اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم


Kitab Sulam Sibyan

Bermula syarat sah dan harus taqlid itu enam perkara:

1) Mengetahui ia akan masalah yang hendak ia taqlid itu muktabar disisi mazhab yang ia hendak taqlid itu dengan ikut syarat-syarat dan rukun-rukun pada mazhab yang ditaqlid itu. Maka kenalah ketahui syarat-syarat dan rukun-rukun dan apa-apa yang jadi batalnya.

2) Adalah taqlid sebelum jatuh berbuatnya dan jangan jadi sudah batal pada mazhabnya baru niat taqlid mazhab yang lain. Seperti ia ada wudhu’, maka ia sentuh isteri, maka batal wudhu’ pada mazhabnya kemudian baru ia niat taqlid mazhab Hanafi, maka iaitu tiada sahnya.

3) Tiada ikut yang mana-mana mudah. Seperti ia mengambil wudhu’ sapu sedikit daripada kepala ikut mazhab Syafi’e dan sembahyang tiada baca basmalah pada Imam atau munfarid dan ma’mum tiada baca fatihah ikut mazhab Hanafi, maka tiada sah sembahyangnya.

4) Imam yang diikut itu yang diakui sah mujtahidnya seperti Syafie, Hanafi , Maliki, Hanbali. Maka tiada sah taqlid orang yang tiada sah mujtahidnya seperti Ibnu Taimiyyah, Ibnu Khaldun, Muhammad Abdul Wahab (WAHABI).

5) Tiada jadi talfiq pada qadhiah yang satu seperti mengambil wudhu’ sapu sedikit daripada kepala ikut Syafi’e dan bersentuh dengan perempuan ajnabiyah ikut Hanafi pada tiada batal wudhu’. Maka batal wudhu’nya pada mazhab Syafi’e dan tiada sah wudhu’nya pada mazhab Hanafi, maka tiada sah sembahyangnya.

6) Tiada barang yang jadi batal hukum qadhi seperti talak tiga sekali berlafaz, maka jika qadhi hukum boleh ruju’ nescaya batal hukum qadhi itu kerana menyalahi ijma’ sahabat Nabi S.A.W dan menyalahi tabi’in dan menyalahi ulama’-ulama’ yang mujtahidin dan menyalahi nas Qur’an. Maka tiada harus dan tiada sah ruju’ atau nikah balik dengan tiada muhallal. Dan qadhi hukum boleh ruju’ atau nikah dengan itu suami dengan tiada muhallal nescaya hokum qadhi itu batal dan berdosa. Dan berdosa orang yang beramal dengan dia masuk neraka, kerana Hadith: ((wa man syazza syazza ilan nar)) ertinya: Dan barangsiapa yang keluar ia daripada barang yang sudah ijma’ sahabat nabi atau keluar daripada barang yang sudah ijma’ ulama nescaya keluar ia pergi masuk api neraka.

Dan setengah daripada barang yang jadi hukum qadhi, batal seperti nikah mut’ah dan nikah dengan tiada wali dan tiada saksi dan talak tiga tiada syarat kena wati’ oleh muhallal, hanya apabila muhallal talaq maka sah nikah balik dengan suaminya itu. Maka jika qadhi hukum sahnya nescaya batal hukum qadhi itu.

Rujukan: Kitab Sulam Sibyan karangan Haji Chik bin Ahmad Al-Qadahi, hal. 13-15.

 

 

Kitab Perukunan Sembahyang 

Adapun syarat taqlid itu 5 perkara:

1) Niat, seperti diniatkan sahaja aku taqlid mengikut mazhab Imam Syafi’e yang mewajibkan pengeluaran zakat fitrah itu dengan memberi segantang bagi seorang masuklah aku pada mazhab itu.

2) Hendaklah kita anggap bahawa pada hukum zakat ini Imam Syafi’e adalah yang lebih baik daripada yang lain atau bersamaan

3) Tiada jadi membatalkan hukum qodho’

4) Bukan kerana memilih yang lebih mudah kerana dhoruroh (tatabu’ rukhos)

5) Tiada menyambungi oleh antara 2 qaul (tiada talfiq) yakni tidak menurut dua mazhab yang berlainan pendapat mereka didalam satu-satu  amalan.

Rujukan: Perukunan Sembahyang oleh Haji Abdul Rashid Banjar, Percetakan al-Mu’arif Sdn Bhd,  hal. 27.

 

 

Kitab Bughyah at-Tullab

Maka adalah syarat taqlid itu:

- Setengahnya hendaklah kita ketahui akan masalah yang hendak kita taqlid itu apa syaratnya ?.. apa rukunnya?.. dan apa yang membatalkan dia?.. dan hendaklah dipeliharakan dia.

- Dan setengahnya, kita i’tiqod akan rajihnya qaul itu atau bersamaan dengan mazhabnya.

- Dan setengahnya, jangan talfiq pada masalah yang tiada dikata dengan dia seseorang sekali-kali daripada aimmah (Imam 4 Mazhab), seperti (orang yang bermazhab) Syafie taqlid kepada (orang yang bermazhab) Hanafi sembahyang juma’at padahal tiada menyapu  serubu’ kepalanya, maka dinamakan talfiq.

- Dan setengahnya, ketiadaan ia menuntut kemudahan pada tiap-tiap mazhab sekira-kira meninggalkan tempat taklif pada lehernya, demikianlah disebut pada tuhfah.

Rujukan: Bughyah at-Tullab karangan Syaikh Daud bin Abdullah bin Idris al-Fathoni, Cetakan Matba’ah bin Halabi: Fathoni, hal 207

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 30 other followers

%d bloggers like this: