اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم


Penulis : Ustaz Mohammad Elias Pondok Pasir Tumboh

Mengamin kan do’a adalah disunatkan apabila seseorang itu mendengar imam, khatib, atau siapa sahaja sedang berdoa dengan lafaz jamak yakni mereka itu memasukkan orang lain dalam do’a mereka itu.

Adapun hadis yang menyuruh diam semasa khatib membaca khutbah iaitu diam dari percakapan yang dibangsakan manusia, iaitu percakapan yang tidak ada kena mengena dengan ibadat.

Disunatkan mengangkat tangan semasa berdo’a dan mengaminkan do’a.

Adapun hadis لا يرفع يديه في شئ من دعائه إلا في الاستسقاء zahir hadis ini menapi mengangkat tangan selain pada meminta hujan sedangkan banyak hadis-hadis yang berlawanan dengan hadis ini yang mana rasulullah mengangkat tangan semasa berdo’a pada do’a lain daripada do’a meminta hujan.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar didalam kitabnya “الفتح” bahawa tidak mengangkat tangan pada hadis لا يرفع يديه bukan nafi pada asal mengangkat tangan tetapi menafi pada sifat yang khusus yakni melebihi mengangkat tangan dari kadar biasa. Kebiasannya rasulullah mengangkat tangan paras bahu tetapi pada do’a meminta hujan baginda mengangkat tangan membetuli muka dengan dalil didalam hadis itu ada menyebut sehingga kelihatan putih ketiak baginda.

Adapun hadis:

 

عمارة بن رويبة: “أنه رأى بشر بن مروان يرفع يديه، فأنكر ذلك، وقال: “قبح الله هاتين اليدين، لقد رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم ما يزيد على أن يقول بيده هكذا”، وأشار بإصبعه المسبحة.

“dari ‘Umaarah ibn Ru’aibah melihat Bishr ibn Marwaan ketika diatas mimbar mengangkat tangan dan mengingkari pekara yang dilakukan oleh Bishr ibn Marwaan dan berkata :’Semoga Allah menjadikan hodoh kedua-dua tangan. Aku melihat Rasulullah saw tidak menambah apa-apa melainkan seperti ini dan mengisyaratkan dengan jari telunjuknya.”

menunjukkan larangan ini tertentu pada khatib maka pendengar khutbah tidak termasuk dalam larangan ini, kerana umum dalil mensunatkan mengangkat tangan pada berdo’a maka hendak melarang pendengar dari mengangkat tangan memerlukan dalil yang menyatakan larangan itu.

والله اعلم

SUMBER:

http://almalakawi.wordpress.com/2009/07/16/sunat-mengaminkan-doa-khatib-dan-sunat-mengangkat-tangan-semasa-berdo%E2%80%99a/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: