اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم

Apa itu Talfiq?


Talfiq ialah mencampur aduk antara dua mazhab dalam satu qadhiyyah (perkara). Hukumnya haram
contoh seseorang mengambil wudhu’ dgn meletak sedikit air di kepala kerana mengikut mazhab syafi’e tetapi menganggap tidak batal bersentuh dgn wanita bukan mahram selepas berwudhu’ kerana memakai mazhab hanafi
Orang yang melakukan perkara diatas , tidak sah sembahyangnya mengikut kedua2 mazhab kerana:
‎1) Mengikut mazhab Syafi’e: dia sudah menyentuh perempuan yang bukan mahramnya selepas wudhu’
‎2) Mengikut mazhab Hanafi: tidak sempurna wudhu’nya kerana hanya meletakkan sedikit air di kepala waktu berwudhu’ sedangkan dalam mazhab Hanafi wajib menyapu kepala sekurang-kurangnya selebar ubun-ubun..

Disebutkan di dalam Takhlis al –Murad min Fatawa Ibn Ziyad pada Hamisy Bughyah al- Mustarsyidin:
“Sesuatu yang boleh difahami dari perkataan fuqaha’ tentang talfiq ialah penyusunan yang cedera padanya, adalah tertegah (tidak boleh talfiq) jika ia berlaku dalam satu perkara, umpamanya: seseorang berwudhu’ dan menyentuh (perempuan bukan mahram) kerana mengikut Imam Abu Hanifah dan… kerana mengikut Imam Syafie, kemudian sembahyang, maka sembahyangnya batal kerana kedua-dua Imam ini sepakat atas batal thoharahnya (bersucinya). Begitu juga dia berwudhu’ dan menyentuh tanpa ada syahwat kerana mengikut Imam Malik dan dia tidak menggosok-gosok (anggota wudhu’ ) kerana mengikut Imam Syafi’e, kemudian sembahyang, maka sembahyangnya batal kerana kedua-dua Imam ini sepakat atas batal thoharahnya (bersucinya).

Ia tidak sama jika susunan itu dalam dua perkara, maka mengikut yang zahir, perkara itu (dua perkara yang tak sama itu) tidak mencederakan talfiq , umpamanya: Jika seorang bermazhab Syafi’e mengikut Imam Abu Hanifah dalam menghadap qiblat dan dia (pengikut Imam Syafi’e tadi ) tidak membasuh seperempat kepala, tidak membatalkan sembahyangnya kerana kedua-dua Imam ini tidak sepakat atas batal thoharahnya (bersucinya) kerana khilaf dalam perkara itu adalah pada kedudukannya, tidaklah dikatakan kedua-dua Imam ini sepakat atas batal sembahyangnya kerana sesungguhnya kita berkata: Kesepakatan ini timbul dari susunan dalam dua perkara dan ia tidak mencederakan dalam taqlid. Contohnya: Jika seseorang mengikut Imam Ahmad dari sesungguhnya aurat ada dua kemaluan sahaja dan dia sesungguhnya meninggalkan berkumur, memasukkan air kehidung dan membaca Basmalah yang semua itu wajib mengikut Imam Ahmad, maka menurut apa yang nyata , sah solatnya kerana keduanya (Imam Syafi’e dan Imam Ahmad) tidak sepakat atas batal thoharahnya (bersucinya) yang ia adalah perkara yang sama.”

Guru kepada para masyaikh, Syaikh Muhammad Amin al Kurdi mengatakan:
“(Syarat bertaqlid yang kelima), adalah tidak talfiq, iaitu tidak bercampur antara dua pendapat dalam satu masalah, sama ada dari awal, pertengahan dan seterusnya, yang (akhirnya nanti), dari dua pendapat itu akan menimbulkan satu amaliah yang tidak pernah dikatakan oleh pendapat kedua-dua mazhab dalam perkara tersebut.”

Contoh talfiq lain ialah: Seseorang tidak menggosok-gosok anggota wudhu’ kerana mengikut mazhab Syafi’e . Kemudian dia menyentuh anjing dan terus solat kerana mengikut mazhab Maliki, ia tidak membatalkan wudhu’ . Jika dia sembahyang, maka sembahyangnya tidak sah mengikut kedua-dua Imam kerana dalam mazhab Syafi’e menyentuh anjing adalah najis mughallazah (berat) dan tidak sah sembahyang jika tidak bersuci. Mengikut mazhab Maliki pula, wudhu’ tidak sah jika tidak digosok-gosok anggota wudhu’.

Di dalam I’anah ath- Tholibin disebutkan:
“Dan dilarang talfiq dalam satu masalah, seperti mengikut Imam Malik dalam perkara sucinya anjing dan mengikut Imam Syafi’e dalam bolehnya mengusap sabahagian kepala untuk mengerjakan satu solat.”

Rujukan: Buku Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’ Inilah Jawapannya… oleh Ustaz Muhadir bin Haji Joll

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: