اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم

‘Asyura`


Imam Muslim meriwayatkan daripada Sayyidina Abu Qatadah al-Anshari r.a. bahawa Junjungan Nabi s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari ‘Asyura` dan baginda menjawabnya: “yukaffirus sanatal maadhiyah” (dapat mengkafarahkan dosa setahun yang lalu).

Disunnatkan juga berpuasa pada hari Tasu`a kerana Junjungan s.a.w. bercita-cita untuk mempuasai hari tersebut agar tidak menyerupai kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ‘Asyura`. Jadi eloklah kita berpuasa hari-hari tersebut, kalau nak makan bubur ‘Asyura` tunggulah waktu berbuka. Jangan pula benda yang nyata sunnat kita tinggalkan.

Imam ath-Thabrani dan Imam al-Baihaqi telah meriwayatkan dari Sayyidina Abu Sa`id al-Khudri, Sayyidina Abu Hurairah, Sayyidina Jabir dan Sayyidina Ibnu Mas`ud r.’anhum bahawa Junjungan s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang memberi keluasan / kelapangan (yakni keluasan rezki) kepada keluarganya pada hari ‘Asyura`, maka Allah akan meluaskan rezkinya sepanjang tahun tersebut.”Berhubung hadis ini muhadditsin berbeza pendapat, ada yang mensabitkannya dan ada yang mendha`ifkan. Imam as-Sayuthi dalam “ad-Durarul-Muntatsirah” mensabitkan hadis ini sebagai sahih. Syaikh Zainuddin al-Malibari menulis dalam“Irsyadul ‘Ibad ila Sabilir Rasyad” bahawa Imam Sufyan bin ‘Uyainah berkata: “Kami telah mengamalkan hadis ini selama 50 atau 60 tahun, dan benar-benar sedemikian (yakni terjadi seperti yang dinyatakan dalam hadis tersebut, iaitu luas rezki sepanjang tahun).

Terpulanglah kepada kalian. Tapi elok juga sesekali beri makanan istimewa kepada keluarga dengan niat menggembirakan hati mereka. Bukankah Junjungan s.a.w menyuruh kita berlaku baik dengan mereka. Lagi pula omputih ada kata “charity begins at home” betul ke idak entahlah. Puasa jangan tak puasa.
SUMBER:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: