اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم


SOALAN:

Apakah hukum menyebut sadaqallahul Azim selepas membaca al-Quran? Ada orang berkata tidak boleh kerana ia adalah bidaah dan tidak pernah diamalkan Rasulullah. Bagaimana hukum orang yang melakukannya?

– Muhammad Jiwa

Ampang, Selangor.

JAWAPANNYA:

Hukum ini nampaknya ada mengandungi unsur wahabi yang akan mengatakan sesuatu itu bidaah sekiranya tidak dilakukan oleh Rasulullah. Tetapi bagi kita bukan setiap amalan yang tidak dilakukan Rasulullah itu bidaah kerana ada benda yang Baginda tidak buat tetapi dibenarkan orang lain membuatnya. Amalan itu jadi sunat sekiranya ia dikira baik (khair) dan disuruh agama. Allah berfirman yang bermaksud,

Lakukan kebajikan mudah-mudahan kamu berjaya (Surah al-Hajj ayat 77).

Contohnya ucapan sadaqallah ini. Sebab kalau kita perhatikan bukan saja elok malah disuruh oleh Allah dalam salah satu firmanNya bermaksud,

Katakanlah wahai Muhammad! telah benarlah (firman) Allah itu.(Surah al- Imran ayat 95)

. Jadi sekiranya suatu itu ada nasnya maka lakukan tanpa was-was insyaallah ia adalah dari urusan agama, sunah lagi beroleh pahala (bidaah hasanah) hukumnya bukan bidaah lagi. Wallahualam.

SUMBER :
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: