اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم


Insya Allah saya akan sampaikan apa yang saya belajar di pondok Tuan Guru Haji Salleh di kedah

Ilmu ini ada pelbagai nama =)

[1] Tauhid

Hendak merasakan Allah S.W.T di dalam diri dan kehidupan

[2] Usuluddin

Kerana asal agama dari ilmu tauhid

أول الين معرفة الله

Bermaksud : Awal-awal agama mengenal Allah

[3] Kalam

Bahasan kalam rumit sehinggakan menjadi berkhilaf-khilaf ulama’ dan berlaku pergaduhan antara ulama’ sehingga tahap bunuh-membunuh

[4] Ma’rifah

Ilmu untuk mengenal Allah

[5] Akoid

Ilmu simpulan iman, seolah-olah hati kita disimpul, diikat kemas dengan ilmu ini supaya hati kita teguh beriman kepada Allah

Apabila menyebut=)

لاإله إلاالله محمد رسول الله

Maka tergantung 50 sifat bagi Allah dan rasul. 41 sifat bagi Allah S.W.T dan 9 sifat bagi rasul. Wajib setiap mukallaf belajar seperti wajib fardhu ain.

لاإله إلاالله

41 AQIDAH

20 Sifat Wajib 20 Istihalah 1 Harus

محمد رسول الله

4 Sifat Wajib 4 Istihalah 1 Harus bagi rasul

41 berkait pada Allah

˅

9 berkait pada rasul

˅

=50 aqidah

Wallahu a’lam “aMaR cZ”

Posted by Tengku Mahkota Amar Ibnu Sultan Rothman Al-Haj Muadzam Shah

Sambungan pelajaran dari Tuan Guru Haji Salleh

Hukum Berakidahkan Al-Asya’irah adalah wajib fardhu ain =)

¨ Wajib belajar

¨ Wajib memiliki dalil-dalil bagi setiap sifat Allah dan Rasul

¨ Wajib beri’tiqod(bertekad) di dalam hati dengan penuh kepercayaan. Tanpa syak wasangka, ragu-ragu ataupun ketidakpuasan hati

₰ Perhatian !!!

Mustahil bukanlah sifat Allah. Mustahil adalah sifat yang tidak layak kepada Allah dan Rasul. Mustahil adalah sifat kehinaan, kekurangan dan tidak logik kepada fikiran kita bahawasanya Allah dan Rasul mempunyai sifat kelemahan.

ISTIHALAH =)

‽ Kita belajar sifat mustahil tetapi kita berpegang kepada Istihalah =)

Istihalah adalah penafian iaitu tidak menerima bahawasanya sifat mustahil wujud di dalam diri Allah dan Rasul. Sesungguhnya mustahil bukanlah sifat Allah, tidak layak kepada Allah dan tidak logik diterima akal fikiran bahawasanya allah mempunyai sifat mustahil.

Perkara ini perlu dihalusi dan ramai masyarakat tersilap di dalam hal ini. Ini amat berbahaya kerana ia adalah perkara keimanan. Sebenarnya, perkara ini telah diperjuangkan oleh tokoh tauhid alam melayu dahulu, Al-Alim Al-Alamah Tuan Syeikh Ismail bin Abdul Kadir Al-Fathani (Pak Da Ei ) iaitu seorang guru dan ulama’ besar melayu yang mengajar di Mekah.

Posted by Tengku Mahkota Amar Ibnu Sultan Rothman Al-Haj Muadzam Shah

SUMBER:

http://amarcz.blogspot.com/2011/07/normal-0-false-false-false-en-us-x-none_31.html
http://amarcz.blogspot.com/2011/07/aqidah-al-asyairah.html

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: