaaat, dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat sembahyangnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: