اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم


Tuan Shaykh Sayyid Muhammad ad-Dandarawi radhiAllahu 'anhu telah dilahirkan di kawasan Dandara, Sa’id yang terletak di Mesir.

Beliau adalah antara murid-murid Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim ar-Rashid radhiAllahu 'anhu. Selain menerima ijazah Tariqah Ahmadiah daripada guru sufinya iatu Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim radhiAllahu 'anhu, beliau juga mewarisi segala akhlak, ilmu dan rahsia-rahsia gurunya itu. [1] Beliau juga mempunyai keazaman yang tinggi iaitu ingin menyebarkan ajaran Tariqah Ahmadiah tidak hanya di sekitar tanah Arab sahaja malah meliputi daerah daerah yang lebih jauh seperti India, Benua Afrika dan Asia Tenggara.

Sebagaimana pengasas Tariqah Ahmadiah yang lain, Tuan Shaykh Sayyid Muhammad radhiAllahu 'anhu juga adalah orang yang mendapat penghormatan berhimpun secara perhimpunan suri dengan Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam [2]. Beliau telah mendapat beberapa amalan dzikir yang tiada dapat oleh kedua orang gurunya itu. Di antara amalan-amalan tambahan ini adalah mentalqinkan orang yang hendak masuk Tariqah Ahmadiah dengan lafaz “La ilaha ilallahu wallahu akbar” sebanyak 4 kali.[3] Lafaz ini thabit kelebihannya di dalam hadith yang sahih.

Maka dengan itu, tambahlah nisbah tariqah ini dengan nama at-Tariqah al-Ahmadiah ar-Rashidiah al-Dandarawiah mengikut nama pengasas tariqah Al-Qutb Ar-Rais Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu dan kedua guru Qutb yang menyusulinya. Dengan Tuan Shaykh Sayyid Muhammad al-Dandarawi radhiAllahu 'anhu, tamat-lah kepimpinan asas Tariqah Ahmadiah. Allah yang Maha Benar telah meletakkan tariqah ini di tempat yang tinggi dengan dalil yang teguh di mana boleh dilihat dari segala sudut.

Tidak ada guru yang mursyid bagi orang yang beramal dan mengikut Tariqah Ahmadiah selain daripada Tuan Shaykh Sayyid Muhammad ad-Dandarawi radhiAllahu 'anhu walaupun ia sudah wafat. Hal ini sebagaimana telah disebutkan oleh beliau sendiri, “Aku gurumu semasa aku hidup dan mati.” Ini bererti walaupun sudah wafat, namun pertalian di antara guru yang sudah wafat dengan murid-murid yang masih hidup tetap ada.[4]

Tuan Shaykh Sayyid Muhammad bin Ahmad ad-Dandarawi radhiAllahu 'anhu telah meninggal dunia di al-Madinah al-Munawwarah pada tanggal 29 Muharram tahun 1909 Masihi (1327 H). [5]

____________________________________

[1] Tuan Shaykh Ahmad bin Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu, 1354H/1935M. Majmuk, al-Ahmadiyah Press, Singapura, (Jawi), ms 72 dan 75

[2] Pauzi Haji Awang, Tariqah Ahmadiyyah History and Development, 2001, cetakan Persatuan Ulama Malaysia, dalam bahasa Inggeris ms 53

[3] Hamdan Hassan, Tarekat Ahmadiyah Di Malaysia Suatu Analisis Secara Ilmiah, (1990) cetakan Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, ms 43

[4] Tuan Shaykh Ahmad bin Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhuFaraid al-Ma’thir al-Marwiyah li al Tariqah al-Ahmadiyah al-Rasyidiyah al-Dandarawiyah, dalam tulisan Jawi pada ms 41

[5] Tuan Shaykh Ahmad bin Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu,  Setengah daripada Manaqib, (Seremban: Sungai Ujung Press, 1854), ms 81

SUMBER:

http://www.ahmadiah-idrisiah.com/founders3.php

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: