اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم


Sebahagian daripada lima perkara yang diharamkan ketika berhadas kecil (yakni tiada wudhuk) itu ialah menyentuh akan mashaf.

Nas kitab Bahrul Wafi Wan Nahris Sofiy karangan Allamah Syeikh Muhammad bin Ismail Daud Al-Fathani :

” Maka yang haram dengan hadas kecil itu iailah lima perkara.. Dan keempatnya menyentuh mashaf dan jika dengan berlapik yang tebal sekalipun sekira-kira dibilangkan menyentuh pada ‘uruf (yakni adat). Dan dikehendak dengan mashaf itu tiap-tiap yang disurat padanya sesuatu daripada AlQuran dengan qasad dibacakan dia sepeti lauh atau tiang atau dinding yang disurat atasnya AlQuran kerana dibacakan dia, maka haram menyentuhnya serta hadas samaada pada yang demikian itu kadar yang masyghul dengan suratan dan lainnya seperti segala tepi-tepinya dan barang yang antara segala satarnya (yakni hamparannya). Dan haram pula menyentuh kulit mashaf yang berhubung dengan dia demikian lagi bercerainya selama tiada terputus nisbahnya (yakni yang dibangsakan kepada AlQuran) seperti yang sudah dijadikan dia kulit kitab dan jika putus nisbahnya daripadanya (AlQuran) maka tiada haram”

Dalam berhadas,

1. Haram menyentuh Al-Quran..

2. Haram menyentuh sesuatu yang ditulis padanya AlQuran seperti dinding atau papan, dengan syarat dituliskan ayat AlQuran itu untuk dibaca. Faham daripada syarat untuk dibaca itu, jika dengan kerana azimat atau kerana mengambil berkat maka tiada mengapa (yakni tidak haram menyentuhnya). Seperti dinar atau wang kertas atau kertas yang ditulis atasnya ayat AlQuran selain daripada untuk dibacakan dia.

3. Haram menyentuh kulit AlQuran walaupun dengan berlapik.

4. Haram menanggung AlQuran.

5. Haram juga menyentuh kulit AlQuran walaupun ia masih dinisbahkan kepada AlQuran.

6. Tidak haram jika menyentuh dan menanggung AlQuran itu kerana menyelamatkan ia daripada dihina seperti daripada jatuh ke tangan orang kafir atau daripada jatuh atas lantai.

Perhatian :

1. Wajib ibubapa menegah anak yang belum mumayyiz daripada menanggung AlQuran. Mumayyiz, yakni anak yang masih belum pandai membeza yang baik dan buruk iaitu belum pandai mengurus membersihkan diri atau makan dengan sendiri, atau pakai pakaian dengan sendiri, biasanya dalam lingkungan umur 6 atau 7 tahun.

2. Sunat menegah anak yang telah mumayyiz daripada menanggung AlQuran jika selain daripada belajar AlQuran dan membacanya.

3. Haram ibubapa menyuruh anak yang belum mumayyiz menanggung AQuran kerana untuk mengalihkan AlQuran dari suatu tempat ke tempat yang lain. Seperti ibubapa yang tidak berwudhuk lalu menyuruh anaknya mengangkat dan mengalihkan AlQuran dari suatu tempat ke tempat yang lain.

Wallahua’alam.
Ini hanyalah daripada ilmu yang sedikit yang telah aku pelajari daripada masyaikhku. Mohon teguran jika ada salah silap.

SUMBER:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: