اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم



Sebelum anda bersembahyang, terlebih dahulu anda wajib mengaji dan belajar tentang ‘ibadat yang akan anda kerjakannya nanti supaya ‘badat  yang anda laksanakan itu molek sempurna; kalau tidak demikian, besar kemungkinan yang ‘badat anda lakukan itu tidak sah atau rosak atau pun rendah mutunya.

Justeru pentingnya ilmu sebelum ber’ibadat itulah maka Nabi s.a.w bersabda:

العلم إمام العمل، والعمل تابعه

Maksudnya: “Ilmu itu merupakan imam kepada amal, sedangkan amal  itu pula menjadi pengikutnya (sebagai makmum)” Hadith Riwayat Abu Nu’aim

Sabdanya lagi:

إن نوما على علم خير من صلاة على جهل

Maksudnya: “Bahawasanya tidur dalam keadaan berilmu adalah terlebih baik dari sembahyang dalam keadaan jahil” Hadith Riwayat Abu Nu’aim

Selain itu semua, dengan ilmu membuatkan seseorang itu merasa benar-benar takut kepada Allah Ta’ala. Firman Allah:

إنما يخشى الله من عباده العلماء (فاطر: 28)

Maksudnya: “Sesungguhnya yang takut kepada Allah daripada hambaNya ialah para ilmuan (yang beriman)”.

Perasaan takut kepada Allah akan menimbulkan rasa kehebatan, keagungan, kebesaran, ketinggian, kemuliaan dan kequddusan Allah Jalla Jalaluh. Dari perasaan takut itulah yang akan menghasilkan khusyu’ yang merupakan hal yang amat penting sekali dalam ‘ibadat sembahyang seseorang hamba Allah yang mahukan kemenangan dunia dan akhirat. Firman Allah Ta’ala:

قد أفلح المؤمنون الذين هم في صلاتهم خاشعون (المؤمنون: 1-2).

Maksudnya: “Sesungguhnya telah beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya”.

Apakah ilmu yang utama berkaitan dengan ‘ibadat sembahyang?

Setiap orang yang mahu menunaikan sembahyang adalah berkewajipan mempelajari  empat ilmu yang telah menjadi fardhu ‘ain kepadanya, di mana dia tidak boleh mewakili kepada orang lain untuk mempelajari bagi pihak dirinya. Ilmu-ilmu itu ialah ilmu tauhid, ilmu fikah, ilmu tasauf, dan ilmu membaca al-Qur’an (tajwid). Ilmu-ilmu ini diwajibkan mempelajarinya kerana ia mempunyai kaitan rapat yang tidak boleh dipisahkan sama sekali dengan ‘ibadat sembahyang.

Selain itu dia merasakan dengan penuh kesedaran tanpa alpa lalai: Bahawa segala perbuatan, segala bacaan dan semua gerak-geri serta lintasan hati dalam sembahyangnya sedang disaksi, dilihat, diperhati, didengari dan diketahui oleh Allah yang Maha Ada, yang Maha Mengetahui, yang Maha Melihat, lagi yang Maha Mendengar. Dengan itu dia mengerjakan sembahyangnya dengan sebaik-baik mungkin, sepenuh khusyu’ dan hadhir hati dengan Allah Ta’ala.

Adapun orang yang kurang ma’rifatnya dengan Allah, maka dia hanya bersembahyang pada zahirnya sahaja tetapi pada hakikat batinnya dia sedang bermain wayang.

Denga ilmu fikah, seseorang dapat mengetahui hukum hakam yang berkaitan dengan ‘ibadat sembahyangnya. Dengan itu dapatlah dia menunaikan sembahyangnya sempurna, betul lagi sah.

Dengan ilmu tasauf, seseorang dapat menghindarkan keburukan hati yang bernajis dengan riya’, ‘ujub, hasad dengki  dan lain-lain sifat keji yang akan merosakkan segala pahala sembahyangnya.

Dengan ilmu membaca al-Quran dan tajwidnya seseorang dapat membaca bacaan-bacaan sembahyangnya dengan betul dan baik dari segi sebutan huruf, makhrajnya, panjang pendeknya dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan hukum tajwid.

Rujukan: Fiqh Solat oleh Haji Engku Ali bin Engku Endut

(Muhammad) al-‘Idrusi Terbitan Syarikat Jaffar Rawas

Sdn. Bhd.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: