اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم


Apakah Ta’rif Jirim?

Jirim itu ialah:

1)      Sesuatu yang ada

2)      Bawa diri sendiri (tidak menumpang pada yang lain)

3)      Mengambi (mengisi)l ruang

4)      Kena jadi (Dijadikan)

5)      Baharu

6)      Menerima belah bahagi atau tiada menerima belah bahagi (umum)

*Terima belah bahagi – Jisim

Tidak terima belah bahagi – Jauhar firid

 

Apakah Ta’rif ‘Aradh?

‘Aradh itu ialah:

1)      Sesuatu (sifat) yang ada

2)      Tidak boleh bawa diri sendiri (menumpang pada sesuatu yang lain yakni zat)

3)      Mengambil (mengisi) ruang

4)      Kena jadi (Dijadikan)

5)      Baharu

6)      Terima belah bahagi atau tidak (umum)

 

[Qauluhu: جرم]

maknanya pada lughah iaitu jasad ertinya tubuh badan,

dan pada istilah (pada sepakat dan panggilan ulama’ usuluddin) iaitu [ما تَحَيَّزّ بِنَفْسِهِ] ertinya barang yang bertempat (mengambil lapang) ia dengan sendirinya yakni barang yang ada ia (serta bertempat) dengan jalan bawa dirinya sendiri.

 

[Qauluhu:عرض ]

(ada) baginya beberapa makna pada lughah:

setengahnya (sebahagian makna pada lughah) makna  مَتاعٌ ertinya mata benda,

dan setengahnya  اسم لما لا دوام لها  ertinya (satu) nama bagi barang yang tiada kekal baginya dikatakan هذا الأمر عرض أى (هذا) عارض زائل yakni ini perkara yang datang sekejap hilang ia,

dan maknanya pada istilah iaitu [ما تَحَيَّزَ بغيره] ertinya barang yang bertempat ia dengan (di) yang lain yakni barang yang ada ia (serta bertempat) pada suatu yang lainnya seperti warna putih yang ada ia pada kapas umpamanya, dan masin yang ada ia pada garam umpanya dan demikianlah yang lainnya (daripada yang tersebut itu).

 

Rujukan: Mizan az-Zarari  oleh Ismail bin Omar As-Sepanjang (Baba Ismail Spanjang), cetakan Pondok Darul Muhajirin, hal. 9 – 10

Comments on: "Apakah Ta’rif Jirim & ‘Aradh?" (2)

  1. syukran… semoga Allah redha…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: